Wednesday, 24 August 2011

alhamdulillah

Jarang rasanya aku rasa perasaan yang aku rasa sekarang ni.

Apabila sesuatu yang aku titipkan di dalam doa seharian, kini menjadi kenyataan. Aku tak pernah meminta-minta kepada Allah sesungguh seperti sebelum ini. Dengan tangis. Dengan gigih aku pujuk hati sendiri untuk bersabar dan terus bersabar terhadap dugaan yang hebat ini. Dengan perit, menghadap sehari-hari.

Segala puji bagi Allah.

Kalau perkara yang sengaja Kau turunkan kepada aku untuk aku pelajari 'sesuatu', aku bersyukur kerana aku sudahpun berjaya harunginya setakat ini. Doa yang kau kabulkan kali ini, akan ku pelihara hasilnya sampai ke mati.




Boo: semakin lama semakin aku pelajari sesuatu dalam kehidupan.....

No comments: