Wednesday, 9 March 2011

Sudah Pandai Tanam Tebu Tepi Bibir!

Manusia suka berjanji. Kerana manusia bukan robot bak mama saya cakap. Dan kerana itu manusia adalah berbeza-beza perangai dan pemahaman. Kita dan dia manusia. Tapi kadangkala kita terasa sakit hati dengan sikap masing-masing. Normal bukan!

Tambah sakit hati dengan manusia yang suka menanam tebu di tepi bibir! Takkan nampak daun tebu terjuntai dari bibir. Atau batang tebu yang berketak-ketak tumbuh meninggi di bibir munggil. Manusia biasalah. Berjanji bukan kena bayar! Sama juga macam berangan. Dan sama juga dengan bercakap bohong. Semua itu tak perlu dibayar sesen pun!

Tapi tak perlulah selalu sangat menanam tebu di tepi bibir! Nanti semut datang hurung kita yang susah. Dan tak usah pula selalu sangat berbohong untuk mengelak dari tanggungjawab. Jangan ingat pembohongan sedih kita buat orang akan percaya setiap kali kita menyuarakan pembohongan!

Kalau sekali dua kita bersuara bohong pada orang, mungkin orang akan beria percaya! Tapi kalau terlalu kerap dan pembohongan itu seolah makanan ruji....ada ke yang nak percaya lagi??? Kalau ada, BAGUSLAH! Pembohongan anda berjaya! Sila ke peringkat pembohongan yang seterusnya!

Dengan pelbagai alasan yang dicipta untuk mengelak dari tanggungjawab atau untuk melepas tengkuk sendiri dari memikul kesalahan...tak pernah rasa bersalah ke??Kenapa berbohong?? Untuk menyelamatkan diri?? Untuk mengelak malu?? Atau untuk menyelamatkan orang lain?? Tetap bohong kan... Mestilah tak rasa bersalahkan?? Kalau rasa bersalah takkanlah nak bohong hari ini, esok, lusa, tulat, tungging....dan seterusnya!

Hari ini sudah pandai menanam tebu di tepi bibir! TAHNIAH! Harap-harap kejadian malang yang dikhabarkan itu betullah. Dan harap sangat bukan penipuan. Kalau berbohong lagi, esok-esok perkara yang dibohong akan jadi benar. Masa itu tahulah apa perasaankan!! Berbohong dengan tanam tebu tepi bibir itu sama sahaja bagi saya! Sepupu baik yang tidak mahu dipisahkan. Walau ditarik untuk berjauhan tetapi sering nampak mereka beriringan!

Jangan kita selalu sangat berbohong yang melibatkan diri seseorang yang rapat dengan kita. Atau senang cakap tak perlulah berbohong! Walaupun tak kena bayar, tapi kesannya mungkin memburukkan keadaan.


1) Hari ini bohong. Situasi lewat datang ke sekolah/pejabat/temujanji.

  • "Sorry, saya lambat sebab nenek saya jatuh superbike!. Tinggal saya sorang-sorang jer tolong nenek!" - padahal nenek dia dah bertahun-tahun di alam lain!
2) Hari esok. Situasi malas pergi ke sekolah/pejabat sebab dah rancang untuk pergi shopping
  • "Hello! Hari ini saya terpaksa ambil cuti kecemasan la. Kereta saya tayar kena curi malam tadi!" - padahal selama ini pergi sekolah/kerja berjalan kaki je! Sebab jarak sekolah/tempat kerja 10 minit je jalan kaki!
3) Hari lusa. Missing in action!
  • "Saya balik awal hari ini. Half daylah kira. Kucing saya nak beranak. Takda sapa kat rumah yang boleh jadi bidan!" -padahal selama ini bukan kata sekoq kucing pun tak ada., bulu kucing pun tak pernah kenal macam mana?? Kucing sapa pula yang nak beranak??

4) Hari Tulat. Situasi terlupa pergi sekolah/kerja.
  • Boss : "Kenapa awak tak datang ke pejabat lagi?"
  • Si Bohong : "Eh! Hari ini kerja ke? Saya ingat hari ini Sabtu. Rupanya Jumaat".
  • Boss : " Nanti awak masuk pejabat datang ambil surat berenti! Ini bukan pejabat mak ayah awak. Awak masuk keje sini orang rekemen ke? Orang besar kenal ke? Saya peduli apa!"


haa...sapa soh bohong..kan da kena tangkap
P/S : Saya pernah berbohong kerana tersepit...sangat menyesal dgn tindakan bodoh itu... :(




No comments: