Salam semua. Isu kali ini menjurus kepada lelaki. Lelaki yang normal. Lelaki yang inginkan perempuan. Bukan yang mahukan kaum sendiri. Haha. Kenapa agaknya lelaki, bila dah ada BINI, BINI pulak dah la memang HOT giler, tapi masih nak ushar awek-awek lain yang lagi HOT. Mungkin lah bagi lelaki kan semua ni lumrah. Tapi, kenapa agaknya kan?
Aku bagi satu situasi. Situasi ni aku tak ciplak mane-mane. Satu situasi nak memudahkan korang bayangkan. Bagi nampak lebih jelas!.
Satu pasangan yang sedang hangit bercinta ala-ala ‘Romeo & Juliet’ sedang seronok melepak kat ‘Oldtown White Coffee’.
baby : SYG.. ala bha, I masih tak cari baju lagi la untuk Dinner ABP 2011 nanti. Lepas ni kita pegi shopping yea. Boleh?
baby boo : No problem BABY… Boleh!. Mahu shopping di mana sayang?
baby : Ummmm… kita jalan-jalan di Lot 10 ok tak? Baju-baju butik di situ semua baik-baik aja!
baby boo : Of cuz sayang. Orait!.
Ketika ini, mereka salaing berpandangan dan berbalas senyuman. Si SUAMI memandang ISTERI dengan penuh KASIH SAYANG . Bagai mau terkam terus BINI kat situ. YALA BINI HOT KAN Segala bahagian tubuh ISTERI di lihat oleh SUAMI. (KONON ROMANTIK LA..CAM KAT UMAH X LEH NAK BUAT CMTU)
baby : SAYANG.. Kenapa SAYANG pandang I macam tu?? Behave yourself honey.. hii
baby boo : Ooohh.. ehem!! Ummm, tak de la BABY. I suka tengok u la. I suka bila u senyum-senyum camni. Hahaha
Ketika itu, tiba-tiba handphone si SUAMI berbunyi. Teeett!! Teeett!!... Teeet!! Teeett!! . Rupanya satu mesej dari seseorang.
baby : SYG… mesej dari siapa tu??
baby boo : Ehh.. Tak de siapa-siapa pon. Kawan I. Kawan I yang nama Tomok tu.
Cemas seketika si SUAMI ketika ini. Takut terkantoi. Nanti terlebey sudey!.
baby : Kenapa muka macam takut je? U ada buat salah ngan I eh??? Or sYG ada ……………….
baby boo : Ehhh BABY… Mana ada bha!. Jangan fikir bukan-bukan la sayang. I bukan begitu ok!
SI SUAMI menjadi semakin cuak. Cuak semakin muak. Cuak-muak menjadi kian panas apabila panggilan telefon mulai berbunyi. Ring!!~~ Ringg!!~~… Ring!!~~ Ring!!~~baby : Siapa tu?? Kenapa tak mau angkat?? SYG…… who’s dat???
baby boo : Err.. err.. tiada siapa-siapa la BABY. Ehee.. Ehee...
baby : Bagi sini phone u!!! Bagi sini!!!
SI ISTERI terus merampas handphone si SUAMI bagai seorang pemain ragbi membuat terjahan keras. Akhirnya rahsia sebenar sudah terbongkar. SI ISTERI kelihatan sangat marah. Mulalah pertelingkahan dan pertengkaran yang tidak di ingini berlaku. SI SUAMI mendapat tamparan wanita LAPANBLASRATOS kali.
So, apa pendapat korang pasal hal ni??? Kenapa mesti selalu jadi sebegini??? Kenapa lelaki selalu cari lain? Bagai nak dapatkan stok yang baru. Stok yang lama disimpan.
No comments:
Post a Comment