Tuesday, 14 June 2011

Ciri ciri penakut yang diminati ramai.

Stat semalam aku mula tidor sendirian. Tak usah la nak memandai tanya aku pesal tido sendiri2 kan aku takdak masa nak jawab. Ni bukan main luas aku dapat lena smpi sampai 3 tilam skali gus.. Bila time nak tidur memang la aku menggelabah bukak lampu bukak tivi sampai pagi. Pusing sini, aku rasa macam kat belakang ada orang tengok aku. Pusing belah lain, aku double check balik kat belakang kot kot ada hantu tengah baring sambil senyum senyum. Tengok tingkap terus teringat hantu karipap. Ni semua bedebah Kumpulan Balas punya pasal.

Lepas tu bila aku dengar bunyi-bunyi kat luar, aku pegi cek kat cermin kecik depan pintu. Oh, nasib baik takde siapa. Sebelum aku check, aku selalu bayangkan time aku nak tengok tu, ada mata orang lain jugak yang tengah mengintip aku dari luar. Imaginasi macam ni, memang mintak makan kasut peram 7 hari tahu? Ada kadang kadang, aku tak puas hati. Aku nak tengok visual secara besar-besar. Aku terus bukak pintu. Bila bukak pintu sumpah lagi seram bila tengok pintu depan bilik aku ada kesan cakar dengan kesan tapak tangan. Tapi time tu aku sedapkan je hati aku, OH TAPAK TANGAN KUCING KOT. MANA TAU DIA MAIN ACAH ACAH DENGAN ANAK DIA LETAK TANGAN KAT PINTU. Tapi masalah dia, mana mungkin kucing. Sebab tapak tangan tu memang tapak tangan manusia? Enough said, aku memang penakut.




Dan benda yang paling epic aku pernah buat semalam adalah, lepas balik class malam aku terus balik umah dan trus masuk bilik, aku tak sedar dan tak ingat langsung yang aku tinggal kunci kat luar pintu, sampai esok paginya. Bukankah ia ciri ciri orang yang mengundang kecelakaan macam tu? Nasib baik takde jadi apa apa, kalau tak, tak pasal pasal esok Metro keluar GEMPAR SEORANG WANITA ANAK DUA YANG SANGAT COMEL TELAH DIROMPAK KERANA BANGANG PERGI TINGGAL KUNCI HOTEL KAT LUAR BILIK.




Rumah apartment tu tingkat 1. Apartment la 5 tingkat. Seperti mana yang orang tak sedia maklum, aku memang penakut naik lif kalau sorang2. Tambah tambah pulak memalam. Tambah tambah pulak lif apartment. Tambah tambah pulak, aku penakut. Memang bila aku nak naik dan turun, aku guna tangga je. Penakut punya pasal, kaki aku sampai sekarang rasa macam terseliuh lagi.




Dan esok, setiap hari aku keja aku akan naik lif. Jadi, siapa nak jawab sekarang?

No comments: