Monday, 14 March 2011

Mandi Bunga

Amalan ini dipraktikkan oleh orang Melayu sejak dahulu kala lagi dan ianya masih diamalkan tetapi dengan cara yang salah sehingga ke hari ini walaupun selepas kedatangan Islam. Amalan mandi bunga ini kebiasaannya dilakukan dengan niat untuk membuang bala, mencepatkan jodoh, menarik semangat baik pada diri, menghindarkan diri dari ganguan semangat jahat, menyucikan dosa pada diri dan lain-lain lagi yang terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam, ini kerana dapat dibuktikan melalui sabda Rasulullah SAW :

“Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam.”
Berkaitan amalan mandi bunga ini tidak mempunyai nas, dalil-dalil atau pun hadis yang sahih di dalam Islam. Amalan ini sebenarnya berkait rapat dengan amalan di dalam agama Hindu, yang rata-ratanya melibatkan perbagai jenis bunga di dalam amalan ritual agama mereka. Antara lain amalan mandi di dalam amalan agama Hindu adalah amalan mandi di Sungai Ganges untuk menyucikan dosa, mandi minyak (minyak bijan) ketika Deepavali untuk membuang nasib buruk dan lain-lain lagi.
Lebih merisaukan lagi dikhuatiri masyarakat Islam pada hari ini menjadi syirik dek kerana kurang mengetahui latar belakang sebenar amalan ini dan mungkin mengangap ianya sebahagian dari amalan di dalam Islam, ini kerana orang yang melakukan amalan ini atau lebih di kenali sebagai ‘bomoh’ memulakan ritual ini dengan bacaan basmallah dan diakhiri dengan lafaz syahadah dan salawat. Inilah yang boleh menyebabkan salah faham berlaku kerana seseorang individu itu mengangap amalan mandi bunga ini turut berada di dalam amalan teras Islam seprti mandi junub, mandi sunat hari jumaat, mandi sunat hari raya qorban mahupun mandi sunat Aidilfitri yang mana amalan mandi ini terdapat nas, dalil dan hadis yang sahih.
Kekeliruan ini disebabkan kerana amalan ini tampak ‘Islamik’ dengan suntikan-suntikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan buta mengenai Islam, jadi ‘mentality’ ini harus diubah bagi membendung umat Islam menjadi syirik serta terus mengamalkan amalan mandi bunga ini dengan cara yang bertentangan dengan amalan Islam secara khususnya.
Antara kebiasaan bahan, majlis dan pantang larang yang digunakan dalam upacara mandi bunga dan juga mandi yang di luar kebiasaan ialah:
1. Air tepung tawar yang ‘asasnya’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut yang dihiris.
2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang
3. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan dalam pakej adat perkahwinan Melayu tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut.
4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis yang digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.
5. Dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri Sembilan; pawang akan ‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar padi subur dan selamat dari bencana.
6. Mentera tertentu di bacakan ketika amalan ini di lakukan
7. Ketika mandi menghadap kiblat
8. Mandi ketika azan berkumandang.
9. Daun, bunga dan limau dengan sifat-sifat tertentu (misalnya daun bertemu urat dengan warna tertentu)
10. Bilangan bunga tertentu (misalnya tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun)


Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:
‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’
Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”
Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.
Jadi amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang di lakukan ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat Islam secara khusus nya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi biasa yang di lakukan setiap hari.
Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.
Amalan mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya.
Sebagai kesimpulannya, setiap perkara itu haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepadaNya.

p/s: Amalan mandi bunga ini sangat bagus dan banyak kebaikannya. So, sapa yang nak cuba bolehlah amalkan. Tapi orang kita (Melayu) selalu menyempitkan fikiran sendiri kalau bercerita tentang amalan mandi bunga. Asal mandi bunga sahaja mesti cakap nak cari jodoh atau menolak sial! Sebenarnya Allah jadikan manusia tiada yang sial. Kita adalah sebaik-baik dan sesempurna ciptaan Allah Ta'ala. Bila kita mengatakan orang lain sial bermakna kita mengutuk dan menghina ciptaan Allah.
Soal jodoh semuanya telah ditentukan Allah kerana Allah menjadikan setiap makhluknya berpasang-pasangan. Cuma antara jodoh itu datang cepat atau lambat. Apapun kita juga perlu berusaha untuk mencari jodoh dengan cara yang betul.
Amalan mandi bunga ini ada banyak kebaikannya. Orang lama zaman dulu-dulu selalu mengamalkannya. Apa salahnya kalau kita cuba, agar kita dapat aura-aura baik ke dalam diri dan mungkin dengan amalan ini boleh kita release tension selepas kerja! Kewangian bunga mungkin akan dapat menenangkan diri kita. Jangan korang mandi bunga guna bunga taik ayam dengan bunga tayar sudahlah ye!! Kalau jadi pape sendiri tanggung!! Ha ha ha

gini gayanya bila nak mandi bunga..haha

No comments: