Rasanya semua org dah tahu kisah arwah adik syafia neh. aku tanak buat entry pasal mengutuk mengeji dan mencaci mak dan kekasih mak adik syafia neh. sbb aku yakin dah byk entry pasal itu. aku cuma nak membincangkan kenapa saksi yg seramai berpuluh org itu tidak membantu. aku sendiri tidak pasti samada jumlah berpuluh itu benar atau tidak. tapi ini lah yg dilaporkan di akhbar tempatan. jadi secara logik akal nya, takkanlah seramai berpuluh org yg menyaksikan kejadian itu, tidak terdetik dalam hati seorang pun rasa utk membantu? walhal kalau nak difikirkan, berpuluh org, menentang seorang. tiada masalah aku rasa. lagi pula yg seorang itu tidak bersenjata. aku yakin dalam hati mereka yg berpuluh itu ada terdetik rasa utk membantu. tetapi kenapa mereka tidak melakukannya? itu yg kita tidak tahu. kemungkinan yg ada ialah, berlakunya Bystander effect. Bystander effect bermaksud kemungkinan seseorang saksi utk memberikan bantuan kpd orang yg sdg berada dalam kesusahan akn berkurangan apabila bilangan saksi itu meningkat. atau dalam bahasa mudah nya, semakin ramai saksi sesuatu kejadian, semakin sedikit bantuan yg akan diterima.
Kes Bystander effect yg popular ialah kisah benar Kitty Genovese. aku rasa ramai kan tahu kes ni? tp takpa. aku cerita juga. bg menampakhebatkan entry aku neh. kisah ini berlaku sekitar 1964. seorang wanita iaitu Kitty Genovese telah diserang dan dibunuh berdekatan kawasan apartment nya. pertama kali dia ditikam, dia sempat menjerit "Oh my God! He stabbed me! Please help me!". tp tiada siapa datang membantu. ketika itu, si pembunuh telah pun melarikan diri. tetapi, mungkin kerana melihatkan tiada siapa yg datang membantu Kitty, si pembunuh datang kembali lalu merogol dan menikam Kitty sehingga mati. kejadian ini mengambil masa dalam lingkungan satu jam setengah. siasatan polis mendapati sekurang-kurangnya, seramai 38 orang telah mendengar atau menyaksikan kejadian tersebut. menakjubkan bukan? tiada seorang pn yg cuba menelefon polis utk memaklumkan kejadian itu.
Mcm mana? lebih kurg tak dgn kes adik syafia? aku tak cakap aku yakin ini adalah gara-gara Bystander effect. ini hanya kemungkinan. byk lg kemungkinan lain. betul mereka pasti takut utk masuk campur hal org lain. takut nnt mereka pula yg dicelakakan. tp apabila ia nya melibatkan satu nyawa yg tidak bersalah, aku rasa mereka harus membantu. lagi pula dgn bilangan mereka yg ramai. berpuluh. utk jadi berpuluh, sekurang-kurangnya pasti 20 org kan? pulak tu yg bermain bola mesti remaja yg gagah perkasa kan? oke perkasa melebih. gagah aku pasti. sbb setahu aku, sutun tak suka main bola.
boo: apa pn, ini semua hanya utk dijadikan iktibar. tidak ada niat utk menuding jari menyalahkan sesiapa. sekian. doakan anak-anak ku semua nya di dalam lindungan Nya. jauh dri godaan syaitan serta dijauhkan niat tidak baik manusia lain ke atas mereka berdua. Amin...
No comments:
Post a Comment