Sunday, 19 June 2011
cara - cara untun melupakan kekasih lama
Pernahkah anda terfikir yang anda telah jumpa dengan gadis ataupun jejaka idaman anda yang anda ingin kahwini dan setubuhi secara halal serta membina keluarga bahagia hidup selamanya sebelum mereka curang dengan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh? Pernahkah hati anda diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga anda bertukar menjadi lesbian tidak mahu mencintai lelaki lagi? Pernahkah anda pergi mencintai seorang lelaki tetapi anda ni pun lelaki lalu anda pergi buat pembedahan buang anu anda tapi lelaki tu dah taknak kat anda lagi dah lepas tu?
Ya, intro di atas memang kedengaran familiar kerana saya hanya memplagiat intro entri di bawah. Selain daripada berkongsi lagu-lagu tema setelah break up, kalian turut bercerita tentang keperitan akibat perpisahan yang dialami, kesyahduan yang menusuk di hati, serta luka lama yang berdarah kembali. Oh perpisahan itu memang sesuatu yang miserable sekali, jauh lebih teruk daripada perasaan tergelek kucing dengan kereta tapi kucing tu tak mati serta merta tetapi terloncat-loncat meminta nyawa dicabut. Percayalah, kerana hatiku ini pernah diremukkan juga semasa di kolej dahulu. Habis tu kalau hati dah remuk mahu buat apa? Takkan asyik nak dengar lagu-lagu yang menggambarkan perasaan kita sepanjang masa? Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk melupakan bekas kekasih anda tak kiralah bekas teman lelaki atau perempuan. Tips-tips ini terbukti keberkesanannya berdasarkan apa yang dilihat di filem komedi cinta di dalam dan luar negara. Ayuh teruskan membaca.
1) Kawan-kawan
Bagi saya, ini merupakan teknik terbaik untuk melupakan ex anda. Pepatah ada mengatakan, berkasih biar satu, berkawan biar seribu, berzina jangan sekali. Maka jika kekasih anda yang satu itu sudah meninggalkan anda, di sinilah anda akan tahu betapa beruntungnya anda ada kawan. Anda pasti ada BFF anda yang akan sentiasa bersama dengan anda, sentiasa menyokong anda walaupun apa jua, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang anda nak dengar. Contohnya, kawan-kawan anda akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keji yang membuatkan hati anda lebih girang seperti:
"Takpe Jai. Dari dulu lagi aku dah cakap dia tu gemuk. Rileksla kau kan hensem.." - Shuhud Zakaria
"Bitch gemuk dia tu Jai" - Adam Johari
Semasa fasa baru-baru lepas berpisahlah yang anda akan rasa paling miserable sekali. Siang malam mengalir air mata di sudut-sudut yang gelap. Paras kolestrol di dalam badan anda menjadi normal kerana anda sudah tidak berselera untuk makan. Rambut anda berkelemumur serta bulu ari-ari anda tidak lagi terurus sampai terkeluar daripada boxer. Semua itu akan berlaku jika anda memilih untuk menghadapi masalah anda seorang diri. Anda memang tidak boleh survive seorang diri walaupun anda dengan lagu I Will Survive Gloria Gaynor berkali-kali. Apabila anda berseorangan anda akan banyak berfikir. Apa salah aku? Kenapa dia tinggalkan aku? Betul ke dia tinggalkan aku sebab payu dara aku juling? Banyak lagilah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran anda.
Sebab itulah anda mesti jumpa kawan-kawan anda, buat aktiviti sesama jantina seperti bermain futsal, membeli-belah selama 3 jam, ataupun sekadar lepak di kopitiam berboys talk ataupun slumber party di rumah teman. At least apabila bersama kawan-kawan, minda anda akan terpesong daripada memikirkan tentang ex anda. Kalau ya pun masih nak berfikir, at least anda ada teman untuk berbicara, teman untuk mendengar keluhan anda yang sudah pat ratos doploh lapan kali mereka dengar. Jika anda jenis yang tidak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna anda mungkin boleh mendapat sesuatu yang lebih daripada friends with benefits anda tanpa perlu rasa bersalah.
2) Jauhi memori bersama
Untuk memudahkan proses melupakan ex anda, anda mesti mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda teringat kepada ex anda. Contohnya, tak usah pergi makan di McD jika daging Big Mac itu kelihatan seperti lipatan di perut bekas gadis anda. Usah merayau-rayau di Cyberjaya jika itu merupakan lokasi strategik anda untuk ringan-ringan dengan bekas teman lelaki anda. Anda juga mungkin harus menjauhi teman rapat kepada ex anda yang selama ini turut berkawan dengan anda kerana mereka most probably sudah mendengar cerita perpisahan versi ex anda sendiri. Ini termasuklah dengan mengelakkan diri daripada sengaja pergi ke tempat ex anda selalu hang out bersama kawan-kawan mereka. Percayalah, pasti awkward jika mereka bertembung dengan anda.
Namun begitu, itu tidaklah bermakna anda tidak boleh enjoy kehidupan anda setelah berpisah. Kalau dulu anda selalu pergi dating di The Curve, takkanlah lepas tu langsung taknak pergi The Curve dah kan? Takkanlah kita tak boleh dengar lagu Anuar Zain sebab dulu awek kita minat kat Anuar Zain? Benar, ada sedikit pengorbanan yang harus dilakukan, namun begitu anda seharusnya menjadi diri anda sendiri dan usah biarkan kegagalan cinta anda mengubah keperibadian anda.
3) Deactivate Facebook anda
Di zaman teknologi maklumat ini, semua orang ada Fesbuk ataupun akaun laman web sosial yang lain seperti Twitter, Friendster, mahupun laman web sosial yang aku langsung tak faham bagaimana fungsinya ataupun hendak menyebutnya, Tumblr. Ex anda pun pasti ada Fesbuk juga. Dulu-dulu masa bercinta setiap saat dan waktu hendak bermadah, segala status akan dilike, dalam setiap album ada gambar ghairah berdua. Tetapi di saat dia mengubah statusnya perhubungannya menjadi single, anda pasti akan dihujani dengan pelbagai persoalan di dinding anda. Macamana nak jawab dengan hati yang pilu?
Maka jika anda ini bukan jenis yang unfriend orang, dan dia pun tak unfriend anda, maka ada eloknya anda deactivate sahaja Fesbuk anda untuk mengubat hati yang luka. Ini bagi mengelakkan anda terus patah hati apabila melihat seorang jejaka / gadis misteri yang tiba-tiba muncul dalam album gambar mereka. Eh tak sampai 3 minggu berpisah sudah ada teman baru? Takkan cepat sangat diorang move on bukan? Even if anda kena unfriend dan tak dapat stalk page ex anda pun, anda masih menggunakan mutual friends untuk melihat perkembangan ex anda dan lebih ekstrim lagi, anda siap cipta satu akaun palsu lagi sebelum menambah ex anda dan teman baru mereka lagi sebagai rakan. Budaya ini ternyata tidak sihat untuk emosi anda, maka ada baiknya anda lenyapkan diri anda buat sementara sehingga pulih luka di hati.
4) Dapatkan sebuah 'Ex-Box'
Ex-Box di sini bukanlah mesin permanian video (sengaja typo) seperti Xbox 360 itu. Eh tapi bagus apa main Xbox sebenar boleh lupa kat gadis lama. Ex-Box adalah istilah yang aku guna untuk sebuah kotak yang menyimpan barang-barang yang boleh mengingatkan kita tentang ex kita. Kalau kau ada poster gadis kau kat belakang pintu, cabut dan letaklah di dalam kotak. Gila apa ada poster awek? Nak gila apa kalau awek kau ni Juliana Evans haa macamtu la Sam Bunkface buat untuk lupakan dia. Kemudian, surat cinta, kad harijadi, gambar di dompet, gambar di bingkai semua anda campakkan sahaja ke dalam kotak. Tapi gambar di telefon bimbit deletelah terus tak payah nak print dulu sebelum letak dalam kotak. Kalau anda ada video .3gp anda tengah ringan-ringan ataupun berat-berat dengan ex di telefon bimbit, tengok buat kali terakhir sebelum menghapuskannya. Kalau jenis tak puas hati nak sebarkan ke sabul.blogspot.com, no komen.
Begitu juga dengan barang pemberian si gadis/jejaka. Tak perlu susah-susah nak jumpa untuk pulangkan barang. Itu sebenarnya hanyalah alasan anda untuk berjumpa dengan mereka dengan harapan dapat kembali menyemarakkan bibit-bibit cinta. Couples Tshirt? Campakkan sahaja ke dalam ex-box. Cincin Emas Putih Poh Kong? Campak sahaja ke dalam ex-box sebab nak gadai emas putih memang tiada value. Apabila segala benda yang mengingatkan anda kepada ex anda sudah dimasukkan ke dalam kotak, letak kotak itu di sudut-sudut sukar agar anda berasa susah untuk membukanya ketika tiada benda lain untuk dibuat. Hmmm tapi dah dekat-dekat nak kahwin ni elok dibakar sahaja kotak itu akan tidak menimbulkan konflik dengan bakal isteri.....anyway Xbox sebenar pun boleh faham kesedihan anda. Jika anda sedang patah hati, mereka akan mengeluarkan lampu merah membuatkan anda lebih patah hati.
5) Pergi ke pasar malam ataupun ke gym
Bagaimana anda hendak melupakan ex anda jika anda hanya asyik duduk di rumah menonton cerita Korea? Anda mungkin rasa anda tidak mahu percayalah orang lelaki lagi, tetapi sampai bila? Lambat laun anda harus keluar ke rumah juga. Cara yang paling cepat untuk move on adalah dengan kembali bersosial. Kalau anda jenis yang kaki clubbing bolehlah pergi berjoget sambil meneguk alkohol secawan dua. Tapi kalau jenis yang ingat kat Tuhan walaupun selalu juga tak solat Subuh, banyak tempat alternatif yang boleh anda pergi untuk bersosial. Tempat yang dijamin efektif untuk mencuci mata adalah pasar malam. Percayalah, anda akan rambang mata melihat gadis yang jauh lebih kurus daripada ex anda yang gemuk itu, ataupun jejaka yang lebih sasa dan berkulit sawo matang tidak seperti ex anda yang negro itu. Di pasar malam anda boleh lihat gadis kilang Sony yang memakai baju ketat menunjukkan lurah rasa macam kita ingin lemas je dalam rangkulan hangatnya. Lagipun gadis-gadis di pasar malam lebih berfikiran terbuka dan mudah untuk respond dengan pick up line yang mudah seperti:
"Hai kak long. Nak saya belanja Baby Cakoi?"
"Hai kak long. Lawa betik?" (sambil tunjuk kepada betik di gerai berhampiran agar mereka tidak salah faham)
"Eh abang ni penyanyi Radja kan?" (kalau nak mengurat jejaka indon)
Kalau taknak pergi pasar malam, anda pergilah ke gym. Gadis-gadis di sini adalah lebih mencabar untuk dingurat, tetapi at least anda boleh mencuci mata melihat mereka memakai baju renang muslimah yang ketat. Lagipun dengan bersenam, anda dapat membentuk six pack yang ternyata dapat membuat gadis-gadis ghairah. Ex anda tengok pun mesti nak kembali kat anda punyalah. Kalau bagi orang pompan plak korang leh la pegi lepak kat area2 damansara contoh Ikano ka, Ikea ka, Curve ka. haa..sb tempat2 cenggitu semnggeah sket laki yang korang nak try-try ngorat. Jangan la p mapley ka, or kedai kopi cik timah ka...memang main tangkap muat jela pastu. Silajauhkan aktiviti sebegitu ye adik-adik.
6) Sentiasa ingat, istilah berkawan selepas berpisah tidak wujud
THERE IS NO SUCH THING AS 'BERKAWAN SELEPAS BERPISAH'!, at least buat lelaki. Dah tulis dalam caps lock tu untuk menunjukkan kenyataan itu merupakan kenyataan yang serius. Anda mungkin sangka anda masih boleh berkawan dengan ex anda, namun begitu itu sebenarnya adalah sinar harapan yang anda cipta sendiri mengharapkan anda dan ex anda akan kembali bersama. Konon-konon nak take it slow, and look for the right time and the right moment. Dah berpisah tu hapuskan sahaja nombor telefon, hapuskan sahaja alamat emel mahupun XBOX Live Sebab selalunya orang lelaki akan cepat2 cari pengganti untuk lupakan kisah kenangan cinta mereka denagn anda. Baik anda pon begitu. Tak payah la nak pasang angan-angan supaya dapat berkawan kembali or at least lepak and sembang2 masa depan. Gamertag mereka tak perlu nak contact mereka lagi. Kalau anda contact mereka konon-konon nak berbual seperti kawan biasa pun, last-last mesti end up dengan perbincangan mengapa kalian berpisah dan ada pun merayu-rayu minta diterima kembali. Alah mereka pun takkan contact anda, kalau contact pun sebab nak menggunakan anda untuk tolong buatkan projek yang diberi oleh pensyarah.
Mungkin anda rasa sukar untuk terus berhenti menghubungi ex anda lebih-lebih lagi kalau anda masih belajar di universiti yang sama. Terasa awkward dan pilu melihat gadis/jejaka anda di kelas yang sama tetapi kini dengan status yang berbeza. Persetankan perasaan itu. Belajar rajin-rajin grad awal tak payah nak extend semester macam gadis/jejaka anda yang tak pandai tu. Buat make over kepada diri anda bagi ex anda dan potential future teman anda perasan dengan kewujudan anda. Nak cucuk botox ke nak pakai susuk ke nak buat pembedahan payu dara mahupun testis ke itu terpulang kepada anda.
Besides, berkawan itu bermakna anda akan sentiasa menyokong keputusan kawan anda dan berasa gembira di atas kebahagiaan yang dikecapinya. Is that what you want? NO. You want your ex to suffer. Anda gembira melihat kegagalan percintaan mereka di mana dia pula ditinggalkan. Anda seronok melihat keretanya ditarik Ah Long akibat tak bayar duit kereta. Anda berasa bersyukur apabila CGPA mereka jatuh bawah 2 sekaligus kena repeat semester. Ok fine, gadis-gadis mungkin akan kata mereka ok je kawan dengan bekas teman lelaki, tetapi seperti yang telah saya kata tadi, orang lelaki tidak akan mengganggap begitu. Kami anggap anda masih mahu memberikan peluang kedua untuk menyemikan cinta yang telah layu. Orang lelaki sangat optimis dengan keputusan mereka. mereka bukanlah lelaki di dalam drama sinetron. itu semua khayalan.
7) Cari keburukan ex anda dan upgrade
Apabila sudah berpisah, senang sahaja nak buat list keburukan mereka. Jika dulu anda rasa mereka chubby dan comel, kini anda akan rasa mereka gempal dan hodoh. Kalau dulu anda rasa mereka sweet kini anda rasa mereka sour. Jika dulu mereka seperti Rozita Che Wan, kini mereka seperti Rosnah Mat Aris. Come on. You deserve better. Tuliskan segala perkara-perkara yang anda tak suka itu, print dan tampal di serata tempat di rumah anda sebagai peringatan untuk mencari teman yang lebih baik. Pepatah Inggeris ada mengatakan "I never get jealous when I see my ex with someone else, because my parents always taught me to give my used toys to the less fortunate..." Siapa yang mencipta quote itu ternyata sedang mengalami perpisahan dan kita yang baru ditinggalkan juga pasti akan boleh relate dengan kenyataan itu.
Sesungguhnya perpisahan itu memang perit. Jika anda pun pernah mengalami saat-saat anda rasa dunia ini kejam dan pernah menangis sehingga keluar darah di mata, percayalah saya amat memahami perasaan anda. Jika anda ada kawan-kawan yang sedang patah hati, usahlah mengelakkan mereka secara depan-depan, sebaliknya berikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi.memang rapuh anytime sahaja boleh pergi menyertai Jemaah Islamiah untuk menjadi pengebom berani mati. Ingat, anda sentiasa boleh hubungi talian Befrienders di 03-79568144 sebelum anda membuat keputusan untuk ke alam barzakh.
Boo: pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup ini. Cuma cara kita menghadapi keyataan itu yang berbeza.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment