Sunday, 19 June 2011

Things That Girls Don't Expect Guys To Understand

Sesimple-simple makhluk di muka bumi ini adalah kaum jejaka. Kalau sekadar nak pergi beli nasi untuk makan tengahari di mapley yang berdekatan, mereka hanya perlu menyarung seluar tiga suku, pakai t shirt pagoda dan tak perlu mandi pun sekadar basuh muka sahaja sudah memadai. Gadis-gadis? Keluar makan pun kena bergaya macam nak pergi Pavilion. Nak kena ambil masa yang lama untuk pilih baju yang berlainan agar orang tak tuduh kita asyik pakai baju yang sama, nak kena gosok tudung Ariani sampai hilang kedut semua, nak pasang celak Bobbi Brown dan banyak lagilah aktiviti feminin yang lain.  Malahan, ada banyak benda yang orang lelaki tak faham tentang kita. Tetapi tak mengapa, kita pun memang tak expect orang laki akan faham perkara-perkara yang kompleks sebegini bukan? Maka jalan yang paling mudah bagi orang lelaki adalah menstereotypekan keperibadian wanita secara general. Bagi mengelakkan pandangan stereotype ini, di sini aku ingin membawa ke tengah beberapa perkara yang memerlukan penjelasan daripada kaum hawa. Ayuh teruskan membaca.

1) Obsesi terhadapFarid Kamil / Aaron Aziz

Gadis-gadis Melayu kalau berfantasi sama ada fantasi yang senonoh ataupun tidak, ada 2 orang sahaja yang menjadi watak utama dalam fantasi mereka, iaitu Aaron Aziz dan Farid Kamil (ke aku je yang pulun tangkap layan depa dua ni?). Mungkin ada golongan minoriti yang meletakkan Faizal Tahir ataupun Faizal Rosly sebagai fantasi mereka tapi takdelah ramai sangat berbanding dua nama  tadi. Orang lelaki tidaklah cemburu bila awek atau bini nak minat kat artis2 ni, cuma reaksi kaum hawa ketika bertemu dengan mereka memang agar luar biasa. Keperibadian mulia yang dibentuk dalam subjek Akhlak di sekolah agama kain hijau ataupun ungu terus hilang begitu sahaja apabila anda tiba-tiba histeria nak peluk cium ketika di konsert mereka. Mungkin faktor paras rupa Aaron Aziz  yang aku akui tampan  serta sifat mahmudah yang terpancar daripada wajah Farid Kmail yang mendorong keobsesan gadis-gadis. Adakah kami sepatutnya berasa risau dengan reaksi yang kalian beri ataupun itu sebenarnya sekadar cinta terhadap artis?


2) Mulut kata lain, hati kata lain

Gadis-gadis ini memang complicated. Apa yang keluar dari mulut anda langsung tidak sama dengan apa yang bermain di hati. Instead of berterus terang straight to the point, anda mungkin akan berlegar-legar bermain dengan kata-kata pusing sana sini sehingga tergelincir daripada landasan sebenar tentang apa yang hendak disampaikan. Kadang-kadang kita orang pompan menggunakan skill sarcasm untuk menyampaikan point kita tetapi orang lelaki ni kadang-kadang tolol tak boleh nak mengerti jika kita sedang memerli. Lepas tu tak pasal-pasal orang laki kena bebel untuk at least 15 minit pulak sebab kita  kata orang laki tidak memahami kita kan. (memang pown..nak2 da kawen) Orang laki bukan tak faham, tetapi derang sebenarnya salah faham dengan kata-kata kita. Kita boleh gunakan ayat-ayat di bawah sebagai contoh:

Ayat di mulut: Pergilah tengok bola tu I tak kisah.
Maksud di hati: Beranilah kau tukar channel aku nak tengok Akademi Fantasia ni.

Ayat di mulut: I tak marah.
Maksud di hati: BARBIE MESTILAH AKU MARAHHHH!!!

Ayat di mulut: taknak
Maksud di hati: NAKKKKK!!!!!

Ayat di mulut: nak
Maksud di hati: NAKKKKK!!!!!

Mengapa tidak berterus terang sahaja agar dapat mengelakkan konflik? Inilah sikap semulajadi wanita / gadis. sukar nak dijelaskan........

3) Kasut tumit tinggi

Ok yang ini memang membuatkan hati orang laki runsing ingin mengetahui jawapannya. Selesakah kita memakai kasut tumit tinggi itu? Hari tu aku jalan kat kedai Aldo heels dia 6 inci. Eh. No seriously, bagaimanakah kalian dapat berjalan menggunakan kasut tumit tinggi? Especially kalau pergi membeli-belah di Pavilion semua gadis mesti bergaya dengan heels. Aku tak dapat bayangkan 3 jam windows shopping tak beli apa-apa kletuk kletak kletuk di atas kasut tumit tinggi. Aku plak jenis simple. jeans tshirt hijab and kasut sneakers or sandal. tp klu p Pavi aku pki la ayu2 sket cuma xdak masa la nak tahan saket 6jam semata nak nmpk lawa. Aku da lawa da cukup la pki sneakers. ewah...statement nak kena tampar ni. Klu aku pakai sandal   yang ada tumit 1 inci pun asyik terkelepak je kaki inikan pula tumit 6 inci. Tabiklah kat kalian yang pakai heels.. Biar cedera asalkan bergaya, betul tak akak-akak vogue sekalian?


4) Beli benda tapi tak pernah pakai

Terlanjur kita menyentuh tentang shopping dalam poin di atas, ayuh kita kaji sedikit tabiat impulse shopping wanita ini. Sila buka almari kasut anda. Cuba lihat ada berapa pasang kasut yang tidak pernah dipakai lagi? Ok sekarang buka almari baju anda pula. Ada berapa helai tops dari Topshop / Zara / Dorothy and Perkins anda yang masih belum disarung serta masih ada tag yang terlekat di baju? Banyak bukan? Ya memang tidak dinafikan anda membeli semua benda itu kerana anda ada sembilan nafsu, di mana 7 daripadanya adalah nafsu membeli-belah.

Pada mulanya anda memang tak berniat nak beli pun. Anda sedang selak-selak majalah Female ataupun Vogue lepas tu nampak banyak pula iklan baju luar dan baju dalam. Anda tahu bukan majalah feminin tu dicipta untuk membuat anda rasa kurang yakin dengan diri sendiri bagi memperdayakan anda untuk membeli barang yang diiklankan yang kononnya dapat membuat anda rasa lebih hangat? Dengan menggunakan selebriti-selebriti tempatan mahupun selebriti luar negara mahupun model-model yang langsing sebagai medium untuk menggayakan produk mereka, secara tidak langsung mempengaruhi anda untuk bergaya seperti seorang selebriti walaupun anda tahu stok tops / skirt / heels / cardigan / blouse / cekak anda masih banyak lagi yang belum dipakai. Guys always cant understand why we  girls always have the urge to buy unnecessary things. Terapi minda mungkin? (me toooo..... :) )

5) Overthinking things

Girls tend to overthink things. Perkara kecil yang orang lelaki lakukan boleh menjadi satu isu yang besar jika gadis-gadis terlalu banyak berfikir. Gesture yang normal boleh dianggap sebagai offensive jika gadis-gadis terlalu banyak berfikir. Berfikir terlalu banyak ini bukanlah sifat sejati seorang wanita, tetapi pada mulanya adalah satu tabiat yang dibentuk sebagai mekanisma bagi mempertahankan diri agar tidak terpedaya dengan orang lelaki yang suka mengambil kesempatan. Apabila dah selalu buat, maka tabiat yang dianggap biasa telah menjadi satu rutin sehingga mempengaruhi corak pemikiran gadis-gadis terhadap seorang jejaka. Tidak semua perkara yang orang laki lakukan perlu anda kaji pro dan kontranya.


6)PMS

Ahh forget it. Guys will never understand PMS and they cant never pretend to understand it.

Poin-poin di atas ditulis daripada pandangan seorang lelaki setelah aku buat kajian ke atas budak opis aku. Diharap kalian gadis-gadis dapat membetulkan persepsi orang lelaki agar derang dapat memahami anda dengan lebih mendalam. But of course, anda memang tidak akan expect lelaki untuk faham mengapa gadis berkelakuan seperti seorang gadis bukan?



Boo: Orang lelaki kalau nak buat bini suma stok2 betudung and klu free hair pon sejuk mata memandang  
         gitu. So anda sebagai wanita atau gadis pilihla yang mana anda rasa terbaik. Sebab pakai tudung pon 
         tak semestinya hati baik. Kadang yang bertutup tu lagu busuk dari yang dok tebukak ni. Realiti....!!

No comments: