Sebenarnya, susah untuk kita mencari faedah apabila berkawan dengan mantan. Walaubagaimanapun, ada sesetengah daripada kita memang mampu berkelakuan natural seperti tidak ada apa berlaku selepas melalui proses 'break up' dan menjalinkan hubungan yang tidak lebih dari seorang kawan.
Oleh kerana berpasangan itu dikira sebagai dua kepala, maka, setiap kepala mempunyai situasi dan emosi yang selalunya berbeza. Kepala satu, mempunyai pembawakan seorang yang kena tinggal (kena dump). Kepala yang lagi satu, mempunyai pembawakan seorang yang meninggalkan (yang dump). Kalau ditengok sahaja pada keadaan emosi dan situasi ni, memang agak susahlah untuk kedua-dua kepala ini berbaik semula, walau hanya sebagai seorang kawan. Tetapi bergantung la kepada situasi ditinggalkan itu mahupon kepada si polan2 tersebt untuk menghadapi keadaan di mana masih lagi berkawan setelah ditinggalkan atau meniggalkan.
Selalunya orang yang meninggalkan ni, perasaan mereka lebih natural. Logiknya, orang yang dump orang lain ni, mesti ada banyak sebab kenapa dia dump kau. Dia mungkin bagi satu sebab. Tapi percayalah, sebenarnya, ada berpuluh sebab kenapa dia menyampah sangat untuk terus stay dengan kau. Jadi apabila perasaan menyampah tu sudah reda, dia mungkin akan bersifat neutral kerana jauh di sudut hatinya, dia sudahpun memaafkan semua kejelikkan mantannya. Tetapi bagaimana kalau masih lagi mempunyai perasaan? nak2 pulak mantan yang ditinggalkan itu teahpon mempunyai buah hati yang baru yang lebih elok paras rupa mahupon kerjaya...wahhh...yang meniggalkan mantan itu sudah pasti ada kejelikkan di hati walau sebesar kuman. itu kerana masih lagi ada hati pada mantanya. (letih aku sebut mantan2 bagai...)
Bahaya bagi orang yang ditinggalkan, walaupun mereka telah pulih sepenuhnya dari luka darah jiwa bersepai perasaan hancur kutimang-timang sayang, namun aku yakin, perasaan mereka masih, masih, masih, tidak bersih. Kadang-kadang kau boleh dengar tona suara atau gaya bercakap mantan yang ditinggalkan ini, seolah-olah sengaja nak menyakitkan hati kamu. Atau, sengaja nak merendah rendahkan kamu.
Contoh;
Rudy ditinggalkan apabila Warda membuat keputusan untuk mengahwini Shafiq. Warda dan Rudy boleh diibaratkan sebagai pasangan yang mempunyai keserasian yang sangat tinggi. Mereka sangat kiut apabila bersama. Mereka berkapel bertahun lamanya. Malangnya Warda membuat keputusan bodoh dengan meninggalkan Rudy. So, bye bye Rudy.
Warda ni tidak la cantik sangat. Tak jugak huduh sangat. Sedang2 la. Comey je orangnya. Tak tinggi dan tak pendek. Orangnya putih dan manis.malah pandai bergaya. Tetapi Selalu rasa rendah diri dengan bentuk hidung yang leper tak berapa nak mancung macam jambu air gitu.
Satu hari Warda jumpa Rudy semula dan mereka mula berkawan. Warda tengok Rudy dah OK. Rudy pun positif dengan Warda. Tak ada apa berlaku. Sampai lah satu hari mereka duduk berbual di handphone.
"How's life Warda?"
"Takda apa yang lebih menarik. Plain vanilla. Tapi I syukur,"
"Husband u kerja apa?"
(jaga jaga, ini adalah langkah permulaan si mantan tu nak cari point)
"Dia kerja kat makmal hospital,"
"pembantu makmal?"
"tak lah. Kerja biasa2 je,"
Warda tetap neutral. Dia memang tak suka belagak. Niat Warda adalah untuk tidak membuat Rudy rasa rendah diri.
"cukup nak sara hidup?"
"so far..ahamdulillah..eh how's yours? Cite la..wife u orang mana?"
"oh my wife orang Damansara. She's a great woman i ever met. Hidung mancung macam peranakan. Kulit licin mulus! Setiap i sentuh dia, i rasa bahagia,"
Maka terkulat kulat la Warda di hp. Dia pelik, kenapa dia boleh terfikir nak msg dengan mantannya tu. 4 tahun mereka bersama dahulu, Rudy dah cukup tahu, kalau bab hidung, bab kulit, Warda memang cepat rasa down. Tapi apa ke sialnya Rudy merapu sebegitu tadi?
Tamat contoh-
Orang tua tua cakap, barang yang lepas jangan dikenang. Mungkin Rudy tak ada niat nak buat Warda kecik hati. Tapi kau kena ingat, kau kena sensetif dengan perasaan semua mahkluk yang terdekat dengan kau. Jangan terlampau simpan sangat perasaan sakit hati kena dump dan cemburu yang masih berbekas dalam hati. Anggaplah sudah tidak berjodoh.
Kadang kadang, kita kena kenang apa masalah diri kita sendiri bila asyik kena dump je. Memang lah kita rasa kita dah buat terbaik untuk pasangan kita, tapi kalau dah merapu sangat perangai tu asyik nak cari gaduh je, semua orang pun menyampah. Macam aku cakap tadi, kadang-kadang orang yang dump kau tu, bagi satu sebab je kenapa dia dump kau, padahal, sebenarnya, ada berpuluh lagi dia sembunyikan untuk taknak tambah luka hati kau.
Dia cakap je "Mak I tak suka you," padahal dalam hati dia.."i takut nak kawen dengan jantan muka macam u takut anak i tak comel nanti, u kuat jeles macam hantu, u mengongkong macam kingkong, i tak dapat beza mana satu mangkuk mana satu hidung you, u bercakap gaya rempit gila dan sebagainya.
Jadi kesimpulannya, aku rasa, kalau nak bekawan dengan mantan ni nak2 mantan yang dah berpunya gf or bf ni berwaspadalah. Lagipon hati dan perasaan kan masing2. Kalau setakat bekawan mungkin tak jadi masalah tapi kalau telebey sudah sapa nak jawab? aku no komen la kan kan kan bab2 Mantan kejadah bagai ni suma. Sebab kalau ada hati lagi nanti satu hari nanti kalau ada isu sentap2 nanti dua-dua sakit hati. Tak kisah lah siapa tinggalkan siapa. Dalam perhubungan masing-masing pernah buat silap. Tahan dengan tak tahan je.
Kecuali kalau dia betul-betul baik, dan kamu berpisah pun cara baik tanpa krisis besar. Itu cerita lain.Kau nak bekawan sampai tua even nnt ko siap leh cita kat anak cucu bagai pon takpa. Kadang2 ada hikmah diketemukan kembali dengan mantan ni. Manataw kan kot Tuhan nak tunjukkan sesuatu. Just think positive la ye adik-adik. Hidup perlu diteruskan.
mantan = bekas. tak kisah lah bekas kekasih, tunang, isteri, suami atau mereka dan keluarga mereka
Boo : Hurmm...kalau aku la kan........................
No comments:
Post a Comment