Friday, 1 April 2011

Blajaq oh Blajaq

dalam kelas aku adalah insan yang selalu hilang fokus.first yang setengah jam kelas baru bermula tu memang semangat hebat la habaq kat hang,lepas tu dia mai dah la mood lantak pi kat hang.punah,tu yang parah tu.maka dengan tu lahir la semangat Leonardo Da Vincci yang budget pro ya amat buat sketch macam Monalisa.time tu pun angan-angan Mat Jenin datang meresap,berangan lepas grad ni nak pakai kereta apa,rumah nak beli kat mana,perabot  nak tukar english style, baju anak2 begaya brand Zara or Guess walhal kerja pun entah ke mana lagi.memang la patut time tu ada rasa loser sat.baru kesedau diri sikit.haih -_-"

sebenarnya sangat penting tau untuk bagi tumpuan yang tak berbelah bagi dalm kelas ni,bukan apa,at least bila time final hangpa stuck,penyampaian yang lecturer sampaikan dalam kelas tu la yang banyak membantu.nak nak yang penuh penghayatan punya cerita dengan contoh-contoh yang common sense memang la subjek tu konfirm A++.okeyh,aku memang la tak berapa nak cemerlang dengan result 4 rata tiap-tiap sem tapi eden tak kiro,den nak share jugak ni ha.kalau rasa berkenan sudi-sudi lah scroll bar belog eden yo ;)

memandangkan subjek aku majoritinya membaca dan jiwa aku pulak majoritinya miskin tegar dekat membaca dan menghafal maka ini cara aku:

1. Highlight Main Point
okeyh,sangat mudah,ambil highlight dan highlight key point.tolong la jangan pi higlight sampai setengah muka buku.serius baik hang highlight terus satu buku an an.tak perlu.ambil kata kunci yang penting saja.selebihnya kita ke step kedua.

2. Fahamkan
kalau highlight tapi tak faham pun tak guna jugak kan?so masa hangpa syok punya dok highlight tu fahamkan apa yang lecturer terangkan untuk bahagian tersebut.so bila soalan keluar dan hangpa dah faham dengan apa yang disampaikan hangpa akan secara automatik boleh olah semula jawapan tu kepada ayat hangpa sendiri.so fahamkan adalah lebih bermakna dari menghafal sebab bila soalan tu dia pusing sikit hangpa tak akan gaplah jingga nak serabut perut fikiaq pa soalan tu maw.ha faham?

3. Peta Minda
kadang-kadang belajar fakta dan teori ni memang boring.nak nak yang mengajar pulak skema dengan gaya umpama pembaca berita.haa time ni hangpa try la sketch peta minda terus.so mengantuk hilang ilmu pun dapat.insyaAllah :)

4. Banyak Buat Past Year Questions
serius yang ni memang berkesan.dia umpama sebelum lari buat warm-up la.so takdak la nak terkejut time tengah jawab final.bila kita dah biasakan diri jawab soalan past year dia akan automatik rasa macam nak jawab soalan biasa-biasa ja.lagi pon soalan ni dia berulang-ulang,jadi insyaAllah kalau rajin buat soalan past year akan rasa mudah sikit bila dalam dewan periksa.lagipun effort yang bersungguh ni hasil dia pun mesti tak mengecewakan.mau dengan tak mau ja.haa dengar tu Yanti,pesanan buat diri sendiri jugak :p

5. Doa dan Tawakal
dan akhir sekali sebagai orang Islam,selepas kita dah usaha tu kita berserah pada Dia yang di atas sana.Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya,jadi kita selalu la berdoa dan meminta daripada Dia,insyaAllah andai kejayaan tu milik kita pasti milik kita jugak.kalau pun bukan,mungkin waktu tu belum sampai rezeki kita.mungkin sesuatu yang lebih baik tengah tunggu kita dekat depan.wallahualam,hanya Dia yang tahu :)

yeah,tu la tips-tips belajar dari aku.dah macam nak minggu final exam pulak kan buat entry camni.haha sebenarnya aku nak ingatkan diri sendiri jugak jangan dah last minute baru nak gelabah dan semak kepala fikir itu ini.so amalkan cara pembelajaran yang sistematik macam ni dari awal.semoga ada rezeki aku untuk dapat Dean List last semester ni.doa-doakan aku ye.kalau agak-agak hangpa nampak aku hanyut dengan kemalasan cepat-cepat la piat telinga aku ni,so kesedaran tu dia macam tayang muka la sikit.semoga hati aku kebal dan kental lagi teguh dari godaan dunia.ganbatte ne!
belajar rajin-rajin.rajin semaksima mungkin :DD

i don't have any idea about the title.

salam
^___^

hari ni hari aku tak berapa nak cerah.ada awan mendung sikit.tapi alhamdulillah matahari dah kembali bersinar.buat apa nak berhujan lama-lama.nanti dah demam sendiri jugak yang susah.aku ni kadang-kadang sedikit kecewa bila hati ni selalu fragile.kalau boleh scan agaknya tak taw la macam mana bentuk dia.serupa hati yang macam love shape tu ka ataw sangat buruk berkerak-kerak.sob sob.tapi mungkin hati yang fragile ni sebenarnya kuat.ye la kan,dah seratus lima puluh juta kali dah pecah berderai lepas tu okay ja.biar la bentuknya buruk janji tough gitu kan.haha tough la sangat;p

kadang-kadang sikap aku dengan sekeliling yang membawa diri pergi pecahkan hati sendiri.aku tak pernah nak salahkan orang walau mungkin ada kalanya orang-orang itu salah.tapi aku pun bukan la manusia yang sempurna perfect tiada cacat cela.jadi aku redha,mungkin apa yang berlaku membuatkan aku lebih kuat.dan memandangkan aku lebih banyak memendam dam melepaskan melalui tangisan aku rasa itu okay dan chill chill aja.walau agak cengeng dan lembik macam biskut kering cicah kopi panas tu tapi aku tak kesah.yang penting hati orang aku tak sakitkan.aku rasa biarlah begitu.aku pun tak la rasa terbeban macam kena hempap batu bertan-tan atas kepala.so selagi boleh,terima sahaja dengan hati terbuka.aku percaya hidup ni sentiasa berkesinambungan untuk masa depan kita,jadi insyaAllah suatu hari orang-orang itu akan merasa rasa hati aku ini.aku tak mendoakan macam tu tapi ya bisa kok,mungkin aku pun merasa macam ni sebab aku pernah tak sengaja buat orang rasa macam yang aku rasa sekarang.ye lah,aku pun memang senada dengan kesilapan,tak lari jauh dari buat onar-onar yang tak tersangka terbuat.eh faham tak ayat aku?macam sedikit komplikated kan.buat-buat faham la eh ;)

okey la,untuk tak meneruskan membebel dengan lebih komplikated sampai aku yang taip ni pun tak faham,aku tamatkan entri ni dengan "Allah is always beside me and beside you.we always have His mercy.mari bersyukur alhamdullilah.ketenangan hati itu datang dari cinta kita pada Dia.i love you Allah"

Thursday, 17 March 2011

PARA PENIAGA, TOLONG RASIONAL!

HARI INI AKU MARAH. MAKA NAK GUNA "CAPS LOCK". AKU TENSION BETUL DENGAN PENIAGA-PENIAGA NEH. BOLEH TAK AKU NAK BAYAR GUNA DUIT 5 SEN PN DIA TANAK TERIMA? BODOH. BOLEH GUNA LA 5 SEN TU WEIIII. DAH DUA KALI AKU KENA MCMNI. HANGEN BETUL LAH! KAU INGAT 5 SEN TU AKU DAPAT DARI MESIN ATM KA? KAU INGAT AKU SENGAJA NAK DENGKI KAU BAYAR GUNA DUIT 5 SEN KA? BETUL LA ALASAN KAU TU NNT ORG TANAK TERIMA KALAU BAGI BAKI GUNA DUIT 5 SEN. TP KAU KAN PENIAGA. PANDAI-PANDAI LA KAU FIKIR JALAN SUPAYA ORG TERIMA GAK DUIT BAKI WALAUPUN 5 SEN. TAK PUN KAU KUMPUL BANYAK-BANYAK, PERGI TUKA KAT BANK NEGARA. TAKKAN TU PN AKU NAK KENA AJAR?!

LAGI SATU BAB DUIT BAKI. KAU DAH TAW NAK MENIAGA, SIAPKANLAH DUIT BAKI BANYAK-BANYAK. NNT TADE LA BILA ORG NAK BAYAR GUNA DUIT BESAR, KAU NAK BUAT MUKA PULAK SEBAB TAK CUKUP DUIT BAKI. DAH KALAU ORG TU MMG TADE DUIT KECIK, NAK BUAT MCM MANA? NI PN AKU PERNAH KENA GAK. DAH AR SIAP BUAT MUKA, MARAH DAN MENINGGIKAN SUARA LG TU! AKU GERAM BETUL LA. PADAHAL BUKAN KE KAU PATUT BERSYUKUR ADA ORG NAK BELI JUALAN KAU? NI PN BODOH JUGAK. G BANK NEGARA TUKA DUIT LA! BERAPA BANYAK KALI AKU NAK KENA AJAR??!!

p/s: Bank Negara, kalau dah ramai sgt org tanak terima duit 5 sen tu, hapuskan je lah. habis cerita. tade la aku tertekan mcm ni. haish. kuat mkn mekdi. tu psl dpt byk duit 5 sen -.-

kenapa justin bieber perlu jadi adik angkat tomok new boyz.

"eh bila justin bieber nak dtg malaysia?"
"peh. apsal? kau nak pergi ka?!"
"aah. aku nak pergi"
"serius?!"
"serius. aku nak g campak telur kt dia. jom ah"

sesape yg mak dia ada niaga kedai runcit, meh ar jd supplier telur sket. jgn ah nak kedekut sgt. dulu zaman-zaman tomok new boyz sejarah mungkin berulang meraung cuba cuba berbaik (jahat) cuba ke kanan (kiri) cuba betulkan (salah) cuba luruskan (gagal) maunya itu itu juga (itu juga) (peh gila aku hapal lagu new boyz! agaga) maren laju ja kau sign mou jd supplier kan. 



peh. muka tomok zaman dolu-dolu mmg bleh tahan pesen muka minta telur. rambut tu konpem sapu tancho. melekap statik ja. siap belah tengah lagi. mmg pujaan gadis-gadis kelas 2 melur sungguh. zaman-zaman ni mmg kau bleh jumpa ukiran hati beserta ayat "tomok wuz here" kt meja gadis-gadis ni. serius tak tipu.


ehem. tomok sekarang. ada rasa nak campak telur ke ada rasa nak campak nombor telefon? kau pilih sekarang cepat. kau la pilih. aku tak bleh. nnt kena "blah la lu" plak (silap oh kasi taw link blog kt bf? dah tak bleh nak berfoya-foya. jom buka blog baru?) kah kah kah.


justin bieber dolu-dolu. muka bleh tahan minta telur. pn begitu, tetap menjadi calon pilihan suami ideal 2011 oleh adik2 yg belajar di kumon, smart reader, dan tidak ketinggalan juga tabika kemas.

justin bieber sekarang. bertambah-tambah minta telur nmpk gayanya. plz la rambut tu. aduh pening aku tgk rambut kulup melekap kau ni bieb oii. bagi la ruang udara sket utk otak kau bernafas. kesian dia. dia selalu bbm aku mlm-mlm. ngadu sesak nafas katanya. kah kah kah. tak kelakar. tp tanak bye lg. sbb x abes lg. hee.

tomok, kalau kau baca blog aku ni, aku minta tolong sgt-sgt. kau amek la dia ni jd adek angkat kau. pastu bila si bieber ni dtg malaysia, lepas dia kena campak telur, kau bawak la dia g kedai gunting rambut maniam. kronik naa dah aku tgk gaya rambut dia neh. bleh eh? thanx yarr. u r my ex-boifren forever yarr (mcm biasa ayat feveret). haha. eh tp apsal aku beria concern pasal justin bieber neh? kau gila apa. pencemaran pemandangan tahu gaya rambut dia neh. hey burung gagak yg tgh berusaha keras isi batu dlm botol utk minum air pun bleh tercekik batu la kalau nampak gaya rambut dia neh. haha. oke dah habes. bye.