Wednesday, 10 August 2011

tiap anak adalah rezki

Masa aku mula-mula buat pregnancy test sendiri dekat rumah dan ia keluar garisan merah yang agak kabur, aku rasa biasa je. Yelah, masa tu masih dungu dengan benda-benda yang melibatkan pregnancy. Lagipun garisan merah itu kabur kira macam tak strong, jadi aku rasa mungkin period aku cuma lewat kerana perubahan hormon.

Esok tengaharinya, terus pergi check dekat klinik. OK, sah aku mengandung. Masa tu pun tak rasa apa lagi, cuma dah tahu jelah aku mengandung. Yelah, dah sah kahwin. Lepastu mestilah mengandungkan?

Semuanya berubah bila mana aku masuk je dalam kereta, terus aku benci bau kereta. Ha, dia punya morning sickness datang sekejapan je. Mungkin kepala otak aku ni dah set, orang mengandung kawan baiknya adalah morning sickness.

Sebenarnya aku bukan nak cerita balik pasal kisah mengandung aku.
Aku nak cerita tentang kawan aku.

Dia baru dapat tahu dia mengandung pagi tadi. Tapi dia sedih bila dia dapat tau dia mengandung, atau mungkin dia sendiri confused apa sebenarnya yang dia rasa.

Sebab dia dan suami merancang. Memang tak mahukan anak dalam masa terdekat sebab dia masih muda, belum rasa puas nak berdua dan bermanja-manja dengan suami. Tiba-tiba bila dia buat pregnancy test, memang sah dia mengandung.

"Aku tak sedia lagi lah,"

Kalau mak aku dengar aku cakap camni, mesti mak aku marah. Mak aku selalu cakap, masa kita mengandung kena jaga percakapan. Jangan sesekali kita kata,

"Susahlah bila mengandung ni. Nak pergi sana sini pun susah,"

Jangan sesekali cakap macamtu sebab baby akan merajuk dan mungkin akan ditarik balik Tuhan, siapa tahu? Bila sampai bab bersedia atau tidak, aku rasa itu bukan masalahnya. Kita semua tak tau apa yang akan jadi selepas ini sebab bukan kita yang kawal. Apa yang kita rancang, kalau dah kun fayakun, apa lagi yang mampu kita buat?

Dan setiap apa yang kita dapat kita sepatutnya bersyukur dan percaya itu antara rezeki dari Allah. Dan mendapat rezeki seorang anak untuk kita sepatutnya kita rasa bertuah berbanding mereka yang mencuba bertahun lama dan yang desperately mahukan seorang anak pun cukuplah.

Itu belum lagi yang langsung tak boleh dapat satu anak sekalipun.

Aku percaya setiap anak itu rezeki.
Rezeki yang kita sendiri tak akan percaya dari mana datangnya tanpa henti.

Dan anak adalah penawar kepada segala kesulitan yang kita hadapi.
Memandang dia seperti membantu mencurahkan air untuk padamkan api.




Boo: aku suka sangat time peknen. leh mkn banyak2 tanpa risau badan gemuk. n selalu orang akan
lebihkan kita dulu dalam apa hal pon. pastu aku rasa aku seksi la time peknen...heh....

No comments: