Thursday, 17 March 2011

~KARMA~

Karma. Kau tau? Dia bukan buah buahan. Bukan sayur sayuran yang kau makan setiap kali lunch. Atau yang bila kau asing asingkan bila kau tak makan masa beli nasik goreng kampung di restoran restoran berhampiran. Juga bukan buah kurma.....ada paham......


What goes around comes around. Kehidupan kau tak selalu di atas. Tambah tambah bila kau buat sesuatu jahat, atau kau dah sakitkan hati orang. Semua kesalahan kau kat dunia, Tuhan bagi cash. Tak ada nak hutang hutang, atau hold dulu dalam buku 555 lepas tu masa akhirat baru bayar. Tak. Karma berlaku secara langsung. Sama ada cepat atau lambat. Karma tu berlaku ikut keadaan. Kalau kau pernah meludah di atas kaki orang, lagi 2 hari akan ada orang meludah balik kat kaki kau. Tapi bukan kaki je. Tangan dengan muka kau sekali. Tu la hakikat karma. Kau tak dapat balasan setimpal. Tapi bertimpal timpal. Kalau ikut kata gandaan, mungkin 4 kali ganda. Atau mungkin lebih.



Macam yang aku pernah kena. Erk!!



Semua dalam pelbagai situasi. Semua Tuhan dah bayar cash satu satu. Dunia macam roda. Dulu di atas, sekarang tiba lah masa di bawah. Kau jangan berani kata yang kau takkan rasa perasaan berada di bawah. Sebab kau akan rasa. Satu hari nanti. Sakit, perit. Tuhan je tau. Tapi Tuhan takkan duga kita kalau kita tak mampu tanggung semua dugaan tu kan? Prinsip bersabar perlu kukuh dalam menghadapi dugaan. Sabar. Semua dugaan ada hikmah. Semua kesalahan ada balasan. Betul?





Aku tak pernah marah dekat karma. Sebab karma banyak mengajar aku erti macam mana nak hidup dan berbakti kepada diri sendiri. Menghargai diri sendiri lebih dari orang lain boleh hargai kau. Menghargai orang sekeliling yang hargai kau. Keluarga, kawan kawan dan ilmu. Dan semestinya Tuhan. Mereka sentiasa bersama dengan kita sewaktu susah senang, waktu kau jatuh kau terkial kial nak bangun, waktu muka kau buruk kena conteng arang macam mana pun, mereka ini akan sentiasa dengan kau.



Thanks karma. You teach me to be strong. And the most important thing that you have taught me is, HOW TO APPRECIATE.


=)

No comments: