Wednesday, 22 June 2011

6 ceciri poan yang tak leh dibuat bini

lama tak apdate blog. bila kau dah lama tak apdate blog dia mcm ada satu perasaan yg 'aduh malas gila nak apdate blog!' lepastu kau pn buat bodo ja. tp sbb ada org-org yg terlebih sweet asyik tanya bila kau nak apdate blog, maka kau kena konsider dgn buat-buat rajen. wuuu. terharu la weh tolong la terharu. sumpah aku malas gila nak apdate blog sebenarnya. aku sekarang tgh bz try apply keje jd coach chong wei. maklum la misbun kan dah resign? haha. tak kelakar bye. 

sebab td aku baru lepas makan meehun tom yam, maka hari ni aku nak buat sambungan kpd entri 6 ciri lelaki yg tak boleh dibuat suami. dari dulu dah ada permintaan utk entri ni. tp aku malas. lgpn dulu kan aku mengamalkan pemerintahan kuku besi? sekarang sejak aku dah berubah menjadi seorang yg sgt demokrasi , aku rajen ah sket. kah kah kah. oke dah jom!


1. SUKAR MENDENGAR KATA

pertama sekali, tolong jgn cari perempuan yg jenis sukar mendengar kata. susah aku ckp kat kau. serius susah. nnt kau dah kawen dgn dia kan, dia tanak dgr ckp kau cmne? misal kata dia jenis free hair kan. lepastu dah kawen korang nak ar dia tutup aurat kn. lgpn kn korang sbg suami kalau tak tegur isteri nnt dpt share saham dosa sama kan? mmg elok share-share ni. terutama kalau share choki-choki (tiba-tiba). tp kalau share dosa korang nak ka? hesh. dosa sendiri pn tak tertanggung. nak share dgn org lain plak. hehe. ya so, kpd para lelaki, sila cari perempuan yg senang mendengar kata oke? ehem. contoh dia mcm aku ke, aku ke, dan aku ke. bahahaha. next!


2. TAK TAHU DAN TAK MAHU MENJAGA MARUAH DIRI

adoi. ini pn susah gak. nak cari calon isteri, kena cari yg pandai jaga maruah diri. sbb bila dia pandai jaga maruah diri, secara otomatis dia juga akan pandai jaga maruah diri korang sbg seorang suami. tp bila dia tak pandai menjaga maruah diri sendiri, maka susah atau jgn harap la dia akan jaga maruah diri korang. faham eh semua? aku sumpah mengah gila sbb baru lepas mkn meehun tom yam dgn eskrem tropicana. so mcm nak terang byk-byk pn tak larat. takut termuntah plak kang. bukannya korang nak gantikan laptop compaq aku dgn laptop apple pn kalau aku termuntah kt laptop neh. hehe.


3. KUAT MENENGKING/MENGARAH

weuw. ini paling aku tak gemar. aduhai. perempuan tak wajar menengking atau mengarah lelaki (dlm konsep rumah tangga ya. kalau kau keje kt opis lepastu bos kau perempuan, lepastu kau buat keje mcm cagu habes, mmg wajar ja kot dia tengking kau. haha). buruk sgt rupa nya korang kalau para lelaki hanya berdiam diri dan menadah telinga utk ditengking atau diarah oleh seorang perempuan. kamon la. korang tu kaum adam. adam dalam cerita nur kasih kan sgt berwibawa dan berkepimpinan org nya? haha. kalian adalah kaum yg dicipta utk membimbing dan menjadi seorang ketua. plz yarr jgn nak hanya redha dan berserah bila ditengking oleh golongan aweks. plz do something. ditch kan pun boleh. aku kan ada. eh? haha.


4. TAK TAHU DAN TAK MAHU TAHU MENGENAI ILMU RUMAH TANGGA

ilmu rumah tangga termasuklah memasak, mengemas, membasuh kain, mensiang ayam ikan ketam udang sotong, melipat kain, menonton sinetron, menjual hai-o, dan juga mengumpat bersama jiran sebelah rumah. oke yg tiga last tu aku tipu. hehe. jadi kalau korang nak cari bakal isteri, jgn la cari yg jenis tak tahu dan tak mahu tahu mengenai ilmu rumah tangga neh. kalau dia jenis tak tahu tp nak amek tahu, takpa lg. at least dia mmg ada niat utk buat semua tu. tp bila dia tak nak pn amek tahu, hesh mmg susah la. unless kau jenis sutun yg suka buat keje-keje rumah dan tak kesah kalau isteri kau tanak buat keje tu sume. mak nyah, mak oke noks.


5. OBSES PADA KECANTIKKAN

alahhhh. rimas aku tgk org yg obses sama kecantikkan neh. toksah la nak bernano teknologi sgt. kalau dah tua tu mmg ada kedut punya nnt. itu mmg proses dia. takkan kau nak kelihatan sentiasa muda mcm edward cullen? para lelaki, dgr sini aku ckp. tolong jgn terpedaya dgn solekan dan mekap tebal para wanita. sbb disebalik solekan tu, kau tak tahu muka dia penuh parut jerawat jeragat bagai. wakakaka. kau jeles kan huda sbb kau tak pandai mekap?? haha. tak tak. aku tak jeles. muka aku mmg comot habes. byk parut jerawat. tp yg penting aku telus. dah mcmtu muka aku, mcmtu ja la. tade la aku nak kaver apa bagai. aku sumpah pelik dgn golongan wanita yg tak bleh keluar rumah tanpa mekap. mekap bese-bese takpa. sumpah aku tak kesah. tp yg tebal-tebal tu, aduh. plz deh.

para wanita, korang kena yakin dgn diri sendiri sket. nnt kalau dah kawen, takkan setiap masa korang nak bermekap? dlm rumah tgh tgk semanis kurma pn nak pakai mekap ke? baru bangun tidur air liur siap meleleh bagai pn nak bermekap ke? tgh tumbuk belacan dgn udang kering pn nak pakai mekap ke? tak kan? so takpa. yakin diri sket. biar pakwes korang tgk muka korang yg natural apa ada nya. kang kalau dia dah asyik disajikan dgn muka bermekap tebal, tgk muka tanpa mekap korang pn dia dah tak lalu. cmne? 


6. SUKA PERABIH DUET LELAKI

wawww. perabih duet org mmg best kan? aku pn suka buat. hikhik. sekali sekala boleh ar. selalu sekala mmg   minta pelempang percuma lah kan. para lelaki, tolong la jgn selalu perabih duet sgt kt org perempuan ni. nnt dia naik lemak. minggu ni dia suruh kau belikan kasut nose, minggu depan dia suruh kau belikan henbeg coach, minggu lagi satu dia minta kau belikan mini cooper. eh bestnya kalau dpt mini cooper. wakaka. toksah la layankan sgt perangai ngade-ngade pisau cukur aweks korang tu. simpan duit utk g haji lg bagus.


Boo: 6 cukup tak? ke nk lg? wakaka. tp apa pn, 4 patah perkataan ja aku nak cakap. jodoh di tangan tuhan. haha. oh masuk haha jd 5 lah. maaf. aku kan tak berapa hebat mengira (peh sbb malas buat closing, maka kopipes sahaja. keh keh keh). oke dah habes. bye.


No comments: