Wednesday, 10 August 2011

Jangan Jadi Bodoh

Lelaki tau bila kita ada satu perasaan dekat dia.
Terutama sekali perasaan suka, sayang dan cinta.

Lebih-lebih lagi bila dia ada depan kau, tiba-tiba kau menggelabah macam duit poket hilang satu juta. Bila kau bercakap dengan dia, kau tak pandang mata dia tapi kau pandang dahi dia. Bila kau berjalan bertentang dia, tiba-tiba kau belok masuk toilet. Atau tiba-tiba muka kau naik merah jambu bila dia usik-usik hati kau dengan bulu ayam.

Semua ini, lelaki boleh baca.
Bila dia dah tau, dia mula merencana.

"Macamana aku nak tackle minah ni?"
"Apa aku nak buat untuk next step?"
"Kalau dia suka aku, cantik ah. Boleh pergi kerja sama-sama bawak kereta dia."
"Kaya tu, siapa taknak woi."

Kita semua terlalu banyak agenda untuk mencari pasangan sampai tua kita. Ada setengah lelaki mencari perempuan bekerja untuk menyenangkan kehidupan dia sebab dia tau seorang perempuan sanggup bergadai apa pun bila dia betul-betul sayangkan seorang lelaki. Buat loan juta pun dia sanggup asalkan lelaki yang dia ada sekarang terus ada dengan dia selama-lamanya.

Semua di atas adalah apa yang aku beritahu pada seorang kawan. Bila aku kata seperti itu dulu, sewaktu dia baru hendak berkenal-kenal, sudah aku pesan. Sudah aku ingatkan. Tapi taknak percaya.

Dan sekarang, ini kisahnya.

Kawan aku yang tadi ditinggalkan temannya kerana dia dapat berkenalan dengan seorang perempuan yang lebih kaya dan berkedudukan dari kawan aku. Niatnya terang kerana si lelaki hanya bekerja biasa. Tiada kereta, tiada pendapatan tetap. Tetapi atas dasar cinta yang ditanam sumpah sampai mati, dia terima lelaki tersebut dan carikan dia kerja. Ye, carikan dia kerja.

Lelaki, bila dah terlalu disuap terus ke mulut memang semakin gemuk dan menjadi-jadi perangai ambil kesempatannya.

Jangan terlalu beri muka pada laki-laki yang belum sah menjadi yang halal.
Kerana bila dia tinggalkan kau, dia tidak rugi walau sejengkal.

No comments: