WAHAI Para Menantu, anda sebenarnya sedang membina syurga buat suami dan dirimu. Pastikan semangat ini membakar seluruh hidupmu sebagai seorang isteri dan menantu dalam keadaan apa sekali pun. Dulu pun, anda bersetuju untuk berkahwin dengan suami anda kerana mencintai suami dan suami pun mencintai anda.
Dari manakah suami anda belajar menyayangi dan mencintai orang lain? Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan pasti daripada ibunya atas izin Allah SWT. Anda juga menyatakan yang anda sayangkan suami. Anda baru menyayangi suami selama tiga tahun, tapi sedar atau tidak bahawa ada orang yang sudah menyayangi suami sejak kecil hingga anda temui dia dan sekarang bergelar suami anda. Anda sudah memiliki buah kesayangan daripada pokok yang dijaga oleh ibu kesayangannya.
Wajarkah anda tidak menyukai orang yang melahir, menyusu dan membesarkan suami anda, apatah lagi dia sudah berusia? Lingkungan umur yang memang memerlukan perhatian dan sentuhan yang sangat banyak, lebih-lebih lagi kemungkinan dari segi pemikirannya sudah hampir nyanyuk mungkin. Mahukah anda dilayan sebegitu oleh anak dan menantu anda nanti andai kata umur anda juga selanjut itu?
Biasanya apa yang anda mahu itulah yang anda tuai nanti. Jika anda mahu membalas restu orang tua suami yang sudi menerima anda sebagai menantu serta membenarkan anda berkahwin, inilah masanya membalas kebaikan mereka. Ia kerana tanpa restu mereka anda tidak akan bersama dengan suami anda sekarang. Oleh itu, renung kembali apa jasa ibu mentua anda pada suami dan membenarkan anda tinggal di rumahnya. Jika anda tidak insaf maka benarlah anda menantu yang akan tertekan selamanya.
Nasihat ku, anda harus melihat ibu mentua anda sebagai ibu anda sendiri, bukan ibu suami. Ibu ini adalah syurga bagi suami anda dan suami anda pula adalah syurga anda. Jika bukan syurga sebagai matlamat hidup anda di dunia dan akhirat maka perkara ini akan anda lihat sebagai remeh temeh saja. Sedangkan pintu ini adalah satu-satunya sumber utama kebahagiaan perkahwinan anda, iaitu doa restu ibu bapanya dan ibu bapa anda.
Suami juga perlu bijak menjadi suami yang membuatkan isteri rasa selamat serta rasa dilindungi. Cukup lah dengan memeluk serta mengucup dahi isteri smbil memberitahunya yang walau apa sekali pon terjadi si suami takkan pernah mendengar kata orang lain yang boleh menggugat kebahagiaan rumah tangga. Hanya dengan itu pon sudah cukup membuat para isteri mampu mengharungi apa pon dugaan yang mendatang. Suami adalah kekuatan.
Oleh itu, aku nasihatkan sekali lagi untuk diri aku sndiri bagi mendapatkan syurga di dunia dan akhirat belajarlah melihat ibu mentua anda sebagai orang yang sudah berjasa besar kepada anda dan anda sekarang berusaha membalas jasanya melahirkan suami anda ke dunia ini. Memang tidak tertanggung rasa sakit di hati apatah lagi kita ini hanyalah menantu yang sering dipersalahkan sekalipon kesalahan itu datangnya dari anak lelakinya namun telah tertulis itu adalah perjuanganmu. perjuangan mu didalam perkahwinan adalah dengan menangani sikap mentua serta suami. bersabarlah dalam menempuh dugaan ini. insyaallah akan membuahkan nikmat oleh Allah. itu janjiNya pada yang bersabar wahai para isteri dan menantu.
Air susu ibu tidak mampu dibalas dengan apa-apa pun di dunia ini. Maka belajarlah memujuk hati, ikhlaskan diri dan segala yang anda lakukan kerana Allah SWT. Buatlah apa yang anda mampu. Apatah lagi suami menyokong tugasan harian anda di rumah. Jika anda dan suami melakukan apa saja dengan ikhlas maka anda tidak akan bersusah hati dan bimbang apa yang dikatakan ibu mentua anda. Dia sudah tua, dia memerlukan banyak perhatian dan simpati daripada anak dan menantunya.
Berilah perhatian sekadar yang anda mampu. Jangan disimpan apa yang keluar daripada mulut mentua. Ibaratkan dia sedang meluahkan perasaannya kepada siapa saja, tapi sebab dia sudah tiada modal untuk berbual, maka dia akan senang mengumpat sesiapa saja yang dekat dengannya. Ia kerana dia tak ada bahan lain untuk mendapat perhatian dan untuk dijadikan bahan perbualan. Kesempatan anda di depan matanya itu digunakan untuk berkongsi rasa, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.
Inilah orang tua, langkahnya terhad dan bahan ceritanya pun terhad. Jangan simpan dalam hati kemudian berdendam dengan apa yang dikatakan. Buatlah seperti ungkapan lama, masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja, jangan disimpan satu perkataan pun dalam hati. Anggaplah itu lagu dan drama di televisyen saja.
Bina kekuatan dan kemampuan kuatkan azam untuk terus memberikan khidmat terbaik walau apa pun yang diperkatakannya. Sebabnya, dia ibu mentua kita dan masanya amat terhad. Atau berdasarkan keadaan sekarang, mungkin dia atau mungkin kita pergi dulu. Biarlah sewaktu kita atau pun dia pergi, jiwa masing-masing bersih daripada sebarang dendam atau rasa tidak puas hati. Tidak rugi rasanya jika anda belajar memaafkannya. Jika ini mampu anda lakukan andalah insan paling bahagia dan bertuah di dunia.
Jangan berasa terhina dengan apa yang dilontarkan kerana dia sudah tua. aku nasihatkan diri aku serta kaum isteri dan menantu yang lain agar teruskan berbakti dengan mentua dengan rela dan ikhlas dan senang hati agar Allah SWT akan memudahkan hidup anda dan suami serta dipilih sebagai calon isi syurga di dunia dan akhirat.
Pesanan orang tua, anak paling bertuah di dunia ini ialah anak yang diberi kesempatan menjaga orang tuanya. Maka rebutlah peluang dan kesempatan ini, yang tidak diberikan Allah kepada semua yang bernama anak. Mudah-mudahan Allah menerima ibadat menjaga orang tua dan digolongkan masuk syurga. Akhirnya sedarlah bahawa Allah tidak pernah zalim dan menganiaya hamba-Nya.
Yakinlah anda tidak berhak untuk bahagia, tenang selagi anda tidak yakin janji Allah SWT yang Maha Adil, Hakim Yang Maha Bijak, yang memasukkan seorang wanita ke syurga hanya kerana menolong seekor anjing dan memasukkan seorang wanita yang lain ke neraka kerana menyeksa seekor kucing. Mudah-mudahan anda menjadi menantu terbaik yang dijanjikan syurga kerana berbuat baik pada orang tua, apalagi mentua.
setaip kali terdengar perkataan yang dicela atau kata-kata hinaan mahupon fitnah bersabar lah serta berdoalah agar mereka menemui hidayah. kita hidup dikalangan masyarakat yang suka mengambil berat. anggap sahaja mereka terlebih penyayang. ingin mengetahui segala yang kau lakukan. Pohonlah perlindungan Allah agar segalanya berjalan lancar serta kehidupan mu, suami serta anak2 sentiasa dilindungi oelhNya. Sesungguhnya Dia mendengar doamu. Para malaikiat mendengar rintihanmu. Ini adalah perjuangan mu.
Sekiranya kau kalah sebelum berjuang kau pengecut. Tetapi sekiranya kau kalah ketika berjuang kau insan yang berani berjuang demi hak mu. berjuang lah dengan penuh kasih sayang. mungkin mereka tidak akan nampak sekarang tetapi insyaallah akan terbuka mata hati mereka suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment