Monday, 8 August 2011

Sayang, kenapa aku jatuh cinta lagi padamu

By : M.Agus Syafii (copy from emel. dari bahasa indon, telah diedit kepada bahasa melayu, untuk lebih feel)





Di bulan suci Ramadhan seorang suami yang baru pulang dari kerja membantu isteri memasak untuk berbuka, isterinya melihat suami yang telah seharian bekerja, namun turut ikut membantu isteri di dapur

"Bang, duduk la dulu rehat..kan penat tu?"

Namun suami menjawab

"Sedangkan Rasulullah selalu membantu isteri-isteri beliau, kalau abang bantu isteri memasak pun belum tentu dapat setanding dengan apa yang telah Rasulullah lakukan"

Mata mereka berpandangan. Suami tersenyum manis dan isteri tersipu malu dibuatnya. Walaupun usia perkahwinan mereka telah cukup lama, anak anak sudah besar dan dewasa, jika senantiasa disirami dengan kasih sayang dan saling memahami, maka akan selalu ada tunas cinta yang bersemi kembali. Bunga bunga bermekaran menebarkan semerbak harum mewangi setelah melewati badan dan goncangan kehidupan.

Isteri bersabar menghadapi kekurangan suami kerana mengingati pengorbanan yang telah dilakukan suami dalam mengharungi bahtera kehidupan, demikian juga suami selalu bersabar dalam menghadapi kekurangan isteri sebab isterinya nampak anggun dan cantik dengan keikhlasan dan pengorbanan dalam menjaga bahtera rumah tangga, sebagaimana Umar bin Khattab yang menasihati seorang sahabat ketika mengadukan isterinya yang sangat cerewet sekali.

"Saudaraku, aku bersabar atas sikap seperti itu, kerana hak-haknya padaku. Isteri memasakkan makanan, menyucikan pakaian, menyusui anak anak dan hatiku tenang dengannya dari perkara haram kerana aku bersabar atas sikapnya seperti itu"

Terkadang cinta dalam keluarga luntur oleh seiring perjalanan panjang, menjadi hambar dan datar. Ketika pertelingkahan suami isteri tidak bertemu sebarang penyelesaian kerana ego masing masing akan menghilangkan rasa simpati dan cinta. Berbagai kelemahan yang semakin terlihat di pelupuk mata tanpa sedar untuk saling memahami dan saling menyedari bahawa rumah tangga semakin kehilangan kasih dan sayang. Bagaikan jasad tanpa ruh, setiap kata menjadi kehilangan makna bahkan kata telah berubah menjadi senjata yang digunakan untuk saling menyakiti perasaan satu sama lainnya. Komunikasi semakin hambar.

Disinilah perlunya kekuatan di dalam menghadapi permasalah rumahtangga. Kekuatan itu adalah ketaqwaan kita kepada Allah sehingga terciptanya keluarga sakinah mawaddah warahmah atau keluarga yang tenteram penuh cinta dan kasih sayang. Siramilah keluarga anda dengan cinta dan kasih sayang. Bangunlah kembali komunikasi penuh kehangatan agar bunga-bunga bermekaran, menebarkan semerbak harum mewangi kehidupan. Gunakan cara terindah yang anda miliki untuk membangunkan kemesraan dengan pasangan anda. Ungkaplah dengan tulus cinta dan kasih sayang anda untuk saling mengerti dan saling menguatkan, sampai akhirnya pasangan anda membisikkan, "Sayang, kenapa aku jatuh cinta lagi padamu?"

Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya serta lemah lembut terhadap isterinya (HR Ahmad & Tirmidzi)




No comments: