Umpama kau makan buah mangga, kau main telan je dengan kulit-kulitnya. Aku tak pernah peduli pun sebelum ni. Orang cakap solat, aku solat. Orang suruh puasa, aku puasa. Dah macam tradisi hidup. Sebab aku dilahirkan Melayu dan Islam.
Nak nak bila aku dah kahwin. Banyak hukum hakam dan soal jawab dalam kehidupan berumahtangga aku bangkitkan. Isi yang disuapkan ke dalam rohani aku semasa menghadiri kursus kahwin dahulu, membuatkan aku nak persoalkan lebih banyak benda lagi sekarang.
Penceramah kursus kahwin cakap;
Isteri yang tidak melayan kehendak nafsu suami pada malam hari tanpa alasan yang kukuh akan dilaknat malaikat sampai ke esok paginya.
Persoalan aku, siapa pula nak laknat suami kalau dia mengabaikan tanggungjawab dia dalam melayan nafsu isteri pula? Apa jadi dengan suami yang memandang remeh dengan prestasi batin diri sendiri misalnya?
Isteri yang meninggikan suara dengan Suami berdosa. Derhaka.
Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang meninggikan suara dan menyakitkan hati isteri?
Isteri yang keluar rumah tanpa izin suami dianggap nusyuz. Berdosa lah lagi. Haram lah lagi.
Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang keluar rumah meninggal kan isteri tanpa kerelaan isteri misalnya?
Isteri tidak boleh melihat lelaki lain. Tidak boleh meminati lelaki lain. Apatah lagi kalau isteri curang. Memang neraka jahanam lah tempat kau, misalnya.
Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang duduk melepak sambil bercerita tentang saiz buah dada setiusaha pejabat sesama rakan-rakan?
Dan macam-macam lagi lah. Semua yang diterangkan kepada aku semasa kursus kahwin dulu, menggambarkan yang perempuan sahajalah yang harus beriya-iya semuanya. Isteri kena main peranan.
Kalau taknak suami pandang buah dada orang lain, isteri kena sapu krim krim dan pil pil yang tidak munasabah untuk membesarkan buah dada sendiri yang akhirnya menyebabkan barah lah puleeekk.HAHAAH! Macam-macam. Tentang ibadat pun sama. Dari solat, puasa, hijab. Sampai lah kenapa kita kena mengelilingi kaabah. Apa sebabnya? Aku bukan menolak hukum Islam. Aku bukan ragu-ragu. Bukan tak percaya. Sumpah bukan. Tapi aku nak faham. Aku nak faham dalam-dalam. Aku solat macam biasa. Aku puasa. Tapi aku nak faham. Faham dan faham lagi. Aku nak kusyuk. Sebab selalunya kalau aku solat mesti pala otak aku dok terinngat macam
Bagaimana pula dengan zakar suami yang comel sebesar cili?
Kalau nak suami ada sahaja di rumah, isteri haruslah pandai masak. Ikat perut suami. Supaya ke mana-mana suami pergi, sambal tempoyak ikan talapia isteriku tetap di hati kononnya.
Bagaimana pula, cara untuk suami, buat isterinya ke mana-mana sahaja ingat sesuatu x-faktor tentang suami?
Sekian lama aku tahan persoalan ini semua. Sampai lah satu masa, aku muntahkan juga semua persoalan ini kepada encik Anuar. Aku nak tahu, apakah hati aku sedang dibolak-balikkan iblis untuk menyesatkan aku? Atau aku ni memang bermasalah?
Seperti biasa encik Anuar (rakan sekerja) yang memang miskin attitude (ampun klu abg nuar baca ni..haha..memang kdg2 menjengkelkan) tapi kaya dengan jawapan yang ringkas tapi bernas-nya;
Yantie, tidak ada satu pun kurangnya dalam agama kita kecuali satu; kita hidup di kalangan di mana kurangnya TUKANG KUPAS yang betul-betul boleh huraikan hukum hakam agama ni. Penceramah agama yang sedia ada kebanyakkannya pandai bercakap, tapi tak pandai menghurai. Dengar mereka berceramah, memang terhibur. Kelakar rasa nak pergi lagi. Tapi bila pikir pikir balik, entah apa yang dia cakap sebenarnya? Balik balik lawak lucah dan hal politik. Contoh, isteri curang, berdosa, masuk neraka, tapi pernahkah Tukang Kupas kita huraikan kenapa isteri boleh curang? Dimana silapnya suami dalam hal itu? Aku tak hairan kau persoalkan semua ni. Perempuan rajin mengkaji. Rajin membaca. Lelaki ni ignorant kebanyakkannya. Kita menjatuhkan hukum ikut a-quran. Tapi masyarakat Melayu Islam kita berapa ramai sangat yang faham al-Quran? Bila soal agama di bangkitkan, balik-balik, Google jugak jadi panduan.
Terdiam lama aku. Suasana sunyi di sokong dengan struktur pejabat aku yang memang dikelilingi oleh tingkap-tingkap besar yang menyediakan pemandangan yang indah sayup sayup menyusuk hati. Peh.
Okay. Ada sesiapa nak rekemen aku Tukang Kupas agar aku tidak sesat menuntut ilmu tanpa guru?
Boo: banyak lagi ilmu agama yang aku wajib pelajari demi masa depan anak2......
No comments:
Post a Comment