Wednesday 24 August 2011

wordless wednesday


let the pictures do the talk
 

 
 
Boo: i choose to let it go....past is past...if it meant to b then alhamdulillah...but if its not then just let it go with open heart. rainbows will come and push away the rain. and here comes sunshine...........smile :)
 
sekian..oke dah...buy
 

English day

Its been long time i dindt used ayat ompute in my blog rite. Long time ago when i first started to writte in blog i did used all this omputeh language rite. But then i da start malas cozs i felt much more free if im writting in BM..yala i dun want people to read my blog and with all those spellling errors and missplaced vocab in future i la malu. Lagipon Bahasa Melayu kan bahasa kebangsaan...ewah....

But today i think i want to writte in English....hehe...im not teror sangat la but then okela..lalalalala...



When I started working, I never imagine I'd miss & appreciate my weekend so much. I'd keep one day for sleeping & another for a day out. I knew I write less these days. But when i started writting then all my ideas suddenly came untill my hand cant stand to writte anymore. Weekdays have become a routine. Go to work, come back and sleep, wake up the next day and go to work again. I salute the bloggers who are still active in what they do even though they are working. I seriously need extra supplement.


Boo: fever, flue and coughing sum more makes my weekend full of sleeping activity plus medicine..... 

................................... speachless...............................




 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
Just when I'm about to give up,
Allah gives me sunshine.
Alhamdulillah ;)


Boo: Hopefully things gonna clear again. Amin... 

Antara Perkara Yang Akan Dirindui Selepas Berkahwin & Beranak

"Aku jeles dengan kau Yantie, at your age, kau dah ada karier, suami, anak. Dah buat birthday party anak. Sedangkan aku, hampas macam ni!"





Buat apa nak cemburu. Enjoy sahaja zaman bujang kamu selagi boleh. Sebab satu hari nanti, apabila kau sudah berkahwin dan bersara dari zaman yang penuh keseronokan tanpa akal dan fikiran, kau akan sampai pada satu tahap di mana kau rindukan zaman bujang kau.

Kalau tak rindu banyak pun...mungkin rindu sikit.

Mungkin rindu pada kawan-kawan semeja kat Mapley dulu.

Atau pada zaman tak risau berskandal dengan ramai orang.

Atau pada perut yang flat dan pinggul yang tak lebar sangat tu.

Erm.


Boo: kadang2 aku rindukan time2 gossip girl macam dulu....kadang2 la....

ATTITUDE

Manusia menilai sesama sendiri- itu sesuatu yang tak boleh dielak lansung. Kadang-kadang, bertahun-tahun kau buat baik, sekali kau mengamuk, orang dah boleh label kau macam-macam tanpa mereka sedar mereka adalah punca kemarahan itu sendiri berlaku.

Emosi adalah salah satu musuh utama perempuan.

Tapi di sebalik tanggapan watak-watak kejam yang orang pernah labelkan pada aku, sebenarnya, tersembunyi sifat-sifat penyayang yang melebih-lebih sampai tidak ada satu pun sinetron Indonesia boleh nak lawan, wa cakap lu.


Boo: bak kata mama aku. mulut manusia kita tak boleh tutup. sebaiknya tutup lah perilaku kita agar tidak diakata orang. kerana orang akan sentiasa mencari salah kita walaupon perkara salah laku kita itu bersebab

Tukang Kupas

Sebagai seorang manusia yang serba lemah dan masih mencari-cari untuk kefahaman sendiri, aku banyak persoalkan perkara itu ini terutama sekali perkara yang berkaitan dengan agama lah. Kenapa mesti begini? Kenapa mesti berdosa? Kenapa tak boleh buat ini? Kenapa tak boleh buat itu? Bagi aku, beramal sahaja tak cukup kalau aku tak faham segala isi-isinya.

Umpama kau makan buah mangga, kau main telan je dengan kulit-kulitnya. Aku tak pernah peduli pun sebelum ni. Orang cakap solat, aku solat. Orang suruh puasa, aku puasa. Dah macam tradisi hidup. Sebab aku dilahirkan Melayu dan Islam.

Nak nak bila aku dah kahwin. Banyak hukum hakam dan soal jawab dalam kehidupan berumahtangga aku bangkitkan. Isi yang disuapkan ke dalam rohani aku semasa menghadiri kursus kahwin dahulu, membuatkan aku nak persoalkan lebih banyak benda lagi sekarang.

Penceramah kursus kahwin cakap;

Isteri yang tidak melayan kehendak nafsu suami pada malam hari tanpa alasan yang kukuh akan dilaknat malaikat sampai ke esok paginya.

Persoalan aku, siapa pula nak laknat suami kalau dia mengabaikan tanggungjawab dia dalam melayan nafsu isteri pula? Apa jadi dengan suami yang memandang remeh dengan prestasi batin diri sendiri misalnya?

Isteri yang meninggikan suara dengan Suami berdosa. Derhaka.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang meninggikan suara dan menyakitkan hati isteri?

Isteri yang keluar rumah tanpa izin suami dianggap nusyuz. Berdosa lah lagi. Haram lah lagi.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang keluar rumah meninggal kan isteri tanpa kerelaan isteri misalnya?

Isteri tidak boleh melihat lelaki lain. Tidak boleh meminati lelaki lain. Apatah lagi kalau isteri curang. Memang neraka jahanam lah tempat kau, misalnya.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang duduk melepak sambil bercerita tentang saiz buah dada setiusaha pejabat sesama rakan-rakan?

Dan macam-macam lagi lah. Semua yang diterangkan kepada aku semasa kursus kahwin dulu, menggambarkan yang perempuan sahajalah yang harus beriya-iya semuanya. Isteri kena main peranan.

Kalau taknak suami pandang buah dada orang lain, isteri kena sapu krim krim dan pil pil yang tidak munasabah untuk membesarkan buah dada sendiri yang akhirnya menyebabkan barah lah puleeekk.

Bagaimana pula dengan zakar suami yang comel sebesar cili?

Kalau nak suami ada sahaja di rumah, isteri haruslah pandai masak. Ikat perut suami. Supaya ke mana-mana suami pergi, sambal tempoyak ikan talapia isteriku tetap di hati kononnya.

Bagaimana pula, cara untuk suami, buat isterinya ke mana-mana sahaja ingat sesuatu x-faktor tentang suami?
HAHAAH! Macam-macam. Tentang ibadat pun sama. Dari solat, puasa, hijab. Sampai lah kenapa kita kena mengelilingi kaabah. Apa sebabnya? Aku bukan menolak hukum Islam. Aku bukan ragu-ragu. Bukan tak percaya. Sumpah bukan. Tapi aku nak faham. Aku nak faham dalam-dalam. Aku solat macam biasa. Aku puasa. Tapi aku nak faham. Faham dan faham lagi. Aku nak kusyuk. Sebab selalunya kalau aku solat mesti pala otak aku dok terinngat macam

Sekian lama aku tahan persoalan ini semua. Sampai lah satu masa, aku muntahkan juga semua persoalan ini kepada encik Anuar. Aku nak tahu, apakah hati aku sedang dibolak-balikkan iblis untuk menyesatkan aku? Atau aku ni memang bermasalah?

Seperti biasa encik Anuar (rakan sekerja) yang memang miskin attitude (ampun klu abg nuar baca ni..haha..memang kdg2 menjengkelkan) tapi kaya dengan jawapan yang ringkas tapi bernas-nya;

Yantie, tidak ada satu pun kurangnya dalam agama kita kecuali satu; kita hidup di kalangan di mana kurangnya TUKANG KUPAS yang betul-betul boleh huraikan hukum hakam agama ni. Penceramah agama yang sedia ada kebanyakkannya pandai bercakap, tapi tak pandai menghurai. Dengar mereka berceramah, memang terhibur. Kelakar rasa nak pergi lagi. Tapi bila pikir pikir balik, entah apa yang dia cakap sebenarnya? Balik balik lawak lucah dan hal politik. Contoh, isteri curang, berdosa, masuk neraka, tapi pernahkah Tukang Kupas kita huraikan kenapa isteri boleh curang? Dimana silapnya suami dalam hal itu? Aku tak hairan kau persoalkan semua ni. Perempuan rajin mengkaji. Rajin membaca. Lelaki ni ignorant kebanyakkannya. Kita menjatuhkan hukum ikut a-quran. Tapi masyarakat Melayu Islam kita berapa ramai sangat yang faham al-Quran? Bila soal agama di bangkitkan, balik-balik, Google jugak jadi panduan.

Terdiam lama aku. Suasana sunyi di sokong dengan struktur  pejabat aku yang memang dikelilingi oleh tingkap-tingkap besar yang menyediakan pemandangan yang indah sayup sayup menyusuk hati. Peh.

Okay. Ada sesiapa nak rekemen aku Tukang Kupas agar aku tidak sesat menuntut ilmu tanpa guru?


Boo: banyak lagi ilmu agama yang aku wajib pelajari demi masa depan anak2......


Nyawa


kerana mereka,  hidup aku rasa bertujuan. Pinjamkan dia kepada aku lama sedikit, Tuhan. Sekurang-kurangnya sehingga sampai saatnya aku pejam mata.





Boo: anak2 adalah harta aku dunia akhirat



Semut Yang Terperangkap Dalam Bekas Plastik Gula

Ada seekor semut.

Terperengakap dalam bekas plastik gula.

Yang ditutup rapat.

Mewah tapi sunyi.

Luas tak bernafas

Tidak ada jalan keluar.


Kalau mati pun,

Dia mati dengan penuh kemanisan.

Melekit-lekit.

Dan tetap sendirian.


Boo: aku tak mahu jadi macam semut itu

Benda-benda yang kita biasa tahu, tapi kadang-kadang malas nak amal.

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan


  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00malam



......dan yang paling penting dibawah ini........selamat beramal.....

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


Boo: Aku dapat ni dari email. SO aku just copy paste je. Penulis asal tidak diketahui. Untuk renungan bersama dan diri aku sendiri. Renungkanlah dan selamat beramal :)

alhamdulillah

Jarang rasanya aku rasa perasaan yang aku rasa sekarang ni.

Apabila sesuatu yang aku titipkan di dalam doa seharian, kini menjadi kenyataan. Aku tak pernah meminta-minta kepada Allah sesungguh seperti sebelum ini. Dengan tangis. Dengan gigih aku pujuk hati sendiri untuk bersabar dan terus bersabar terhadap dugaan yang hebat ini. Dengan perit, menghadap sehari-hari.

Segala puji bagi Allah.

Kalau perkara yang sengaja Kau turunkan kepada aku untuk aku pelajari 'sesuatu', aku bersyukur kerana aku sudahpun berjaya harunginya setakat ini. Doa yang kau kabulkan kali ini, akan ku pelihara hasilnya sampai ke mati.




Boo: semakin lama semakin aku pelajari sesuatu dalam kehidupan.....

Tuesday 23 August 2011

perbezaan sewel dan pelupa...

Kejadian 1.
Sudah beberapa kali, aku ke tandas untuk melakukan number one (buang air kecil), aku buka baju instead of seluar. Bila tersedar, aku akan malu sendiri lalu terketawa kecil dan pakai semula baju dan terlupa untuk melakukan number one.

Kejadian 2.
Aku ke stesyen komuter UKM pada satu pagi untuk ke pejabat. Hari itu, hari-malas-bawa-kereta aku.

Aku pergi ke mesin tiket, tekan butang destinasi dan masukkan jumlah wang yang cukup. Tiket keluar, aku ambil. Aku ucap 'Terima kasih' dan senyum lalu melangkah pergi ke tempat duduk untuk tunggu keretapi.
.....
Aku baru ucap terima kasih pada mesin ke tadi? demn!!


Boo: pelupakah atau sewelkah aku.....

lucahnye otak aku

Rakan sekerja aku, pantang bila sesiapa membuat kesilapan mengeja atau tatabahasa.(tidak perlu sebut nama sbenar)

Dia memang sangat pantang.

Aku tersilap eja nama Accapan pun dia marah (Tahulah muka macam Accapan, janganlah sensitif sangat!). Dia akan betulkan dengan cara lembut, tapi selalunya kasar. Terpulang pada situasi.

Aku pula tak kisah sangat kalau orang nak salah mengeja atau salah tatabahasa. Kecuali kalau orang tu ejek aku tak pasal-pasal. Benda begini tak berapa annoy aku sebab aku pun kadang-kadang salah eja (contoh : aku eja Accapan sebagai Acappan).

Tapi, ada beberapa kes yang aku tak boleh tahan. Aku rasa kena betulkan juga.

Contohnya, Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud sewaktu menjadi juri pertandingan Malaysian Idol dan Akademi Fantasia.

Apabila ada peserta yang tak berapa fasih berbahasa Inggeris menyanyikan lagu Inggeris, mereka akan kata "Adik, proNOUNciation tu kena betul dik, ya. Nanti suruh cikgu-cikgu ajar proNOUNciation yang betul ya." dengan nada suara yang paling lantang.

Peserta-peserta tu pun akan tersipu-sipulah sambil mengangguk-angguk dan merundum sedikit tahap keyakinan diri mereka.

Macam Magenta pernah kata, ibarat mengambil tip diet dari orang gemuk.

Perkataan itu sebenarnya ialah proNUNciation.

Aku tak kisah kalau ada yang bersembang dan masih sebut proNOUNciation. Tapi Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud ini aku terkisah sebab mereka menyuruh orang untuk pronounce betul-betul, tapi mereka sendiri pun salah pronounce.

Ada lagi satu perkara yang aku perlu ambil kisah tentang sebutan :

Semalam, salah seorang staff yakni seorang lelaki badan agak berisi berkumis nipis di tempat kerja sementara aku mengomel seorang diri. Mungkin juga dia sedang bercakap dengan aku, sebab hanya kami berdua saja di pejabat ketika itu.

Aku tanya, "Kau kenapa?"
Dia jawab, "Aku runsing ni!"

Aku tanya lagi, "Kenapa runsing?"
Dia jawab, "Aku tak dapat konek la.... Aku stress!"
Bila mana-mana lelaki gemok bermisai nipis cakap kat aku yang dia runsing sebab tak dapat konek, memang aku akan tersentak secara automatik... (Sebab aku suci)

Aku diam..... (main solitaire)

Dia berkata lagi dalam nada yang marah, "Wei, kau tolong call kan TM sekarang. Tanya dia orang apasal aku tak dapat konek kat internet ni! Bengang betul aku!"

 

Boo: Connect connect connect!!! Bukan konek laaaa, bodoh!!

Thursday 18 August 2011

kejadah hape nak tukor muke jadi gini ehh!!!


Ni bangang ke apa tataw la...kejadah hape eh nak wat muka jadi anjing..kot yepon nak betukar jd la muka nobita ke doremon ke...busuk2 pon jadi la hulk ke...ni ade ke nak tuko muke tu jd hanjing!! bongok la manuisa ni. Biasanya orang buat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.
Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di’lekatkan ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Donia...oh donia....









Boo: lom lagi jumpa manusia yang nak tukar jd muka khinzir...ekr!!! guanelah rupe tu kan...dem!!

ENTRY KHAS RAMADHAN ~ kisah rafiq , norma dan talib

Assalamulaikum..
tak terkata apabila mula-mula membaca kisah meraka di dalam blog seorang kawan.
dan terus jari mencari link  kak moon  (kakak ipar kepada norma dan talib yang begitu prihatin dan penyayang dan terus mengupdate kisah norma dari sehari ke sehari) untuk terus membaca kisah duka keluarga ini.

Dr hari sy mengetahui kesah sedih itu, sy merupakan mengunjung setia blog kak moon utk mengetahui perkembangan norma..  

Norma - bergelut dengan penyakit barah otak tahap 4
Talib - seorang suami yg tabah, kuat dan sentiasa ade disisi norma menemani setiap masa
Rafiq - baby comel yang merindui belai kasih seorang mama
 
Talib dan norma baru mendirikan rumah tangga tahun lepas, dan Alhamdulillah cepat dikurniaan seorang baby comel. 1 Mac 2011 norma belum lagi habis pantang dan telah disahkan mempunyai tumor di otak.. bermula dari tarikh itu hingga kini norma bergelut dengan barah otak tahap 4... Bayangkan sekelip mata semua berubah.
 
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. boleh buat sumbangan 
ikhlas.
 
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif 

Talib tak minta sumbangan tp tak salah kalau kite sesama manusia ingin meringankan beban org lain yang dalam kesusahan. Hari ini hari norma esok esok kita tak tahu lagi hari untuk siapa.

norma sebelum disahkan sakit

norma selepas disahkan sakit 

 talib ~ seorang suami yg sangat sabar serta penyayang...
 seorang bayi yg rindukan belaian ibunya..ishk  :,(


Ya Allah, Kau panjangkan umur norma, ringan kan kesakitannya Ya Allah. Amin.
Untuk Talib, kuatkanlah hatimu menempuh dugaanNya. Hanya doa yang mampu aku kirimkan buat kalian
khas utk Rafiq, anti doakan kau tabah sayang. ibumu sangat sayag padamu. membesarlah menjadi anak yg berguna pd org tuamu sayang..sesungguhnya Allah lebih mengetahui.......anti tak mampu menaip lagi...... cry........

 
 
Boo: menitik2 air mate aku bila baca kisah derang ni..aku insaf..ada lagi yang lebih teruk menganggung sengsara dari aku.....

Memag lawak ahh..korang patut try r!!

Salam,

Haha..klaka siot time2 posa gini sengal je so bagus gak ada lawak2 cmni.....aku amik dar Blog Misscha...... status aku adalah :-

"AKU TERLANGGAR UPIN DAN IPIN SEBAB AKU FIKIR AKU HEBAT"


HAHA..MMG LAWAK LOL...XOXO..
Nak Try??



1) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat




Boo: macam2 idea orang kreatif ni kan...bes bes...

dosa gugur apabila suami isteri bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:
"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya. Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami."






Boo: Allah bagi kat kite macam2 cara nak buang dosa..kiter je suke suki tambah dose kan...

Nak melentur buloh biar tuan tanah betul dulu yer....

kejadah eh tajuk entry aku rini....haha..lantak la..janji apa yg nak aku smpikan ni korang paham.... Peace yawww... Terkinja-kinja ibarat kera mendapat bunga.. Erkk..
Nak menegur silap orang lain, kena la betul caranya... Even orang tu salah sekalipun, jangan la meninggikan suara sampai keluar ayat-ayat carutan yang buatkan jiwa raga sentap... Kan banyak cara lagi yang sesuai dan boleh menyedarkan seseorang tu..
Contoh yang selalu kite nampak... Jika seorang yang lebih tua marahkan budak yang nakal dan degil, mesti keluar ayat ni.. "Mak Bapak ko tak ajar ke jadi elok sikit perangai tu?"... Nape nak libatkan parents lak?? Percayala suatu hari nanti budak tu akan balas balik...
Satu lagi kalau tegur salah kawan paling rapat dan terdekat.. "Apsal la ko ni lembap sangat?? Bla..bla.." Kalau tak pun ayat ni.. "Dah ajar banyak kali pun bodoh gak".. Kejamnya nak jatuh hukum kat seseorang tu mengatakan dia bodoh..lembap..
Nak nasihat orang..nak tegur silap orang, tapi diri sendiri tak betul.. bagusnya perangai...



Boo: sibok nak betolkan orang padahal diri sendiri tonggang langgang.......

segmen: KAMI BLOGGER PRIHATIN ~ ANJURAN ABG BEN ENSEM


salam jumaat semua..
tadi sambil menggoogle blog kengkawan ai pon bukak la blog ben shaari. (sila klik untuk lebih lanjut) ada entry khas tok kanak2 somalia yang kebuluran. bagus ben ni. dia sangat prihatin. so dia ajak kengkawan suma yang ada blog join sama.
ai pon nak join jugak demi kemanusiaan. sedey dowh.. bersyukur sesangat sebab dilahirkan menjadi rakyat mesia. owh malaysia. ai lebiyu so mash.

so layankan pic kat bawah ni dari pakcik google.










Sedih sangat dengan penderitaan yang mereka lalui.. Kita kat sini melimpah ruah makanan.. Kadang-kadang sampai terbuang-buang... Diorang sakit kurang makanan, kite sakit berlebih makanan... Renung-renungkan.. Andaikan kita di tempat mereka... Boleh hidup tak??? Masyaallah.........

Boo: kita selalu merungut kan.........renungkanla..selamat beramal




qesah hati

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Boo: layannn....



Tuesday 16 August 2011

oh bulan

Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku


Boo:  lagi tengok lagi meluat....huish...

Bonus Rayer

alhamdulillah...bersyukur la ada dari takder ye tak. walaupon sikit....isk...tolak tu tolak ni tinggal ler sekuman baki yang nak wat banjer raye...g cucuk kat atm nengok rupe macam banyak skali bayor tu beli ni amik tu buang ni...haaa..tinggal sket je. ades..tapi takpela. janji utang terbayar dulu. aku takde hal ler sangat nak raya cukup la baju raye selai. ehh...nak jugak..haha..sb da lama tak sambut raya ngn baju bawu gitu. at least tawon ni nak ler bebaju baharu gitu. ecececce....
yang penting sekali baju raye anak anak i. haaa....biar anak anak besiap. orang akan tengok anak anak kiter kemas dan bersih di pagi rayer. orang kate kemasan anak anak mencerminkan ibunya. haaa....gitu.
tak lama lagi nak besiap nak tukar wit raye plak dah. adeh...nak tuko brape ek.
taun ni maktam bagi sowang singget udah le nokk....tunggu maktam kaya sket leh ler up rm2 plak taun depan. hahahah.....
cakap pasal duit, aku nak gak tunggu nuffnang ni kot2 ler dapat wit sket seblom raye. kot dpt lepas raye pon i trima yu....i lebiu nuffnang...heee...kasik jek sket.


Boo: nak g jalan tar la minggu depan..

Monday 15 August 2011

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


Boo: selalu mimpi dier....

Lagi lagi tips geli geleman melupakan mantan anda

1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut… Lakukan setiap hari, 3 kali sehari…
2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung
3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan… . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh… Alaaa… bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..
4.Buat perusahaan menternak itik… Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik gembo gembo… .
5.Sibukkan diri dengan bekerja… Bantai overtime bebanyak… Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala…
6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda… buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri…
7.Ulang perbuatan nih sampai 3x… ikut tau… Uhh huuu Uhh huuu…
8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh… dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..
9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampai ler ilang ingatan…
NOTE: A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..
B.Kalo susah sangat… hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh…
10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan… buat lah apa-apa je asal hati rasa pueih..

Boo: aku sndri pon tak amalkan tips kat atas ni..heh...

RAHSIA AYAT TERSIRAT PEREMPUAN

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.



Boo: orang pompan memang pelik..aku sndri pon pelik even aku pompan...demn!!

Poligami


Pada yang sudah lama mengenali aku, pasti tahu bahawa secara amnya, aku kontra poligami.

Bagi aku, poligami ni, sama je macam monogami. Sama macam nikah pertama kali,
yakni

Kalau rasa akan mendatangkan kebaikan, sila lah.
Kalau tidak, jangan cari pasal.
Depends pada orangnya, dan situasinya.

Nikah itu elok.
Tapi kalau lelaki tu kaki pukul perempuan, haram hukumnya bernikah bak kata Ustaz Amirul. Eh silap, Ustaz Azhar. heh...

Poligami itu elok.
Tapi kalau seorang isteri pun belum ditunaikan hak, apa barang ada hati nak kahwin lain! Lawak la lelaki macam ni. Rasa macam nak cakap 'bini abang tak kasi kawen lagi sebab abang tak mampu dari segi batin kut?'
Ye lah, isteri tak sental lantai marmar sampai berkilat, rasa nak kahwin dengan yang lebih handal mencuci.
Isteri dah gemuk, nak cari yang lebih kurus pulak. Isteri gelap, nak yang cerah pulak.
Isteri malas masak nasi bukhari, nak kahwin dengan chef pulak.
Sebab lelaki tu rasa hak dia tak dipenuhi.

Hak? Habis hak isteri dia macamana?
Isteri dia selalu inzal ke yang konfiden sangat tu?



Kalau tak mampu, buat cara tak mampu.
Tak payah nak dengki kat Salih Yaakob sebab isteri dia cantik dan tuduh dia macam-macam. Kalau takde bukti kan fitnah namanya tu.

So kalau dah gatal nak poligami tak payah cermin diri, tapi perhatikan hidup isteri dahulu. Dah sempurna atau belum. Kau dah berjaya didik dia jadi muslimah ke belum.
Bak kata Ustaz Kazim, 'nak isteri cun tapi tak pernah belikan perhiasan. Beli gincu pun yang 4hengget punya buat apa. Tupon membebel patblas hari patblas malam'


Reung2 kan lah..selamat beramal :)


Boo: Bagi aku lelaki yang mengaku kelemahan sendiri jauh lebih macho dan gagah daripada lelaki yang lari dari kenyataan.

You jaga tak solat?

First time aku jumpa kaunselor masa dekat UM, masa tu memang tengah stress dengan studies. Otak rasa block, tak boleh nak buat assignment, walaupun benda tu senang je. Benda pertama kaunselor tu tanya, "You jaga tak solat?".

Tergamam. Sememangnya jawapan aku, tidak. Tapi mulut aku kata, "Uh kekadang Subuh tu ada jugaklah termiss" walhal, lebih dari tu 'ter'miss. Terlah sangatkan.

Aku sampai ke sekarang, solat masih belum sempurna. Dan aku rasa itulah punca, apa sahaja aku buat, benda yang lain tak sempurna, separuh jalan tak menjadi. Aku cuba muhasabah diri, okay, pikir esok kalau mati macam mana? Kalau buat baik macam mana pon, kalau solat tak jaga, tak guna juga, sia-sia semuanya.

Banyak sangat benda yang melekakan kat dunia ni. Internet ni sendiri, berapa ramai yang melewatkan solat sibuk sibuk online? Bila pi shopping mall, gathering dengan kawan, pergi event itu ni, berapa ramai je yang singgah surau untuk tunaikan solat? Itu belum masuk lagi bab khusyuk dalam solat, mata liar tengok corak di sejadah, kalau solat berjemaah tu, tengok telekung orang yang kat depan cantik je kerawang dia, mulut terkumat-kamit membaca, anggota badan bergerak mengikut rukun, tapi, otak kemana tah, duk pikir segala macam benda.

Terlalu ramai anak muda kita, termasuk aku ni yang tak berapa nak muda meringankan solat. (temasuk aku yang tak brapa nakm uda dah ni)Sedihkan. Walhal, solat tu ambil beberapa minit je. Itupun kalau boleh nak cepat-cepat, nak skip berdoa, nak skip berzikir. Haish.

Sampai bila nak jadi macamni? Selagi nyawa masih ada, selagi itulah peluang Allah berikan. Esok, lusa, sekejap lagi ke, kita tak taulah kalau masih ada kesempatan. Beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari. Hidup ni sementara je, akhirat tu forever and ever and ever. Tak dan akhirat, tapi dalam kubur tu pon dah tersedia balasan yang setimpal dengan amalan kita. Nowhere to run, nowhere to hide dude.

.... scary kan? Bagi yang lalai macam aku ni marilah kita sama-sama rajin beribadah, jaga solat segala. Bagi yang dah rajin tu, bagus Alhamdulillah, dan semoga melakukannya dengan Istiqamah. Biar konsisten, kita ni sekejap rajin, sekejap malas. Pon tidak bagus itu.





Boo: aku selalu leka..... :(

Sunday 14 August 2011

Kejadah ape nak nak bebaik semula dengan mantan?

Sebenarnya, susah untuk kita mencari faedah apabila berkawan dengan mantan. Walaubagaimanapun, ada sesetengah daripada kita memang mampu berkelakuan natural seperti tidak ada apa berlaku selepas melalui proses 'break up' dan menjalinkan hubungan yang tidak lebih dari seorang kawan.

Oleh kerana berpasangan itu dikira sebagai dua kepala, maka, setiap kepala mempunyai situasi dan emosi yang selalunya berbeza. Kepala satu, mempunyai pembawakan seorang yang kena tinggal (kena dump). Kepala yang lagi satu, mempunyai pembawakan seorang yang meninggalkan (yang dump). Kalau ditengok sahaja pada keadaan emosi dan situasi ni, memang agak susahlah untuk kedua-dua kepala ini berbaik semula, walau hanya sebagai seorang kawan. Tetapi bergantung la kepada situasi ditinggalkan itu mahupon kepada si polan2 tersebt untuk menghadapi keadaan di mana masih lagi berkawan setelah ditinggalkan atau meniggalkan.

Selalunya orang yang meninggalkan ni, perasaan mereka lebih natural. Logiknya, orang yang dump orang lain ni, mesti ada banyak sebab kenapa dia dump kau. Dia mungkin bagi satu sebab. Tapi percayalah, sebenarnya, ada berpuluh sebab kenapa dia menyampah sangat untuk terus stay dengan kau. Jadi apabila perasaan menyampah tu sudah reda, dia mungkin akan bersifat neutral kerana jauh di sudut hatinya, dia sudahpun memaafkan semua kejelikkan mantannya. Tetapi bagaimana kalau masih lagi mempunyai perasaan? nak2 pulak mantan yang ditinggalkan itu teahpon mempunyai buah hati yang baru yang lebih elok paras rupa mahupon kerjaya...wahhh...yang meniggalkan mantan itu sudah pasti ada kejelikkan di hati walau sebesar kuman. itu kerana masih lagi ada hati pada mantanya. (letih aku sebut mantan2 bagai...)

Bahaya bagi orang yang ditinggalkan, walaupun mereka telah pulih sepenuhnya dari luka darah jiwa bersepai perasaan hancur kutimang-timang sayang, namun aku yakin, perasaan mereka masih, masih, masih, tidak bersih. Kadang-kadang kau boleh dengar tona suara atau gaya bercakap mantan yang ditinggalkan ini, seolah-olah sengaja nak menyakitkan hati kamu. Atau, sengaja nak merendah rendahkan kamu.

Contoh;

Rudy ditinggalkan apabila Warda membuat keputusan untuk mengahwini Shafiq. Warda dan Rudy boleh diibaratkan sebagai pasangan yang mempunyai keserasian yang sangat tinggi. Mereka sangat kiut apabila bersama. Mereka berkapel bertahun lamanya. Malangnya Warda membuat keputusan bodoh dengan meninggalkan Rudy. So, bye bye Rudy.

Warda ni tidak la cantik sangat. Tak jugak huduh sangat. Sedang2 la. Comey je orangnya. Tak tinggi dan tak pendek. Orangnya putih dan manis.malah pandai bergaya. Tetapi Selalu rasa rendah diri dengan bentuk hidung yang leper tak berapa nak mancung macam jambu air gitu.

Satu hari Warda jumpa Rudy semula dan mereka mula berkawan. Warda tengok Rudy dah OK. Rudy pun positif dengan Warda. Tak ada apa berlaku. Sampai lah satu hari mereka duduk berbual di handphone.

"How's life Warda?"
"Takda apa yang lebih menarik. Plain vanilla. Tapi I syukur,"
"Husband u kerja apa?"


(jaga jaga, ini adalah langkah permulaan si mantan tu nak cari point)

"Dia kerja kat makmal hospital,"
"pembantu makmal?"
"tak lah. Kerja biasa2 je,"


Warda tetap neutral. Dia memang tak suka belagak. Niat Warda adalah untuk tidak membuat Rudy rasa rendah diri.

"cukup nak sara hidup?"
"so far..ahamdulillah..eh how's yours? Cite la..wife u orang mana?"
"oh my wife orang Damansara. She's a great woman i ever met. Hidung mancung macam peranakan. Kulit licin mulus! Setiap i sentuh dia, i rasa bahagia,"


Maka terkulat kulat la Warda di hp. Dia pelik, kenapa dia boleh terfikir nak msg dengan mantannya tu. 4 tahun mereka bersama dahulu, Rudy dah cukup tahu, kalau bab hidung, bab kulit, Warda memang cepat rasa down. Tapi apa ke sialnya Rudy merapu sebegitu tadi?

Tamat contoh-

Orang tua tua cakap, barang yang lepas jangan dikenang. Mungkin Rudy tak ada niat nak buat Warda kecik hati. Tapi kau kena ingat, kau kena sensetif dengan perasaan semua mahkluk yang terdekat dengan kau. Jangan terlampau simpan sangat perasaan sakit hati kena dump dan cemburu yang masih berbekas dalam hati. Anggaplah sudah tidak berjodoh.

Kadang kadang, kita kena kenang apa masalah diri kita sendiri bila asyik kena dump je. Memang lah kita rasa kita dah buat terbaik untuk pasangan kita, tapi kalau dah merapu sangat perangai tu asyik nak cari gaduh je, semua orang pun menyampah. Macam aku cakap tadi, kadang-kadang orang yang dump kau tu, bagi satu sebab je kenapa dia dump kau, padahal, sebenarnya, ada berpuluh lagi dia sembunyikan untuk taknak tambah luka hati kau.

Dia cakap je "Mak I tak suka you," padahal dalam hati dia.."i takut nak kawen dengan jantan muka macam u takut anak i tak comel nanti, u kuat jeles macam hantu, u mengongkong macam kingkong, i tak dapat beza mana satu mangkuk mana satu hidung you, u bercakap gaya rempit gila dan sebagainya.

Jadi kesimpulannya, aku rasa, kalau nak bekawan dengan mantan ni nak2 mantan yang dah berpunya gf or bf ni berwaspadalah. Lagipon hati dan perasaan kan masing2. Kalau setakat bekawan mungkin tak jadi masalah tapi kalau telebey sudah sapa nak jawab? aku no komen la kan kan kan bab2 Mantan kejadah bagai ni suma. Sebab kalau ada hati lagi nanti satu hari nanti kalau ada isu sentap2 nanti dua-dua sakit hati. Tak kisah lah siapa tinggalkan siapa. Dalam perhubungan masing-masing pernah buat silap. Tahan dengan tak tahan je.

Kecuali kalau dia betul-betul baik, dan kamu berpisah pun cara baik tanpa krisis besar. Itu cerita lain.Kau nak bekawan sampai tua even nnt ko siap leh cita kat anak cucu bagai pon takpa. Kadang2 ada hikmah diketemukan kembali dengan mantan ni. Manataw kan kot Tuhan nak tunjukkan sesuatu. Just think positive la ye adik-adik. Hidup perlu diteruskan.


mantan = bekas. tak kisah lah bekas kekasih, tunang, isteri, suami atau mereka dan keluarga mereka





Boo : Hurmm...kalau aku la kan........................
 



Thursday 11 August 2011

Edisi khas bumper raya tok Beeboo ~ Aqeelah Balqish is officially 2 years old!!

 Aqeelah Balqish,

Tau tak 9hb Ogos 2011 tu tarikh apa? Itu adalah tarikh anak aku genap dua tahun. It's your birthday, Sayang! HAPPY BIRTHDAY, Beeboo! Tapi Mummy tak buat party pun. Sebab las year sambut besday kakak kan da buat meriah. Habis la segala simpanan punya nak menyambut besday princess sowang ni. Mummy cuma sempat g cari sepotong kek yang takder lilin je tawun ni. sebabnya semalam da la nak time bukak poser. tekocoh2 cari kek n lilil bagai tp hampeh. so apa yang ada je la ye kakak.  Tapi takpelah eh, asalkan kakak ada dengan Mummy, da cukup dah happy dah. lagipon kakak kan kecik lagi. kalau buat besar2 pon nanti bukan kakak paham sngt. mummy yg lebey2 nanti..haha..so kita sambut ala kadar kat uma ye. asalakan kakak sihat and slalu di sisi mummy.

kakak tau tak kakak start pusing badan masa Umar 4 bulan. Bila letak je,  pusing. Letak je, pusing. Lepastu start kasi kakak nestum n porridge masa umur 6 bulan tapi kakak tak reti sangat jadi Tok Mama campurkan nestum dalam susu kakak, barulah kakak kenyang dan nyenyak tidur. Bila dah umur 7 ke 8 bulan baru kakak reti makan nestum. Laju je makan. Lepastu dah mula kasi makan buah Bila da masuk 10 bulan, kakak da merangkak tahap gaban da. Masakan anak-anak kawan Mummy yang lain anak derang baru je blaja merangkak sana sini. Pastu kakak da ada gigi msa umur 4 bulan and kakak  tiba-tiba dah dapat jalan masa umur 12bulan. Mummy rasa nak menangis.Masa kakak setahun, Mummu  bawak kakak pergi inject. Berat kakak 7kg je. Dr  kata berat tu normal sebab dengan umur kakak tu kakak dah lasak. Tapi part paling best, Dr  kata kakak dah boleh makan apaaaaaaaaaaaaaa saja! Yeay! TAPI jangan sesekali kasi kakak gula-gula atau junkfood lagi. Paling elok biasakan kakak  Vitagen. So Mummy pun belilah berpapan-papan Vitagen tapi Mummy yang dok perabihkan kat rumah. Haha.

Orang kata hadiah paling tak ternilai dalam hidup kita ni adalah doa dari seorang ibu untuk anaknya. Setiap solat Mummy, Mummy minta dan mohon pada Allah supaya kakak jadi anak yang solehah, anak yang taat pada Allah, sentiasa melindungi kakak, menjadi anak yang cerdik pandai, anak yang mendengar kata, anak yang bertanggungjawab sebab kakak anak sulung dan paling-paling mummy mintak kakak dijauhkan dari segala perangai buruk yang Mummy or Ayah ada. Walaupun orang kata anak kita adalah cermin diri kita, tapi Mummy percaya kalau didikan seorang ibu bapa itu betul insyaAllah ia dijauhkan. Kalau ada beberapa perangai kakak itu seperti Mummy, Mummy terima itu sebagai balasan untuk Mummy :( (tu la..dulu degil. so skang baru taw klu anak degil kan..sight)

9 bulan Mummy tunggu kakak keluar. Masa kakak dalam perut, Mummy hari-hari tak sabar nak jumpa kakak. Hari2 mummy pasang lagu nasyid dan ayat2 alquran letak kat pwot supaya akak dengar. Mummy bangun je pagi mummy say hi kat tummy and sembang2 ngn tummy. kadang2 siap gelak2 lagi. haha. Masa first time dpt taw mummy peknen mummy punyala sonok gila. mummy selalu pegi book store cari buku pasal pregnancy. tak kira la buku tu mahal mana pon mummy nak jugak. klu mummy tak cukup duit nak beli mummy pkasa ayah belikan. buat2 muka muncong so ayah mesti rase besalah then belikan jugak. hehe..ari2 mummy bukak  tenet and scroll pasal baby. indah je rasa. mummy paling tak boley lupa masa nak lahirkan kakak. mummy saket lama sangat rasa macam nak mati. siap mummy mintak kat Allah klu mummy pendek umur mummy nak kakak selamat. mummy siap gado2 ngn nurse and doktor sb saket. baru mummy taw betapa besarnya saket ibu tanggung. time kakak nak kuar sangat da tu mummy gtaw kat nurse tapi nurse kate bukaaan mummy baru 4cm. tapip mummy taw kakak memang da tak sabar nak tengok dunia. so mummy bangun and mummy teran. nurse kelam kabut dtg kat mummy and suruh mummy baring elok2 n push. haaa...baru derang taw mummy tak main2. tp kakak anak yang baik. senang je mummy push. tak samapip 10min kakak pon kuar. bahagianya mummy rasa. nurse letak kakak kat dada mummy. kelabu je kaler kakak masa mula kuar tu. (so klu dalam tb tu baby bru besalin kaler merah penuh darah tu tipu sngt la ye puan2) mummy nanges sebab cam tak caye mummy lahirkan kakak. normal plak tu. even lepas tu nak tanggung rase saket kene jait tu mcm nak lempang je nurse tu tp mummy tahan demi kakak. kakak nak tau tak kakak keluar dari mana? Haaaa. Nanti dah sekolah kakak belajar ye? Haha.

Itu jelah Mummy nak cerita. Mummy harap nanti kakak dah dewasa, kakak baca entri ni. Atau kalau Mummy dah takda lagi kat dunia ni, at least adalah cerita tentang kakak yang Mummy simpan kat sini. kakak penawar segala sakit Mummy Ops..kakak dan adik. sb skang ni entry khas bumper tok kakak sebab besday kakak. pasni besday adik bulan 10 mummy wat entry khas bumper tok adik plak ek ek.. Kalau Mummy tension, Mummy selalu peluk kakak dan menangis. Tapi nanti kakak ketuk kepala Mummy. Hmm. Mungkin kakak ketuk supaya Mummy tak lembik, supaya lebih kuat kot? papejela labu..nama pon budak..

Sayang Mummy kat kakak tak dapat mummy nak bayangkan. Kalau melahirkan kakak dan adik adalah pengorbanan paling besar Mummy setakat ini, untuk keadaan selepas-selepas ini Mummy akan buat lebih dari itu. Separuh diri Mummy adalah anak-anak Mummy.

Sedih lah pulakkan.
Haish.

I love you, Aqeelah Balqish .
Forever.

Love,
Amma.


 ni kakak mase umur sebulan
kakak mmg peberet buah pisang.

 ni kakak mase msuk spital ritu. manis je senyum.alahai..


 maser kakak baby lagi, tp kakak mmg camwhore cm mummy :)



scroll bawah sket nak tunjuk pic sambut besday beeboo when shes officially 1...motif nak tunjuk pic? blog aku sker aku la nak letak pic pe pon kan..korang layan je la :)
 




 kek besday kakak. kasut atas tu mummy simpan smpi skang taw!!
 tengok tu..beriya mummy besungguh2 ngn bwk pwot besau tu
 haa..maskot ayam goren peberet mummy tu mummy jempot khas tok kakak..tp kakak takot
 haaa..nampka tak mummy yg telebey suda eksaitednya nak tiup candle. kakak leh wat muka x besalah je
 beeboo officiall 1 year cuppies
 kakak with makngah
 haaa..meriah kan besday kakak. nnt kita wat ok adik plak ek...


klu tiap2 taun sambut besday anak2 gini punya meriah mmg tetiap taun tu la mummy mkn biskut cicah air kosong sb nak nyimpan duit..heh...meriah skali je cukup...lain taun plak buat....membazirkan amalan setan..heeeeeeeeee.....sayyyyyaaaang kakak n adik..hugs n kisses.....



Boo: mati pon aku sanggup tok anak2 aku.