Monday, 30 May 2011

Batuk - Selsema - Semput - Resdung..

Wah....Macam 1 pakej sakit plak kan?. Dah masuk 2 minggu tekak aku ni ade unsur2 nak jahanam.Muahaha.... Tak taulah sampai bila nak jadi macam ni.

Sekarang bila batuk mesti selesema.Bila selesema mesti batuk.Tapi sejak2 ni aku macam semput pulak.Cecair kahak kat rongga hidung ke mulut ni memang susah nak di buang.Aku nak terangkan pun susah.Tapi.....aku siap jolok tekak aku sebab nak buang menatang %#x^*@ yang ade hati nak bermastautin kat tekak aku ni.Seksanya....tuhan je yang tahu.

Puas aku dok pusing keliling pi klinik tapi tak jugak baik2.Last pi klinik,doktor cakap aku ada resdung.Resdung?.Uiks!.Takde pape tanda yang menjuruskan aku ke arah itu pun/Bio betul doktor ni.Dia bagi aku ubat jadi selepas melayangkan not2 yang berbagai kaler untuk 3 jenis ubat,maka dengan jayanya aku pun sebat jelah ubat2 tu mengikut nasihat doktor.Nak tau pe jadi?.Ha....yang nilah buat aku berangin taufan....Belum setengah jam makan,mata aku dah layu.Okaylah walaupunnnnnn aku difahamkan petugas kat klinik tu yang semua2 ubat tu tak beri kesan mengantuk.Anggap jelah aku memang dah mengantuk sebab aku hantu tido . Lepas tu aku rasa macam tekak aku ni berlendir giler sampaikan aku nak muntah pun susah.Semput aku dibuatnya.Peh....rasa nak menyumpah pun ade.Pendek kata,ubat yang diberikan lansung tak membantu.Bila aku call klinik tu,senang je orang sana cakap,"Kalau ade kesan sampingan macam tu,janganlah makan lagi ubat tu.Stop jelah!" . Ni kalau betina puaka yang jawab call aku tu baca apa yang aku tulis ni,aku nak dia tahu yang ayat dia tu macam ciiiiii....Bongok!.Aku dahlah bayar mahal2 tapi hujung2 tu je penyudahnya.Memang aku blacklist r klinik tu.

Tapi aku ni jenis...ntah ye.Adakala aku memang buang duit aku untuk dapatkan sesuatu yang terbaik.Tak kiralah dalam apa jua keadaan yang aku lalui. Semalam  aku pi ronda Giant. Almaklum...barang2 keperluan banyak dah habis. Macam ubat gigi,syampoo,deodorant semua2 tu aku suka beli kat Giant. I lurv Giant.Pusing punya pusing,dah 4-5 kali aku tawaf,aku terpandang 1 produk ni.... Mucinex - Expectorant .Wah...macam best je kan.Boleh buang lendir pastu ade macam2lah. Nak info Mucinex tu klik SINI . Kalau tak faham omputeh,ha pi lah wat Google Translate ye....tp x beli pon lg la..sajer je nak gtawu dulu..nak test market kot@ klu korang2 taw pasal ubat ni kan leh ler bg opinion kat aku. oke lah. nak smbung wat keja sket. sekian..

No comments: