sejak akhir2 ini kepong kemain panas. kalau mandi 8 kali sehari pun tetap panas kalau kita berjemur di bawah terik matahari. ada juga aku ke kedai barangan letrik maju jaya usha2 harga ekon. kot2 nanti dah beli rumah boleh pasang. awal sangat persediaan aku tu.
bila panas, memang mudah rasa rimas. nak tengok porno pun memang tak selera. malah mengikut kajian, remaja kurang melayari web porno pada musim panas. kerana mereka sudah terasa sedikit bahang neraka. ya, aku bercakap dengan cermin. bila dah panas, aku mahu potong rambut pendek sedikit. biasanya dari zaman student, aku memang selalu potong di seksyen 2 bangi. ada satu kedai gunting sebelah kedai rahmat. ada seorang makcik tua dan seorang akak berkulit putih licin tulus mulus menggunting di situ. aku tak suka makcik tu gunting, memang akan jadi macam hari pertama nak masuk persekolahan darjah 1 kelas budak pandai. aku suka akak tu gunting. dia memang tak payah cakap, kau tidur je, sedar2 dah puas hati. murah pula tu, hanya rm7 tak macam saman mbsa yang satu saman rm90 kalau patbelasratus saman kira sendiri.
petang tadi aku pergi, kedai tu dah tutup. makcik tu dah pindah ke kedai belakang, dah akak jambu tu dah tak bekerja disitu. aku kecewa. rasa gersang pun ada. tetiba. setelah puas berfikir, teringat kata adik aku salon bawah rumah flat lama member aku dulu yang baru buka tu potong ok. rasanya mengikut adik aku kata, membernya potong haritu rm8 sahaja. memandangkan rasa nak memperjudikan nasib tu ada, aku cuba try. amboi, dah cuba, try lagi.
aku masuk dengan yakin. seorang makcik berbadan gempal rambut warna kuning yang marah aku panggil makcik, melangkah keluar. dia bahasakan dirinya sebagai akak. ceh, bajet muda. kalau muka macam mak aku, boleh juga nak panggil akak. akak tu mula menceritakan kehebatan salon cawangan ke 4 beliau kepada aku walaupun sumpah aku tak tanya. sambil bercerita, makcik 'so called' akak ni, mula bertanya,
"student uitm ya?"
"yup." *gaya menipu nak dapat student price*
"tahun berapa?"
"baru tahun 1 kak."
"ni nak potong macam mana ni"
"sama, cuma pendekkan."
"kering rambut, tak pakai perapi ek?"
"tak. biasa kalau kering saya mandi basahkan."
"rambut adik pon x brapa lebat kan. ni kena banyakkan treatment dik. kita ni org pompan blablabla"
*bunyi cengkerik, aku diam je malas nak layan oke*
"tak boleh biar macam ni dik. kena jaga penampilan. macam akak ni, tiap bulan tukar warna rambut pun tak kering macam ni."
"k." *respon tanda suruh berhenti bercakap*
"student2 kat ukm ni rambut kering, kasar2 semua. akak baru buka 2 minggu, dah kena tukar gunting. gunting cepat tumpul. kat cawangan akak yang kat kl ok, diorang jaga. kat sini, lelaki perempuan sama je. tak jaga rambut. macam tak ada orang nasihatkan diorang. akak kadang nasihat juga, buat la treatment. bukan mahal pun, rm50 sebulan sekali dua kali jadi lah. tak payah tiap2 minggu. kita penampilan kena jaga, baru orang pandang."
aku dah mula rasa "eh, gampangnya. tolong la diam. aku potong rambut nak hilangkan rimas, bukan nak tambah rimas." cuma nak cakap direct macam tu kat makcik tu, rasa tak sampai hati. aku amalkan petua abah aku, bila dengan orang, marah macam mana pun kita kena senyum.
aku tarik nafas, senyum dan mula bersuara.
"saya tak kisah sangat pun kak nak jaga2 rambut. sb saya pakai tudung tapi badan memang saya jaga, taknaklah boroi ke, gemuk ke. tak payah diet pun, bila rasa badan naik, saya jog. makan melantak macam biasa juga. senang je kak nak jog, tak payah keluar duit pun. nak buat tiap2 hari pun tak apa."
makcik tu sentap. terus diam. aku gembira. cuma bila dah siap, tengok celaka apa rambut aku dah separa fantagiro, memang aku aku pertikaikan. sembang kemain, orang suruh lain buat lain. dan kenapa aku kena rm15? sentap lettew isu jaga badan.
No comments:
Post a Comment