Sunday 4 September 2011

Allah Maha Melihat

Semalam kesabarannya menipis. Benar-benar berkecil hati kerana rakan sekerja yang terpilih menerima   anugerah cemerlang. Merasakan dirinya dizalimi. Merasakan harapan untuk kenaikan pangkat kian menjauh. Merasakan pengorbanannya selama ini adalah sia-sia kerana tiada penghargaan dari bos. Tidak mendapat imbalan sewajarnya dari top management.

Dalam kesedihan itu, dia terlupa bahawa Allah Maha Melihat. Allah Mata Tahu segala apa yang kita kerjakan. Tak mungkin Allah akan biarkan kita dalam penderitaan. Tak mungkin segala yang kita kerjakan adalah sia-sia. Tak mungkin Allah tidak pandai membahagi-bahagikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Anugerah cemerlang yang diterima oleh rakan sekerja adalah rezeki dari Allah padanya. Tergamakkah kita mempertikaikan keadilan dan kebijaksanaan Pencipta kita?

Segala yang berlaku adalah takdir yang telah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi. Segala perjalanan hidup, rezeki, jodoh telah ditetapkan. Segala takdir buruk yang berlaku adalah ingatan Allah agar kita sentiasa ingat kepada Nya...memberi kita peluang mendekatkan diri pada-Nya. Dalam kesedihan sewajarnya kita bertanya diri bagaimanakah perhubungan kita dengan Pencipta...apakah kita sentiasa ingat dan mensyukuri- Nya ketika senang sehingga tak perlu lagi Allah berikan musibah untuk mengingatkan kita?

Apakah kita bekerja benar-benar kerana Allah? Bekerja kerana itu adalah tanggungjawab kita bersesuaian dengan gaji yang diterima. Bekerja kerana itu adalah amanah Allah yang telah memberikan kita pekerjaan. Jika benar, kenapa kita harus gusar kerana tidak mendapat pujian manusia? Tidak mendapat pengiktirafan manusia. Cukuplah Allah bagi kita. Tempat kerja hanya sebahagian kecil dari kehidupan kita. Ada sebabnya Allah memberi rezeki kepada kita di sisi lain kehidupan kita.

Yang lebih menyedihkan dari kehilangan anugerah cemerlang adalah kehilangan iman. Melupai bahawa salah satu rukun iman adalah mempercayai Qada' dan Qadar. Percaya dengan takdir yang telah ditetapkan dan takdir yang bisa kita ubah dengan munajat dan amal. Seharusnya kita tingkatkan usaha untuk menjauhkan takdir yang buruk....dengan pelbagai cara yang diajar Rasulullah SAW.....membuat yang terbaik bagi mendapat keredhaan-Nya...semata-mata kerana-Nya!

Pilihan negatif akibat kekeciwaan akan menjerumuskan dirinya...bukan sahaja rugi di dunia malah di akhirat! Sedangkan matlamat kita adalah akhirat. Dunia hanya jalan menuju ke sana. Hanya sementara... sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Tempat kembalinya kita nanti.

Dan sekiranya kita benar-benar yakin Allah Maha Melihat...mintalah pada-Nya. Rayulah!Rintihlah pada-Nya. Mohon keampunan. Mohon rezeki. Mohon keberkatan pada pekerjaan dan gaji kita. Pasti ....Pasti Allah akan menjawab doa kita. Menjawab pertanyaan kita. Sesungguhnya ampunan Allah lebih besar dari kemurkaan-Nya. Kasih-sayang Allah lebih besar dari taat kita pada-Nya.



Sesungguhnya hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayah....Aku hanya menyampaikan!


"BARANGSIAPA TIDAK RELA DENGAN KETETAPAN-KU DAN TIDAk BERSABAR ATAS COBAAN-KU, MAKA HENDAKLAH DIA KELUAR DARI NAUNGAN LANGIT-KU,  DAN HENDAKLAH DIA MEMILIH TUHAN SELAIN-KU"

(Hadis Qudsi)



3 M : MULAI LAH DARI DIRI SENDIRI
                                 MULAILAH DARI HAL YANG KECIL
                                                                     MULAILAH DARI SEKARANG!

                                                                                                                                        (-Aa Gym)
Boo: ...bermula dengan muhasabah diri!

p/s: ni aku ciplak dari blog seorang sahabat alam maya. ~erisya~
 

Jangan Frust kalau tak de orang nak texting kau okay!

"nite sweetheart, take care h0ney, sweet dream darling, miss u". errkk nak jugak dapat wish selamat malam cam nie !! sweet bangat. hee. ♥

haha. macam gersang je wehh.
aku rasa aku pernah dapat kot. dulu laa....tapi macam tak cukup sweet aje. in bm. haha
uish. bm kill? baku kot. pelik pelik. tapi boleh la dari tade.
ekk? untunglahhhh ader orang sayang. 
aku memang sayang semua kengkawan aku sama rata. ^^
yg tu aku tau. aku mmg pentingkan kawan memanjang dari dulu. 
hahahahaha. pandai!!


lama kot dah lame tak dapat mesej cenggini.  haha. weyy, takyah nak kecewa sangatlah. kalau kau tunggu pun tak de guna. kau yang boring. kalau gian sangat, bak mai number fon sesape. soh apek juai tin text kau madah2 jiwang tu. haha. janji kau bahagia. wekkzz....


texting girls : konfom 2 page text msg pun tak cukup.
texting guys : half page is enough.




Boo : aku suka orang wish "takecare" and "gudnitemoning"."nak tido dulu". haha. nampak sweet.

Friday 2 September 2011

Bila Tuhan menciptakan wanita

  • Tuhan ciptakan bahu wanita, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
  • Tuhan berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
  • Tuhan berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
  • Tuhan  berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
  • Tuhan berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
  • Tuhan berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
    Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
  • Tuhan berikan kepada wanita kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
  • Dan akhirnya, Tuhan berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

 
Boo: Tapi air matamu terlampau byk sudah dicurah....tidak terkira berapa jumlahnya..tapi kali ini, kekentalanmu betol-betol mengajarmu agar menjadi seorg yg tabah dalam mengharungi dugaan yang tuhan berikan..berat sguh dugaan ini...
 

Gosip panas yang dah suam..aku pulak pegi panaskan balik

Credit to : Forum Cari
Hahaha..kali pertama tengok poster ni, memang terbahak bahak aku gelak...eh, sumpah aku tak gelakkan pasal kes ni..cuma gelakkan kegigihan manusia manusia kat luar sana yang bersungguh sungguh menjadikan bahan kesedihan insan lain sebagai bahan ketawa...
Seriusli, masa dengar berita pasal hubungan si JR ni bergoncangan, memula aku dengar tu, aku punya reaksi, macam..erm..arrr..wutever lah..gitu la kan..tapi ada jugak manusia manusia yang menjadikan berita itu sebagai medium untuk mengata dan menempelek JR yang sering mengapdet cerita pasal kisah cinta dia dan MIA.
Logik akal, bagi bloggers yang sedang hangat bercinta, of kos la akan selalu hapdet pasal buah hati dia, pasal kisah kisah suwit dearang ngan kapel memasing. Jap jap my bunny, jap jap My Incik Tunang, jap jap My Love bagai..Takyah la kekita yang dah kawen ni nak cemik cemik muka bagai..Sebab kita pun dah penah lalui fasa tu.Bezanya, masa kita bercinta dulu, mende-mende blog ni tak femes dan tak meluas lagi penggunaannya. Kalu tak, kita pun turut sama letak muka boipren kita jadi ikon untuk Chatbox, pastu kat arrow tu letak muka kita ngan bf kita, kat header pun muka bf kita gitu kekdahnya..
Pstt..jgn kata pasangan bercinta je duk sibuk apdet pasal bf memasing..pepuan dah kwen pun sibuk gak citer pasal laki manjang....
Sama je la..Cuma si MIA ni orang femes je la..Cuba letak diri kita kat tempat JR. Jangan pikir sangat pasal dia punya tabiat suka menceritakan kisah cinta dia ngan MIA tu dulu. Letak diri kita, dalam situasi dia, seorang perempuan yang gembira dan terlalu cintakan TUNANG, tetiba TUNANG sendiri buat hal..macam mana kita rasa? meroyan? tak meroyan?
Kita sendiri pun dah jadi laki bini pun, laki lupa nak tolong lap sisa minyak kat dapur pun kita dah sesiap apdet fesbuk tulis
"benci tau gini..apa pun tak boleh"
haa...nak letak bebetol tuju kat laki, takut laki tempelek pulak..letak la status universal..bila laki macam TERperasan status tu untuk dia, saje la wat wat ngelak,
eh mana ada..bukan untuk yu..untuk bos ai ni..banyak pulak peel dia pepagi..ai mana bole lawan yu..yu kan buah ati cinta ai..
haaa..gitu..kunonnye la....
Moral, walau tengah citer pasal orang lain, tetiba nak jugak selit pasal laki sendiri, memang jenis suka meraban lah maksudnya ni kan? hahhaha
Moral dia, jangan jadikan kisah JR dan MIA ni sebagai satu bahan gelak dan bahan ketawa bagi korang mengisi hari hari suram dan penuh kelaparan di siang bulan Ramadhan. Letak skit simpati. Takmo simpati takpe jugak, tapi tak payah la kita beria ria nak pegi gelakkan derang..
Pasal KakaHering yang dikatakan mulut puaka tu jugak, letak diri korang kat tempat KakaHering tu..apa tindakan korang, kiranya adik korang dipermainkan, dan dikutuk oleh masyarakat sekeliling sedangkan ko tau, adik ko tak salah? Itu adalah tindakan normal seorang kakak yang membela dan menjaga kebajikan si adik. ..
Mentaliti masyarakat kita sekarang pula, walau jelas jelas si lelaki yang buat hal, kesalahan akan tuding kepada pihak perempuan jugak..
"tu lah, suka sangat citer pasal tunang kat blog"
"yang popular tu tunang dia, bukan dia..asal dia lebih sudu dari kuah?"
and so on so on..
Takpe lah..biarkan je lah..Lelaki ni, once dah kawen kuasanya mutlak atas wanita/isteri..kalau dari awal lagi JR dah tau perangai MIA tu begitu..tinggalkanlah..Dan saya tak pernah percaya kepada konsep
"Perempuan baik, adalah untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya."
Sebab bagi aku, sekiranya perempuan tak baik, kahwin dengan lelaki baik, insyallah, lelaki baik itu dapat membimbing wanita berkenaan kearah kemuliaan..Dan kiranya lelaki tak baik, kawen ngan wanita baik, insyallah, dengan izin Allah, wanita baik berkenaan dapat membimbing suaminya ke arah jalan Allah..
Dan kiranya, dua dua lelaki/perempuan tak baik, berkahwin, dengan izin Allah, dan dengan kesedaran diri sendiri yang telah mempunyai tanggungjawab (anak) dan keadaan sekeliling, insyallah Allah akan bukak pintu hati mereka...
Kat sini bukanlah aku nak tekankan aku ni baik ke bla bla bla..aku ni tak baik sangat n xla jahat sangat  tau...aku makan tak baca bismillah, masuk toilet tak baca doa..jahat tau...hehe ..cuma , insyallah, kita cuba la menuju ke arah kebaikan..tak dalam keadaan cepat, selow selow la kan. Tak payah la kita nak harapkan kekawan kita yang dah berubah ni supaya tiap kali apdet status kat fb tulis hadis hadis ke hape, baru kita nak percaya dia dah berubah bagai..jangan gituu..
Dan jugak, kita sendiri, kalu tak berubah ke, dah semayang cukup bagai, tak perlu la kita nak heboh heboh..dah serupa macam riak pula..haa..gitu kekdahnya..
Pasal Khairul Fahmi (MIA), jangan pula kita hina dia atas perbuatannya. Setiap manusia buat kesilapan..Sekiranya itu pilihan dia, biarkan dia..dia yang nak hidup dengan perempuan begitu..dan jugak, tak perlu kita nak hina pilihan dia. Mana tau, sebelum kawen perempuan tu huru hara, dah kawen dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari suami, perempuan tu berubah 10 kali lebih baik dari sebelum dia kawen..
Dahlia Teck pula..erm..ahkak tak payah komen la..biasanya perempuan perampas memang banyak dapat kata makian bagai..jadi, aku takmo tambah lagi...wat dosa je..sebab selalunya klu rajen mengata orang nanti balasannya dapat balik kat kiter..huihh...nauzubillah....
Sebelum kita nak mengata orang, lebih baik kita lihat diri kita dulu..baik sangatkah kita? sempurna ke pemakaian tudung kita sebelum ni? Sucikah hati kita dari segala rasa hasad dan dengki? Adalah kita tak pernah bersentuhan dengan kekasih kita sebelum kita diijab kabul?
Ye Benar, kita dah lalui pengalaman itu, dan tak mau orang lain buat kemungkaran sama seperti kita pernah lakukan..
Tapi, apa pendekatan yang kita lakukan? dengan cara menghina mereka konon kita ni suci? atau dengan cara menghampiri mereka dan menegur mereka secara ikhlas dan jujur dan kita sedaya upaya menutup aib mereka?
Manusia sekarang amat pelik...kalau dapat satu cerita pasal aib manusia lain, seboleh bolehnya gembira kalau dapat menyebarkan berita aib itu dari pada menyimpannya...
akubukan nak berlagak baik..tapi tah camne aku memang pantang kalau ada insan lain yang suker mengaibkan insan lain. memang aku laju je tulis cenggini..
Pernah baca blog seorang yang pernah ditinggalkan suami, dan mempunyai anak..bila tiba time komen, ada sorang minah sengal komen;
"sabarlah kak...saya paham perasaan dan kesakitan yang akak alami..sebab saya pun baru je ditinggalkan KEKASIH..bla bla bla "
pastu citer pasal kisah dia dan BF dia..
Paham dak sini beza kena tinggal laki dek oii, dengan anak anak lagi, dengan ko kena tinggal dek boipren ko tu??
Tobak tau kalu budak tu ada depan muka, kena jeling ngan aku..jeling je..tak brani nak tampar..hahahahha...
Adik adik, kalu nak simpati kat akak akak yang ditinggalkan suami, sila guna pendekatan yang kurang kejam..komen adik tu kejam sangat..terguris hati tau..
 
 
Boo: setiap kejadian jadikan pengajaran....kita semua bukan insan sempurna.

rayaaa......jom balik kmpung!!



Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Thursday 1 September 2011

I AM.........




Terimalah, Wanita Memang Banyak Bercakap.

Sehari kalau aku tak baca paper, aku rasa tak lengkap. Walaupun pada zaman sekarang kita boleh baca paper secara online, tapi aku tetap nak baca paper jugak. Rasa lebih puas.
Dalam keluarga aku, suratkhabar WAJIB ada setiap hari. Tidak kiralah Berita Harian ke, Metro ke, Kosmo atau Sinar. Kalau dulu-dulu selalu berebut dengan adik nak baca paper dulu. Tapi kitaorang masing-masing ada kolum kegemaran so adil dan saksama lah pembahagian paper tu.
Aku selalu akan lebih teruja nak baca paper pada hari Ahad. Sebab apa? Sebab ada banyak masa nak belek paper dan aku akan baca setiap inci berita yang ada dalam paper tu. Kadang-kadang mama aku beli sampai 3 paper yang berlainan. Aku baca je sampai aku rasa dah tak ada benda nak baca dalam paper tu. Haha.
Aku terlalu suka membaca. Apa-apa saja. Dan bagi aku, dengan membaca paper ni boleh tambah macam-macam ilmu terutama tentang Bahasa kita sendiri.
Jadi semalam, aku terjumpa satu artikel yang agak lucu juga bila baca. Lucu sebab terkena batang hidung sendiri kot? Haha. Dan aku rasa, apa yang Kucing Jantan ini tulis memang terbukti itu adalah sikap kita seorang perempuan.
Aku tepek kat sini, korang bacalah. Dan nilai sendiri.
Bagi aku, memang inilah sikap kita yang mereka panggil PEREMPUAN.

MINGGUAN MALAYSIA. 30 Julai 2011. Oleh : Kucing Jantan.
SELALU kita lihat wanita bercakap semasa menonton televisyen. Selalu juga kita lihat wanita masih terus-terusan menceceh dalam telefon dengan rakan karibnya walaupun baru menghabiskan satu minggu cuti bersama. Ada saja yang dibual dan digosipkan.
Sebab itu jika ada masalah lebih elok tidak diberikan kepada wanita. Nanti mereka akan terus bercakap dan bercakap mengenainya. Sebelum masalah diselesaikan, satu dunia sudah tahu masalah itu.
Ini kerana wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain, bukan mahu mencari penyelesaian mahupun rumusan terhadap masalah itu. Begitulah otak wanita bekerja sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegurnya 'kau ni macam perempuanlah'.
Menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya, apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan. Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.
Berbanding otak lelaki mampu mengetepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat. Mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain.
Jadi untuk wanita, kerana tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengetepikan masalah mereka ialah dengan cara bercakap mengenai masalah itu. Bercakaplah mereka sehingga selalunya tidak fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Inilah yang biasa kita lihat.
Oleh itu jika wanita dilabel banyak bercakap, jangan cepat melenting.
Banyak bercakap pun sebenarnya besar kelebihannya. Wanita selalunya menggunakan peluang bercakap untuk membina hubungan dan berkenalan. Contohnya, wanita menggunakan telefon untuk mengeratkan hubungan sebaliknya lelaki bercakap untuk menyampaikan fakta dan maklumat kepada orang lain.
Mengapa wanita cenderung banyak bercakap? Bayangkan semasa menonton televisyen pun mereka boleh bercakap, tentu sahaja mereka ada kelebihan tersendiri.
Kekuatan
Paling jelas, ini menunjukkan wanita berupaya melakukan banyak perkara atau kerja dalam satu masa. Bercakap sambil menonton, bercakap sambil memasak dan banyaklah pekerjaan yang mereka mampu lakukan serentak. Ini adalah salah satu kekuatan yang mereka miliki.
Jika diperhatikan, kebanyakan wanita juga mampu bercakap banyak perkara dalam satu masa. Malah bukanlah aneh wanita mampu memberitahu banyak perkara dalam satu ayat. Kalau mahu tahu, cuba gantikan tugas isteri mengurus anak dan rumah, kelam-kabut jadinya.
Yang juga selalu kita lihat ialah wanita mampu dengan serta-merta mengubah topik perbualan dan kemudian menyambung perbualan atas topik asal dengan baik sekali. Uniknya mereka dapat pula mengingati setiap butiran perbualan.
Mungkin ini jawapan mengapa wanita selalu diberi tugas sebagai pencatat minit mesyuarat. Selalunya apabila tugas itu diberikan kepada lelaki, tunggang-langgang jadinya.
Dan amaran kepada lelaki, jangan dekati wanita yang sedang asyik berbual sesama mereka. Tidak mudah untuk mengikuti pucuk pangkal perbualan mereka kerana topik perbualan selalunya melompat-lompat. Otak lelaki sukar menerima perlakuan seperti itu dan akhirnya mereka akan kebingungan sendiri.
Kerana begitu otak wanita bekerja, terus benarkan dan beri ruang untuk wanita bercakap. Jika tidak, kita juga yang susah nanti. Lihatlah punca utama perceraian atau hubungan renggang ialah kerana tiada komunikasi.
Secara purata wanita bercakap sebanyak 6,000 hingga 8,000 patah perkataan, 2,000 hingga 3,000 nada suara dan 8,000 hingga 10,000 pergerakan (tangan, muka, kepala dan bahasa badan lain) sehari. Suami yang bijak walaupun penat macam manapun tentu sekali akan meluangkan waktu untuk melayan isteri bercakap. Ini kerana fitrahnya wanita memang suka bercakap sehingga suami telah berdengkur pun, si isteri masih mahu juga bercakap.
Yang selalu menjadi masalah ialah wanita yang tidak bekerja, siapa yang mahu melayan mereka bercakap? Kuota kata-kata sehari (6,000 hingga 8,000 patah perkataan) perlu diluahkan. Jadi nasihat kepada lelaki yang isterinya tidak bekerja, ambillah sedikit waktu untuk mendengar celoteh mereka daripada nantinya hubungan jadi renggang.
Jangan diikut perilaku suami isteri dahulu kala yang jarang bercakap. Wanita dahulu tidak mengalami masalah ini. Selain ramai anak, akan sentiasa ada teman berbual dan tempat meluahkan perasaan dengan saudara mara dan jiran tetangga. Kalau suami tak layan cakap pun tidak mengapa.



Boo : owwh....patutla....... so skang aku paham la ngape mentua aku bnyak benor cakapnyer...heh.. 

Wednesday 24 August 2011

wordless wednesday


let the pictures do the talk
 

 
 
Boo: i choose to let it go....past is past...if it meant to b then alhamdulillah...but if its not then just let it go with open heart. rainbows will come and push away the rain. and here comes sunshine...........smile :)
 
sekian..oke dah...buy
 

English day

Its been long time i dindt used ayat ompute in my blog rite. Long time ago when i first started to writte in blog i did used all this omputeh language rite. But then i da start malas cozs i felt much more free if im writting in BM..yala i dun want people to read my blog and with all those spellling errors and missplaced vocab in future i la malu. Lagipon Bahasa Melayu kan bahasa kebangsaan...ewah....

But today i think i want to writte in English....hehe...im not teror sangat la but then okela..lalalalala...



When I started working, I never imagine I'd miss & appreciate my weekend so much. I'd keep one day for sleeping & another for a day out. I knew I write less these days. But when i started writting then all my ideas suddenly came untill my hand cant stand to writte anymore. Weekdays have become a routine. Go to work, come back and sleep, wake up the next day and go to work again. I salute the bloggers who are still active in what they do even though they are working. I seriously need extra supplement.


Boo: fever, flue and coughing sum more makes my weekend full of sleeping activity plus medicine..... 

................................... speachless...............................




 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
Just when I'm about to give up,
Allah gives me sunshine.
Alhamdulillah ;)


Boo: Hopefully things gonna clear again. Amin... 

Antara Perkara Yang Akan Dirindui Selepas Berkahwin & Beranak

"Aku jeles dengan kau Yantie, at your age, kau dah ada karier, suami, anak. Dah buat birthday party anak. Sedangkan aku, hampas macam ni!"





Buat apa nak cemburu. Enjoy sahaja zaman bujang kamu selagi boleh. Sebab satu hari nanti, apabila kau sudah berkahwin dan bersara dari zaman yang penuh keseronokan tanpa akal dan fikiran, kau akan sampai pada satu tahap di mana kau rindukan zaman bujang kau.

Kalau tak rindu banyak pun...mungkin rindu sikit.

Mungkin rindu pada kawan-kawan semeja kat Mapley dulu.

Atau pada zaman tak risau berskandal dengan ramai orang.

Atau pada perut yang flat dan pinggul yang tak lebar sangat tu.

Erm.


Boo: kadang2 aku rindukan time2 gossip girl macam dulu....kadang2 la....

ATTITUDE

Manusia menilai sesama sendiri- itu sesuatu yang tak boleh dielak lansung. Kadang-kadang, bertahun-tahun kau buat baik, sekali kau mengamuk, orang dah boleh label kau macam-macam tanpa mereka sedar mereka adalah punca kemarahan itu sendiri berlaku.

Emosi adalah salah satu musuh utama perempuan.

Tapi di sebalik tanggapan watak-watak kejam yang orang pernah labelkan pada aku, sebenarnya, tersembunyi sifat-sifat penyayang yang melebih-lebih sampai tidak ada satu pun sinetron Indonesia boleh nak lawan, wa cakap lu.


Boo: bak kata mama aku. mulut manusia kita tak boleh tutup. sebaiknya tutup lah perilaku kita agar tidak diakata orang. kerana orang akan sentiasa mencari salah kita walaupon perkara salah laku kita itu bersebab

Tukang Kupas

Sebagai seorang manusia yang serba lemah dan masih mencari-cari untuk kefahaman sendiri, aku banyak persoalkan perkara itu ini terutama sekali perkara yang berkaitan dengan agama lah. Kenapa mesti begini? Kenapa mesti berdosa? Kenapa tak boleh buat ini? Kenapa tak boleh buat itu? Bagi aku, beramal sahaja tak cukup kalau aku tak faham segala isi-isinya.

Umpama kau makan buah mangga, kau main telan je dengan kulit-kulitnya. Aku tak pernah peduli pun sebelum ni. Orang cakap solat, aku solat. Orang suruh puasa, aku puasa. Dah macam tradisi hidup. Sebab aku dilahirkan Melayu dan Islam.

Nak nak bila aku dah kahwin. Banyak hukum hakam dan soal jawab dalam kehidupan berumahtangga aku bangkitkan. Isi yang disuapkan ke dalam rohani aku semasa menghadiri kursus kahwin dahulu, membuatkan aku nak persoalkan lebih banyak benda lagi sekarang.

Penceramah kursus kahwin cakap;

Isteri yang tidak melayan kehendak nafsu suami pada malam hari tanpa alasan yang kukuh akan dilaknat malaikat sampai ke esok paginya.

Persoalan aku, siapa pula nak laknat suami kalau dia mengabaikan tanggungjawab dia dalam melayan nafsu isteri pula? Apa jadi dengan suami yang memandang remeh dengan prestasi batin diri sendiri misalnya?

Isteri yang meninggikan suara dengan Suami berdosa. Derhaka.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang meninggikan suara dan menyakitkan hati isteri?

Isteri yang keluar rumah tanpa izin suami dianggap nusyuz. Berdosa lah lagi. Haram lah lagi.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang keluar rumah meninggal kan isteri tanpa kerelaan isteri misalnya?

Isteri tidak boleh melihat lelaki lain. Tidak boleh meminati lelaki lain. Apatah lagi kalau isteri curang. Memang neraka jahanam lah tempat kau, misalnya.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang duduk melepak sambil bercerita tentang saiz buah dada setiusaha pejabat sesama rakan-rakan?

Dan macam-macam lagi lah. Semua yang diterangkan kepada aku semasa kursus kahwin dulu, menggambarkan yang perempuan sahajalah yang harus beriya-iya semuanya. Isteri kena main peranan.

Kalau taknak suami pandang buah dada orang lain, isteri kena sapu krim krim dan pil pil yang tidak munasabah untuk membesarkan buah dada sendiri yang akhirnya menyebabkan barah lah puleeekk.

Bagaimana pula dengan zakar suami yang comel sebesar cili?

Kalau nak suami ada sahaja di rumah, isteri haruslah pandai masak. Ikat perut suami. Supaya ke mana-mana suami pergi, sambal tempoyak ikan talapia isteriku tetap di hati kononnya.

Bagaimana pula, cara untuk suami, buat isterinya ke mana-mana sahaja ingat sesuatu x-faktor tentang suami?
HAHAAH! Macam-macam. Tentang ibadat pun sama. Dari solat, puasa, hijab. Sampai lah kenapa kita kena mengelilingi kaabah. Apa sebabnya? Aku bukan menolak hukum Islam. Aku bukan ragu-ragu. Bukan tak percaya. Sumpah bukan. Tapi aku nak faham. Aku nak faham dalam-dalam. Aku solat macam biasa. Aku puasa. Tapi aku nak faham. Faham dan faham lagi. Aku nak kusyuk. Sebab selalunya kalau aku solat mesti pala otak aku dok terinngat macam

Sekian lama aku tahan persoalan ini semua. Sampai lah satu masa, aku muntahkan juga semua persoalan ini kepada encik Anuar. Aku nak tahu, apakah hati aku sedang dibolak-balikkan iblis untuk menyesatkan aku? Atau aku ni memang bermasalah?

Seperti biasa encik Anuar (rakan sekerja) yang memang miskin attitude (ampun klu abg nuar baca ni..haha..memang kdg2 menjengkelkan) tapi kaya dengan jawapan yang ringkas tapi bernas-nya;

Yantie, tidak ada satu pun kurangnya dalam agama kita kecuali satu; kita hidup di kalangan di mana kurangnya TUKANG KUPAS yang betul-betul boleh huraikan hukum hakam agama ni. Penceramah agama yang sedia ada kebanyakkannya pandai bercakap, tapi tak pandai menghurai. Dengar mereka berceramah, memang terhibur. Kelakar rasa nak pergi lagi. Tapi bila pikir pikir balik, entah apa yang dia cakap sebenarnya? Balik balik lawak lucah dan hal politik. Contoh, isteri curang, berdosa, masuk neraka, tapi pernahkah Tukang Kupas kita huraikan kenapa isteri boleh curang? Dimana silapnya suami dalam hal itu? Aku tak hairan kau persoalkan semua ni. Perempuan rajin mengkaji. Rajin membaca. Lelaki ni ignorant kebanyakkannya. Kita menjatuhkan hukum ikut a-quran. Tapi masyarakat Melayu Islam kita berapa ramai sangat yang faham al-Quran? Bila soal agama di bangkitkan, balik-balik, Google jugak jadi panduan.

Terdiam lama aku. Suasana sunyi di sokong dengan struktur  pejabat aku yang memang dikelilingi oleh tingkap-tingkap besar yang menyediakan pemandangan yang indah sayup sayup menyusuk hati. Peh.

Okay. Ada sesiapa nak rekemen aku Tukang Kupas agar aku tidak sesat menuntut ilmu tanpa guru?


Boo: banyak lagi ilmu agama yang aku wajib pelajari demi masa depan anak2......


Nyawa


kerana mereka,  hidup aku rasa bertujuan. Pinjamkan dia kepada aku lama sedikit, Tuhan. Sekurang-kurangnya sehingga sampai saatnya aku pejam mata.





Boo: anak2 adalah harta aku dunia akhirat



Semut Yang Terperangkap Dalam Bekas Plastik Gula

Ada seekor semut.

Terperengakap dalam bekas plastik gula.

Yang ditutup rapat.

Mewah tapi sunyi.

Luas tak bernafas

Tidak ada jalan keluar.


Kalau mati pun,

Dia mati dengan penuh kemanisan.

Melekit-lekit.

Dan tetap sendirian.


Boo: aku tak mahu jadi macam semut itu

Benda-benda yang kita biasa tahu, tapi kadang-kadang malas nak amal.

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan


  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00malam



......dan yang paling penting dibawah ini........selamat beramal.....

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


Boo: Aku dapat ni dari email. SO aku just copy paste je. Penulis asal tidak diketahui. Untuk renungan bersama dan diri aku sendiri. Renungkanlah dan selamat beramal :)

alhamdulillah

Jarang rasanya aku rasa perasaan yang aku rasa sekarang ni.

Apabila sesuatu yang aku titipkan di dalam doa seharian, kini menjadi kenyataan. Aku tak pernah meminta-minta kepada Allah sesungguh seperti sebelum ini. Dengan tangis. Dengan gigih aku pujuk hati sendiri untuk bersabar dan terus bersabar terhadap dugaan yang hebat ini. Dengan perit, menghadap sehari-hari.

Segala puji bagi Allah.

Kalau perkara yang sengaja Kau turunkan kepada aku untuk aku pelajari 'sesuatu', aku bersyukur kerana aku sudahpun berjaya harunginya setakat ini. Doa yang kau kabulkan kali ini, akan ku pelihara hasilnya sampai ke mati.




Boo: semakin lama semakin aku pelajari sesuatu dalam kehidupan.....

Tuesday 23 August 2011

perbezaan sewel dan pelupa...

Kejadian 1.
Sudah beberapa kali, aku ke tandas untuk melakukan number one (buang air kecil), aku buka baju instead of seluar. Bila tersedar, aku akan malu sendiri lalu terketawa kecil dan pakai semula baju dan terlupa untuk melakukan number one.

Kejadian 2.
Aku ke stesyen komuter UKM pada satu pagi untuk ke pejabat. Hari itu, hari-malas-bawa-kereta aku.

Aku pergi ke mesin tiket, tekan butang destinasi dan masukkan jumlah wang yang cukup. Tiket keluar, aku ambil. Aku ucap 'Terima kasih' dan senyum lalu melangkah pergi ke tempat duduk untuk tunggu keretapi.
.....
Aku baru ucap terima kasih pada mesin ke tadi? demn!!


Boo: pelupakah atau sewelkah aku.....

lucahnye otak aku

Rakan sekerja aku, pantang bila sesiapa membuat kesilapan mengeja atau tatabahasa.(tidak perlu sebut nama sbenar)

Dia memang sangat pantang.

Aku tersilap eja nama Accapan pun dia marah (Tahulah muka macam Accapan, janganlah sensitif sangat!). Dia akan betulkan dengan cara lembut, tapi selalunya kasar. Terpulang pada situasi.

Aku pula tak kisah sangat kalau orang nak salah mengeja atau salah tatabahasa. Kecuali kalau orang tu ejek aku tak pasal-pasal. Benda begini tak berapa annoy aku sebab aku pun kadang-kadang salah eja (contoh : aku eja Accapan sebagai Acappan).

Tapi, ada beberapa kes yang aku tak boleh tahan. Aku rasa kena betulkan juga.

Contohnya, Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud sewaktu menjadi juri pertandingan Malaysian Idol dan Akademi Fantasia.

Apabila ada peserta yang tak berapa fasih berbahasa Inggeris menyanyikan lagu Inggeris, mereka akan kata "Adik, proNOUNciation tu kena betul dik, ya. Nanti suruh cikgu-cikgu ajar proNOUNciation yang betul ya." dengan nada suara yang paling lantang.

Peserta-peserta tu pun akan tersipu-sipulah sambil mengangguk-angguk dan merundum sedikit tahap keyakinan diri mereka.

Macam Magenta pernah kata, ibarat mengambil tip diet dari orang gemuk.

Perkataan itu sebenarnya ialah proNUNciation.

Aku tak kisah kalau ada yang bersembang dan masih sebut proNOUNciation. Tapi Fauziah Latif dan Fauziah Ahmad Daud ini aku terkisah sebab mereka menyuruh orang untuk pronounce betul-betul, tapi mereka sendiri pun salah pronounce.

Ada lagi satu perkara yang aku perlu ambil kisah tentang sebutan :

Semalam, salah seorang staff yakni seorang lelaki badan agak berisi berkumis nipis di tempat kerja sementara aku mengomel seorang diri. Mungkin juga dia sedang bercakap dengan aku, sebab hanya kami berdua saja di pejabat ketika itu.

Aku tanya, "Kau kenapa?"
Dia jawab, "Aku runsing ni!"

Aku tanya lagi, "Kenapa runsing?"
Dia jawab, "Aku tak dapat konek la.... Aku stress!"
Bila mana-mana lelaki gemok bermisai nipis cakap kat aku yang dia runsing sebab tak dapat konek, memang aku akan tersentak secara automatik... (Sebab aku suci)

Aku diam..... (main solitaire)

Dia berkata lagi dalam nada yang marah, "Wei, kau tolong call kan TM sekarang. Tanya dia orang apasal aku tak dapat konek kat internet ni! Bengang betul aku!"

 

Boo: Connect connect connect!!! Bukan konek laaaa, bodoh!!

Thursday 18 August 2011

kejadah hape nak tukor muke jadi gini ehh!!!


Ni bangang ke apa tataw la...kejadah hape eh nak wat muka jadi anjing..kot yepon nak betukar jd la muka nobita ke doremon ke...busuk2 pon jadi la hulk ke...ni ade ke nak tuko muke tu jd hanjing!! bongok la manuisa ni. Biasanya orang buat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.
Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di’lekatkan ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Donia...oh donia....









Boo: lom lagi jumpa manusia yang nak tukar jd muka khinzir...ekr!!! guanelah rupe tu kan...dem!!

ENTRY KHAS RAMADHAN ~ kisah rafiq , norma dan talib

Assalamulaikum..
tak terkata apabila mula-mula membaca kisah meraka di dalam blog seorang kawan.
dan terus jari mencari link  kak moon  (kakak ipar kepada norma dan talib yang begitu prihatin dan penyayang dan terus mengupdate kisah norma dari sehari ke sehari) untuk terus membaca kisah duka keluarga ini.

Dr hari sy mengetahui kesah sedih itu, sy merupakan mengunjung setia blog kak moon utk mengetahui perkembangan norma..  

Norma - bergelut dengan penyakit barah otak tahap 4
Talib - seorang suami yg tabah, kuat dan sentiasa ade disisi norma menemani setiap masa
Rafiq - baby comel yang merindui belai kasih seorang mama
 
Talib dan norma baru mendirikan rumah tangga tahun lepas, dan Alhamdulillah cepat dikurniaan seorang baby comel. 1 Mac 2011 norma belum lagi habis pantang dan telah disahkan mempunyai tumor di otak.. bermula dari tarikh itu hingga kini norma bergelut dengan barah otak tahap 4... Bayangkan sekelip mata semua berubah.
 
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. boleh buat sumbangan 
ikhlas.
 
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif 

Talib tak minta sumbangan tp tak salah kalau kite sesama manusia ingin meringankan beban org lain yang dalam kesusahan. Hari ini hari norma esok esok kita tak tahu lagi hari untuk siapa.

norma sebelum disahkan sakit

norma selepas disahkan sakit 

 talib ~ seorang suami yg sangat sabar serta penyayang...
 seorang bayi yg rindukan belaian ibunya..ishk  :,(


Ya Allah, Kau panjangkan umur norma, ringan kan kesakitannya Ya Allah. Amin.
Untuk Talib, kuatkanlah hatimu menempuh dugaanNya. Hanya doa yang mampu aku kirimkan buat kalian
khas utk Rafiq, anti doakan kau tabah sayang. ibumu sangat sayag padamu. membesarlah menjadi anak yg berguna pd org tuamu sayang..sesungguhnya Allah lebih mengetahui.......anti tak mampu menaip lagi...... cry........

 
 
Boo: menitik2 air mate aku bila baca kisah derang ni..aku insaf..ada lagi yang lebih teruk menganggung sengsara dari aku.....

Memag lawak ahh..korang patut try r!!

Salam,

Haha..klaka siot time2 posa gini sengal je so bagus gak ada lawak2 cmni.....aku amik dar Blog Misscha...... status aku adalah :-

"AKU TERLANGGAR UPIN DAN IPIN SEBAB AKU FIKIR AKU HEBAT"


HAHA..MMG LAWAK LOL...XOXO..
Nak Try??



1) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat




Boo: macam2 idea orang kreatif ni kan...bes bes...

dosa gugur apabila suami isteri bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:
"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya. Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami."






Boo: Allah bagi kat kite macam2 cara nak buang dosa..kiter je suke suki tambah dose kan...

Nak melentur buloh biar tuan tanah betul dulu yer....

kejadah eh tajuk entry aku rini....haha..lantak la..janji apa yg nak aku smpikan ni korang paham.... Peace yawww... Terkinja-kinja ibarat kera mendapat bunga.. Erkk..
Nak menegur silap orang lain, kena la betul caranya... Even orang tu salah sekalipun, jangan la meninggikan suara sampai keluar ayat-ayat carutan yang buatkan jiwa raga sentap... Kan banyak cara lagi yang sesuai dan boleh menyedarkan seseorang tu..
Contoh yang selalu kite nampak... Jika seorang yang lebih tua marahkan budak yang nakal dan degil, mesti keluar ayat ni.. "Mak Bapak ko tak ajar ke jadi elok sikit perangai tu?"... Nape nak libatkan parents lak?? Percayala suatu hari nanti budak tu akan balas balik...
Satu lagi kalau tegur salah kawan paling rapat dan terdekat.. "Apsal la ko ni lembap sangat?? Bla..bla.." Kalau tak pun ayat ni.. "Dah ajar banyak kali pun bodoh gak".. Kejamnya nak jatuh hukum kat seseorang tu mengatakan dia bodoh..lembap..
Nak nasihat orang..nak tegur silap orang, tapi diri sendiri tak betul.. bagusnya perangai...



Boo: sibok nak betolkan orang padahal diri sendiri tonggang langgang.......

segmen: KAMI BLOGGER PRIHATIN ~ ANJURAN ABG BEN ENSEM


salam jumaat semua..
tadi sambil menggoogle blog kengkawan ai pon bukak la blog ben shaari. (sila klik untuk lebih lanjut) ada entry khas tok kanak2 somalia yang kebuluran. bagus ben ni. dia sangat prihatin. so dia ajak kengkawan suma yang ada blog join sama.
ai pon nak join jugak demi kemanusiaan. sedey dowh.. bersyukur sesangat sebab dilahirkan menjadi rakyat mesia. owh malaysia. ai lebiyu so mash.

so layankan pic kat bawah ni dari pakcik google.










Sedih sangat dengan penderitaan yang mereka lalui.. Kita kat sini melimpah ruah makanan.. Kadang-kadang sampai terbuang-buang... Diorang sakit kurang makanan, kite sakit berlebih makanan... Renung-renungkan.. Andaikan kita di tempat mereka... Boleh hidup tak??? Masyaallah.........

Boo: kita selalu merungut kan.........renungkanla..selamat beramal