Tuesday 28 June 2011

Facebook Ruang Menggalakkan Fitnah

Sebelum kemunculan Facebook beberapa tahun dulu, kurang rasanya cerita berkaitan fitnah memfitnah. Sejak kebelakangan ni, banyak betul fitnah yang dilemparkan melalui laman sosial nombor satu ni. Tidakkah Facebook ini menjadi ruang yang paling senang untuk menyebarkan fitnah?
Gunakanlah otak masing-masing dengan baik untuk menggunakan Facebook, janganlah sesedap hati je nak memfitnah orang di Facebook, kalau cerita itu salah, tidakkah berdosa kerana kita memfitnah dan memalukan individu tersebut? Kalau cerita tentang keburukan itu benar sekalipun, gunakanlah akal untuk menegur seseorang, bukan dengan niat untuk memalukan sehingga satu dunia pun tahu.
” JIKA KAMU MENEGUR SAUDARAMU DALAM SEMBUNYI, MAKA KAMU TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWABMU, SEBALIKNYA JIKA KAMU MENEGURNYA DI KHALAYAK UMUM, MAKA KAMU TELAH MEMBOGELKANNYA DI DEPAN ORANG RAMAI” IMAM SHAFI’I.
Untuk pengetahuan, negara kita di ‘govern’ (tak tau dalam BM) oleh Defamation Act 1957 (Akta Fitnah 1957). Jika kita difitnah dan fitnah itu membuatkan reputasi kita jatuh, bisnes yang merudum dan memberikan implikasi yang sangat buruk kepada kehidupan, bolehlah di bawah ke muka keadilan di bawah akta ini.
Keistimewaan menjadi seorang wanita di bawah akta ini, jika seorang wanita difitnah dengan perkataan yang tidak senonoh seperti pelacur, murah dan apa saja yang memberikan maksud ” unchastity” atau “adultery”, wanita tersebut tidak perlu membuktikan implikasi buruk yang dihadapi seperti reputasi yang jatuh atau bisnes yang merudum untuk memenangi kes mereka. Seminar Syariah dan Undang-Undang yang lalu mengatakan bahawa, section ini adalah bersamaan dengan qazaf di mana perempuan yang suci dituduh berzina atau melacur. Wallahu a’lam.
Slander of women under Defamation Act 1957:
” 4. Words spoken and published which impute unchastity or adultery to any woman or girl shall not require special damage to render them actionable.”

Janganlah Buat Orang Yang Mencintaimu Kecewa..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Nafkah Suami Kepada Isteri

Salah satu pandangan yang sangat menarik berkenaan nafkah tetapi jarang diketengahkan alah pendapat Imam Nawawi dari Mazhab Syafi’i. Beliau telah menghuraikan dengan terperinci nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri termasuklah:
  1. Pakaian yang munasabah dan diperlukan mengikut musim dan suasana seperti jubah, tudung, selipar, baju untuk dipakai semasa musim panas dan sejuk sama ada daripada kapas atau sutera.
  2. Tempat untuk duduk seperti hamparan, katil untuk tidur, bantal dan juga selimut ketika sejuk.
  3. Perkakas kebersihan seperti pembersih rambut, sikat, bedak dan sabun untuk kegunaan isteri.
  4. Ubat-ubatan apabila isteri sakit, termasuklah membawa isteri berjumpa doktor biasa atau doktor pakar jika perlu untuk mendapatkan rawatan.
  5. Wang untuk membayar barang-barang lain dan kegunaan khusus wanita termasuk alatan mandian selepas jimak atau nifas, tetapi tidak untuk haid.
  6. Perkakas untuk memasak dan makan minum seperti periuk, kuali, cerek, pinggan mangkuk dan lain-lain.
  7. Orang gaji untuk membantu isteri terutama jika isteri datang dari golongan bangsawan yang tidak biasa melakukan kerja-kerja rumahtangga yang berat.
*** Melihatkan keperluan-kepeluan di atas, aku tak mengimpikan kehidupan yang mewah daripada seorang suami, cukuplah seadanya asalkan boleh buat lawak hingga ke tua dan senyuman menghiasi rumahtangga sepanjang masa.

Bila lelaki kehilangan tulang rusuk

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.

Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat Tinggal.
.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

* Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.** Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?*

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi, berfikirlah...apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Apabila orang mengata, apakah tindakan kita?

 KALO ORG MENGATA KITA....KITA BUAT BODO JE LA...BIAR DIA MENGATA PUAS2 SEBAB DIA YG AKN MENANGGUNG DOSA ...








Jika anda dikata orang, apa anda akan buat? lawan? sabar? Jika anda lawan, keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabar, mungkin juga orang menganggapkannya benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.


Ketika orang marah diam sahajalah, jangan dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika orang tengah berhujah dan memang suka menang, biarkan sahaja mereka bercakap, nanti dia akan berhenti sendiri. Kalau dilawan dan dilayan memang tak akan habis-habis jadinya.


Suami anda marah, diam saja. Biar dia rasa dia betul, biar dia keluarkan apa-apa yang hendak keluarkan. Nanti bila ia sudah habis, akan diamlah dia. Kalau di lawan atau dilayan itu macam memberi modal baru kepadanya. Suami yang suka marah-marah memang tidak akan mudah mengalah. 


Kalau dah marah gila yang nahas nanti diri anda juga.


Dengar-dengar dikata orang, pilihlah sikap diam, kecuali orang datang minta penjelasan secara tertib kita jelaskan secara tertib. Kalau orang datang maki hamun diam atau senyum saja dan pergi dari situ. Memang susah nak buat, tetapi itulah senjata untuk memadamkan semua cakap-cakap yang tidak sedap didengar.


Apa ruginya dikata orang? Lagi banyak dikata, lagi banyak dapat pahala. Dikata orang itu sakit tetapi kalau hujungnya nanti terserlah kebenaran nikmatnya, masya-ALLAH, indah.


Tak ada manusia bebas dari dikata orang. Siapa pun akan dapat. Semakin besar orang itu, semakin berpengaruh orang itu, semakin kaya dan ternama orang itu, semakin banyak dan semakin keraplah dikata orang.


Nak dilayan semua? Buat apa buang masa. Daripada melayan kata-kata orang lebih baik buat kerja lain. Setiap kerja akan berhasil hujungnya. Kalau tak berhasil pun, ia mendatangkan pengalaman paling berharga. Lama-lama berhasillah.


Layan orang gila akan jadi gila. Layan suka orang mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata, Lebih baik diam dan sabar. Nak lawan dan nak layan memang tak terlayan kita.


Pilihlah sabar


At-Tirmidzi meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, Sukakah aku beritakan padamu orang yang diharamkan masuk neraka? Jawab sahabat, Ya khabarkan kepada kami ya Rasulullah. 
Bersabda Nabi s.a.w., Neraka itu haram atas tiap orang yang lunak, ramah, lapang dada dan mudah baik hubungannya...


Bermakna kalau dikata macam mana pun, sambut dengan senyum. Kalau tak boleh senyum pun, relaks saja, jangan kelam-kabut, jangan mengamuk.


Al-Khatib dalam kitab Irsyadul llasabilirrasyad meriwayatkan, Orang yang sabar itu mulia di dunia dan juga mulia di akhirat. Bahkan orang yang sabar itu hampir-hampir menjadi Nabi.


Jadi, pilihlah sabar daripada lawan. Lawan semakin menyakitkan hati tapi sabar menawar hati. Berlawan dengan kebodohan akan berakhir dengan kebodohan, sebaliknya ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung.


Lihat kisah di bawah bagaimana sabarnya Nabi s.a.w. yang ketika itu memakai serban buatan Najran yang agak tebal pinggiran serban itu, tiba-tiba datang seorang Badwi yang menarik serban Nabi s.a.w. itu dari belakang hingga berbekas pinggiran serban itu di leher Nabi s.a.w. kerana sangat keras tarikan Badwi itu lalu dia berkata, Ya Muhammad, berikan padaku dari harta ALLAH yang ada di tanganmu...


Maka Nabi s.a.w. menoleh pada Badwi itu dan tersenyum, kemudian menyuruh sahabat yang menjaga baitulmal supaya memberi pada Badwi apa yang dimintanya.


Peristiwa ini sepatutnya menjadi kayu pengukur pada maklum balas kita apabila berdepan dengan sikap-sikap yang tidak manis. Kelunakan akan sentiasa memadamkan keangkuhan. 


Dunia akan aman oleh kesabaran berbanding keegoan. Hidup anda juga akan aman oleh berbanding pertentangan. Hari ini kita tiada masa lagi untuk membuang-buang waktu berdepan dengan kekalutan manusia sebab kekalutan hidup sudah cukup banyak. Tenang, lunak , sabar dan mubar adalah benteng segalanya.


Boo: Apakah sikap kita selama ini apabila ada orang mengata atau mengutuk kita? Kita berasa marah? Nak mengamuk? Mahu belasah orang itu? Mampukah kita senyum dan berdiam diri seperti Nabi SAW?

Monday 27 June 2011

aku mara ni!!

tolong jangan dicabar kesabaran saya. kesabaran saya ada batasnya. walaupon saya nampak lembut di luar tapi nampaknya awak masih tak kenal siapa saya. im giving you time. tik tok tik tok..the clock is thicking..........

Thursday 23 June 2011

kembar siang???



oke..muka dia memang iras aku kan...ada kan...memula aku bukak blog Jezmin ni aku tekejut tengok diri aku tetiber pemes begambor dengan retis yang super glam ni. Tapi aku tingat balik sejak bila plak aku jadi retis kan. So aku pon renung and tenung and belek..owh..jawapannya itu bukan aku....tp memang muka kami ada iras...mak aku ada anak tepisah ke apa......tp dia memang lagi lawa dari aku la. idong dia mancung. idong aku tak brapa mancung la. cam jambu air gitu. haha..tp alhamdulillah aku sehat dan cukup pancaindera.
heh.......dulu orang kata muka aku mcm sarimah. ala..retis yang glam tu. pastu cam elly mazlin pon ada. ahhaha....aku pon cam pelik tang mana plak muka aku cam retis tu kan. tp takpala. at least orang perasan la kehadiran aku ni kan. hahahah..oke da stat nak bongkak. nnt Allah tarik balik baru taw. ehh..tidak.... aku sangat bersyukur dengan diri aku skang. kan ke dalam dunia ni kita ada pelanduk dua serupa. ada 7 muka sama dengan kita. (btol ke..? )

hahaha...pemes mak nyah..pelanduk i suma retis2 u.....hahahaha....tampo kang..... -_-


Boo:  bersyukur dengan pemberian Allah swt......amin

cry baby cry....







Boo: All i wanted to do now is cry.........cry out loud.....  :'(

wordless wednesday
















Boo : Mummy misses u guys like hell...demn  :'(

Wednesday 22 June 2011

Fb tempat tok meluahkan perasaan...

Sekarang orang selalu jadikan FB macam tempat luah perasaan ..
Saya tak pernah.. (tipu * dulu selalu sangat masa tak matang lagi)
Pasal hal kecik,terus diperbesarkan disebabkan "post"kan di FB..
FB jugak jadi tempat luahan rasa marah..
SEmua orang boleh tahu masalah diaorang,dari dalam kain sampai 
luar kain.. Semacam dah tak ade rahsia dah.. Lepas tu bila 
marah,letak macam-macam.. Orang bila dah marah,syaitan memang 
suka.. Dia akan hasut suruh buat macam-macam.. Kadang-kadang
 boleh mengaibkan diri sendiri.. Tapi semua tu dia letak tepi asalkan puas hati.. 
Hanya orang yang tak matang dan berfikiran cetek je yang buat 
macam ni,sebab kalau buat sesuatu sebab nak malukan diri 
sendiri..kadang-kadang umpama gali lubang kubur sendiri.. 
Akhirnya sendiri malu,keluarga malu...

 
 
Boo: Fikirlah sebelum meluahkan kata-kata  lebih2 lagi di laman FB. 
Kata-kata buruk anda lebih tajam drp mata pedang dan menghiris perasaan orang lain. Renung-renungkan. Selamat beramal :)

perangai jgn nak tapir sgt boleh tak?

"mende apa ayat yg selalu nak kasi tahu kalau kawasan tu under kawalan cctv tu? this area is under apa eh?" tanya pegawai pada aku. 

"em entah. this area is under cctv survi..surviliance? ke survilancer entah? haha" wah lancer aja. demn kau yanti dasar mata duitan kau. tp lancer sekarang dah tak best. sbb asal nampak lancer je, dlm hati terus "eleh. sebenarnya inspira. mesti kau tuka lambang ja kan?!". demn u inspira. gara-gara kau aku dah selalu su'uzon kt lancer. lancer maafkan aku. aku dah tak tergamak nak minat kt kau lg. sumpah tak sengaja. wuwuwuwuw. eh babak apakah ini? babak sengaja nak panjangkan entri la. mcm kau tak pernah buat. kah kah kah.

"jadah lancer! haha! mende apa weh ayat dia tu London (bukan nama sebenar)?" pegawai aku tanya kpd kakak London. kenapa nama dia kakak London? sbb dia slalu merasakan dirinya org London. bila speakings, slangs teruss berubahs dans banyaks S ygs akans keluars tibas-tibas. 

"err tak ingat la. apa eh. this area under cctv..." meskipun akak London merasakan dirinya berkerakyatan London, itu sama sekali tidak menjamin yg dia boleh jawab soalan mudah pegawai kami.

sbb ustazah xabedah (peh stylo plak ejaan dia kalau X. sebenarnya typo. tp sbb mcm stylo, biar ja ah. kah kah kah) slalu pesan 'repeat paper sekali bukan berarti repeat utk satu sem' (sigg, dis is for u oso. yew will neverw walk alowne kah kah kah), maka aku mencuba lg sekali; "bukan under cctv surviliance ke jadah apa tu ke kak?"

"eh bukan lah. lainnnn lainnn. bukan mcmtu bunyi perkataan dia. ada perkataan dia tuhhh. ish. apa eh.." rungut si kakak London. tak puas hati naa dia dgn bantuan yg aku cuba berikan. cis betul.

tiba-tiba kakak yg selalu pakai kasut clarks datang.

"kak apa ayat yg selalu org tulis nak bitaw ada cctv tu?" kakak London laju ja tanya kat kakak berkasut clarks. 

"emmm bukan this area is under cctv surveillance ke?" sekali lafaz ja kakak clarks jawab. mcm biasa. kalau kau dah pakai kasut clarks otomatis vocab english kau akan hebat. mcm clark kent *tiba-tiba*.

"haaa! betul lah tuh!" kakak London senyum. mata dia bersinar-sinar tanda gembira gila. mcm muka org yg dah lama kawen tp tak berjaya mengandung tiba-tiba lepas makan biodex terus boleh mengandung. (mulut macam setan)

aku pandang muka dia kelat. cis. kentut lah kau. salah sket ja pun. ye lah. aku pakai kasut cap maiden ja. skali skala kayatime gaji aku beli la kasut cap kamdar. kira abeh hebat la ku time tu. mana layak nak sebut perkataan canggeh mcmtu. aku layak sebut A for apple B for ball ja kan  -.-. eh ckp pasal ball, tetbe rasa nak apload pic. jap eh.



............................................................





A for albrighton B for budak C for cute I for i lap u (tetibe dah I :p) 
 

WEH WEH kau yg kt belakang tu! apahal kau nak tertidur sambil nganga mulut besau2 plak tetbe? hidup kau kalau tak merosakkan gambar org tak bleh ke ha?! emo aku dibuatnya. haha. yg depan tu bf aku. wewewe. mati aku kena "blah la lu" dgn laki betul aku kang. eh? yanti dah ada laki? ehem. sesiapa yg patah hati boleh buat luahan perasaan kt bhgn komen. sekian terima kasih. kah kah kah. koya. boo boo. oke dah bye.
 
 
Boo: semakin hari semakin sewel.............aku perlu keluar!! da mula bosan dengan kerja aku oke..sekian.

6 ceciri lelaki yang tak boleh dibuat suami

1. TIDAK SOLAT


Allahuakbar. yg ini memang lah. tak usah weh. kalau solat pn dia tak buat, mmg susah lah nak jd suami yg bagus. apatah lg nak membimbing kau dan ank-ank utk berjaya di akhirat kelak. orang kata solat tu tiang agama. kalau tiang pn dia tak boleh bina, mcm mana nak bina atap. oh ya tidak terkecuali, solat jumaat juga.

aku tak tahu kenapa ramai lelaki yang suka memperlekehkan solat jumaat. dah lah tuh berbangga pulak berjalan bersama gf di waktu solat jumaat. tak tahu malu sungguh. kalaupun kau malas nak pergi solat jumaat, sila duduk diam-diam di rumah. biar kau sorang je dapat dosa. neh bila kau keluar memperlihatkan diri, kan aku dah dapat dosa sama sbb kutuk kau. tak bagus tahu berkongsi-kongsi dosa dengan orang lain -.- 

2. KURANG AJAR SAMA ORG TUA

Ini mcm iklan yg lelaki tu nak pergi rumah kekaseh dia lalu terlanggar pacik tua yg sedang berbeskal dan bila disuruh tolong pacik tersebut, dia pn menjawab "EK ELEH ORANG TUA NEH. MENYUSAHKAN AKU BETUL LA. BUAT APA AKU NAK TOLONG. AKU DAH LA LAMBAT NAK G JUMPA KEKASEH AKU NEH". sekali bila smpai kt rumah kekaseh, rupa-rupanya org tua yg dia langgar td ialah ayah kekaseh dia. haha. iklan neh doblas kali aku tgk pn aku masih boleh gelak. kelakar kot tgk muka pacik tuh merajuk. hee.

sangat tidak macho lelaki yg kurang ajar sama org tua. nampak mcm tak bertamadun langsung. sbb bila kau kurang ajar sama org tua, kita boleh buat kesimpulan yg kau pn kurang ajar sama ibu bapa kau sendiri. dgn arti kata laen, anak durhaka. atau dalam bahasa sinetron nya, malin kundang woy! nnt lori simen langgar kau pastu simen tumpah atas kau terus kau jadi batu. kah kah kah.

3. SUDAH LAH TAK EDUCATED, MALAS PULAK TU

Heh. ini jenis yang orang kata apa tuh, lousy lah. dah la tak berapa nak pintar, malas nak memajukan diri sendiri pulak tuh. memang tak boleh pakai betul laki macam neh. educated bukanlah bermaksud kau mesti ada phd, master, degree atau diploma yer. bukan. kalau kau lepasan SPM tp kau berjaya, itu juga educated namanya.

kalau kau perasan, ramai je orang-orang yg kaya tapi tak belajar tinggi sgt pn. kenapa mereka boleh berjaya? sebab mereka rajen. kalau kau lepasan SPM tp berusaha gigih utk berjaya, mmg tak ada masalah. ini yg dah la lepasan SPM, malas pulak tu nak berjaya dalam hidup. nak-nak kalau kebetulan keluarga dia kaya. asik nak berharap duit parents ja. cis betul. memang "HOUSTON KITA ADA MASALAH" la jwbnya.

4. MEMPUNYAI STIGMA "KERJA RUMAH SEMUA PEREMPUAN YANG KENA BUAT. LELAKI TAK PERLU TOLONG LANGSUNG. HEY TAK MASKULIN OKE BUAT KERJA RUMAH!"

Yang jenis mcm ini memang aku tak bekenan. berkerjasama la sikit. kerja rumah tuh banyak tahu tak. dulu sebelum kahwin, ayat nak hebat je "SY SANGGUP SEHIDUP SEMATI DGN AWK. SY AKAN SENTIASA BERSAMA AWK DALAM SUSAH ATAU SENANG". cewah. tp bila dah kahwin, minta tolong vaccum rumah sket ja dah merungut mcm nak kena pergi berperang. lempang karang baru tahu. wah suka hati kau nak lempang suami yer. tak cium bau syurga nnt padan muka. haha. tak la. tp tolong la berkerjasama sket. contoh mcm aku masak, kau basuh pinggan ke. tak pn, aku basuh kain, kau kemas rumah ke. habis kalau semua benda aku yg buat, kau buat apa pulak? buat anak? lepas dah dapat anak, malas nak tolong jaga pulak tu. aduhai. memang lah tak patut dijadikan suami.

org kata, kalau kita dah bersedia nak berkahwin, maksudnya kita juga sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan seseorang. ya jadi mari lah kita berkongsi segala-galanya. termasuk kerja rumah. spender jgn kongsi. lain pattern dan saiz. haha. eh ini aku cakap dari sudut perspektif kalau suami isteri sama-sama berkerja. kalau kau bercadang untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, takpa la kot buat semua kerja rumah tu. sebab suami kan dah penat berkerja mencari nafkah. haha. aku oke ja kalau suami aku suh duk umah jaga anak. tp tolong bayar gaji aku setara dgn gaji yg aku boleh dapat jika aku berkerja ya. boleh? haha ;)

5. NAK NAMPAK HEBAT SENTIASA

Tolong lah. aku benci betul jenis lelaki mcm ni. aku lg suka yg jenis mengaku kelemahan diri daripada sentiasa nak nampak hebat setiap masa di mata perempuan. konon kalau bercerita tu, dia je lah yg hebat. tiada orang lain lg hebat berbanding dia. asik la nak bercerita pasal kehebatan diri sendiri yg tidak dapat dipastikan kesahihannya.

kalau cerita pasal dia main futsal tuh, dia je lah yg score byk. teammate laen semua sampah la kaki bangku la kaki pengkar la. padahal entah-entah dia buat cubaan utk score pn tidak. cis. meloyakan betul. lagi satu yg jenis suka nak condemn orang padahal diri sendiri pn bukannya hebat sgt. entah kenapa aku paling meluat dgn org yg suka condemn bangsa sendiri tp diri dia sendiri tak menyumbang apa-apa untuk memajukan bangsa dia tuh.

6. SUKA GUNA DUIT PEREMPUAN

Aduh. ini lagi satu. jangan lah dibuat suami lelaki yg mempunyai perangai seperti ini. setiap kali keluar je, semua nak suruh kau yg bayar. sekali sekala boleh la. tp kalau dah selalu sgt, melampau lah tuh. lg satu jenis yg suka meminta-minta dibelikan sesuatu. tahun pertama kapel "AWK, TOLONG BELIKAN SY TOPUP RM 50 EH". tahun kedua kapel "AWK BOLEH TAK BELIKAN SY T-SHIRT TOPMAN SATU?" masuk tahun ketiga kapel "AWK, SY TERINGIN SGT NAK KASUT MERCURIAL YG BARU TUH. BELIKANLAH UTK SY" amboi. memang minta pelempang betul. 

nnt kalau kau dah kahwin dgn lelaki mcm ni, silap hari bulan, semua pn kau yang kena bayar. baik bil letrik, bil air, belanja rumah, lampin anak, susu anak, yuran sekolah anak, loan kereta, pendek kata semua lah. sedih betul. lg menyedihkan kalau dia asik cakap yg dia tade duet, padahal sebenarnya dia kumpul duet untuk tuka sport rim kereta, tambah ekzos kereta, membina para-para sakura di bonet belakang kereta, dan mengubah suai kereta wira nya supaya seakan-akan menyerupai kereta alfa romeo.

Boo: 6 cukup tak? ke nk lg? wakaka. tp apa pn, 4 patah perkataan ja aku nak cakap. jodoh di tangan tuhan. haha. oh masuk haha jd 5 lah. maaf. aku kan tak berapa hebat mengira.

6 ceciri poan yang tak leh dibuat bini

lama tak apdate blog. bila kau dah lama tak apdate blog dia mcm ada satu perasaan yg 'aduh malas gila nak apdate blog!' lepastu kau pn buat bodo ja. tp sbb ada org-org yg terlebih sweet asyik tanya bila kau nak apdate blog, maka kau kena konsider dgn buat-buat rajen. wuuu. terharu la weh tolong la terharu. sumpah aku malas gila nak apdate blog sebenarnya. aku sekarang tgh bz try apply keje jd coach chong wei. maklum la misbun kan dah resign? haha. tak kelakar bye. 

sebab td aku baru lepas makan meehun tom yam, maka hari ni aku nak buat sambungan kpd entri 6 ciri lelaki yg tak boleh dibuat suami. dari dulu dah ada permintaan utk entri ni. tp aku malas. lgpn dulu kan aku mengamalkan pemerintahan kuku besi? sekarang sejak aku dah berubah menjadi seorang yg sgt demokrasi , aku rajen ah sket. kah kah kah. oke dah jom!


1. SUKAR MENDENGAR KATA

pertama sekali, tolong jgn cari perempuan yg jenis sukar mendengar kata. susah aku ckp kat kau. serius susah. nnt kau dah kawen dgn dia kan, dia tanak dgr ckp kau cmne? misal kata dia jenis free hair kan. lepastu dah kawen korang nak ar dia tutup aurat kn. lgpn kn korang sbg suami kalau tak tegur isteri nnt dpt share saham dosa sama kan? mmg elok share-share ni. terutama kalau share choki-choki (tiba-tiba). tp kalau share dosa korang nak ka? hesh. dosa sendiri pn tak tertanggung. nak share dgn org lain plak. hehe. ya so, kpd para lelaki, sila cari perempuan yg senang mendengar kata oke? ehem. contoh dia mcm aku ke, aku ke, dan aku ke. bahahaha. next!


2. TAK TAHU DAN TAK MAHU MENJAGA MARUAH DIRI

adoi. ini pn susah gak. nak cari calon isteri, kena cari yg pandai jaga maruah diri. sbb bila dia pandai jaga maruah diri, secara otomatis dia juga akan pandai jaga maruah diri korang sbg seorang suami. tp bila dia tak pandai menjaga maruah diri sendiri, maka susah atau jgn harap la dia akan jaga maruah diri korang. faham eh semua? aku sumpah mengah gila sbb baru lepas mkn meehun tom yam dgn eskrem tropicana. so mcm nak terang byk-byk pn tak larat. takut termuntah plak kang. bukannya korang nak gantikan laptop compaq aku dgn laptop apple pn kalau aku termuntah kt laptop neh. hehe.


3. KUAT MENENGKING/MENGARAH

weuw. ini paling aku tak gemar. aduhai. perempuan tak wajar menengking atau mengarah lelaki (dlm konsep rumah tangga ya. kalau kau keje kt opis lepastu bos kau perempuan, lepastu kau buat keje mcm cagu habes, mmg wajar ja kot dia tengking kau. haha). buruk sgt rupa nya korang kalau para lelaki hanya berdiam diri dan menadah telinga utk ditengking atau diarah oleh seorang perempuan. kamon la. korang tu kaum adam. adam dalam cerita nur kasih kan sgt berwibawa dan berkepimpinan org nya? haha. kalian adalah kaum yg dicipta utk membimbing dan menjadi seorang ketua. plz yarr jgn nak hanya redha dan berserah bila ditengking oleh golongan aweks. plz do something. ditch kan pun boleh. aku kan ada. eh? haha.


4. TAK TAHU DAN TAK MAHU TAHU MENGENAI ILMU RUMAH TANGGA

ilmu rumah tangga termasuklah memasak, mengemas, membasuh kain, mensiang ayam ikan ketam udang sotong, melipat kain, menonton sinetron, menjual hai-o, dan juga mengumpat bersama jiran sebelah rumah. oke yg tiga last tu aku tipu. hehe. jadi kalau korang nak cari bakal isteri, jgn la cari yg jenis tak tahu dan tak mahu tahu mengenai ilmu rumah tangga neh. kalau dia jenis tak tahu tp nak amek tahu, takpa lg. at least dia mmg ada niat utk buat semua tu. tp bila dia tak nak pn amek tahu, hesh mmg susah la. unless kau jenis sutun yg suka buat keje-keje rumah dan tak kesah kalau isteri kau tanak buat keje tu sume. mak nyah, mak oke noks.


5. OBSES PADA KECANTIKKAN

alahhhh. rimas aku tgk org yg obses sama kecantikkan neh. toksah la nak bernano teknologi sgt. kalau dah tua tu mmg ada kedut punya nnt. itu mmg proses dia. takkan kau nak kelihatan sentiasa muda mcm edward cullen? para lelaki, dgr sini aku ckp. tolong jgn terpedaya dgn solekan dan mekap tebal para wanita. sbb disebalik solekan tu, kau tak tahu muka dia penuh parut jerawat jeragat bagai. wakakaka. kau jeles kan huda sbb kau tak pandai mekap?? haha. tak tak. aku tak jeles. muka aku mmg comot habes. byk parut jerawat. tp yg penting aku telus. dah mcmtu muka aku, mcmtu ja la. tade la aku nak kaver apa bagai. aku sumpah pelik dgn golongan wanita yg tak bleh keluar rumah tanpa mekap. mekap bese-bese takpa. sumpah aku tak kesah. tp yg tebal-tebal tu, aduh. plz deh.

para wanita, korang kena yakin dgn diri sendiri sket. nnt kalau dah kawen, takkan setiap masa korang nak bermekap? dlm rumah tgh tgk semanis kurma pn nak pakai mekap ke? baru bangun tidur air liur siap meleleh bagai pn nak bermekap ke? tgh tumbuk belacan dgn udang kering pn nak pakai mekap ke? tak kan? so takpa. yakin diri sket. biar pakwes korang tgk muka korang yg natural apa ada nya. kang kalau dia dah asyik disajikan dgn muka bermekap tebal, tgk muka tanpa mekap korang pn dia dah tak lalu. cmne? 


6. SUKA PERABIH DUET LELAKI

wawww. perabih duet org mmg best kan? aku pn suka buat. hikhik. sekali sekala boleh ar. selalu sekala mmg   minta pelempang percuma lah kan. para lelaki, tolong la jgn selalu perabih duet sgt kt org perempuan ni. nnt dia naik lemak. minggu ni dia suruh kau belikan kasut nose, minggu depan dia suruh kau belikan henbeg coach, minggu lagi satu dia minta kau belikan mini cooper. eh bestnya kalau dpt mini cooper. wakaka. toksah la layankan sgt perangai ngade-ngade pisau cukur aweks korang tu. simpan duit utk g haji lg bagus.


Boo: 6 cukup tak? ke nk lg? wakaka. tp apa pn, 4 patah perkataan ja aku nak cakap. jodoh di tangan tuhan. haha. oh masuk haha jd 5 lah. maaf. aku kan tak berapa hebat mengira (peh sbb malas buat closing, maka kopipes sahaja. keh keh keh). oke dah habes. bye.


kisah aku sebelum kahwin...........bila parents carikan jodoh..

aku apdate blog semata-mata sbb memeber aku yang rindukan gaya penulisan aku yang tahap gaban dtg blog aku sehari sampai 2 kali. alolololo. sweet gila korang (korang taw tak aku skang stuck dalam kuib wehh). skang korang pilih. korang nak annei tebar roti canai ke bangla jual kapet kt nilai 3? dedue pn aku bleh bg kt korang seba jd reader setia. kah kah kah. eh ke ramai lg yg sebenarnya buat mcm korang tp tak pernah bitaw aku? (perasan booo. booo). haha. takpa la. apa salahnya. aku pn selalu usha blog sendiri sampai lebih drpd 8 kali sehari apa. eh? dasar narcissistic kau yanti. miahahah.
oke aku nak cita pasal mak aku arini.....(motif cita pasal mak? sebab aku rindu kat mak aku..)
mak aku suka pegi mljlis rasmi yakni majlis kawen. mak aku tiap kali nak p majlis resmi cenggini memang dia suka ajak aku sebab adik aku allergik p party yang kena pakai baju kurung bagai. hahaha..tapi aku kan kakak so aku guna la kuasa veto sampai dia join jugak. (sebabnya nnt  aku akan nampak macam anak bongsu sebab adik aku suka nak bervougue banding aku yang sederhana and nampak comel..klisenya..ayat mintak penampor gitu) 
oke, sampai je, aku terus bisik kt mak "mama, mama behave oke". bukan apa. mak aku ni kalau jumpa kwn-kwn dia, mula la nak kenen-kenen kan aku dgn ank kwn-kwn dia. dia tak tahu ke yg xavi hernandez nak masuk minang aku? hesh. mak balas bisikan aku dgn satu sindiran padu "hey, mama ni timbalan ketua persatuan wanita usahawan berjaya oke!" apa perkaitan pangkat dgn behave, aku pn tak pasti. itu kau fikir sendiri. takkan semua mende pn nak kena suap?! ewah. ada gaya lecturer ipta tak? kah kah kah.

tengah salam-salam dgn keluarga pengantin, tiba-tiba sambil buat muka kering, makcik aku tanya kt adik pengantin lelaki "dah kawen?". mama senyum sinis. perlahan mama bisik kt aku plak "ha. beria suruh mama behave. tu makcik hang lg direct tanya". cis. lupa nak pesan kt makcik aku yang jujur tu sekali. kalau dpt parents and family members yg pattern mcm ini, mmg kau kena banyak berzikir dlm hati ja. minta tuhan tebalkan iman, tebalkan muka, lepastu kau pergi jalan laju-laju mcm kau konon-konon tak datang saing-saing dgn diaorg, terus pergi amek makanan, mkn laju-laju and diam-diam. haha.

oleh kerana aku jenis melayu berdarah mat kilau, lepas makan nasi terus nak makan bubur pulut hitam plak.  nama pn pahlawan. sblm amek bubur, aku berborak sedas dua dulu dgn pengantin. dptkan tips-tips berguna seperti 'apakah method yg digunakan utk mengaut suami kacak', 'harus pakai produk kecantikan apakah utk memikat enjineer' dan juga '6 langkah utk redha berkahwin dgn pilihan keluarga'. lepas dh habes berborak, pengantin perempuan selamba ja puji aku depan-depan; "tati, hang makin putih dan kuruih no"(tetbe nak bold HAHA). bab ni aku malas nak ulas panjang. masing-masing dah mumayiz kan? fikir la sendiri ya. keh keh keh.

lepas dah makan kenyang-kenyang, keluar dari dewan, masing-masing buat gaya mcm kontraktor kelas A yg baru lepas menang tender. usap-usap perut boncet. tiba-tiba ditegur seorang macik berkereta kemri. sambil turunkan tingkap, macik tu bersuara "kak yam, anak ke?". "aah" jawab mama ringkas. sambil ngusha adik aku kt depan, kemudian ngusha aku plak, macik tu tanpa ragu terus tanya lg "yg depan tu sulung ke?". aku dah senyum sambil buat muka waww-adik,-aku-lg-muda-drpd-kau-lah. yg adik dah buat muka what-the-heck-macik-!-aku-ank-bongsu-kot. mak senyum lg sambil jawab soalan macik td "eh tade la. tu bongsu. ni yang sulong. hehe". "ohh. maaf" kata macik tu sambil tangan dia laju naikkan tingkap kereta kemri nya. malu gamaknya. bagus taw u ni macik. pemikiran tak jumud. i loike. u ada ank lelaki? keja ptronas kah? ada bisnes kah? jutawan tak anak u? meh i jd menantu u. awww. haha.

gara-gara bengang, adik aku jalan laju ke dpn tak toleh-toleh belakang dah. sambil senyum bajet manja, aku jerit; "adik mimy! tunggu la!" kah kah kah. sekali-sekala jd anak bongsu stylo juga perasaan nya.


Boo: aku terkenang..indahnya zaman bekepit dengan mak, adik bradik...yang paling penting suma mama tanggung...ahahhaha....tak macam skang suma tanggung hutang sndri...tp aku bersyukur.....oke sekian.

wordless wednesday

 
bila boley balik nehhhh............. sight :(
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Boo: tertekan tak tengok dunia......aku tataw malam ke siang ni. naseb ada jam hanpone. klu jam hanpone ni pon mengong cam tuan dia gak sah2 aku salah waktu.


The Lift

so ive been trasfered to a new department now. ( gila bes department ni cuma tak suka ada satu mamat pervert!!)
and the one thing i don't like about staying at new office, is the Lift.

yes.


the Lift often makes me feel awkward. Anyway my new department force me to ride the lift cozs my office is all the way up to 3rd floor. (alamak...walaweh..cita macam tingkat lapanploh la minah ni...) and when i was in the lift to meet my friends at lunch time or when i had to pass some paper work to my bosses so i have to take the Lift. then the people in the Lift would stare at me at the corner of their eyes. (yala kat opis ni macam aku sorang je yg suka fashion2 bagai so derang feel akward la cozs sesat sorang fashionista kat department ni.)

however, the most persetan moments with the Lift,

i was already late for home due to workload one day, and i waited soooo long for the lift. i wanted to take the stairs but i don't like it when the moment i walk down the stairs, the lift would reach my floor. seriously, that can literally make me whip my hijab back and forth!

so~ i waited~
and when it reached my floor, i masuk je, i rasa cam nak tumbuk dinding!
some joker pressed all the floor buttons!!! KURANG AJAAAA!
i had to stop at all levels, and press the close button.
menyampah oke!!

i think it was around 1am or 2am.
i was quite tired then, so i wasn't aware of my surroundings.
as i got in the lift, i realised that i was alone. ( background bunyi cengkerik ala2 drama) then suddenly,

..........................................

one of the lights blinked off. then it started flickering.
"ya Allah, don't la do this to meee", i thought to myself
.
masa tu la kannnnnnn all the stupid ghosts in the lift scenes started playing in my mind!
i recited Ayat Kursi as steady as i could while staring hard at the level indicator.
but all the while, jantung i dup dap dup dap dup dap like crazy. i can't explain how scared i was...
 
I WAS JUST FREAKING SCARED!

when the lift stopped downstairs, i ran out sambil jerit
(boleh tak..bongok) and cursed at my wild imaginations. and of course i cursed at myself for being such a coward!
and that is why..



kadang kadang masuk public toilets pun i jadi takut. ugh.

oh and i don't like lifts.

oke sekian.

Boo: penakut tahap gaban tapi gila suka pilem hantu. Bongok oke. Anak dara aku pon tak takot hantu. ceh..

Tuesday 21 June 2011

wordless wednesday

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.









Boo: Speachless....

destiny brought me here ;)



alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.tiada kata yang paling indah dapat aku ungkapkan hari ni selain pujian kepada Dia yang Maha Kuasa.segalanya dah dilalui dengan jayanya dan yang pasti ini bukan la penamat untuk aku,insyaAllah panjang umur dan lebih rezeki boleh la further degree pulak.amboi..baru msuk sem3 da over berangan bagai.tapi tapi tapi,well usia semakin menginjak 28 tahun,jadi harus lah lebih matang dalam mencorak hidup.kan kan?

okay,sepatutnya tak boleh nak gembira sangat sebab aku bukan lah amik  kos yang gempak hebat trang tang tang.bukan nak condemn diri sendiri tapi umpama sindiran sinis aku nak bagi buat mereka yang pandang rendah terhadap kos management nih.katanya tak hebat.ya diakui belajar tak la tough kan,subjek baca-baca,ada la selit akaun finance selambak dua.tak hebat pun.tapi bila sebut tentang rezeki ni kita tak boleh jangka,tak semestinya bermula dengan hebat akhirannya pasti hebat.hidup ni seimbang,kadang-kadang kita tak tersangka masa depan kita tak la sesuram yang orang lain jangka.so be what you want to be.ignore apa orang nak kata.yang penting betul dan terletak pada paksinya.kadang-kadang impian kita tak tercapai sebab terlampau nak dengar cakap orang.so bentuk la masa depan sendiri.jalan ada depan mata.aku percaya kalau kita dah berusaha bersungguh-sungguh pasti ada ganjarannya.so tawakal,mungkin mula ni tak berapa nak okay bagi kita apa yang kita dapat.tapi mungkin Allah simpan yang terbaik untuk kita pada satu masa yang akan datang.kesabaran tu kan selalunya membuahkan hasil.jadi menanti lah dengan penuh redha :)

lately post aku ni memang skema habis kan,al maklumlah dah semakin tua.ngih ngih ngih;p okey yang sebenarnya entry aku kali ni adalah untuk menyatakan rasa bahagianya aku dengan takdir yang telah membawa aku ke UMCCED ni,memang kadang-kadang merungut tak ingat dunia mengomel pasal kebosanan sebagai student tapi at the end bila aku dah berhasil melalui fasa ni aku sedar yang banyak aku dapat bila blaja dekat UMCCED.dapat kawan-kawan baru yang sangat la indah persahabatan tu walaupun singkat.thanks sebab menjadi sebahagian dari kenangan indah dalam hidup Wan Mazyanti Azani :)
.mana yang lepas ni further degree pun tak mungkin akan rasakan memori macam zaman diploma.believe me,i will sure miss you all dear lots!memory is a way of holding onto the things you love,for the things you are and for the things you never want to lose.hence,i'll keep those we had in heart

dan akhir sekali terima kasih semua atas semua yang pernah kita lalui bersama.friendship forever! :D

GIVE respect to GAIN respect :)

salam
^____^

dear Heart and Soul,sudah lama tak bermesra,meluah butir cerita menjadi sebuah ayat kan?maklum la,sementara kau masih berkomitmen dengan seorang student begini lah jadinya,kebajikan mungkin tak terselia dengan sempurna,tapi aku diam-diam memantau,jadi kau memang tak pernah aku lupakan.okey dah,tamat sudah waktu berpuitis;p sebenarnya aku masih tinggal satu lagi paper yang perlu dihabiskan tapi tengah-tengah semangat membara haoliao punya aku tak jumpa mana cik buku berada,tiba-tiba abracadabra and SHEET lesap pulak.mungkin aku buat tak nampak sebab nak curi masa untuk bersama kau belog.so tak nak ke rasa terharu? :')

haha merepek saja lebih kan.yang sebenarnya tujuan aku mengupdate belog hari ni sebab ada satu kisah yang tersayat hati telah terjadi semalam,panjang ceritanya dan mungkin akan menambah aib andai buat sekuel cerita penuh dekat sini.lagipun kalau kita simpan aib orang insyaAllah Allah simpan aib kita.jadi biar la aku ringkaskan kepada satu kata-kata.kalau nak orang hormat kita,kita kena belajar hormat orang.tak kira la awak tua ke awak muda ke tapi rasa hormat tu penting dan perlu ada.walau seseorang di depan awak adalah muda dan awak sebagai seorang yang lebih berumur tak sepatutnya menghamburkan hinaan memperlekehkan seseorang.siapa la kita nak menilai tahap cerdik dan tahap maju seseorang atau salah ataupon tidak seseorang itu,.semua tu subjektif dan semua tu jugak rezeki Allah.kalau hari ni lebihnya pada diri kita rezeki tu tak bermakna di masa depan rezeki tu tetap milik kita.mungkin orang yang kita hina pada hari ni adalah orang yang lebih maju dari kita pada masa yang akan datang.siapa tahu?awak tahu?tak tak,tak siapa tahu.hanya Allah yang Maha Mengetahui.jadi nak diringkaskan cuba la berhemah dalam menangani apa pun,tutur lah kata dari minda,bukan dari emosi semata.mana tahu bila ada satu masa awak kena telan balik kata-kata nista tu,tak ke lagi perit rasanya? Aku lebih banyak berdiam diri dan terpaksa reka cerita demi menjaga aib orang dimana situasi ni aku yang bakal dipersalahkan. Ya..aku tahu. Tapi aku tak mampu. Dan aku diselubungi rasa bersalah. Bersalah pada kawan2 yang percayakan aku dan bersalah pada kawan yang aku dah janji n sumpah akan tolong dia n takkan bukak mulut. Kau tahu tak betapa hebatnya dugaan aku. So aku rasa dari aku banyak mencipta ayat menipu dari hari ke hari baik aku diamkan diri. Sebab aku sayang dan kesiankan dia. Baikkan aku. atau bongokkah aku. hurm..........

jadi begini lah.saya manusia dan awak juga manusia.ada masa mungkin emosi kita berbeza.ada masa mungkin juga kita berkelakuan lebih dari yang disangka.jadi semoga ini pengajaran buat saya jugak.supaya lebih pandai menilai orang pada masa hadapan.bukankah indah kalau hidup ni saling percaya dan saling menghormati?

sehingga itu,sekian :)
 
Boo: kerna terpaksa aku diamkan diri...(sama ada bodoh atau terlampau baik)