Monday, 30 May 2011

Drama Sebabak : Dahlah sombong,Bodoh plak tu!

Terbaik r aku punye tajuk tu.Panas hati tak habis2 lagi....Benci bila jumpa spesis manusia yang sombong + bodoh.Benciiiiiiiiiiiii

Sebenarnya tadi aku pi bank.Maybank....Tapi aku bukan berangin taufan dengan bos aku sebaliknya kat sekor(lantak r situ aku nak gelarkan dia apa pun) mamat ni. Muka hensem....not bad.Kira dalam golongan yang berkelayakan untuk jadi playboy r. Pakai baju smart.... Kemeja lengan panjang,seluar slack,kasut berkilat pastu rambut stylo habis. Huh,atas sampai bawah aku tengok.... Pakkal je abang guard kat situ tegas takleh guna HP.Kalau tak,dengan HP aku yang dah makin sewel macam tuan dia nilah aku snap pic mamat bingai tu .

Ceritanya mula macam ni .......

Mamat Sengal : Turn u no berapa ?.(dia xde bg salam pun k.So aku pun jwab jelah terus)
Aku yg Comel (Muahaha.Sila jgn berdekah) : 2058... ada lagi 3 orang sbb skarang baru 2055 .
Mamat Sengal : Oh... No i (aiseh...terpaksa dirahsiakan) . Tapi dari tadi tak gerak2.Diorang ni wat keje lembab nak mampos.Bla bla bla (macam2 lagilah dia bebel.Masa ni dlm hati aku dah menyumpah)
Aku : Sekejap lagi geraklah.Kan ramai orang ni.Hari Jumaat biasanya memang macam ni. (saja aku cakap hari jumaat sebab time tu 1.20 ptng.sah2 tak gi solat jumaat.)
 Mamat Sengal : Kalau lagi 5 minit tak gerak, I nak pi sound sekali.
Aku : Suka hati U lah... U nak buat urusan ape ?.(walaupun aku dah nampak slip pengeluaran .)
Mamat Sengal : Oh... I nak keluarkan duit ASB . (Sambil buka buku akaun dia)
Aku : Eh... U pakai IC sementara ke?. Kalau pakai IC sementara, tak boleh buat urusan bank. Kena tunggu dapat IC baru.
Mamat Sengal : Eh...apehal plak tak boleh. IC i ape !.(Tinggi dah suara)
Aku : Memanglah IC U.Tapi ni prosedur bank.U kena tunggu dapat IC sebenar baru boleh buat.(aku tak tanya mana ic dia @ kad bank sbb confirm hilang)
Mamat Sengal : U pandai2 je.Macamlah U keje bank.U datang sini pun ade urusan.Lagi nak mengajar orang.Kalau boleh macam mana?.
Aku : Memanglah I tak keje bank tapi I ni dah selalu ke sini . Ke U yang setahun tak sekali berurusan dengan bank?.
Mamat Sengal : Hei,bank ni dalam tangan I lah !. (Masa ni abg guard dtng kat aku)
Abg Guard : Cik Diana,ada masalah ke?.
Aku : Takde papelah .Ade salah-faham sikit.
Abg Guard : Encik,ni bank ye.Pelanggan ramai.Sila jaga tingkahlaku.(Sambil pandang mamat tu then terus blah.)
Mamat Sengal : Ni U punya pasal !. Kalau I dapat keluarkan duit, I ludah U!.(Macam s*** je kan nak ludah aku.Masa ni ramai yg dengar jadi aku just senyum)
Aku : Mampos kaulah !.Kalau tak boleh,aku sumpah kau takde airliur sampai tahun depan. (Muahaha...seksa tu takde airliur.Masa ni Bos aku dah geleng kepala)

Now tiba turn dia..... Adelah drama jugak kat kaunter.Pastu dia pusing sebab memang tak boleh berurusan.Aku apa lagi .....

Aku : Encik yang hensem tapi sengal.... Sila get ready ye untuk takde air liur sampai tahun depan.Lain kali jangan sombong...nampak bodoh tau x bila pakai smart tapi berlagak .
Mamat Sengal ; U ..... (Sambil tunjuk jari kat aku tapi tak berani buat pape sebab bos dengan abg guard dah datang dekat dengan aku)

Hahaha...padan muka mamat tu.Aku takde niat pun nak malukan dia.Tapi dia yang tengking2 aku.Banyak lagi dialog sebenarnya tapi aku ringkaskan je sebab ade yang aku tak nak ingat.Bahasa dia terlalu menyakitkan hati.Cuma aku harap,apa yang berlaku hari ini jadi pengajaran buat dia....

Buat Mamat Sengal tu..... Penampilan tak mencerminkan keperibadian. Hiasilah Budi Bahasa tu seindah kau hiasi diri kau . Orang akan hormat kau kalau kau berbudi bahasa sekalipun waktu tu pakaian kau hanya setakat T-Shirt Pagoda , seluar Hawaii dan selipar Jepun.

No comments: