Wednesday, 10 August 2011

Emo hari rabu

Status kawan aku pagi ini dekat facebook buat aku emo.

Cukup-cukuplah aku emo dengan kematian, pembuangan, penanaman dan penderaan terhadap bayi yang masih umur bulan. Mana dengan kematian baby 9 bulan yang mati jatuh dalam longkang, dengan kebodohan ibu bapa yang memasukkan racun ke dalam mulut dan menutup hidung anaknya dengan kapas, dan dengan kejahilan anak muda yang memukul kepala baby baru lahir dan tanam ditepi sungai.

Nafas aku semakin hari semakin sesak.
Memang sekor-sekor tu nak rasa penyepak.
Nasib yang laki bini tu dah terjun, mati terbarai.
Mau gak sekali aku tibai.

Ni nak cerita pasal status kawan aku pagi tadi. Dia kata,

"semalam dia lepak William pastu ada nampak laki bini bawa anak mereka yang baru lahir mungkin kurang dari sebulan setengah (tekaan kerana baby belum boleh bersandar elok). Fynn dan kawannya memaki secara kecil-kecilan kepada ignorant parents itu. Terima kasih kerana biar budak sekecil itu berembun tengah-tengah malam dengan asap-asap rokok penuh dan cuaca jahat dewasa ini. kau moden, aigedit,"

Aku marah!
Marah!
Marah!
Marah!

Aku memang dari sebelum kahwin cukup pantang nampak orang yang bawa baby keluar berjalan-jalan dikesesakkan orang ramai. Kadang-kadang ada juga orang yang bawa baby keluar, yang baru saja habis hari pantang di tengah lautan orang contohnya ada sales kat Sogo ke hape jadah haram.

Boleh bawa keluar tapi tolonglah bukan ditempatorang merokok. Aku ni, anak2 aku mmg aku suka bwk kuar jenjalan. Tapi tempat yg x sesak dgn org rmi serta pencemaran. abeh kuat pon Ikea or Curve or Ikano. Takpon OU. Selebihnya memang samaada aku tak keluar rumah langsung Kot ye pun nak keluar sangat, ambil lah cuti ke ape. Keluar masa tak ramai orang. Kita pun senang nak tolak stroller.

Kadang-kadang kesian tengok baby terlentok-lentok. Aku tak suka sangat sebenarnya nak letak anak aku memanjang dalam stoller atau car seat. Sian derang penat. Ntah2 saket pingang ke mana kta taw sebab baby xleh ckp. Tak kisahlah aku penat ke lenguh asalkan anak aku selesa. Cuba kalau kau, duduk lama-lama, kau rasa apa? Macamtu lah juga baby. Lainlah kalau kau ada baby berderet-deret, itu aku fahamlah.

Tapi untuk orang yang bawa anak dia keluar berembun kat uptown ke downtown ke. klu anak tu da besar takpela..ni msalahnya yg baby. yang keja baby tu tido je. anda sangatlah selfish! Baby sekurang-kurangnya sebelum Magrib dah mesti ada dalam rumah. Lainlah kalau baby kau dah 3 bulan ke apa ke. Kau ni memang sia-sia kau tau tak?

Baby lepas pantang, dia masih perlukan tidur yang lama. Lagi sekarang dengan gelombang kedua H1N1. Tak takut ke? Baby kalau kena apa-apa penyakit, tak semua ubat boleh bagi pada dia. Lainlah kau. Cucuk dua puluh jarum pun takpe.

Aku faham, itu anak kau. Tapi orang lain tengok pun kesian, kau? Yang penting tekak kau dan kehendak kau jelah ye? Anak macamana? Bila dah ada anak, banyak benda yang kau kena korbankan diawal-awal ni. Tidur, duit, masa semua itu kena lebih kepada anak-anak. Bukan diri kita dah. Apa yang kita mahu adalah nombor dua. Yang penting anak kita tu.

Haaaaaaaihhhhh lah.
Kot ye pun moden kan.

Aku pernah juga tengok parents yang lepak dengan kawan-kawan dia sambil hisap rokok tanpa fikirkan si kecil yang ada. Tak fikir ke asap yang dia hidu itu asap membawa maut? Ini semua otak ketat  letak kat tapak kaki. Macam nak g lem[ang je mak pak yg smoking depan anak2. Bongok. Moden kejadah aih lagu tu. Pastu bila anak saket kecoh sekampung nak cari penawar. Hello..segalanya bermula dari rumah dan ibu bapa.

Esok anak kau wat pangai lagi terok dari kau tak yah la kau heboh nak letak status lam pesbuk kau pasal anak kau degil oke. sekian

Boo:harini satu hari ujan..so aku emo..

No comments: