Pernahkah anda terfikir yang anda telah jumpa dengan gadis ataupun jejaka idaman anda yang anda ingin kahwini dan setubuhi secara halal serta membina keluarga bahagia hidup selamanya sebelum mereka curang dengan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh? Pernahkah hati anda diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga anda bertukar menjadi lesbian tidak mahu mencintai lelaki lagi? Pernahkah anda pergi mencintai seorang lelaki tetapi anda ni pun lelaki lalu anda pergi buat pembedahan buang anu anda tapi lelaki tu dah taknak kat anda lagi dah lepas tu?
Jika anda menjawab 'Ya' bagi persoalan-persoalan tersebut, saya amat memahami perasaan anda kerana hati saya pun pernah diremukkan juga. Tapi saya taklah pergi Kelantan untuk terjun bangunan ataupun simbah asid ke muka orang sebagai tanda sedih dan marah, sebaliknya saya akan melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu depressing yang menggambarkan perasaan di hati. Ayuh kita kaji 10 lagu perpisahan kegemaran.
10) Forget You - Cee-Lo Green
Hari tu aku tengok Saturday Night Live masa episod Gwyneth Paltrow jadi hos. Lepas tu ada artis jemputan Cee-Lo Green. Dia ni pendek macam Ibrahim Pendek lebih-lebih lagi apabila berdiri di sebelah Gwyneth yang tinggi macam hantu galah tu. Anyway aku rasa lagu ini ditulis oleh Cee-Lo setelah ditinggalkan oleh teman wanitanya yang curang dengan orang yang lebih tinggi daripadanya. Sudah pastilah versi asal lagu ini lebih vulgar daripada apa yang anda dengar di radio, di mana Fak You telah diganti dengan Forget You. Sebagai seorang nerd, aku suka line ini "I guess he's an Xbox and I'm more Atari, But the way you play your game ain't fair" Alah gadis-gadis usah dicari sangat jejaka yang xbox tu nanti lambat laun mereka akan kena Red Ring of Death juga.
9) I Hate Everything About You - Three Days Grace
Huii lagu ini memang tak ada nak tapis-tapis guna ayat puitis untuk menggambarkan perasaan. Kalau dah benci katakan benci. Dengan riff yang keras dan berat beserta jeritan benci, lagu ini memang sesuai untuk dinyanyikan ketika gadis anda mengungkapkan ayat "we need to talk"
8) Semua lagu Taylor Swift
Dewasa kini, ramai orang takut untuk mencari pasal dengan Taylor Swift kerana dia akan kembali mengaibkan anda di dalam lagu-lagu yang diciptanya. Apa yang ditulis oleh Swift semuanya lahir dari hati, dan kita boleh lihat kesannya melalui liriknya yang personal dan umpama diari. Of courselah bukan semua lagu yang ditulis oleh Swift merupakan lagu perpisahan tetapi kerana naturenya yang personal itu semua lagunya tampak telus dan tak pasal-pasal kita akan cuba relate dengan perpisahan yang kita lalui. Contohnya dalam lagu Picture to Burn, lirik dia berbunyi "As far as I’m concerned, you’re just another picture to burn..."
7) Since You Been Gone - Kelly Clarkson
Kelly Clarkson adalah peserta American Idol yang paling konsisten dan tidak pernah layu di corong-corong radio. Single Since You Been Gone pula merupakan lagu kesyukuran yang menggambarkan perasaan kita yang lega dan bersyukur kerana tidak bersama lagi dengan orang yang mengongkong kita sehingga tak boleh lemas. Setelah berpisah, terima kasih kepada ex kita, kita akhirnya dapat apa yang kita mahukan di dalam hidup. Ok itu liriknya secara literal, haha.
5) Bye Bye Bye - Nsync
Nsync adalah boyband yang paling popular semasa zaman sekolah menengah aku dahulu. Gabungan Justin rambut meggi, JC hidung kembang, Chris muka anjing, sorang tu aku lupa nama dia masa tulis ayat ni, serta Lance yang ketika itu kita tak tahu lagi yang dia gay. Jika mereka melukakan hati kita, apakah yang perlu kita kata? BYE BYE BYE sambil disertakan dengan koreografi yang sesuai.
4) The Breakup Song - Faizal Rosly
Lagu ini ditulis sambil menangis teresak-esak setelah hati aku diremukkan semasa di kolej kot. Masa itu rasa seperti dunia ini memang kejam. Aku ada perasaan juga ok? Ahh sudahlah. "...I didn't know what to feel, I suddenly felt ill, my heart is broken this wound can never heal.."
3) Goodbye My Lover - James Blunt
Dengar intro piano dia sahaja dah boleh buat kau murung. Itu belum baca lirik dia lagi sumpah kau dok asyik ulang-ulang lagu tu macam Micheal Scott dari The Office memang kau perlukan bantuan. Hubungi talian Befrienders di 03-79568144 sebelum anda menamatkan riwayat anda sendiri.
Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.
2) I Will Survive - versi Cake
Ini pun lagu break up yang popular sepanjang zaman. Versi penyanyi asalnya Gloria Gaynor memang best, tetapi sebagai orang lelaki adalah lebih relevan untuk kita menghayati versi ini. Stupid diganti dengan Faking. Liriknya memang kena sebijik-sebijik jika kita bandingkan dengan kisah percintaan kita. Tapi baguslah, lagu ini menyembunyikan perasaan pilu di hati kita di samping menunjukkan kekerasan di mana kita tidak perlu bergantung kepada mereka dan boleh survive.
1) Janji Tinggal Janji - KRU
Aku peminat KRU mestilah bias KRU duduk no 1. Dengar sahaja liriknya untuk menjelaskan segalanya:
Tibalah kita
Di penghujung persimpangan
Di penghujung jalan cinta
Kita berdua...
Terpaksa ku relakan
Tak daya ku halangkan
Kerna ku tahu cintamu
Bukan lagi milikku...
Menanti hatimu
Kembali padaku
Menanti purnama
Jatuh ke riba
Beratnya dimata, sebaknya di dada
Melihat kau bersama dirinya
Gadiskuuuuu...yang kupinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersamaaaaa lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai
Oh kasihhhhh sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku...kerna mu uu uuu uu
Jika anda pun pernah mengalami saat-saat anda rasa dunia ini kejam dan pernah menangis si sudut-sudut gelap sambil mengoyakkan surat cinta lama, anda mesti perasan yang lagu-lagu di atas ditulis semata-mata untuk anda. By the way kalau kalian perasan aku tak letak nombor 6 sebab tertinggal lepas tu dah publish post malas nak edit balik. So what's your favorite breakup song?
No comments:
Post a Comment