Tuesday 28 June 2011

Nafkah Suami Kepada Isteri

Salah satu pandangan yang sangat menarik berkenaan nafkah tetapi jarang diketengahkan alah pendapat Imam Nawawi dari Mazhab Syafi’i. Beliau telah menghuraikan dengan terperinci nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri termasuklah:
  1. Pakaian yang munasabah dan diperlukan mengikut musim dan suasana seperti jubah, tudung, selipar, baju untuk dipakai semasa musim panas dan sejuk sama ada daripada kapas atau sutera.
  2. Tempat untuk duduk seperti hamparan, katil untuk tidur, bantal dan juga selimut ketika sejuk.
  3. Perkakas kebersihan seperti pembersih rambut, sikat, bedak dan sabun untuk kegunaan isteri.
  4. Ubat-ubatan apabila isteri sakit, termasuklah membawa isteri berjumpa doktor biasa atau doktor pakar jika perlu untuk mendapatkan rawatan.
  5. Wang untuk membayar barang-barang lain dan kegunaan khusus wanita termasuk alatan mandian selepas jimak atau nifas, tetapi tidak untuk haid.
  6. Perkakas untuk memasak dan makan minum seperti periuk, kuali, cerek, pinggan mangkuk dan lain-lain.
  7. Orang gaji untuk membantu isteri terutama jika isteri datang dari golongan bangsawan yang tidak biasa melakukan kerja-kerja rumahtangga yang berat.
*** Melihatkan keperluan-kepeluan di atas, aku tak mengimpikan kehidupan yang mewah daripada seorang suami, cukuplah seadanya asalkan boleh buat lawak hingga ke tua dan senyuman menghiasi rumahtangga sepanjang masa.

No comments: