Monday, 15 August 2011

Poligami


Pada yang sudah lama mengenali aku, pasti tahu bahawa secara amnya, aku kontra poligami.

Bagi aku, poligami ni, sama je macam monogami. Sama macam nikah pertama kali,
yakni

Kalau rasa akan mendatangkan kebaikan, sila lah.
Kalau tidak, jangan cari pasal.
Depends pada orangnya, dan situasinya.

Nikah itu elok.
Tapi kalau lelaki tu kaki pukul perempuan, haram hukumnya bernikah bak kata Ustaz Amirul. Eh silap, Ustaz Azhar. heh...

Poligami itu elok.
Tapi kalau seorang isteri pun belum ditunaikan hak, apa barang ada hati nak kahwin lain! Lawak la lelaki macam ni. Rasa macam nak cakap 'bini abang tak kasi kawen lagi sebab abang tak mampu dari segi batin kut?'
Ye lah, isteri tak sental lantai marmar sampai berkilat, rasa nak kahwin dengan yang lebih handal mencuci.
Isteri dah gemuk, nak cari yang lebih kurus pulak. Isteri gelap, nak yang cerah pulak.
Isteri malas masak nasi bukhari, nak kahwin dengan chef pulak.
Sebab lelaki tu rasa hak dia tak dipenuhi.

Hak? Habis hak isteri dia macamana?
Isteri dia selalu inzal ke yang konfiden sangat tu?



Kalau tak mampu, buat cara tak mampu.
Tak payah nak dengki kat Salih Yaakob sebab isteri dia cantik dan tuduh dia macam-macam. Kalau takde bukti kan fitnah namanya tu.

So kalau dah gatal nak poligami tak payah cermin diri, tapi perhatikan hidup isteri dahulu. Dah sempurna atau belum. Kau dah berjaya didik dia jadi muslimah ke belum.
Bak kata Ustaz Kazim, 'nak isteri cun tapi tak pernah belikan perhiasan. Beli gincu pun yang 4hengget punya buat apa. Tupon membebel patblas hari patblas malam'


Reung2 kan lah..selamat beramal :)


Boo: Bagi aku lelaki yang mengaku kelemahan sendiri jauh lebih macho dan gagah daripada lelaki yang lari dari kenyataan.

No comments: