Thursday, 2 June 2011

setiap teguran dan nasihat amat bermakna buatku..terima kasih

Terima kasih kepada yang menegur.
sekurang kurang nya saya semakin perlu berhati - hati.
Saya sebagai manusia biasa. Kelemahan terlalu banyak daripada kehebatan, kelebihan & kesempurnaan. Maafkan saya. setiap hari ada saja kesilapan saya buat. saya tak nafi tu. Tapi saya percaya tanpa kesilapan kita tak belajar apa-apa. Dan apabila kita jatuh oh baru kita tahu bahawanya kita sudah tersalah & tersilap langkah.

Setiap orang semuanya ingin menjadi lebih baik & dekati yang baik kan?
tipu lah kalau tiada siapa yang nak. Tapi itu semua bukan senang.
Mungkin kita perlu terjatuh, tersadung, terluka, terhiris, barulah kita dapat kecapi kebaikan.
Kalau kita tak nak tersalah langkah, kalau kita risau terlalai seketika, kalau kita bimbang tersasar, jangan takut lah dengan teguran. sebab teguran kan jam loceng terbaik untk diri kita.
kalau kita tersalah langkah, terlalai seketika dan datang nya yang menegur, bersyukur lah.
sekurang kurang nya kita beringat & ada yang mengingatkan.


kepada yang menegur, mungkin gayaku, cara hidupku tidak seindah cara & tidak bersesuaian.
Andai hanya kata kata yang mampu mendorong dan bukan diri ini sendiri, itu sudah mencukupi.

Ketahui lah bahawa untuk menyampaikan kebaikan & jadi yg terlalu sempurna itu bukan lah mudah. Pengorbanan yang sekadar termampu. Pelbagai cara & perlu sentiasa berusahalah aplikasikan pelbagai cara itu untk fix kan kepada keadaan.
Kalau perlu sampai kita terjatuh dulu pun takpelah.
Allah lebih tahu segalanya.

Ambil lah yang baik sahaja dari diri ini kerana itu lah dari Allah SWT & tinggalkan dan tolaklah yang buruk & tidak elok dari diri ini kerana itulah dari kelemahan & kesilapan diri Neen sendiri.

:)

Semoga Allah SWT berkati & rahmati setiap urusan dalam hidup kita semua. Baraka Allah.

No comments: