Wednesday, 10 August 2011

Kita Cuba Yang Ini Dulu Yer...

Kehidupan adalah cikgu terbaik untuk kita semua. Setiap hari adalah hari untuk kita belajar tentang sesuatu yang baru. Bukan tentang apa yang kita buat sahaja tetapi tentang apa yang jadi disekeliling kita. Ada yang kita jadikan pengajaran dan iktibar, ada yang kita mendengar dan lihat sambil tersenyum sinis kerana sudah merasai di waktu yang lepas.

Aku mengakulah dulu masa anak dara, aku memang susah gila nak bangun awal pagi. Aku suka tido. (skang pon hobi aku tido jugak la cuma takleh amalkan slalu sb da ada anak2) Solat Subuh memang selalu burn macamtu jelah.Tapi lewat bangun pun takdelah sampai pukul 11 pagi ke apa. Sebab mama aku dulu cam Hitler. Paling lewat pukul 9 pagi, paling awal pukul 9 gak kot. Haha. Masa sekolah Mak selalu bising. Tapi bila dah masuk keje, Mama dah cool sikit.

Lepastu Sabtu dengan Ahad, jarangnya nak tengok muka aku kat rumah. Ada duit ke takde duit, aku mesti nak keluar. Lepastu selagi tak pukul 12 malam, selagi tu aku tak balik. Kalau Mak aku dah bising sangat-sangat-sangat, kawan-kawan aku datang lepak depan rumah aku. Haha. Tak kiralah kawan lelaki ke, perempuan ke. Semua datang lepak depan rumah siap bawak makanan. Heeee kelakar.

Tapi rindu.
Haih.

Jadi sekarang, aku dah jadi Mak dah ada anak. Aku boleh nampak perubahan tu mula datang dalam diri sedikit demi sedikit. Salah satu yang paling aku bangga sekarang ialah aku paling senang tejaga kalau anak2 aku menangis atau merengek. Tapi bab bangun solat bangun Subuh still liat set.. Aku rasa waktu Subuh itu adalah waktu yang paling bahagia nak tido. (jgn contohi pangai aku yg ni..yg len xpa..) Tapi aku cukup suka solat Maghrib. Sebab pas mandi je aku trus solat. Siap lama plak tu. Wirid suma bagai. (bley plak pilih2 time solat kegemaran. nak kena lempang ye adik2 akak ni.) Tapi atleast aku cuba dari aku tak buat langsung. still bangga la untuk diri sendiri.

Pernah tak kita fikir, Allah selalu je terima kita dalam keadaan macamana sekali pun. Walaupun kita kadang-kadang tak cukup 5 kali berjumpa dengan Dia, tetapi dia tetap tunaikan apa yang kita pohon. Kalau ikutkan, kita ingat Dia bila susah je. Bila senang, kita kawan dengan syaitan semula. Kadang-kadang, aku rasa malu gila nak minta lebih-lebih selepas solat. Cukuplah dengan setiap doa dan baris ayat yang kita baca masa solat. Itu sudah memadai bagi aku.

Pernah tak korang kaji setiap baris ayat yang korang baca bila korang solat? Pernah tak? Salah satu ayat yang aku rasa paling lengkap untuk segala doa adalah ayat sewaktu duduk di antara dua sujud.

Korang bayangkan, kita minta semua kat atas tu sehari 17 kali. Berbaloi tak kalau kita buat hari-hari dan sepanjang hayat kita? Ini baru satu baris ayat dalam solat. Belum lagi ayat-ayat yang lain.

Aku menulis pasal semua ni, bukan aku nak riak dan takbur yang aku ni dah berubah sangat-sangat. Tak. Aku masih hamba Allah yang paling hina dan lemah. Tapi bagi aku, kalau kita nak berubah, tiang hidup kita (solat) ini yang kita kena betulkan dulu. Memang ada orang tak solat tapi dia baik dengan semua orang. Tapi ini lah soalan utama yang akan ditanya selepas kita mati nanti iaitu solat.

Dunia kita ni dah terlalu uzur untuk kita terus berangan-angan.
Dah tak lama dah.

Aku pun ada banyak lagi benda nak diperbetulkan. Ini baru permulaan untuk aku. Aku doa semoga aku dapat berubah jadi yang lebih baik. Orang lelaki selalu cakap, jadi isteri ni senang. Tak tinggal solat dan taat pada suami dah boleh pilih mana-mana pintu syurga. Bercakap tak sama dengan nak buat, der. Kita semua tetap hamba-Nya tak kiralah suami ke, isteri ke, ayahanda ka. Hehehe.

Sekian sajalah tazkirah aku untuk hari ini. Sekali lagi aku nak pesan, aku bukan nak tunjuk bagus ke apa. Aku cuma nak kongsi dengan korang semua. Janganlah jadi macam aku dulu-dulu. Bila dah ada anak, nak menyesal pun dah tak bergunanya pun hadoi. Haha.

Boo:Berdoalah hari-hari. Untuk perubahan diri sendiri.

Allah knows best.
:)

No comments: