Credit to : Forum Cari
Hahaha..kali pertama tengok poster ni, memang terbahak bahak aku gelak...eh, sumpah aku tak gelakkan pasal kes ni..cuma gelakkan kegigihan manusia manusia kat luar sana yang bersungguh sungguh menjadikan bahan kesedihan insan lain sebagai bahan ketawa...
Seriusli, masa dengar berita pasal hubungan si JR ni bergoncangan, memula aku dengar tu, aku punya reaksi, macam..erm..arrr..wutever lah..gitu la kan..tapi ada jugak manusia manusia yang menjadikan berita itu sebagai medium untuk mengata dan menempelek JR yang sering mengapdet cerita pasal kisah cinta dia dan MIA.
Logik akal, bagi bloggers yang sedang hangat bercinta, of kos la akan selalu hapdet pasal buah hati dia, pasal kisah kisah suwit dearang ngan kapel memasing. Jap jap my bunny, jap jap My Incik Tunang, jap jap My Love bagai..Takyah la kekita yang dah kawen ni nak cemik cemik muka bagai..Sebab kita pun dah penah lalui fasa tu.Bezanya, masa kita bercinta dulu, mende-mende blog ni tak femes dan tak meluas lagi penggunaannya. Kalu tak, kita pun turut sama letak muka boipren kita jadi ikon untuk Chatbox, pastu kat arrow tu letak muka kita ngan bf kita, kat header pun muka bf kita gitu kekdahnya..
Pstt..jgn kata pasangan bercinta je duk sibuk apdet pasal bf memasing..pepuan dah kwen pun sibuk gak citer pasal laki manjang....
Sama je la..Cuma si MIA ni orang femes je la..Cuba letak diri kita kat tempat JR. Jangan pikir sangat pasal dia punya tabiat suka menceritakan kisah cinta dia ngan MIA tu dulu. Letak diri kita, dalam situasi dia, seorang perempuan yang gembira dan terlalu cintakan TUNANG, tetiba TUNANG sendiri buat hal..macam mana kita rasa? meroyan? tak meroyan?
Kita sendiri pun dah jadi laki bini pun, laki lupa nak tolong lap sisa minyak kat dapur pun kita dah sesiap apdet fesbuk tulis
"benci tau gini..apa pun tak boleh"
haa...nak letak bebetol tuju kat laki, takut laki tempelek pulak..letak la status universal..bila laki macam TERperasan status tu untuk dia, saje la wat wat ngelak,
eh mana ada..bukan untuk yu..untuk bos ai ni..banyak pulak peel dia pepagi..ai mana bole lawan yu..yu kan buah ati cinta ai..
haaa..gitu..kunonnye la....
Moral, walau tengah citer pasal orang lain, tetiba nak jugak selit pasal laki sendiri, memang jenis suka meraban lah maksudnya ni kan? hahhaha
Moral dia, jangan jadikan kisah JR dan MIA ni sebagai satu bahan gelak dan bahan ketawa bagi korang mengisi hari hari suram dan penuh kelaparan di siang bulan Ramadhan. Letak skit simpati. Takmo simpati takpe jugak, tapi tak payah la kita beria ria nak pegi gelakkan derang..
Pasal KakaHering yang dikatakan mulut puaka tu jugak, letak diri korang kat tempat KakaHering tu..apa tindakan korang, kiranya adik korang dipermainkan, dan dikutuk oleh masyarakat sekeliling sedangkan ko tau, adik ko tak salah? Itu adalah tindakan normal seorang kakak yang membela dan menjaga kebajikan si adik. ..
Mentaliti masyarakat kita sekarang pula, walau jelas jelas si lelaki yang buat hal, kesalahan akan tuding kepada pihak perempuan jugak..
"tu lah, suka sangat citer pasal tunang kat blog"
"yang popular tu tunang dia, bukan dia..asal dia lebih sudu dari kuah?"
and so on so on..
Takpe lah..biarkan je lah..Lelaki ni, once dah kawen kuasanya mutlak atas wanita/isteri..kalau dari awal lagi JR dah tau perangai MIA tu begitu..tinggalkanlah..Dan saya tak pernah percaya kepada konsep
"Perempuan baik, adalah untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya."
Sebab bagi aku, sekiranya perempuan tak baik, kahwin dengan lelaki baik, insyallah, lelaki baik itu dapat membimbing wanita berkenaan kearah kemuliaan..Dan kiranya lelaki tak baik, kawen ngan wanita baik, insyallah, dengan izin Allah, wanita baik berkenaan dapat membimbing suaminya ke arah jalan Allah..
Dan kiranya, dua dua lelaki/perempuan tak baik, berkahwin, dengan izin Allah, dan dengan kesedaran diri sendiri yang telah mempunyai tanggungjawab (anak) dan keadaan sekeliling, insyallah Allah akan bukak pintu hati mereka...
Kat sini bukanlah aku nak tekankan aku ni baik ke bla bla bla..aku ni tak baik sangat n xla jahat sangat tau...aku makan tak baca bismillah, masuk toilet tak baca doa..jahat tau...hehe ..cuma , insyallah, kita cuba la menuju ke arah kebaikan..tak dalam keadaan cepat, selow selow la kan. Tak payah la kita nak harapkan kekawan kita yang dah berubah ni supaya tiap kali apdet status kat fb tulis hadis hadis ke hape, baru kita nak percaya dia dah berubah bagai..jangan gituu..
Dan jugak, kita sendiri, kalu tak berubah ke, dah semayang cukup bagai, tak perlu la kita nak heboh heboh..dah serupa macam riak pula..haa..gitu kekdahnya..
Pasal Khairul Fahmi (MIA), jangan pula kita hina dia atas perbuatannya. Setiap manusia buat kesilapan..Sekiranya itu pilihan dia, biarkan dia..dia yang nak hidup dengan perempuan begitu..dan jugak, tak perlu kita nak hina pilihan dia. Mana tau, sebelum kawen perempuan tu huru hara, dah kawen dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari suami, perempuan tu berubah 10 kali lebih baik dari sebelum dia kawen..
Dahlia Teck pula..erm..ahkak tak payah komen la..biasanya perempuan perampas memang banyak dapat kata makian bagai..jadi, aku takmo tambah lagi...wat dosa je..sebab selalunya klu rajen mengata orang nanti balasannya dapat balik kat kiter..huihh...nauzubillah....
Sebelum kita nak mengata orang, lebih baik kita lihat diri kita dulu..baik sangatkah kita? sempurna ke pemakaian tudung kita sebelum ni? Sucikah hati kita dari segala rasa hasad dan dengki? Adalah kita tak pernah bersentuhan dengan kekasih kita sebelum kita diijab kabul?
Ye Benar, kita dah lalui pengalaman itu, dan tak mau orang lain buat kemungkaran sama seperti kita pernah lakukan..
Tapi, apa pendekatan yang kita lakukan? dengan cara menghina mereka konon kita ni suci? atau dengan cara menghampiri mereka dan menegur mereka secara ikhlas dan jujur dan kita sedaya upaya menutup aib mereka?
Manusia sekarang amat pelik...kalau dapat satu cerita pasal aib manusia lain, seboleh bolehnya gembira kalau dapat menyebarkan berita aib itu dari pada menyimpannya...
akubukan nak berlagak baik..tapi tah camne aku memang pantang kalau ada insan lain yang suker mengaibkan insan lain. memang aku laju je tulis cenggini..
Pernah baca blog seorang yang pernah ditinggalkan suami, dan mempunyai anak..bila tiba time komen, ada sorang minah sengal komen;
"sabarlah kak...saya paham perasaan dan kesakitan yang akak alami..sebab saya pun baru je ditinggalkan KEKASIH..bla bla bla "
pastu citer pasal kisah dia dan BF dia..
Paham dak sini beza kena tinggal laki dek oii, dengan anak anak lagi, dengan ko kena tinggal dek boipren ko tu??
Tobak tau kalu budak tu ada depan muka, kena jeling ngan aku..jeling je..tak brani nak tampar..hahahahha...
Adik adik, kalu nak simpati kat akak akak yang ditinggalkan suami, sila guna pendekatan yang kurang kejam..komen adik tu kejam sangat..terguris hati tau..
Boo: setiap kejadian jadikan pengajaran....kita semua bukan insan sempurna.
No comments:
Post a Comment