Thursday, 2 June 2011

kawan

Berkawan.
Tak salah berkawan seberapa ramai pun. Tak salah juga mempunyai kawan-kawan yang pelbagai latarbelakang & cara kehidupan yang berbeza. Tak salah juga belajar & ambil sesuatu yang baik dari mereka. dan belajar menjauhi sesuatu yang kurang baik juga. tak semestinya kawan, semua perlu ikut kan?
Dalam persahabatan, jangan pernah menyesal. tanpa kita sedar sebenarnya, kita belajar banyak melalui persahabatan. tak terkira. samada negatif atau positif masih tetap pembelajaran buat kita. jangan senang menghukum seseorang. pokoknya hati. jangan mudah menghukum seseorang hanya kerana pergaulan nya. hanya kerana jenis kawan-kawan nya. hanya kerana cara persahabatan mereka. Insya Allah. cukuplah mereka berpegang kepada jalan Allah. masih kenal halal & haram. yang selebihnya kita serahkan kepada Allah. Allah lebih mengetahui kenapa terjadi sesuatu dan kenapa tidak terjadi sebaliknya. kita sebagai manusia & hambaNya tidak layak terlalu cepat menghukum. andai ada keburukan atau kekurangan dari mana-mana pihak persahabatan pun, berdoalah agar Allah perbaiki semuanya. Kadang-kadang kawan-kawan, kita tak tahu apa yang telah berlaku atau akan berlaku kepada sesuatu kejadian itu. cukuplah kita memohon kepada Allah agar lindungi kita & sentiasa pelihara kita. Allah lebih mengetahui. persahabatan itu sesuatu yang indah. andai kita tahu nilai & ertinya. Yang penting pandailah kita menjaga diri sendiri. tahu memilih yang baik & buruk. Dan ingatlah kawan-kawan, bila kita berkawan jangan takut untuk menegur. andai ada salah & silap. tetapi jangan lupa juga, cara menegur itu perlulah berhikmah. biarlah yang sedap didengar dan bukan yang berbekas berdendam dalam jiwa. lain pula jadinya. niat tegur kerana sayang. walau dah banyak kali aku terluka kerana sikap kawan-kawan namun hati ini masih lagi menerima mereka serta memaafkan mereka. kerana itulah sebenarnya seorang kawan. bersama walau apa yang terjadi. jangan ada rasa iri atau cemburu denagn kawan-kawan. bila dah ada sekuman iri, itu yang akan menyebabkan segalanya menjadi busuk. dari kawan menjadi lawan. InsyaAllah, saya seorang yang cukup menjaga hati dan perasaan kawan-kawan. sebab saya suka berkawan.

" Terima kasih Ya Allah kerna kurniakan aku kawan-kawan & sahabat-sahabat yang mempunyai pelbagai latar belakang & cara kehidupan yang berbeza tetapi masih menghormati prinsip ku. yang masih menghormati ku & paling penting menerima aku seadanya sebagaimana aku menerima mereka seadanya. Jarang sekali aku mudah mentafsir seseorang tanpa aku mengenal mereka terlebih dahulu. Lebih senang aku mendekati mereka terlebih dahulu dengan sendirinya. dan terima kasih kepada kebanyakan kawan-kawan yang sering menjadikan aku tempat meluah perasaan. tempat berkongsi masalah & tempat rujukan. Ya Allah. walaupun kadang-kadang terasa berat dengan kepercayaan yang diberi tetapi Insya Allah, Allah bersamaku. aku sedar aku bukan yang layak, terbaik & sempurna tetapi cukuplah aku mampu menjadi pendengar yang baik & sahabat yang dipercayai. Alhamdullilah. "

Sabda Rasulullah SAW : " Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat "

Insya Allah.

sesungguhnya, tiada yang sempurna dalam dunia ini.
kita hidup untuk saling bantu membantu antara satu sama lain.
kita hidup untuk saling melengkapi.

" If you judge people, you don't have chance to love them. as simple as that. "

No comments: