Saturday 18 June 2011

Hadapilah ujian Allah dengan tenang....

ujian

Ujian hadir buat meneguhkan iman.

Aku lihat ada orang diuji dengan kelaparan.

Ada juga yang diuji dengan ketakutan.

Kesakitan.

Kesempitan.

Kesedihan.

Kehilangan.

Aku tertanya-tanya.

Mengapa aku diuji?

Sedangkan keimanan aku masih rapuh.

Adakah Tuhan melupakan aku?

Sehinggalah aku tersedar.

Aku diuji kerana Allah mahu aku dekat denganNya.

Supaya aku lebih banyak bersyukur dan sedar.

Mungkin saja kerana aku terkadang melupakanNya.

Kadang-kadang aku jua jatuh dan tidak sabar kerana aku jua manusia biasa.

Iman serta sabar ku setipis kulit bawang. Malah mungkin lebih nipis dari itu.

Dan dengan memberikan aku ujian kerana mahu aku terus berada disampingNya.
Kerana dengan itu aku sentiasa berdoa dan sujud padaNya.

Boo: Kadangkala Allah berikan kita hujan dan petir kerana Allah mahu berikan kita pelagi yang cantik selepas itu. 

No comments: