Thursday 17 March 2011

PARA PENIAGA, TOLONG RASIONAL!

HARI INI AKU MARAH. MAKA NAK GUNA "CAPS LOCK". AKU TENSION BETUL DENGAN PENIAGA-PENIAGA NEH. BOLEH TAK AKU NAK BAYAR GUNA DUIT 5 SEN PN DIA TANAK TERIMA? BODOH. BOLEH GUNA LA 5 SEN TU WEIIII. DAH DUA KALI AKU KENA MCMNI. HANGEN BETUL LAH! KAU INGAT 5 SEN TU AKU DAPAT DARI MESIN ATM KA? KAU INGAT AKU SENGAJA NAK DENGKI KAU BAYAR GUNA DUIT 5 SEN KA? BETUL LA ALASAN KAU TU NNT ORG TANAK TERIMA KALAU BAGI BAKI GUNA DUIT 5 SEN. TP KAU KAN PENIAGA. PANDAI-PANDAI LA KAU FIKIR JALAN SUPAYA ORG TERIMA GAK DUIT BAKI WALAUPUN 5 SEN. TAK PUN KAU KUMPUL BANYAK-BANYAK, PERGI TUKA KAT BANK NEGARA. TAKKAN TU PN AKU NAK KENA AJAR?!

LAGI SATU BAB DUIT BAKI. KAU DAH TAW NAK MENIAGA, SIAPKANLAH DUIT BAKI BANYAK-BANYAK. NNT TADE LA BILA ORG NAK BAYAR GUNA DUIT BESAR, KAU NAK BUAT MUKA PULAK SEBAB TAK CUKUP DUIT BAKI. DAH KALAU ORG TU MMG TADE DUIT KECIK, NAK BUAT MCM MANA? NI PN AKU PERNAH KENA GAK. DAH AR SIAP BUAT MUKA, MARAH DAN MENINGGIKAN SUARA LG TU! AKU GERAM BETUL LA. PADAHAL BUKAN KE KAU PATUT BERSYUKUR ADA ORG NAK BELI JUALAN KAU? NI PN BODOH JUGAK. G BANK NEGARA TUKA DUIT LA! BERAPA BANYAK KALI AKU NAK KENA AJAR??!!

p/s: Bank Negara, kalau dah ramai sgt org tanak terima duit 5 sen tu, hapuskan je lah. habis cerita. tade la aku tertekan mcm ni. haish. kuat mkn mekdi. tu psl dpt byk duit 5 sen -.-

kenapa justin bieber perlu jadi adik angkat tomok new boyz.

"eh bila justin bieber nak dtg malaysia?"
"peh. apsal? kau nak pergi ka?!"
"aah. aku nak pergi"
"serius?!"
"serius. aku nak g campak telur kt dia. jom ah"

sesape yg mak dia ada niaga kedai runcit, meh ar jd supplier telur sket. jgn ah nak kedekut sgt. dulu zaman-zaman tomok new boyz sejarah mungkin berulang meraung cuba cuba berbaik (jahat) cuba ke kanan (kiri) cuba betulkan (salah) cuba luruskan (gagal) maunya itu itu juga (itu juga) (peh gila aku hapal lagu new boyz! agaga) maren laju ja kau sign mou jd supplier kan. 



peh. muka tomok zaman dolu-dolu mmg bleh tahan pesen muka minta telur. rambut tu konpem sapu tancho. melekap statik ja. siap belah tengah lagi. mmg pujaan gadis-gadis kelas 2 melur sungguh. zaman-zaman ni mmg kau bleh jumpa ukiran hati beserta ayat "tomok wuz here" kt meja gadis-gadis ni. serius tak tipu.


ehem. tomok sekarang. ada rasa nak campak telur ke ada rasa nak campak nombor telefon? kau pilih sekarang cepat. kau la pilih. aku tak bleh. nnt kena "blah la lu" plak (silap oh kasi taw link blog kt bf? dah tak bleh nak berfoya-foya. jom buka blog baru?) kah kah kah.


justin bieber dolu-dolu. muka bleh tahan minta telur. pn begitu, tetap menjadi calon pilihan suami ideal 2011 oleh adik2 yg belajar di kumon, smart reader, dan tidak ketinggalan juga tabika kemas.

justin bieber sekarang. bertambah-tambah minta telur nmpk gayanya. plz la rambut tu. aduh pening aku tgk rambut kulup melekap kau ni bieb oii. bagi la ruang udara sket utk otak kau bernafas. kesian dia. dia selalu bbm aku mlm-mlm. ngadu sesak nafas katanya. kah kah kah. tak kelakar. tp tanak bye lg. sbb x abes lg. hee.

tomok, kalau kau baca blog aku ni, aku minta tolong sgt-sgt. kau amek la dia ni jd adek angkat kau. pastu bila si bieber ni dtg malaysia, lepas dia kena campak telur, kau bawak la dia g kedai gunting rambut maniam. kronik naa dah aku tgk gaya rambut dia neh. bleh eh? thanx yarr. u r my ex-boifren forever yarr (mcm biasa ayat feveret). haha. eh tp apsal aku beria concern pasal justin bieber neh? kau gila apa. pencemaran pemandangan tahu gaya rambut dia neh. hey burung gagak yg tgh berusaha keras isi batu dlm botol utk minum air pun bleh tercekik batu la kalau nampak gaya rambut dia neh. haha. oke dah habes. bye.

Pergi lah kau.........

Seorang isteri meninggalkan suaminya yang miskin.
She doesn't want a husband, she wants a funder.

Seorang isteri meninggalkan suaminya yang mandul.

She doesn't want a husband, she wants a sperm donor.

Seorang isteri meninggalkan suaminya yang curang.

She doesn't want a husband, she wants a faithful husband.


Seorang suami meninggalkan isterinya yang mandul.

He doesn't want a wife, he wants a baby factory.

Seorang suami meninggalkan isterinya yang tidak cantik.

He doesn't want a wife, he wants a sculpture.

Seorang suami meninggalkan isterinya yang tidak buat kerja rumah.

He doesn't want a wife, he wants a slave

.

Len kali tolong ambil tahu ye puan2.....

So I was in the pasar malam on Khamis petang.
Gilak ah surirumah. Chewaahhhh...

Aku x suka p pasar pagi. Memang benar tapi pelik. Sb aku bkn jenis bgn awal pagi semata nak p beli lauk nak masak. Aku gila tido. Mak mentua dtg umah pon aku bgn lmbt..Apakejadah lupa untuk bangun awal?.Apakejadah eh menantu hantu ni.... Sebab kat pasarmlm banyak choice siap ada jual tudung la kain la towel la spender la...and lantai x licin + basah mcm pasar borong + x brapa busuk dan harga boleh runding walaupun aku malas nak runding. Sebenarnya aku memang tak reti nak bargain. Alasan semua tu.

Sb pasar borng kena p awai2 pagi baru fresh2 and brg pon bnyak...mcm2 pesen n jenis tersedia..pilih je...klu p lmbt nnt abis...aku kan x suka bgn pgi...brapa bnyak kali nak gtawu aku suka tido..haishh....
Klu bgn lmbt pastu ada ati nak p pasar borong thgri buta bek x payah...apa pun xdak dah.Batang saderi pun dah habis. So macamana nak raikan dengan makan daun saderi? (pengaruh wonder pet) kan aku da start merapu kerapu...

Sambung....
Lepas beli sayur, aku beli ayam. Lepas beli ayam, aku beli daging. Sebab Mr. S aku suka makan ayam@daging masak merah. Aku pun ke gerai daging. Dah tak banyak yang tinggal.

Aku terkebil-kebil kat gerai tu tak tahu nak beli macamana. Sebab dulu aku beli kat supermarket, dah siap potong seketul besar.
Pakcik butcher tu pulak memandangkan aku begitu blur dan bimbo, menerangkan pada aku satu persatu tentang daging. Baru aku tahu, ada banyak jenis daging ikut bahagian mana dan harga pun lain-lain. Ada yang kena rebus dulu, ada yang tak perlu. Ada yang banyak lemak, ada yang daging je.

Apa? Korang dah lama tahu? Awat tak habaq?

Kami pun interview pakcik tu. Datang tadi bawak berapa ekor? sold out ke? tadi ramai orang?
Pakcik tu layan je lah. Sebab memang takde customer lain.

So aku beli daging yang sederhana mahal. Atau sederhana murah. Depends lah half full or half empty glass.

'Pakcik boleh buang lemak tak?'

'Yang ada lemak lah sedap, dik. Lemak ni bla bla bla...'

'Oqeh.' Malas nak argue.

Dah bayar, aku perhatikan ada satu bakul atas meja tu. Ada organ-organ dalaman lembu yang aku pun tak tahu sebab aku bukan veterinar. Pakcik tu bukan veterinar gak, tapi dia tahu sebab dia butcher.
Aku nampak ada dua ketul benda putih. Pelik. Macam bentuk apam. Tapi tekstur dia pelik. Macam puding susu pun ada. Aku terbayangkan raksasa puding susu dalam antologi Romlah.

'Pakcik, ni apa ni warna putih ni?'

'Owh. Itu telur lembu, dik.
Kalau lembu jantan, dia ada telur dia. Telur dia ni.....bla bla bla....telur...'


Aku tak dengar dah pakcik tu cakap apa sebab aku dah jauh dari gerai dia.
Nasib baik takde customer lain.

blush*blush*
Malu saya dibuatnya. Lembu..suma part kat lembu manusia mkn..smpikan TUT*  lembu pon org mkn...adeh........

Siri Bercakap Dengan Lelaki Episod 8: Turn Offs for Ladies

Walaupun aku bukan seorang yang rajin membuat kerja rumah, namun aku seorang yang cuba sentiasa menepati janji dan bercakap benar. (kekadang tu tipu gak)Ye lah, kalau tak buat kerja rumah tak jadi munafiq. Aku tak nak jadi munafiq. Munafiq tu bukan nama orang ye, adik-adik. Pergi tanya mak masing-masing apa itu munafiq lepas tu sila komen di sini.

Ada lelaki menghuraikan beberapa perkara yang menjadi 'turn off' kepada lelaki. Ada tak suka make up tebal, perempuan kuat membebel dan tidak menjaga badan. Terima kasih kerana memberitahu, tetapi adalah tidak adil jika lelaki sekadar komplen tentang tabiat buruk orang perempuan tanpa mengetahui perkara-perkara yang orang perempuan (dalam kes ini; Anoneemus) 'kurang' suka tentang anda.
So guys, do you want to know the things that can turn a lady like Anoneemus off?
Haha..perenggan atas ni memang plagiarisme.

1. Kuat merajuk


Orang perempuan* paling lemah (menyampah) kalau lelaki kuat merajuk. Kalau sekali skala 1:25 tak apalah. Tapi kalau lelaki merajuk sama kerap atau lebih kerap daripada teman wanita, itu petanda buruk.
See, dalam perhubungan normal, kita hanya perlukan seorang perempuan. Bukan dua. Itu lesbian. Kau lesbian kah? Tak. Lelaki tak boleh jadi lesbian walaupun mereka cuba sedaya upaya.
Perempuan emosional sebab Estrogen. Tostesteron tak macam tu. Perempuan sudah ada terlalu banyak kompleksiti dalam hidup kami dan kami tak perlukan seorang lagi 'perempuan' dalam perhubungan.

 2. Nafas berbau a.k.a. halitosis

Perempuan mulut busuk juga pasti menjadi turn off kepada lelaki tetapi jarang ditemui. Kenapa? Mungkin kerana lebih ramai lelaki yang merokok berbanding wanita. Mungkin juga lelaki lebih gemar makan bawang? Nanti aku survey sama abang jual burger yang muka macam Yusry KRU tu, ramai tak lelaki yang order burger untuk diri sendiri taknak bawang?
Mulut busuk ni bukan masalah alaf baru. Nabi pun cakap orang yang makan bawang tak digalakkan ke masjid sebab nanti bau tu boleh mengganggu orang lain.
Masalah halitosis ni bukannya macam kanser tak ada ubatnya. Sebab itulah ia menjadi turn off kut. Zaman sekarang ni dah ada ubat gigi, Listerine, Tic Tac, Clorets etc. Bukannya susah nak rawat sampai kena dialisis atau kemoterapi nya kan pun adoi. Duhh...




3. Possessive

Aku tak tau apa itu possessive dalam Bahasa. Kedekut kot. Tapi ni kedekut girlfriend. Memang lah girlfriend bukan untuk dikongsi dengan lelaki lain, tapi ia bukan hak milik mutlak boyfriend. Even isteri pun ada hak untuk jumpa ahli keluarganya dan ada life. Kan? Eh betul ke?
Contoh sikap possessive adalah call setiap jam nak tahu teman wanita di mana dan dengan siapa. Ada juga yang tak puas dengan call saja, kena buat video call untuk lihat keadaan sekeliling. Ini tak sama dengan call setiap jam 'just to hear your voice'. Yang itu sweet.
Yang possessive ni akan mengamuk kalau tahu kau keluar dengan kawan tak beritahu dia. Lagi mengamuk kalau dia tau classmate lelaki kau yang terserempak dengan korang join tengok wayang sekali. Padahal classmate tu kau dah kenal 7 tahun.
Itu membawa kita ke turn off yang berikutnya.


4. Panas baran

Ini panas baran tahap tak rasional, ataupun tahap panas baran yang tak sesuai dengan puncanya. Biasanya lelaki possessive juga adalah panas baran. Kalau pergi makan di Pizza Hut dan order sampai lambat, memang retak meja sendi tangan akibat menumbuk meja. Lelaki jenis ini juga akan meninggikan suara pada pelayan restoran kerana mereka sangka itu akan membuatkan pizza mereka lebih cepat masak. Kita akan mendapati teman wanita atau isteri mereka akan tunduk dan pura-pura minum air Sprite untuk cover malu.
Bukan dengan orang dewasa sahaja, lelaki panas baran ini boleh sahaja melenting dengan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak main kejar-kejar di ruang legar di One Utama dan terlanggar beliau. Pasti kena tengking tanpa belas kasihan. Siap parents budak tu kena sekali. Sekali lagi, teman wanita atau isteri mereka ini akan pura-pura cari handphone dalam tas tangan. Hell no!


5. Penakut (dan penggeli)

Orang perempuan biasanya memang terkenal dengan sikap penakut dan penggeli. Takut nak pergi tandas asrama waktu malam sorang-sorang, takut berjalan di Lorong Haji Taib, takut pada buah tomato mahupun supervisor thesis. Geli pada lipas, tikus, semut, pacat, katak, cicak, ikan keli, Jehan Miskin dan sebagainya. Oleh itu perempuan* memerlukan pendamping yang berani dan tidak geli pada haiwan-haiwan perosak.
Kau bayangkan suami kau nampak cicak di dinding rumah, menjerit. Nampak lipas, melompat atas katil dan baling buku-buku tulisan Liz Gilbert ke arah lipas. Mesti kau pun rasa nak baling sofabed IKEA Beddinge pada suami kau, bukan? Gila turn off lah.
Aku rasa haiwan perosak tu diberi nama kerana mereka haiwan perosak mood. Atau haiwan perosak rumahtangga jika suami kau penggeli. Eyewh.


6. Kedekut

Lelaki kena tanggung keluarga, ini bukan sebab culture. Tapi sebab memang tanggungjawab Tuhan tetapkan. Maka kalau lelaki kedekut, agaklah menjengkelkan perempuan*. Ustaz Kazim pun mesti backup aku punya, aku yakin. Kau bayangkan macamana nak buat suami kalau kedekut. Nanti kau nak beranak dia suruh bayar bil hospital sendiri pula.
Sebelum kahwin pun kalau asyik play dutch je memang something wrong lah. Oqeh, ini bukan cerita budak sekolah couple, ini cerita orang dewasa.
Kalau tak tunjuk kedekut pun, jenis yang mengungkit turn off juga. Awal bulan, belanja makan, suruh kita order je apa yang mau. Hujung bulan, marah kita sebab habiskan duit dia. Oh puhleeese! Kalau dengan perempuan duitlistik seperti aku bertuah lah aku bertahan dengan lelaki itew. And it rhymes.


7. Tidak menjaga badan dan penampilan

Ah apa kau ingat perempuan je kena jaga badan? Kalau Datin Norjuma dah berusaha, Datuk Nadzim pun kena work out juga. Tengok macam PM kita, maintain je dia sama dengan isteri dia. Sama-sama maintain.
Perempuan pun pandai turn off jugalah kalau suami boroi dan serabai. Tapi biasanya perempuan tak cakap sebab nak jaga hati. Atau suami dia panas baran.


8. Selalu berkata tidak suka perempuan bermekap tebal walhal selalu puji perempuan bermekap tebal

Ini lelaki-lelaki sekeliling aku biasa buat. Kalau cakap bab mekap berkobar-kobar tak suka. Suka natural beauty lah, apa lah. Tapi bila nampak perempuan cantik (sebab mekap) cair juga. Ini kerana sebenarnya wanita yang pandai bersolek akan membuatkan lelaki tertipu kerana lelaki memang tak tahu beza antara natural beauty dan mekap tebal. Bukan yang gemalai je menipu, paras rupa juga boleh menipu.
Apa? Wondergirls? 2 daripada 5 perempuan Korea telah buat double-eyelid surgery oqey. At least our Javanese girls are natural.
Ataupun bila ke special date dan teman wanita mengenakan mekap tebal, terpegun dan bangga serta-merta dapat awek cun. Berbakul-bakul pujian diberinya.


Mesti korang cakap minah ni cun, kan? Terutama kaki manga dan anime. Dan hentai. Ehem.
x ke..?? ok pasni korang tngok dia punya turn over kayy.......

Muka amoi jual topup
  
TADAAAAAA.........

 Dah jadi muka supermodel Jepun
Masa wedding aku pun ramai puji aku cantik. Hari-hari lain mana ada orang cakap camtu. Semua tu sebab mekap tebal. Tebal tahap aku rasa kulit aku tak bernafas dan beberapa hari diperlukan untuk mekap tu betul-betul tanggal.
Do not underestimate the power of cosmetics. However temporary they may be, they can fool you.


Perempuan* = Anoneemus

Farid kamil baru miss call I................ dalam mimpi...haishh...

Farid Kamil, you know that I have the hots for you but why dont you call me? T___T



Orang pakai speck salu nampak nerd tapi kenapa you pakai you tak nampak pun nerd tapi you memang comel lah, hensem lah. You you. Pakai ubat gigi apa? Gigi you pun hot la.


Satu benda yang buat I meleleh bila I tengok you tinggi macam ni. Setiap kali kita dating, kesian kat you kena tunduk tengok I. I pulak memang tak letih kena dongak tengok you sampai balik dating mesti urat leher jadi terpelot eh bukan terpelot, terpeleot. Kan dah kena jumpa mak bibah pergi betulkan urat balik.


Time ni kan kita pergi tengok lawan bola Malaysia dengan Vietnam. Kan. Ada ke you tak ingat. Apa la u ni. Rambut you ada fringe pun kelihatan hot.



Ya Allah. Ini gambar favourite. Mata you sepet. Mata you sepet. Itu paling kegemaran I. I nak picit ah mata you hye lelaki mata sepet. Euw kenapa rasa picit tu macam lucah. Ok biar lah. I suka lelaki mata kecik. Jadi lelaki lain yang sedang membaca, jika sedar diri mata anda kecik sila cepat comment dan bagi number phone kat I.

Ah muka letak sos pun hensem. Masa ni time birthday Mak Ngah I, ktorang main baling tepung dan sos. Lepas tu pergi lepak pejabat pos, sebab tu ada link KLpos.com kat gambar ni -_-"




I tau you pelakon. Jadi I tak kesah dan I sentiasa akan faham you dan cuba jadi understanding. I tak jelous la. I tau you berlakon. Tapi you yang kuat jelous, I beli roti kat uncle pin pin pun you kata APA NI BABY, LAIN KALI NAK BELI ROTI KENA BELI DENGAN I SUPAYA UNCLE PIN PIN TAK BERANI MENGORAT YOU.



KENING YOU. KENING YOU.



You tau tak I tergila dekat you dalam cerita ni. Sunglass you, Adidas you. Shorts you. You you. You guna guna I pakai bomoh mana satu?


Tangan banyak bulu pun takpe. I suka. I suka. Tengok tu sweetnye. Baju ada nombor 53. 3 kan nombor kegemaran I, you sengaja kan pakai kan kan?


Gila ke hapa..ni la namanya bosan dok opis..wehh..baca buku la mazyanti..study!! nak exam minggu depan lol!! ades....
klu laki aku baca ni mau dia kata aku gatai x sudah2..ala..yg dia gila kat pompan laen yg keding kurus melampau tu pe kes....ade aku kesah.....
x kisah  kot....heh...janji aku leh layan si mata sepet ni dlm mimpi pon da ckup...haishhh

~KARMA~

Karma. Kau tau? Dia bukan buah buahan. Bukan sayur sayuran yang kau makan setiap kali lunch. Atau yang bila kau asing asingkan bila kau tak makan masa beli nasik goreng kampung di restoran restoran berhampiran. Juga bukan buah kurma.....ada paham......


What goes around comes around. Kehidupan kau tak selalu di atas. Tambah tambah bila kau buat sesuatu jahat, atau kau dah sakitkan hati orang. Semua kesalahan kau kat dunia, Tuhan bagi cash. Tak ada nak hutang hutang, atau hold dulu dalam buku 555 lepas tu masa akhirat baru bayar. Tak. Karma berlaku secara langsung. Sama ada cepat atau lambat. Karma tu berlaku ikut keadaan. Kalau kau pernah meludah di atas kaki orang, lagi 2 hari akan ada orang meludah balik kat kaki kau. Tapi bukan kaki je. Tangan dengan muka kau sekali. Tu la hakikat karma. Kau tak dapat balasan setimpal. Tapi bertimpal timpal. Kalau ikut kata gandaan, mungkin 4 kali ganda. Atau mungkin lebih.



Macam yang aku pernah kena. Erk!!



Semua dalam pelbagai situasi. Semua Tuhan dah bayar cash satu satu. Dunia macam roda. Dulu di atas, sekarang tiba lah masa di bawah. Kau jangan berani kata yang kau takkan rasa perasaan berada di bawah. Sebab kau akan rasa. Satu hari nanti. Sakit, perit. Tuhan je tau. Tapi Tuhan takkan duga kita kalau kita tak mampu tanggung semua dugaan tu kan? Prinsip bersabar perlu kukuh dalam menghadapi dugaan. Sabar. Semua dugaan ada hikmah. Semua kesalahan ada balasan. Betul?





Aku tak pernah marah dekat karma. Sebab karma banyak mengajar aku erti macam mana nak hidup dan berbakti kepada diri sendiri. Menghargai diri sendiri lebih dari orang lain boleh hargai kau. Menghargai orang sekeliling yang hargai kau. Keluarga, kawan kawan dan ilmu. Dan semestinya Tuhan. Mereka sentiasa bersama dengan kita sewaktu susah senang, waktu kau jatuh kau terkial kial nak bangun, waktu muka kau buruk kena conteng arang macam mana pun, mereka ini akan sentiasa dengan kau.



Thanks karma. You teach me to be strong. And the most important thing that you have taught me is, HOW TO APPRECIATE.


=)

Tips geli - geli sebelum mula semester baru.

Lagi seminggu mau EXAM . Ya, GRR bermaksud sedang marah dan buat buat garang. Sebab dah terlalu syurga rasa nya cuti kali ni, tiba tiba nak kena masuk sem baru lagi astafalmesfes betul.


Hari ni aku taktau kenapa tiba tiba rajin nak buat entry pasal tips menghadapi peperiksaan. Kepala hotak aku kan, dah la baru nak masuk sem. Tiba tiba sawan ke apa nak buat tips menghadapi peperiksaan. Spoil mood betul. Okay sebenarnya tips ni bukan boleh pakai time exam je, tapi alang alang baru masuk sem, mesti semua orang ada azam baru nak improve CGPA dan dapat better result sem ni kan? Maka, jom lah try apply. InsyaAllah berkesan.


1) Study constant. Jangan nak belagak otak kau boleh tangkap 13 chapter dalam masa 3 hari iaitu waktu study week. Maka, setiap kali bila ada kuiz dan test, ambik lah peluang tu untuk belajar dan buat notes. BUKAN NOTES UNTUK TIRU LA SHETON. Notes untuk senang kau refer bila time final, tak payah menggelabah dah kau ulang 14 kali buat notes bila final, sebab time test kau dah siap siap belajar. Study smart, ah kamonnn.KAME KAME HAAA...


2) Kepala hotak kita memerlukan input dan output. Bukan input je. Otak kita takkan function kalau asyik baca je tapi kita takde effort untuk keluarkan balik apa yang kita baca. Macam taik hidung, kalau di simpan lama lama tanpa di korek pasti hidung rasa lemas kan? Otak juga begitu. Jadi, apa la salah nya kau gerakkan jari telunjuk kau untuk korek je hidung tu. Dan apa la salahnya kau gerakkan sikit kaki dan tangan kau pergi cari past year dan buat latihan supaya ingatan nenek (seperti aku) dapat di tajamkan. Walllla.


3) Tumpuan dalam kelas penting HAHAHAHA sumpah yang ni aku payah sikit. Aku taktau kenapa dalam kelas aku kuat berangan. Hari hari niat pergi kelas nak tumpu, tapi last last mula lah datang berangan nak naik kapal cruise dengan Fayed Kamil ceh weh geli gila. Jangan ikut perangai aku dan percayalah, tumpuan dalam kelas adalah ibu kecemerlangan ewohhhhhh.


4) JANGAN KEDEKUT ILMU ITU YANG PENTING.


5) Baca Yassin setiap hari selepas maghrib, insyaAllah hati akan tenang bila nak jawab peperiksaan dan Allah permudahkan jalan kita.


6) Kalau rajin, buat solat Duha untuk mohon rezeki dari Allah, mintak di terangkan hati. Cara melaksanakan Duha. Doa solat Duha ;

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



7) Solat dan doa ye kanak kanak. Kalau kita tak ingat Tuhan, masa kan Tuhan nak ingat kita :)


8) Jaga pemakanan. Makan ikan dan tempe banyak banyak. Bagus untuk otak.


9) Ok tu je la kot.

10 ) Akhir sekali, selamat maju jaya ke semester baru kawan kawan. Semoga semester ni lebih baik dari semester akan datang. Amin.

Wednesday 16 March 2011

Aku yg suka tidor dan suka lmbt

Pernah tak kau ada satu perasaan bekobar kobar (smbil dengar lagu bekobar2 nyanyian sapa ntah x ingt..tp mmg ada lagu ni..) bangun paling awal dalam rumah lepas tu kau berjaya Subuh sebelum mata hari naik, lepas tu kau pun macam bangga la ni pergi opis awal pakai eyeliner, perfume mekup bagai HUMANG AI. Sumpah perasaan bangga tu boleh sampai kepada 14 tahun lama nya. Bangga betul.

Nak tak nak, perasaan bangga tu jatuh hukum harus. Sebab selama ni aku jarang jarang  datang awal dan aku juga pekerja yang selalu dapat maki sebab konon konon berlagak otai selalu muka datang lambat masuk opis. (sory boss)Reason datang lambat adalah simple, AKU LAH JEBON SUKA BANGUN LAMBAT. Jam tu da x larat nak memekak kat tinger aku yg cute ni tiap2 pagi. Yang susahnya aku ni bley plak x dengar...Ajaib sungguh telinger ni..(pekak)Setiap kali  balik rumah MESTI aku meLunaskan tanggungjawab kepada tilam dan bantal. Atau kata lebih singkat, TIDUR. Kat opis pon pantang ada msa terluang msti aku tido. Partition plak besau...mmg tido la aku kan...smpi tekuar leleh2 la ayaq liuq basi aku ni...terok sungguh pangai mak anak dua ni...hishh!!


*mulai hari ni aku kena berubah...sb klu aku terus terus mcm ni sure kerat jd 18 blas la anak2 aku akan ikot pangai bgn lmbt malas bgn pagi ni kan kan kan......so aku kena berusaha menjadi contoh terbaik pd anak2 aku. Chaiiyok!!



.......ZzzzZzzzzzzZZzz.......

Tips Menggoda Pompan utk Org Lelaki..(blur jap..aku ni laki kah..??)

Ok abang abang. Hari ni adik menggodam nak bagi tips bagaimana abang abang di luar sana yang tak menggoda boleh buat magik tiba tiba jadi menggoda dan hot. Tidak kacak? Tidak hengsem? Tidak apa. Mari kita lihat tips berguna yang dapat menjadikan abang abang semua menggoda di hadapan perempuan.


Sebelum itu harus dimaklumkan, semua tips bukan aku saja saja reka, semua nya aku baca dan ia adalah fakta. 1,2, 3 MULA.


1) Perempuan suka kan lelaki yang berbau wangi. Maka jika girlfriend kau hari hari cakap yang kau wangi dan rindu nak bau kau, itu adalah normal. Penting bagi seorang lelaki menyembur 2 kilo perfume sebelum keluar . Elakkan dari pakai perfume jenama Britney Spears, di khuatiri kau akan di tuduh pondan. Periksa sendiri bau ketiak dulu. Agak agak ashem, sembur deodorant please.



2) Jangan tunjuk sangat kau kedekut depan perempuan yang kau suka spashly untuk bayar makan. Sebab makanan tu basic, common sense. Lelaki yang betul betul gentlemen takkan biar kan perempuan bayar makanan untuk mereka. Tapi ya kaum perempuan, kau jangan lah buli boyfriend kau sampai hari hari nak pergi makan secret recipe atau hotel. Dan perempuan yang bukan main lagi mintak macam macam beg Guess ke, jam Fossil ke, tu confirm pisau cukuq. Hang dah boleh hantaq dia p balik rumah dan break up.




3) Bulu hidung. Aku tau la ada lelaki yang minat bela bulu hidung banyak banyak. Tapi tolong la, sebelum kau keluar dengan girlfriend kau, boleh tak kau tengok cermin secara zoom in dan periksa hidung supaya takde bulu hidung yang terkeluar? Kau dah wangi, tapi tiba tiba slack ada bulu hidung yang turut terhembus bersama sama dengan udara nafas kau. Malu gila T___T



Menggoda nyaaaaa.


4) Kuku. Penjagaan kuku penting. Lelaki, kau jangan ingat kau je yang tau nak tengok perempuan atas bawah. Perempuan pun sama okay. Perempuan suka lelaki kuku bersih. Kalau pun kau memang jenis suka nak simpan kuku panjang sebab terlalu adore dengan Pontianak, sila pastikan kuku kau bersih dan jangan ada satu jenis tahi melekat kat kuku kau euwww jangan jadi pengotoq!


5) Jangan suka meninggi diri. Jangan jadi budak budak nak cerita OH KAT RUMAH I ADA 45 BIJIK KERETA, 30 ORANG MAID, 47 ORANG DRIVER SELAIN ITU I JUGA PAKAI BOXER CELVIN KLEIN. Tak payah. Ia memang sungguh menggetikkan.



6) Sila jadi lucu. Kalau kau tak lucu, bacalah lah buku Ujang banyak banyak untuk buat lawak. Dan bercampur la dengan ramai orang supaya akan ade banyak idea lawak untuk kau hadiahkan kepada girlfriend kau. Kebanyakan perempuan sangat suka kan lelaki yang kelakar dan dapat buat dia gelak 24 jam. Bukan buat lawak gelak sendiri. Ni lah yang di katakana personality. Selang seli kan benda benda serious dengan lawak. Jangan serious all the time. Boleh mengundang bosan hingga mati.



7) With brain. Tak perlu lah kau kena setiap masa bukak topik pasal pengetahuan am Malaysia. Atau tiba tiba bukak cerita tentang sejarah tok janggut. Atau tiba tiba ajak girlfriend kau hafal jadual berskala kimia. Lelaki yang bijak adalah lelaki yang tau apa yang mereka bicarakan dan ayat yang tersusun. Bukan sembang kosong dan langsung tak tau apa apa pasal perkembangan semasa, sumpah loser gila dah tu. Pandai membuat keputusan dan tak bergantung dengan orang. Wah. Hengsem.




WAHHHH TERGODANYAAAAA.

8) Family man. Hati hati dengan cara kau melayan mak, adik perempuan dan kakak kau. Sebab dari situ perempuan akan tahu macam mana kau akan layan dia satu hari nanti bila dah kawin dan akan tau kau bertanggungjawab ke tak.



9) Jangan menggelabah. Lelaki kalau suka kan seorang perempuan, selalu nak teketaq ketaq. Memang la ketaq, tapi belajar la untuk control perasaan tu. Kau akan nampak sungguh menggoda bila kau dapat bawa diri kau dalam keadaan cool dan rileks. Maka perempuan akan rasa selesa bila dengan kau.


10) Tonjolkan kejantanan. Bukan perlu bukak seluar ya T__T Contoh, kau tengah buat gotong royong di satu tempat, hah time ni la nak tunjuk kau jantan ke tak. Kau cuba angkat benda berat, biar kan diri kau dalam keadaan comot dan kotor lepas buat kerja. OMG lelaki yang rajin dan suka buat kerja luar yang berat memang akan nampak menggoda. Baru lah nampak tenaga lelaki kau di gunakan.


11) Cukup la 10 kot. kau nak 11 ape lagi....

Doraemon


Hari ni aku ingat nak cerita pasal doraemon la. Memang hari ni aku taktau kenapa mood aku sangat terjurus kepada benda benda comel masa kecik yang boleh membawa kepada teringat dan rindu kenangan lalu yang astagaaa, nakal macam hantu.


Aku perasan, dari dulu sampai sekarang, waktu siaran doraemon memang tak ubah ubah. NTV7, pukul 7.30 mahgrib. Asal tepat pukul 7.30, kau dah boleh dengar doraemon nyanyi ANG ANG ANG TOTEMOIDAI tegerdik gedik. Bukan doraemon je tergedik, dengan aku pun sekali tergedik menggelupur nak tengok kat depan tv. Eksaited la kata kan nak tengok nobita hari hari pakai spek melekat kat mata, baju kuning seluar pendek yang sama. Habes smart la tu kan.


Tapi aku ada satu masalah besar bila nak tengok doraemon. Dari dulu sampai skang masalah tu memang takkan dapat setle. Sebab MAMA aku memang anti gila bila siapa siapa bukak tv time maghrib tambah tambah nak tengok kartun kapir, buang masa. Dia suruh aku maghrib, hafal doa qunut sampai dapat baru dapat tengok doraemon. Hapal punya hapal, di tambah pulak dengan otak aku yang kalau hapal ni memang di tempat teratas paling lembab, doraemon pong habes. Last last dah pukul 8, memang tak dapat ah nak tengok nobita pakai spek melekat kat mata ceh. Cerdik betul mama aku.



Eh jangan risau. Sebab mama aku cerdik, jadi mesti gen cerdik turun jugak kat aku. Maka sejak dari tu aku dapat idea yang aku kira memang akan berjaya. Cerdas dan bernas. Aku bercadang nak buat baik je kat rumah bila hari sabtu. Time solat dari subuh, aku bangun awal siap siap. Zohor dengan Asar solat on time! Selalu nak hafal doa qunut, mama aku yang suruh. Tapi kali ni tak. Habis Zohor dengan Asar, sendiri pergi volunteer datang kat mama,


‘Mama, dengar ni tati doa qunut’.

p/s: aku pon tataw naper org pgil aku tati kat umah...cem pelik je...burok sunggoh..Tati..?? erk!!


Back to the story..da start nak merapu rapu la ni...
Bukan setakat time Zohor je, time habis Asar pun aku suruh mama aku dengar aku hafal qunut. Itu jam aku memang dah expert habes dah. Bersungguh sungguh aku buat sebab hajat nak tengok doraemon pukul 7.30 petang. Aku tunjuk kan dedikasi yang padu. Aku bodek baik punya mama aku. Aku dah memang dah nak dekat yakin dah yang rancangan doraemon 7.30 adalah milik aku.



Sampai time mahgrib, waktu masuk pukul 7.25. Aku cepat menggelabah pergi ambik air semayang. Dengan hajat ambik semayang 1 minit, jalan dan pakai telekung 1 minit, lagi 3 minit semayang. Gila bibik Charlie chaplin ke apa tah. Semua aku buat semata mata sebab doraemon. Tengah dok yakin aku habis semayang dan bungkus telekung, tiba tiba dengar mama panggil ,


‘HAAA TATI..... QUNUT DAH PANDAI. HAFAL AYAT KURSI PULAK. MAMA NAK DENGAR.’



Erkk!! rancangan gagal lg........trus nitik air mata sunti aku kat pp...


p/s : REDHA............

selamat hari ibu 2010

  


Siapa ingat lagi dengan video ni? Yang ucapan selamat hari ibu oleh seorang lelaki mata sepet hidung mancung loghat kedah piauuuuu. Aku ingat lagi dulu video dia famous, lepas tu tiba tiba dia private semua video dia oh downnnn gila.
Cukup kacak bagi seorang anak lelaki yang tak malu segan silu bagi tau dunia yang dia sangat menghargai mak dia.

*ALA LAGIPON SEBAB DIA SEPET MACAM AYED AMEL (farid kamil) 
KAN SEBAB TU KAU KATA DIA BERGAYA KAN KAN.... PANG KANG.!!*
Baru pertama kali badan menggeletar letar mengelejat, seram sejuk.

Baru pertama kali rasa macam nak muntah muntah lepas habis kelas.

Baru pertama kali rasa badan sumpah lenguh lenguh macam baru angkat peti ais 4 tingkat ke apartment 5 tingkat...... naik lif. CEH.

Baru pertama kali rasa pressure macam ni.

Semua baru pertama kali. Baru pertama kali rasa meluat nak tengok blog dan facebook (tipu)

Baru pertama kali rasa macam senak perut nak terkirit (kentut + cirit)



Ini semua baru pertama kali. Symptom asignment belambak lambak dan test merata rata di sana sini. Tiba tiba semua nak submit minggu ni. Semua nak submit minggu depan. Semua nak present minggu ni. Semua nak FINAL lagi 1 minggu. HA? FINAL?


Bak kata member kelas aku:

Wehhhhh bestnye lagi 1 minggu kita konvo weh!!! bestnye!!!

Blog, Facebook, kau orang boleh blah? Atau ok ok. Laptop aku, kau boleh pergi blah? Ok, baik tak payah. Senang cakap, yanti, kau boleh pergi blah? dari cbok ngadap blg and fesbuk bek ko blaja....!!


Sebab, final lagi 1 minggu, kau dah belajar? Baik kau bertaubat mulai dari sekarang.


1, 2, 3 MULA! 


*kembali ke facebook*

Belajar Dalam Iman

Aku ni kan, kalau di kira tentang potensi diri memang banyak. Aku kuat berangan, kuat bercakap, kuat buat lawak dengan hajat nak orang gelak tapi haram nak gelak sebab tak lawak pun. Kuat makan, kuat menangis, kuat tidur dan kuat gelabah.



Tapi hari ni aku taknak cerita pun pasal aku ni seorang yang gelabah. Eleh weh macam la semua taktau yang aku menggelabah macam mana kan. Kalau cakap dengan orang yang aku minat mesti suka tersasul lepas dia macam terus tak sengaja jadi control cun dan mata sebelah asyik kenyit kenyit tanpa sedar. Mode gatal memang akan jadi automatik activated, taktau kenapa.


Tapi hari ni aku taknak cerita pun pasal aku ni seorang yang suka gatal tiba tiba. Aku sebenarnya nak cerita pasal kehidupan aku sebagai seorang ibu, isteri dan pelajar. Kehidupan aku yang sebenarnya memang tak boleh tumpu kan perhatian kepada satu benda dalam satu masa. Mari kecilkan skop cerita ni kepada waktu belajar. Aku tak tau la tabiat ni sejak dari kecil atau pun sejak dah besar. Tapi aku mula sedar dengan sikap ni sejak aku menengah.Time skola rendah bley je ngadap. (bnyak sngt anasir luar kot time skola menengah) Bila time belajar, aku tak boleh mengadap buku berjam jam.

Setiap kali bila belajar, aku mesti kena buat benda lain. Macam tengok movie 393683945 kali. Loading  Ataupun bukak wall facebook 567954 kali macam tak boleh asyik tengok buku, kena buat kerja lain jugak. Kalau tak buat benda benda kat atas, aku mesti akan belajar sambil makan n minum. Agak agak aku malas nak makan, lepas 5 minit belajar aku mesti ambik kepit kuku lepas tu kepit kuku. Lepas tu nanti lepas 5 minit lagi, aku pandang dinding dan berangan.(berangan tu mmg wajib dah)
Nak blajar kat umah taw je la kan ngan anak kecik nya ngan nak masak nya...adess...da mcm sotong tangan empat blas lah aku ni kiranya. jap ada kat sinun jap ada kat sinin. mmg xdak masa la

Tapi memang macam ni la. Aku bukan macam orang lain yang boleh tumpu 100 % dalam kelas. Yang boleh tumpu 100 % time study tanpa dengar apa apa bunyi bising. Kalau aku belajar dan aku tak dengar bunyi bising, aku rasa macam sumpah tak boleh masuk apa apa. Sebab tu nanti aku selalu buat onar time dalam bilik. Sambil belajar dengar lagu, tengok movie, sembang sembang, kepit kuku, makan, tengok cermin banyak kali lepas tu gelak tengok muka sendiri sebab tak sangka ada diameter lubang hidung yang awesome.


Hari hari bila aku pergi kelas, aku nak jadi macam orang lain. Yang boleh pandang lecturer tak kelip sanbil angguk angguk tanda faham. Yang boleh tulis notes 40 muka surat untuk 2 jam lecturer. Yang buku dorang penuh conteng conteng segala macam ilmu pengetahuan. Tapi aku dalam kelas suka nganga, berangan, tengok orang kiri kanan, lepas tu tidur dalam iman.



Weh ajar la weh, macam mana nak belajar dengan tumpuan penuh tanpa buat apa apa gangguan terhadap diri sendiri?


Tolong woi. Aku nak Exam!!!!!

Dengki tu maksud dia hati tak cuci.


Kalau kawan baik, itu bermakna kau tak pernah ada perasaan hasad dengki. Kalau kau kawan baik, itu bermakna kau akan selalu ada perasaan gembira dan meraikan kejayaan susah senang sesama sendiri. Aku tak pernah dengar wujud atau tak persaingan bersama kawan baik. Jadi, bila ada persaingan dan satu perasaan cemburu di hati, maka jangan di iktiraf itu kawan.Lagi lah KAWAN BAIK. Kau pergilah lari hutan hidup sorang sorang atau mati.


Dunia takkan selalu mengejar kau melutut di bawah kau. Kau bukan raja mahupun permaisuri yang sentiasa nak jadi orang kelas atasan dan di hargai setiap masa. Tak sesiapa akan datang pada kau dan kata kau cantik setiap masa. Ingat, dunia juga takkan mahu pun kau selalu ada di atas. Kalau kau fikir hanya dengan istilah menang kau dapat puas kan hati kau, nah. Sekarang aku simpati dengan kau.



Aku tak suka membenci orang. Dan aku ada satu cara untuk setiap hari berhati bersih tanpa ada rasa dengki pada orang. Adalah dengan bersyukur dengan apa yang kau ada. Susah kah? Tidak. Kerana bila kau percaya Tuhan itu maha adil, dan bila kau dengar orang hari hari membesar besarkan diri dengan nikmat yang mereka ada, gelak kan saja. Sebab mana ada satu benda pun yang kekal dalam dunia.



Kadang kadang, bila hati kau ikhlas, tak semua orang akan pandang kau begitu. Setiap orang selalu menghakimi sesama manusia. Dan bila kau tau seseorang itu tiada apa fungsi lagi dalam kehidupan naik turun kau, ah senang. Tinggalkan saja dan jangan dekat. Jangan kau toleh belakang tak kelip kelip. Simpan kelip kelip itu untuk esok dan masa akan datang.


Jangan ada dendam dan dengki dalam hati. Kira sekarang, berapa banyak orang yang kau dengki benci? Bagus. Kau gandakan bilangan itu kepada dua. Kerana bilangan itu lah bilangan orang yang akan membenci dan mendengki kepada kau semula. Alah, dunia pun tak lama. Kenapa berduka cita?

Antara Mak dan Girlfriend

Ok hari ni adalah lebih serious.


Bangun tidur, scroll FB dan jumpa post ni kat link I Love Islam.
 

Aku lebih mengagumi lelaki yang sentiasa berbuat baik dengan mak dia. Aku lebih mengagumi lelaki yang bila aku tanya,

KAU NAK BUAT APA LEPAS KERJA NI?

AKU NAK KERJA, KUMPUL DUET DAN BALAS JASA MAK BAPAK AKU.


Instead of ,

AKU NAK KUMPUL DUET NAK KAWEN NGAN AWEK AKU AH WEH.


Sebab kadang kadang kalau tengok, lelaki lebih meng - agungkan girlfriend dari mak sendiri. Which is, sebenarnya bukan ciri ciri lelaki yang baik pun sebab girlfriend bukan dah jadi family, tapi mak kau adalah darah daging kau yang mengandung susah payah 9 bulan untuk kau. Jaga kau, bagi makan kau, ambik tahu pasal kau, yang bagi duet kat kau bila kau susah. Tapi kau senang senang pakai duet tu belanja girlfriend kau.


And the saddest part is, kau tak pernah langsung bagi hadiah apa apa untuk mak kau, macam kau bagi kat girlfriend kau. Macam kau sanggup pakai ptptn kau, tak makan ikat perut, semata mata untuk konon konon buat the best untuk girlfriend kau. Sanggup berhabis masa bercakap dengan girlfriend dalam phone, dapat gaji terus belanja girlfriend itu ini, bawak pergi jalan jalan. Berjanji kumpul duet banyak banyak untuk kahwin dengan girlfriend kau. Bersusah payah, wah aku lah lelaki paling sweet di dunia. Semua untuk girlfriend kau.



Tapi pernah terdetik untuk bagi semua tu kat mak kau?


Perempuan yang paling mula mula cium kau, dan menyayangi kau sepenuh hati. Sampai satu masa bahagia macam mana pun kau satu hari nanti, takkan ada perempuan lain yang dapat sayang kau sekuat mak kau jaga dan sayang kau dari kecik.


Tuhan bagi perempuan dengan hati yang lembut, tak tau membenci lelaki yang betul betul dia sayang walau macam mana jahat pun lelaki tu kat dia. Maka lelaki, tolong jangan pertikaikan perempuan adalah jiwang, cepat tersentuh, cepat terasa, selalu menangis, cepat kesian.


Sebab Tuhan Maha Besar, Dia ciptakan setiap perempuan itu akan menjadi MAK, suatu hari nanti. 
 
p/s : mama..sy sayang mama.....

Kau cukup sempurna kah lelaki untuk mengidam ngidam kan perempuan solehah di jadikan isteri?

Kacak.
Bergaya.
Kereta, rumah.
Lengkap semua ada.

Tinggi.
Tegap, sasa.
Sekali di libas rambut bergegar alam fana.
Kenyit mata sikit,
Luluh.
Semua mata inginkan dia.

Perfume Hugo Boss,
Baju Topman sekali sekala dia sinsing,
Kasut berkilat hitam,
Berkilau betul bila tengok boleh pitam.
Perghhh geram.
Semua A semua mengancam.

Bijak nya jangan cerita.
Ada degree master PHD,
UPSR PMR SPM semua markah tertinggi,
Bila sembang serupa perdana menteri,
Aduhhhh,
Kacak nya semua kau ada kacak tak terperi.


Tapi,
tapi.


Kah kah kah kah semua kacak di mata manusia.
Keluar rumah semua nya kau kacak di mata manusia.
Kah kah kah kah bagi aku habis gelak sebelum aku habis cerita.
Bagi aku habis cerita sampai mana bila dia kacak di mata manusia.


Bilamana dia tak ada 5 waktu solat,
Bilamana dia tak satu doa memohon Tuhan di ingat,
Bilamana dia sakan gembira di mata manusia,
Bilamana dia sakan menunjuk di dunia,
Tapi dia sebenarnya tak ada apa apa.
Kalau 5 kali solat dia tak ada.


Cukup cantik di mata manusia,
Tapi tak cukup cantik di mata Dia.
Kalau 5 kali solat dia tak ada.
Kalau 5 kali solat dia tak kerja.
Pergi gelakkan dia.
Pergi bahankan dia.
Kerana dia hanya cantik di kaca manusia.
Tidak pernah cantik di mata Dia.

NotaKukuKakiKaKakKu :-
Cermin diri dahulu....Perfect is weird..imperfec is normal.... renung2 kan lah..selamat beramal...

Rahsia..susahnya nak tutup...

Benda yang paling susah dan mencabar dalam dunia ni adalah menutup rahsia seseorang.Selalunya rahsia tu akan datang apabila ada benda yang salah dilakukan.Tak banyak rahsia baik yang ada,lagi banyak yang buruk berbanding yang baik jenis-jenis rahsia ni.

Sebab itu,jika anda nak buat salah,nak buat dosa,jangan share apa yang anda dah buat dengan orang lain.Pandai buat,pandai tutup.Jangan kena tangkap,jangan sampai ada orang lain tau.Klu org tahu nasib la sapa soh buat salah kan.....kantoi...

Kenapa?

Bayangkan,anda ada seorang kawan,lelaki lah katakan.Dia ni kaki tibai perempuan dan dia secara bangga menceritakan kejayaan dia mentidurkan perempuan yang tah ke berapa puluh orang.Anda dengar semua cerita dia.Anda dengar macam mana kisah dia bawak balik perempuan tu ke rumah,anda nampak dia bawak balik perempuan tah mana2 dia ambik masuk bilik.

Yang paling menyakitkan hati,anda dengar katil berbunyi..eek ook eek ook....eek ookk..eekk..eeeeeekkkkk...ahhhhh.Keluarlah dia dari bilik dia dengan memakai tuala sambil tersenyum kepada anda yang sedang menonton TV sambil isyarat "bagus" ditunjukkan.

Dan kejadian itu berulang lagi,berulang lagi,berulang lagi.Sehinggalah satu hari,kawan anda tu kata,"Dol,aku nak kahwin 6 bulan lagi.."

Anda pun menjawab,"Dengan sapa?Dengan awek yang kau bawak balik semalam ke?"

Dia jawab,"Tak,dengan tunang aku yang dah 8 tahun couple dari sekolah menengah.Gila kau nak kawin dengan awek semalam,kaki togak tu.." Pergh.Ada tunang rupanya.Anda pun mengangguk."Dol,aku nak kau jadi pengapit aku!"tanya kawan anda."Oooohh,seriously,aku nak,aku nak!"kata anda melompat kegirangan.

Sampai hari perkahwinan,anda tengok bakal isteri kekasih lama kawan anda tu."Gila kau,kerja kau tiap2 malam membelasah pempuan,bini kau carik yang tudung labuh?" tanya anda."Biasalah...biasalah.."sengih member anda,bangga.

Anda tenung bakal isteri kawan anda tu.Anda tengok dia.Hanya akan ada satu aje perasaan yang akan timbul.Rasa simpati.....Dia bakal bersuami lelaki yang horny,yang tak puas hanya dengan onani.Mesti kena rasa badan sunti.Baru dapat tenaga di siang hari.Lawa pulak tu bakal bini.

Nak aje anda jeritkan,"DIA KAKI KONGKEK PEMPUAN!JANGAN KAWIN DENGAN DIA!KAWIN DENGAN AKU!AKU VIRGIN YANG TAKDE GELFREN!"

Lagi lah simpati kalau kau tau member kau gay,tapi dia kahwin sebab nak cover dia gay.Gila kesianlah dekat isteri dia.Tapi,nak buat macam mana?There are some secrets that you shouldn't share it with anyone.Ada benda yang sepatutnya disimpan tapi dah disharekan menjadi pengetahuan beberapa orang.Dan jika anda berbuat demikian,anda sebenarnya sedang mengajak mereka bersubahat,kongsi2 dosa ramai.

Susah.
Benda tu sangat,sangat,sangat susah nak dilakukan bila kita dah tau.

Jika anda nak buat jahat,jangan,jangan,kongsi benda tu dengan orang lain.Mengajak orang lain bersubahat ni adalah satu beban yang akan ditanggung oleh anda dan kawan anda sehinggalah anda KO esok hari.

Dan aku tak nak tulis pasal perempuan yang macam tu,nanti orang kata aku "racist gender." Tapi,mesti ada jadi kan?Takyah tipu....perempuan lagi la suka share kisah2 cinta dengan kawan diorang.

Ps - tolong jangan jadikan post ini sbg tempat utk menyatakan "bertudung labuh" tak semestinya baik,pakai tudung sbb nak cover love bite....bla bla bla.At least,dia pakai tudung dan dia ada perasaan malu dan tutup "love bite" tu kalau dia ada.Kau,pegi tunjuk love bite kau kat satu dunia apa cerita? ~Source from Cursing Malaysia~


Tuesday 15 March 2011

Khazans Studio


Visit here..Hijab n Shawls heppy shopping

Aishah Amin.....

Aishah Amin...why her?
Everyone knows the oh so fabulous Aisyah Amin right? I love her classy but yet very modest style. She's a lecturer in Architecture (correct me if I'm wrong). She's truly an icon in Malaysia's Islamic fashion. :) She'd just launched her own blog, do check it out here. And do like her FB page, The Hijab Diaries. :)
And do check her Lookbook! Really awesome styles of hers lined up in there! Really inspiring. :)
Just wanted to say that she are one of my inspirations in fashion after Hana Tajima and Yuna to dress accordingly muslims way and still look vogue at the same time. I really admire your values and beliefs in standing for what you believe in and transform it into the best that you can achieve.  I'm sure a lot of girls, me definitely included, feel the same way too!
 In love with her outfits and how combine different pieces to create a gorgeous look. And most of all, I love how she style everything within Islamic boundaries. And the way she style her hijabs...WaawWwa....i heart u Aishah Amin

So here i post a few pic of stylish Aishah Amin...stop mumbling and lets pic do the talk of her
heppy viewing... wink wink  











Dear Fans and Readers

Salam all viewers...u guys r marvelous.....im speachless if u guys blog me and read all my merapu story mory....u guys r so speacial to me..i imagine my self as an artist..without fans and followers im nothing...(am i too much) teruja gila LOL...
anyway..im not asking u guys to b my kipas susah mati (die hard fan) or super fans..but just a simple followers is more than enough for me...as i also do blog to other bloggers n i lurv the way u guys style ur blog.it gives me an idea how to renovate my blog from time to time in future.. some of the blogger make their blog look so glam n vogue . im new to blooger world. and i lurv writting..blog is like my diaries...a diaries that i share all my memories and xperience of me with others.or if u find that my blog is interesting u can  put met yur Fav List. (hahah....over ok..blog sy sngt hampes...)
i'd rilly lurv if u can follow me back...
plis do drop by to my blog n b one of my fans....(siap tarek2 rmbut and gulin2 lantai if u nak jd fans i)
cozs im new to blogger world n my blog look's nothing compare to other bloggers...my blog rilly need a make over...and add more info bout hijab or fashion...i lurv fashion so damn much...i used to spend all my money just to buy new things so that i can wear new outfit everyday...stupid me!! fashion is not bout how u spend ur money to buy xpensive one just to make u look hot..if its cheap but style why not buy it and u can style it with ur own creativity...still can look fashionable....people wont notice things that u wear r cheap....they dont bother bout that...they'll just bother with ur looks n style....fashionista bebeh....!! look..im mumbling again...alwyas out of topic...
so....fans and readers....this is my simple appriciation to all of u..im xpressing my feelings....im just a humble n lack of idea blogger....if u could share some tips i would lorv to read....so..thats all for now....
tq so so so much for visiting my blog, for reading and for being my fans....muah muah u guys...
or do drop a comment so that i can improove my blog in future...lurv u always....luf luf luf luf

Author


Listen To Ur Heart

when u have done sumting wrong or u confiused to make a decisions do listen to ur heart.
then u'll know what u want....but dont listen it with anger....listen it with love and passion.


“Sometimes I wish you would apologize, because sometimes you hurt me, and I have feelings too…”
I blame my blog, for keeping me up at night, making me sit down all the time, and seducing me with photos of delicious food. haha.....

I wonder if I ever cross your mind? For me, it happens all the time…
missing u so much...tears
The most difficult things is when the man you loved so much hurt you so bad, but didn’t even notice your tears.



 
...and for the happiness of my family and friends.. I always wish for those things before i go to bed, hoping that they will stay true...



.......ahhh… tragedies always get to me.
remove all this bad bad thinking in ur head...think positive...we r all born beautiful 

work + friendship

 Just remember, when you’re working with friends, don’t get angry at them. Good relationships are more important than a few points for a grade.

Monday 14 March 2011

Mandi Bunga

Amalan ini dipraktikkan oleh orang Melayu sejak dahulu kala lagi dan ianya masih diamalkan tetapi dengan cara yang salah sehingga ke hari ini walaupun selepas kedatangan Islam. Amalan mandi bunga ini kebiasaannya dilakukan dengan niat untuk membuang bala, mencepatkan jodoh, menarik semangat baik pada diri, menghindarkan diri dari ganguan semangat jahat, menyucikan dosa pada diri dan lain-lain lagi yang terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam, ini kerana dapat dibuktikan melalui sabda Rasulullah SAW :

“Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam.”
Berkaitan amalan mandi bunga ini tidak mempunyai nas, dalil-dalil atau pun hadis yang sahih di dalam Islam. Amalan ini sebenarnya berkait rapat dengan amalan di dalam agama Hindu, yang rata-ratanya melibatkan perbagai jenis bunga di dalam amalan ritual agama mereka. Antara lain amalan mandi di dalam amalan agama Hindu adalah amalan mandi di Sungai Ganges untuk menyucikan dosa, mandi minyak (minyak bijan) ketika Deepavali untuk membuang nasib buruk dan lain-lain lagi.
Lebih merisaukan lagi dikhuatiri masyarakat Islam pada hari ini menjadi syirik dek kerana kurang mengetahui latar belakang sebenar amalan ini dan mungkin mengangap ianya sebahagian dari amalan di dalam Islam, ini kerana orang yang melakukan amalan ini atau lebih di kenali sebagai ‘bomoh’ memulakan ritual ini dengan bacaan basmallah dan diakhiri dengan lafaz syahadah dan salawat. Inilah yang boleh menyebabkan salah faham berlaku kerana seseorang individu itu mengangap amalan mandi bunga ini turut berada di dalam amalan teras Islam seprti mandi junub, mandi sunat hari jumaat, mandi sunat hari raya qorban mahupun mandi sunat Aidilfitri yang mana amalan mandi ini terdapat nas, dalil dan hadis yang sahih.
Kekeliruan ini disebabkan kerana amalan ini tampak ‘Islamik’ dengan suntikan-suntikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan buta mengenai Islam, jadi ‘mentality’ ini harus diubah bagi membendung umat Islam menjadi syirik serta terus mengamalkan amalan mandi bunga ini dengan cara yang bertentangan dengan amalan Islam secara khususnya.
Antara kebiasaan bahan, majlis dan pantang larang yang digunakan dalam upacara mandi bunga dan juga mandi yang di luar kebiasaan ialah:
1. Air tepung tawar yang ‘asasnya’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut yang dihiris.
2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang
3. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan dalam pakej adat perkahwinan Melayu tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut.
4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis yang digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.
5. Dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri Sembilan; pawang akan ‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar padi subur dan selamat dari bencana.
6. Mentera tertentu di bacakan ketika amalan ini di lakukan
7. Ketika mandi menghadap kiblat
8. Mandi ketika azan berkumandang.
9. Daun, bunga dan limau dengan sifat-sifat tertentu (misalnya daun bertemu urat dengan warna tertentu)
10. Bilangan bunga tertentu (misalnya tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun)


Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:
‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’
Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”
Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.
Jadi amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang di lakukan ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat Islam secara khusus nya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi biasa yang di lakukan setiap hari.
Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.
Amalan mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya.
Sebagai kesimpulannya, setiap perkara itu haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepadaNya.

p/s: Amalan mandi bunga ini sangat bagus dan banyak kebaikannya. So, sapa yang nak cuba bolehlah amalkan. Tapi orang kita (Melayu) selalu menyempitkan fikiran sendiri kalau bercerita tentang amalan mandi bunga. Asal mandi bunga sahaja mesti cakap nak cari jodoh atau menolak sial! Sebenarnya Allah jadikan manusia tiada yang sial. Kita adalah sebaik-baik dan sesempurna ciptaan Allah Ta'ala. Bila kita mengatakan orang lain sial bermakna kita mengutuk dan menghina ciptaan Allah.
Soal jodoh semuanya telah ditentukan Allah kerana Allah menjadikan setiap makhluknya berpasang-pasangan. Cuma antara jodoh itu datang cepat atau lambat. Apapun kita juga perlu berusaha untuk mencari jodoh dengan cara yang betul.
Amalan mandi bunga ini ada banyak kebaikannya. Orang lama zaman dulu-dulu selalu mengamalkannya. Apa salahnya kalau kita cuba, agar kita dapat aura-aura baik ke dalam diri dan mungkin dengan amalan ini boleh kita release tension selepas kerja! Kewangian bunga mungkin akan dapat menenangkan diri kita. Jangan korang mandi bunga guna bunga taik ayam dengan bunga tayar sudahlah ye!! Kalau jadi pape sendiri tanggung!! Ha ha ha

gini gayanya bila nak mandi bunga..haha

adab when u speak



senang nak baca tp susah nak buat