Tuesday, 14 June 2011

katak mati.


Korang pernah dengar tak istilah mati katak? aku yakin mesti pernah kan. jgn la ckp tak pernah. kasihan cekgu jamilah. aku selalu terfikir kenapa mati katak disamaertikan dengan mati yg sia-sia. mcm kasihan je kt si katak. seumpama mati nya beliau tidak pernah dengan cara yg tidak sia-sia. contoh nya mana la tahu beliau tengah berjuang demi bangsa dan negara ke lepas tu tiba-tiba mati. jadi bukan kah mati nya beliau sebagai seorang prajurit? (wah wah kagum aku boleh taip perkataan tu. aku harap betul la konteks  penggunaan beserta ejaan nya. haha). tp entah la. aku pn tak pernah mendapatkan penjelasan lanjut daripada cekgu jamilah kenapa mati katak itu disamaertikan dengan mati yg sia-sia. habis, setiap kali aku nak tanya ja dia tengah merajuk lalu keluar kelas. mcm mana? apa pn, hari ini, buat pertama kali nya, aku mula yakin pada istilah itu. pun begitu, aku tetap merasakan yg katak ini bukan mati katak. kerana dengan kematian beliau, aku dapat meyakini istilah mati katak. berfaedah apa.


betul-betul sia-sia mati beliau ini. boleh la sebesar-besar tu nak terjepit kt tepi pintu kan. aku pn tak faham mengapa dan bagaimana. tp aku rasa katak ni memang merancang utk bunuh diri la. putus cinta barangkali. ataupun cinta terhalang oleh orang tua. atau mungkin juga kekasih curang lalu lari ke lombok meninggalkan beliau. aku pn tak pasti. yg pasti, kpd cekgu jamilah, tolong berusaha lebih keras untuk menjadi cekgu bahasa malaysia yg berjaya. dan untuk anda semua, jangan mati katak ya.

boo: siapa cekgu jamilah pn aku tak tahu. yg aku tahu, nama dia mcm sgt bersesuaian utk menjadi seorang cekgu bahasa malaysia yg agk kuat emosi ketika mengajar subjek bahasa malaysia di mana jika pelajar-pelajar membuat bising, beliau akan marah lalu keluar meninggalkan kelas. walaupun pmr hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. ah mcm terlalu kejam plak penerangan aku. tolong jangan aplikasikan penerangan ini jika anda benar-benar mempunyai seorang cekgu bahasa malaysia yg bernama jamilah. aku gusar abjad F yg akn anda perolehi nnt. sekian.

No comments: