Thursday, 16 June 2011

apa motifnya Iphoe n blacberry



Salam semua. Aku mulakan entri pasal gajet. Gajet yang orang-orang suka sangat nak dok pakai. iphone dan Blackbery. Korang ada? Lantak la kalau ada. Haha. Aku sebenarnya tak paham sangat apa hebat sangat ke kalau pakai gajet-gajet ni. Perlu dan penting sangat ke?. Ini bukan pasal aku tak mampu dan dengki tak dapat nak pakai. Ini pasal realiti dan dari sudut pandangan aku. Jujur! 
Bukan apa kan, memang la dua gajet ni memang mantap. Memang banyak fungsi-fungsi yang tersendiri kan. Dari apa yang aku lihat, masyarakat kita jenis yang suka ‘ikut’. Maksudnya, bila ada orang pakai gajet ni, mula lah teringin nak pakai jugak. Lebih-lebih lagi kalau ramai sangat dah pakai, lagi la terasa nak pakai. Macam keperluan!. Kalau tak pakai, tak nampak stail dan trendi la kan. Dua gajet ni memang la semat, fungsinya sangat terbaik, sesuai la untuk sesetengah golongan masyarakat terutamanya bagi yang sudah bekerja dan sentiasa sibuk. Memang perlu kot guna gajet-gajet ni. Memudahkan diorang tak kira kat mana pon diorang berada. Saat kecemasan ketika urusan kerja kan.
Yang jadi masalahnya, bebudak sekolah sekarang pon dah pandai guna gajet ni. Untuk apa je pon. Apa agaknya kepentingan gajet ni bagi diorang yang masih bersekolah. Yang masih belajar. Tak ke merugikan je. Kedua-dua gajet ni kan mahal. Setakat nak online bukak ‘Facebook’ jawab komen itu ini dengan kawan-kawan ke. Pastu takat amik gambar, terus ‘upload’ gune gajet ni. Tak pon dok sibuk main ‘Twitter’ ke. ‘Tweet’ sana ‘Tweet’ sini. Adoi, ruginya!.
Lagi plak, disebabkan semua orang dok pakai gajet-gajet tersohor ni, ada sesetengahnya bertujuan pakai untuk nampak mewah. Nampak elegan. Nampak kaya. Lagi la tak boleh blah!. Niat je dah salah. Haha. Kalau betul-betul kaya tak pe la kan, duit banyak, buat apa nak simpan kan. Tak jadi masalah la sangat. Tapi kalau yang jenis, ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ plak, apa cerita?. Tak ke cam poyo la pulak.
Ini pendapat aku la kan. Korang mungkin lain plak pendapat. Lain pulak difikirkan..


Boo : Mama aku pakai Blackberry Bold. Tak pe la sebab dia wanita bekerjaya. Sentiasa sibuk. Lur u Mama!
         

No comments: