Sebelum kemunculan Facebook beberapa  tahun dulu, kurang rasanya cerita berkaitan fitnah memfitnah. Sejak  kebelakangan ni, banyak betul fitnah yang dilemparkan melalui laman  sosial nombor satu ni. Tidakkah Facebook ini menjadi ruang yang paling  senang untuk menyebarkan fitnah?
Gunakanlah otak masing-masing dengan  baik untuk menggunakan Facebook, janganlah sesedap hati je nak memfitnah  orang di Facebook, kalau cerita itu salah, tidakkah berdosa kerana kita  memfitnah dan memalukan individu tersebut? Kalau cerita tentang  keburukan itu benar sekalipun, gunakanlah akal untuk menegur seseorang,  bukan dengan niat untuk memalukan sehingga satu dunia pun tahu.
” JIKA KAMU MENEGUR SAUDARAMU DALAM SEMBUNYI, MAKA KAMU TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWABMU, SEBALIKNYA JIKA KAMU MENEGURNYA DI KHALAYAK UMUM, MAKA KAMU TELAH MEMBOGELKANNYA DI DEPAN ORANG RAMAI” IMAM SHAFI’I.
Untuk pengetahuan, negara kita di  ‘govern’ (tak tau dalam BM) oleh Defamation Act 1957 (Akta Fitnah 1957).  Jika kita difitnah dan fitnah itu membuatkan reputasi kita jatuh,  bisnes yang merudum dan memberikan implikasi yang sangat buruk kepada  kehidupan, bolehlah di bawah ke muka keadilan di bawah akta ini.
Keistimewaan menjadi seorang wanita di  bawah akta ini, jika seorang wanita difitnah dengan perkataan yang tidak  senonoh seperti pelacur, murah dan apa saja yang memberikan maksud ”  unchastity” atau “adultery”, wanita tersebut tidak perlu membuktikan  implikasi buruk yang dihadapi seperti reputasi yang jatuh atau bisnes  yang merudum untuk memenangi kes mereka. Seminar Syariah dan  Undang-Undang yang lalu mengatakan bahawa, section ini adalah bersamaan  dengan qazaf di mana perempuan yang suci dituduh berzina atau melacur.  Wallahu a’lam.
Slander of women under Defamation Act 1957:
” 4. Words spoken and published which impute unchastity or adultery to any woman or girl shall not require special damage to render them actionable.”
 
 
No comments:
Post a Comment