Baru lepas membaca satu entry dari blog Yang Penting Rupa. Tak dinafikan, wanita ni complicated.
Meh kita tengok dia punya permulaan ayat
"Wanita adalah makhluk yang kompleks. Sebagai contoh, mereka boleh mengalami pendarahan selamat 5 hari tetapi tidak perlu dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Mereka boleh berubah menjadi Incredible Hulk versi wanita tanpa sebarang sebab yang kukuh. Mereka juga boleh pergi membeli belah selama 3 jam tanpa rasa penat tanpa membeli apa-apa. Kompleks bukan? Di atas kekompleksan mereka itu, orang lelaki telah menetapkan suatu mindset di mana mereka mesti melakukan sesuatu perkara yang ektrim ataupun over the top untuk memikat hati gadis. Ada yang sanggup bayarkan downpayment kereta. Ada yang literally sanggup membelah dada tanda cinta. Benarkah itu yang gadis-gadis inginkan? Serumit mana pun seseorang gadis itu, hati mereka masih lagi hati seorang gadis. Rapuh, mudah cair serta boleh ditakluki dengan gesture yang simple. Maka hari ini kita akan kaji cara-cara untuk mudah dan ringkas untuk membuat gadis terpikat dan terus terpikat tanpa perlu mengeluarkan wang banyak."
Itu jek la kita kopi dari belog dia..lain lain, korang nak tau, camne nak gembirakan aweks korang pepandai la yer.Tak dinafikanlah, lelaki bole jadi jahanam sebab seorang perempuan, dan tak dinafikan lelaki bole berubah menjadi baik kerana seorang perempuan jugak.
Tips tips yang Yang Penting Rupa tu bagi, biasanya bole diguna pakai oleh lelaki , yang masih belom digoncang!! eh, bukan ditumbuk sambal, digoncang oleh Kadi ye.
Jadi, kepada jejaka jejaka bujang, kamu harus berterima kasih kepada Yang Penting Rupa untuk tips yang sangat berguna itu.
Namun begitu, sebagai seorang mak mak, bini yang dah kertu, rasanya, perkara demikian, sangat kurang digunapakai oleh suami. Memandangkan suami kerja dah penat, menyampah tengok muka bos, pastu melayan pulak sms kita tanya malam ni nak masak ape, balik pukul brape, ngape kol kul 1 tadi tak jawab, pegi lunch ngan sape? ngan pepuan eh? sampai ati awak!
Nak masak pun tanya laki ke? tak leh decide sendiri?
Of kos la tanya laki, kalu ikut perut kita, mana dia nak..Kalu perut orang kampung cam kita, cukup masak singgang, ikan goreng ngan sambal belacan, atau budu..Tapi kalu ikut perut dia,siap nak berkari, berlemak bagai. Ya abis?
Kepada lelaki lelaki diluar sana,
Tektik tektik beli bunga masa valentine, besday, atau anniversary, dah bole get over dah. Bini bini memang dah tak kisah sangat kalu tak dapat hadiah masa hari hari sepesel cenggitu. Sebab kita sekarang duduk dalam dunia realiti..bukan diawang awangan masa jaman bercinta dulu. Macam mana realiti, baru nak geli geli, anak berak pulak, pastu anak merengek nak tido bagai. Macam mana nak manja-manja?
Sebagai seorang isteri dan ibu, cukuplah hanya suami mengingati hari yang spesial itu. Walau bagi lelaki, setiap hari adalah hari cinta, tak hanya pada tarikh tarikh itu..salah ye ?
Hari yang sepesel bagi seorang perempuan dan bini/ibu adalah
-Besday of kos
-Anniversary declare jadi bf-gf (bagi seseparuh, tak penting kot)
-Anniversary bertunang (tak berapa nak penting)
-Anniversary kawen (penting amat ni..Jangan wat wat ilang ingatan)
-Hari Ibu
Disini, saya sebagai isteri, pesanan ringkas kepada suami suami diluar sana, sungguh tak kisah, kalau awak tak bawak balik Handbag Coach, atau jam tangan Guess sebagai hadiah. Isteri hanya mahukan ingatan suami kepada isteri..Ingatan hari hari yang istimewa dalam idup suami isteri. Sebagai pasangan, kita mesti ada warna-warna dalam perhubungan kita. Cukuplah, apa bila datang hari yang istimewa itu, suami memeluk erat si isteri, sambil mengucapkan ucapan Hari Lahir ke, Hari Raya ke Anniversary ke...
Tak payah la ko sibuk nak bergendeng gendeng balik bawak hadiah..Hadiah-hadiah tak heran dah, dari ko bazir bazir beli hadiah, baik ko bagi cash kat bini, tau bini wat ape duit tu nanti? of kos bini akan beli boxer ke sepender kau yang koyak kat bontot dah tu, takpun stoken untuk laki yang sah sah koyak kat ibu jari kaki. Nak arapkan laki beli sendiri, memang kim salam lah! Takpun, bini wat pegi Jaya Jusco rehat jumaat nanti, beli baju anak anak..untuk diri sendiri ni dah kurang penting dah!!
Paling tragis pun, bini pegi mydin, beli bawang india, rm4.50 sekilo..belacan sepapan..Laki tau ape? tau tau, kat umah dah terhidang makan malam..jarang laki nak amik tau, bawang dah abis ke, halia dah abis ke ape..sangat kurang laki nak amik tau hal dapur..dia ingat awal bulan bagi rm200, cukuplah tu..tak tau itu ini dah abis kan?
"aii..aritu baru je beli garam..dah abis?"
"a ah..3 bulan lepas"
Kot ko balik, bini tengah masak kat dapur, ko peluk erat je, sambil ucap,
"happy besday sayang"..dan kucupan ikhlas kat dahi..
Lepas tu ko nak melayan bola ke, nak layan fb ke, lantak korang la. Dan sebagai isteri, yang dilayan sebegitu oleh suami, tidak la merasa penat sangat, marah sangat pun
Betol ni, sekiranya si suami, berikan ciuman, tatkala isteri sedang buat keja rumah, tengah masak, isteri akan rasa sayu...rasa dihargai..ebendo ko tak bawak balik Ferraro Rocher pun..Nak wat keja rumah pun rasa semangat..kan?
Ni tak, dah tau hari ni hari sepesel, balik dah la lewat, balik balik je, terus intai dapur, pastu
"masak ape ni?"
pas tnya trus blah cenggitu je. mana isteri tak bengang..satu hari kat opis tunggu ucapan dari laki, dah balik balik, buat bodo..sentap mak tau.
Ingat, peluk erat sang Isteri, ucapkan kata kata indah, dan ciuman di dahi sebagai tanda sayang kat isteri..lepas tu, pegi la layan remote astro..
Betol tak isteri isteri?
tapi ada hadiah pun seronok jugak kan? Kacang Mas pun kira ok gak..hahhahahahah
eh, aku tukar fikiran la..takmo la hadiah pada hari se pesel..nak duit lah..ok gak kan?
Boo: Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
No comments:
Post a Comment