Sunday, 4 September 2011

Allah Maha Melihat

Semalam kesabarannya menipis. Benar-benar berkecil hati kerana rakan sekerja yang terpilih menerima   anugerah cemerlang. Merasakan dirinya dizalimi. Merasakan harapan untuk kenaikan pangkat kian menjauh. Merasakan pengorbanannya selama ini adalah sia-sia kerana tiada penghargaan dari bos. Tidak mendapat imbalan sewajarnya dari top management.

Dalam kesedihan itu, dia terlupa bahawa Allah Maha Melihat. Allah Mata Tahu segala apa yang kita kerjakan. Tak mungkin Allah akan biarkan kita dalam penderitaan. Tak mungkin segala yang kita kerjakan adalah sia-sia. Tak mungkin Allah tidak pandai membahagi-bahagikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Anugerah cemerlang yang diterima oleh rakan sekerja adalah rezeki dari Allah padanya. Tergamakkah kita mempertikaikan keadilan dan kebijaksanaan Pencipta kita?

Segala yang berlaku adalah takdir yang telah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi. Segala perjalanan hidup, rezeki, jodoh telah ditetapkan. Segala takdir buruk yang berlaku adalah ingatan Allah agar kita sentiasa ingat kepada Nya...memberi kita peluang mendekatkan diri pada-Nya. Dalam kesedihan sewajarnya kita bertanya diri bagaimanakah perhubungan kita dengan Pencipta...apakah kita sentiasa ingat dan mensyukuri- Nya ketika senang sehingga tak perlu lagi Allah berikan musibah untuk mengingatkan kita?

Apakah kita bekerja benar-benar kerana Allah? Bekerja kerana itu adalah tanggungjawab kita bersesuaian dengan gaji yang diterima. Bekerja kerana itu adalah amanah Allah yang telah memberikan kita pekerjaan. Jika benar, kenapa kita harus gusar kerana tidak mendapat pujian manusia? Tidak mendapat pengiktirafan manusia. Cukuplah Allah bagi kita. Tempat kerja hanya sebahagian kecil dari kehidupan kita. Ada sebabnya Allah memberi rezeki kepada kita di sisi lain kehidupan kita.

Yang lebih menyedihkan dari kehilangan anugerah cemerlang adalah kehilangan iman. Melupai bahawa salah satu rukun iman adalah mempercayai Qada' dan Qadar. Percaya dengan takdir yang telah ditetapkan dan takdir yang bisa kita ubah dengan munajat dan amal. Seharusnya kita tingkatkan usaha untuk menjauhkan takdir yang buruk....dengan pelbagai cara yang diajar Rasulullah SAW.....membuat yang terbaik bagi mendapat keredhaan-Nya...semata-mata kerana-Nya!

Pilihan negatif akibat kekeciwaan akan menjerumuskan dirinya...bukan sahaja rugi di dunia malah di akhirat! Sedangkan matlamat kita adalah akhirat. Dunia hanya jalan menuju ke sana. Hanya sementara... sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Tempat kembalinya kita nanti.

Dan sekiranya kita benar-benar yakin Allah Maha Melihat...mintalah pada-Nya. Rayulah!Rintihlah pada-Nya. Mohon keampunan. Mohon rezeki. Mohon keberkatan pada pekerjaan dan gaji kita. Pasti ....Pasti Allah akan menjawab doa kita. Menjawab pertanyaan kita. Sesungguhnya ampunan Allah lebih besar dari kemurkaan-Nya. Kasih-sayang Allah lebih besar dari taat kita pada-Nya.



Sesungguhnya hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayah....Aku hanya menyampaikan!


"BARANGSIAPA TIDAK RELA DENGAN KETETAPAN-KU DAN TIDAk BERSABAR ATAS COBAAN-KU, MAKA HENDAKLAH DIA KELUAR DARI NAUNGAN LANGIT-KU,  DAN HENDAKLAH DIA MEMILIH TUHAN SELAIN-KU"

(Hadis Qudsi)



3 M : MULAI LAH DARI DIRI SENDIRI
                                 MULAILAH DARI HAL YANG KECIL
                                                                     MULAILAH DARI SEKARANG!

                                                                                                                                        (-Aa Gym)
Boo: ...bermula dengan muhasabah diri!

p/s: ni aku ciplak dari blog seorang sahabat alam maya. ~erisya~
 

Jangan Frust kalau tak de orang nak texting kau okay!

"nite sweetheart, take care h0ney, sweet dream darling, miss u". errkk nak jugak dapat wish selamat malam cam nie !! sweet bangat. hee. ♥

haha. macam gersang je wehh.
aku rasa aku pernah dapat kot. dulu laa....tapi macam tak cukup sweet aje. in bm. haha
uish. bm kill? baku kot. pelik pelik. tapi boleh la dari tade.
ekk? untunglahhhh ader orang sayang. 
aku memang sayang semua kengkawan aku sama rata. ^^
yg tu aku tau. aku mmg pentingkan kawan memanjang dari dulu. 
hahahahaha. pandai!!


lama kot dah lame tak dapat mesej cenggini.  haha. weyy, takyah nak kecewa sangatlah. kalau kau tunggu pun tak de guna. kau yang boring. kalau gian sangat, bak mai number fon sesape. soh apek juai tin text kau madah2 jiwang tu. haha. janji kau bahagia. wekkzz....


texting girls : konfom 2 page text msg pun tak cukup.
texting guys : half page is enough.




Boo : aku suka orang wish "takecare" and "gudnitemoning"."nak tido dulu". haha. nampak sweet.

Friday, 2 September 2011

Bila Tuhan menciptakan wanita

  • Tuhan ciptakan bahu wanita, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
  • Tuhan berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
  • Tuhan berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
  • Tuhan  berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
  • Tuhan berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
  • Tuhan berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
    Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
  • Tuhan berikan kepada wanita kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
  • Dan akhirnya, Tuhan berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

 
Boo: Tapi air matamu terlampau byk sudah dicurah....tidak terkira berapa jumlahnya..tapi kali ini, kekentalanmu betol-betol mengajarmu agar menjadi seorg yg tabah dalam mengharungi dugaan yang tuhan berikan..berat sguh dugaan ini...
 

Gosip panas yang dah suam..aku pulak pegi panaskan balik

Credit to : Forum Cari
Hahaha..kali pertama tengok poster ni, memang terbahak bahak aku gelak...eh, sumpah aku tak gelakkan pasal kes ni..cuma gelakkan kegigihan manusia manusia kat luar sana yang bersungguh sungguh menjadikan bahan kesedihan insan lain sebagai bahan ketawa...
Seriusli, masa dengar berita pasal hubungan si JR ni bergoncangan, memula aku dengar tu, aku punya reaksi, macam..erm..arrr..wutever lah..gitu la kan..tapi ada jugak manusia manusia yang menjadikan berita itu sebagai medium untuk mengata dan menempelek JR yang sering mengapdet cerita pasal kisah cinta dia dan MIA.
Logik akal, bagi bloggers yang sedang hangat bercinta, of kos la akan selalu hapdet pasal buah hati dia, pasal kisah kisah suwit dearang ngan kapel memasing. Jap jap my bunny, jap jap My Incik Tunang, jap jap My Love bagai..Takyah la kekita yang dah kawen ni nak cemik cemik muka bagai..Sebab kita pun dah penah lalui fasa tu.Bezanya, masa kita bercinta dulu, mende-mende blog ni tak femes dan tak meluas lagi penggunaannya. Kalu tak, kita pun turut sama letak muka boipren kita jadi ikon untuk Chatbox, pastu kat arrow tu letak muka kita ngan bf kita, kat header pun muka bf kita gitu kekdahnya..
Pstt..jgn kata pasangan bercinta je duk sibuk apdet pasal bf memasing..pepuan dah kwen pun sibuk gak citer pasal laki manjang....
Sama je la..Cuma si MIA ni orang femes je la..Cuba letak diri kita kat tempat JR. Jangan pikir sangat pasal dia punya tabiat suka menceritakan kisah cinta dia ngan MIA tu dulu. Letak diri kita, dalam situasi dia, seorang perempuan yang gembira dan terlalu cintakan TUNANG, tetiba TUNANG sendiri buat hal..macam mana kita rasa? meroyan? tak meroyan?
Kita sendiri pun dah jadi laki bini pun, laki lupa nak tolong lap sisa minyak kat dapur pun kita dah sesiap apdet fesbuk tulis
"benci tau gini..apa pun tak boleh"
haa...nak letak bebetol tuju kat laki, takut laki tempelek pulak..letak la status universal..bila laki macam TERperasan status tu untuk dia, saje la wat wat ngelak,
eh mana ada..bukan untuk yu..untuk bos ai ni..banyak pulak peel dia pepagi..ai mana bole lawan yu..yu kan buah ati cinta ai..
haaa..gitu..kunonnye la....
Moral, walau tengah citer pasal orang lain, tetiba nak jugak selit pasal laki sendiri, memang jenis suka meraban lah maksudnya ni kan? hahhaha
Moral dia, jangan jadikan kisah JR dan MIA ni sebagai satu bahan gelak dan bahan ketawa bagi korang mengisi hari hari suram dan penuh kelaparan di siang bulan Ramadhan. Letak skit simpati. Takmo simpati takpe jugak, tapi tak payah la kita beria ria nak pegi gelakkan derang..
Pasal KakaHering yang dikatakan mulut puaka tu jugak, letak diri korang kat tempat KakaHering tu..apa tindakan korang, kiranya adik korang dipermainkan, dan dikutuk oleh masyarakat sekeliling sedangkan ko tau, adik ko tak salah? Itu adalah tindakan normal seorang kakak yang membela dan menjaga kebajikan si adik. ..
Mentaliti masyarakat kita sekarang pula, walau jelas jelas si lelaki yang buat hal, kesalahan akan tuding kepada pihak perempuan jugak..
"tu lah, suka sangat citer pasal tunang kat blog"
"yang popular tu tunang dia, bukan dia..asal dia lebih sudu dari kuah?"
and so on so on..
Takpe lah..biarkan je lah..Lelaki ni, once dah kawen kuasanya mutlak atas wanita/isteri..kalau dari awal lagi JR dah tau perangai MIA tu begitu..tinggalkanlah..Dan saya tak pernah percaya kepada konsep
"Perempuan baik, adalah untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya."
Sebab bagi aku, sekiranya perempuan tak baik, kahwin dengan lelaki baik, insyallah, lelaki baik itu dapat membimbing wanita berkenaan kearah kemuliaan..Dan kiranya lelaki tak baik, kawen ngan wanita baik, insyallah, dengan izin Allah, wanita baik berkenaan dapat membimbing suaminya ke arah jalan Allah..
Dan kiranya, dua dua lelaki/perempuan tak baik, berkahwin, dengan izin Allah, dan dengan kesedaran diri sendiri yang telah mempunyai tanggungjawab (anak) dan keadaan sekeliling, insyallah Allah akan bukak pintu hati mereka...
Kat sini bukanlah aku nak tekankan aku ni baik ke bla bla bla..aku ni tak baik sangat n xla jahat sangat  tau...aku makan tak baca bismillah, masuk toilet tak baca doa..jahat tau...hehe ..cuma , insyallah, kita cuba la menuju ke arah kebaikan..tak dalam keadaan cepat, selow selow la kan. Tak payah la kita nak harapkan kekawan kita yang dah berubah ni supaya tiap kali apdet status kat fb tulis hadis hadis ke hape, baru kita nak percaya dia dah berubah bagai..jangan gituu..
Dan jugak, kita sendiri, kalu tak berubah ke, dah semayang cukup bagai, tak perlu la kita nak heboh heboh..dah serupa macam riak pula..haa..gitu kekdahnya..
Pasal Khairul Fahmi (MIA), jangan pula kita hina dia atas perbuatannya. Setiap manusia buat kesilapan..Sekiranya itu pilihan dia, biarkan dia..dia yang nak hidup dengan perempuan begitu..dan jugak, tak perlu kita nak hina pilihan dia. Mana tau, sebelum kawen perempuan tu huru hara, dah kawen dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari suami, perempuan tu berubah 10 kali lebih baik dari sebelum dia kawen..
Dahlia Teck pula..erm..ahkak tak payah komen la..biasanya perempuan perampas memang banyak dapat kata makian bagai..jadi, aku takmo tambah lagi...wat dosa je..sebab selalunya klu rajen mengata orang nanti balasannya dapat balik kat kiter..huihh...nauzubillah....
Sebelum kita nak mengata orang, lebih baik kita lihat diri kita dulu..baik sangatkah kita? sempurna ke pemakaian tudung kita sebelum ni? Sucikah hati kita dari segala rasa hasad dan dengki? Adalah kita tak pernah bersentuhan dengan kekasih kita sebelum kita diijab kabul?
Ye Benar, kita dah lalui pengalaman itu, dan tak mau orang lain buat kemungkaran sama seperti kita pernah lakukan..
Tapi, apa pendekatan yang kita lakukan? dengan cara menghina mereka konon kita ni suci? atau dengan cara menghampiri mereka dan menegur mereka secara ikhlas dan jujur dan kita sedaya upaya menutup aib mereka?
Manusia sekarang amat pelik...kalau dapat satu cerita pasal aib manusia lain, seboleh bolehnya gembira kalau dapat menyebarkan berita aib itu dari pada menyimpannya...
akubukan nak berlagak baik..tapi tah camne aku memang pantang kalau ada insan lain yang suker mengaibkan insan lain. memang aku laju je tulis cenggini..
Pernah baca blog seorang yang pernah ditinggalkan suami, dan mempunyai anak..bila tiba time komen, ada sorang minah sengal komen;
"sabarlah kak...saya paham perasaan dan kesakitan yang akak alami..sebab saya pun baru je ditinggalkan KEKASIH..bla bla bla "
pastu citer pasal kisah dia dan BF dia..
Paham dak sini beza kena tinggal laki dek oii, dengan anak anak lagi, dengan ko kena tinggal dek boipren ko tu??
Tobak tau kalu budak tu ada depan muka, kena jeling ngan aku..jeling je..tak brani nak tampar..hahahahha...
Adik adik, kalu nak simpati kat akak akak yang ditinggalkan suami, sila guna pendekatan yang kurang kejam..komen adik tu kejam sangat..terguris hati tau..
 
 
Boo: setiap kejadian jadikan pengajaran....kita semua bukan insan sempurna.

rayaaa......jom balik kmpung!!



Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Thursday, 1 September 2011

I AM.........




Terimalah, Wanita Memang Banyak Bercakap.

Sehari kalau aku tak baca paper, aku rasa tak lengkap. Walaupun pada zaman sekarang kita boleh baca paper secara online, tapi aku tetap nak baca paper jugak. Rasa lebih puas.
Dalam keluarga aku, suratkhabar WAJIB ada setiap hari. Tidak kiralah Berita Harian ke, Metro ke, Kosmo atau Sinar. Kalau dulu-dulu selalu berebut dengan adik nak baca paper dulu. Tapi kitaorang masing-masing ada kolum kegemaran so adil dan saksama lah pembahagian paper tu.
Aku selalu akan lebih teruja nak baca paper pada hari Ahad. Sebab apa? Sebab ada banyak masa nak belek paper dan aku akan baca setiap inci berita yang ada dalam paper tu. Kadang-kadang mama aku beli sampai 3 paper yang berlainan. Aku baca je sampai aku rasa dah tak ada benda nak baca dalam paper tu. Haha.
Aku terlalu suka membaca. Apa-apa saja. Dan bagi aku, dengan membaca paper ni boleh tambah macam-macam ilmu terutama tentang Bahasa kita sendiri.
Jadi semalam, aku terjumpa satu artikel yang agak lucu juga bila baca. Lucu sebab terkena batang hidung sendiri kot? Haha. Dan aku rasa, apa yang Kucing Jantan ini tulis memang terbukti itu adalah sikap kita seorang perempuan.
Aku tepek kat sini, korang bacalah. Dan nilai sendiri.
Bagi aku, memang inilah sikap kita yang mereka panggil PEREMPUAN.

MINGGUAN MALAYSIA. 30 Julai 2011. Oleh : Kucing Jantan.
SELALU kita lihat wanita bercakap semasa menonton televisyen. Selalu juga kita lihat wanita masih terus-terusan menceceh dalam telefon dengan rakan karibnya walaupun baru menghabiskan satu minggu cuti bersama. Ada saja yang dibual dan digosipkan.
Sebab itu jika ada masalah lebih elok tidak diberikan kepada wanita. Nanti mereka akan terus bercakap dan bercakap mengenainya. Sebelum masalah diselesaikan, satu dunia sudah tahu masalah itu.
Ini kerana wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain, bukan mahu mencari penyelesaian mahupun rumusan terhadap masalah itu. Begitulah otak wanita bekerja sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegurnya 'kau ni macam perempuanlah'.
Menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya, apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan. Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.
Berbanding otak lelaki mampu mengetepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat. Mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain.
Jadi untuk wanita, kerana tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengetepikan masalah mereka ialah dengan cara bercakap mengenai masalah itu. Bercakaplah mereka sehingga selalunya tidak fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Inilah yang biasa kita lihat.
Oleh itu jika wanita dilabel banyak bercakap, jangan cepat melenting.
Banyak bercakap pun sebenarnya besar kelebihannya. Wanita selalunya menggunakan peluang bercakap untuk membina hubungan dan berkenalan. Contohnya, wanita menggunakan telefon untuk mengeratkan hubungan sebaliknya lelaki bercakap untuk menyampaikan fakta dan maklumat kepada orang lain.
Mengapa wanita cenderung banyak bercakap? Bayangkan semasa menonton televisyen pun mereka boleh bercakap, tentu sahaja mereka ada kelebihan tersendiri.
Kekuatan
Paling jelas, ini menunjukkan wanita berupaya melakukan banyak perkara atau kerja dalam satu masa. Bercakap sambil menonton, bercakap sambil memasak dan banyaklah pekerjaan yang mereka mampu lakukan serentak. Ini adalah salah satu kekuatan yang mereka miliki.
Jika diperhatikan, kebanyakan wanita juga mampu bercakap banyak perkara dalam satu masa. Malah bukanlah aneh wanita mampu memberitahu banyak perkara dalam satu ayat. Kalau mahu tahu, cuba gantikan tugas isteri mengurus anak dan rumah, kelam-kabut jadinya.
Yang juga selalu kita lihat ialah wanita mampu dengan serta-merta mengubah topik perbualan dan kemudian menyambung perbualan atas topik asal dengan baik sekali. Uniknya mereka dapat pula mengingati setiap butiran perbualan.
Mungkin ini jawapan mengapa wanita selalu diberi tugas sebagai pencatat minit mesyuarat. Selalunya apabila tugas itu diberikan kepada lelaki, tunggang-langgang jadinya.
Dan amaran kepada lelaki, jangan dekati wanita yang sedang asyik berbual sesama mereka. Tidak mudah untuk mengikuti pucuk pangkal perbualan mereka kerana topik perbualan selalunya melompat-lompat. Otak lelaki sukar menerima perlakuan seperti itu dan akhirnya mereka akan kebingungan sendiri.
Kerana begitu otak wanita bekerja, terus benarkan dan beri ruang untuk wanita bercakap. Jika tidak, kita juga yang susah nanti. Lihatlah punca utama perceraian atau hubungan renggang ialah kerana tiada komunikasi.
Secara purata wanita bercakap sebanyak 6,000 hingga 8,000 patah perkataan, 2,000 hingga 3,000 nada suara dan 8,000 hingga 10,000 pergerakan (tangan, muka, kepala dan bahasa badan lain) sehari. Suami yang bijak walaupun penat macam manapun tentu sekali akan meluangkan waktu untuk melayan isteri bercakap. Ini kerana fitrahnya wanita memang suka bercakap sehingga suami telah berdengkur pun, si isteri masih mahu juga bercakap.
Yang selalu menjadi masalah ialah wanita yang tidak bekerja, siapa yang mahu melayan mereka bercakap? Kuota kata-kata sehari (6,000 hingga 8,000 patah perkataan) perlu diluahkan. Jadi nasihat kepada lelaki yang isterinya tidak bekerja, ambillah sedikit waktu untuk mendengar celoteh mereka daripada nantinya hubungan jadi renggang.
Jangan diikut perilaku suami isteri dahulu kala yang jarang bercakap. Wanita dahulu tidak mengalami masalah ini. Selain ramai anak, akan sentiasa ada teman berbual dan tempat meluahkan perasaan dengan saudara mara dan jiran tetangga. Kalau suami tak layan cakap pun tidak mengapa.



Boo : owwh....patutla....... so skang aku paham la ngape mentua aku bnyak benor cakapnyer...heh..