Tuesday, 10 May 2011

"tak baik kedekut ____. nnt dalam kubur kau banyak _____"

hahaha. tajuk entri tu adalah ayat kegemaran aku dan kawan-kawan skola aku satu ketika dahulu. time tu umur baru 13 ke 14 thn kot. sumpah tahpape. aku pn tak tahu sape la yg start dulu mende ni. kau faham tak cara pengunaan dia cmne? meh aku ajar sket. contoh kalau kau ada kwn yg kedekut biskut ke kan (eh ni mcm perangai kau je yanti? bukan ke? diam lah kau), kau minta minta dia tanak tanak kasi, kau ckp cmni kt dia "eh kau ni. tak baik kedekut biskut. nnt dalam kubur kau banyak biskut". haha. cmtu ah. mcm bangang.

so zaman kt asrama dulu, masa sgt la pack. habes skola, kena mkn laju-laju, g prep laju-laju, g beriadah laju-laju, usha jejaka idaman laju-laju, makan lg skali laju-laju, mandi laju-laju, g surau laju-laju, g prep lg skali laju-laju, balik bilik tdo laju-laju. peh. sume mende kena buat laju-laju. terasa mcm The Flash habes la time tu. sekarang lembab gila bergerak. memerang pn lg laju. tu la org ckp zaman skola asrama ni disiplin habes kan. bagus sebenarnya. masa tak membajir. so adik-adik semua, sila masuk skola asrama. hey kalau kt asrama sekarang ni korang tengah prep tahu. tade makna nya nak baca-baca blog mcmni. dah pergi daftar masuk skola asrama esok (yes akhirnya blog aku ada menyumbang kepada pembangunan ummah).

tp penat skola asrama ni. semua mende kau kena buat cepat-cepat. mcm tak menyempat ja. kalau mkn tu kira nak kunyah ikut sunnah mmg tak dan la. jgnkan 44 kali, 4.4 kali pn belum tentu dapat. aku paling tension time mandi la. aduh. toilet penuh toksah cite la. parah habes. so aku selalu mandi ikut dan ja. aku main tumpang je sesape yg tgh mandi time tu. kiranya aku paw air diaorg ah utk mandi. air utk gosok gigi, paw si saodah. air utk cuci muka, paw si Tengku Sharifah Adriana (ewah nama kau tak payah nak alaf 21 sgt la). air utk sabun badan, paw si jelly (nama betul jalilah. nick name mesti nak urban sket). kira mmg aku praktikan gaya hidup muhibbah lah. 

ada satu hari tu, aku mmg dah lambat gila nak mandi sbb sebuk makan lama sgt. aku pn mandi ikut modus operandi aku mcm biasa ah. aku paw air org sana sini. tiba tang sorang budak yg aku nak paw ni, dia tak kasi pulak dah. peh. tension gila aku. tak pernah-pernah org tak kasi aku air. tetbe dia tak kasi. hangen gak la. sambil buat muka tak puas hati, aku pun ckp la kt dia "EH KAU NI. TAK BAIK KEDEKUT AIR. NNT DLM KUBUR KAU BANYAK AIR. MENDAP KUBUR KAU". peh. dan-dan tu gak terus hulur sebaldi air. keh keh keh. (xpayah la nak sebaldi sngt kot kan...)




Hye. nama saya Tengku Sharifah Adriana. hobi saya melanggar orang kaya. cukup bulan saya kawen kontrak dgn orang kaya. cukup bulan lagi saya terjatuh hati betul-betul kt orang kaya tu. cukup bulan lagi percintaan kami diuji dengan kehadiran kekasih lama orang kaya. cukup bulan lagi saya mengandung. cukup bulan lagi kami hidup bahagia hingga ke anak cucu. oh that is so LAME.
oke dah bye.

No comments: