Zaman sekolah bercinta dengan orang lain.
Zaman Universiti bercinta dengan orang lain.
Zaman bekerja bercinta dengan orang lain.
Bila berkahwin pun, dengan orang lain.
Bukan dengan orang yang dia bercinta makan tahun tu.
Orang selalu kata, tak payah nak bercinta bagai nak rak masa belajar. Belum tentu pun kita kahwin dengan dia. Kau tunggu alam kerja, masa tu lah kau boleh pilih lelaki mana yang kau nak. Yang engineer, yang arkitek, yang lawyer, yang pegawai, yang photographer *eh? haha.*
Hidup ini semata tentang PILIHAN.
Nak yang handsome tapi perangai kaki betina?
Nak yang kaya tapi kaki pukul?
Nak yang hidup biasa tapi kaya agama?
Nak yang kuat membebel tapi hebat uruskan hal rumahtangga?
Hitam atau putih?
Tinggalkan atau teruskan?
Terima atau makan hati dan perasaan?
Setiapnya mesti ada dua. Untuk pilih menjadi satu sememangnya sukar walaupun sebenarnya pilihan itu sudah terperap lama di depan mata. Cuma hati yang masih berbelah bahagi jalan mana paling sesuai untuk diri sendiri.
Kalau ia berkenaan jodoh, usah hendak dikalutkan sangat. Satu masa, jodoh akan datang sendirinya. Kalau Tuhan putuskan hubungan itu sekarang, maksudnya pasangan kamu itu bukan jodoh kamu yang tepat. Tidak ada apa yang hendak kita raungkan. Perit untuk permulaan sahaja dan kemudian kita akan rasa lega dan redha menerimanya.
Berkahwin dan ada anak adalah satu sijil PhD buat aku. Terlalu banyak yang kita belajar tentang kehidupan. Bertolak ansur, berbincang, mencari duit, membayar segala hutang piutang dan paling seronok hubungan halal di sisi Tuhan. Pada mula memang semua pasangan suami isteri pun akan ada masalah untuk memahami perangai masing-masing. Dan untuk memahaminya, kita semua perlukan masa bukan paksaan.
Orang kata, dah berkahwin ni lantak kitalah nak buat apa. Memang betul, tapi lebih banyak hati dan perasaan yang kita hendak jaga. Dan paling penting kena tahu aib suami letak dan simpan di mana. Bukan untuk dijaja. Mungkin ada yang bercerita dengan orang terdekat dan berharap supaya orang yang dipercayai itu dapatlah menyimpan semua yang tersurat itu rapat-rapat.
Mengenali seseorang itu perlukan masa.
Setelah cukup tempohnya, pilihan pun tiba.
Dan semua keputusan adalah atas hati dan diri kita.
Kita yang nak hidup dengan dia.
Bukan orang lain.
Boo: Selalu kita kata jodoh di tangan Allah kan....ke kita yg cari sendiri...
No comments:
Post a Comment