Wednesday, 22 June 2011

kisah aku sebelum kahwin...........bila parents carikan jodoh..

aku apdate blog semata-mata sbb memeber aku yang rindukan gaya penulisan aku yang tahap gaban dtg blog aku sehari sampai 2 kali. alolololo. sweet gila korang (korang taw tak aku skang stuck dalam kuib wehh). skang korang pilih. korang nak annei tebar roti canai ke bangla jual kapet kt nilai 3? dedue pn aku bleh bg kt korang seba jd reader setia. kah kah kah. eh ke ramai lg yg sebenarnya buat mcm korang tp tak pernah bitaw aku? (perasan booo. booo). haha. takpa la. apa salahnya. aku pn selalu usha blog sendiri sampai lebih drpd 8 kali sehari apa. eh? dasar narcissistic kau yanti. miahahah.
oke aku nak cita pasal mak aku arini.....(motif cita pasal mak? sebab aku rindu kat mak aku..)
mak aku suka pegi mljlis rasmi yakni majlis kawen. mak aku tiap kali nak p majlis resmi cenggini memang dia suka ajak aku sebab adik aku allergik p party yang kena pakai baju kurung bagai. hahaha..tapi aku kan kakak so aku guna la kuasa veto sampai dia join jugak. (sebabnya nnt  aku akan nampak macam anak bongsu sebab adik aku suka nak bervougue banding aku yang sederhana and nampak comel..klisenya..ayat mintak penampor gitu) 
oke, sampai je, aku terus bisik kt mak "mama, mama behave oke". bukan apa. mak aku ni kalau jumpa kwn-kwn dia, mula la nak kenen-kenen kan aku dgn ank kwn-kwn dia. dia tak tahu ke yg xavi hernandez nak masuk minang aku? hesh. mak balas bisikan aku dgn satu sindiran padu "hey, mama ni timbalan ketua persatuan wanita usahawan berjaya oke!" apa perkaitan pangkat dgn behave, aku pn tak pasti. itu kau fikir sendiri. takkan semua mende pn nak kena suap?! ewah. ada gaya lecturer ipta tak? kah kah kah.

tengah salam-salam dgn keluarga pengantin, tiba-tiba sambil buat muka kering, makcik aku tanya kt adik pengantin lelaki "dah kawen?". mama senyum sinis. perlahan mama bisik kt aku plak "ha. beria suruh mama behave. tu makcik hang lg direct tanya". cis. lupa nak pesan kt makcik aku yang jujur tu sekali. kalau dpt parents and family members yg pattern mcm ini, mmg kau kena banyak berzikir dlm hati ja. minta tuhan tebalkan iman, tebalkan muka, lepastu kau pergi jalan laju-laju mcm kau konon-konon tak datang saing-saing dgn diaorg, terus pergi amek makanan, mkn laju-laju and diam-diam. haha.

oleh kerana aku jenis melayu berdarah mat kilau, lepas makan nasi terus nak makan bubur pulut hitam plak.  nama pn pahlawan. sblm amek bubur, aku berborak sedas dua dulu dgn pengantin. dptkan tips-tips berguna seperti 'apakah method yg digunakan utk mengaut suami kacak', 'harus pakai produk kecantikan apakah utk memikat enjineer' dan juga '6 langkah utk redha berkahwin dgn pilihan keluarga'. lepas dh habes berborak, pengantin perempuan selamba ja puji aku depan-depan; "tati, hang makin putih dan kuruih no"(tetbe nak bold HAHA). bab ni aku malas nak ulas panjang. masing-masing dah mumayiz kan? fikir la sendiri ya. keh keh keh.

lepas dah makan kenyang-kenyang, keluar dari dewan, masing-masing buat gaya mcm kontraktor kelas A yg baru lepas menang tender. usap-usap perut boncet. tiba-tiba ditegur seorang macik berkereta kemri. sambil turunkan tingkap, macik tu bersuara "kak yam, anak ke?". "aah" jawab mama ringkas. sambil ngusha adik aku kt depan, kemudian ngusha aku plak, macik tu tanpa ragu terus tanya lg "yg depan tu sulung ke?". aku dah senyum sambil buat muka waww-adik,-aku-lg-muda-drpd-kau-lah. yg adik dah buat muka what-the-heck-macik-!-aku-ank-bongsu-kot. mak senyum lg sambil jawab soalan macik td "eh tade la. tu bongsu. ni yang sulong. hehe". "ohh. maaf" kata macik tu sambil tangan dia laju naikkan tingkap kereta kemri nya. malu gamaknya. bagus taw u ni macik. pemikiran tak jumud. i loike. u ada ank lelaki? keja ptronas kah? ada bisnes kah? jutawan tak anak u? meh i jd menantu u. awww. haha.

gara-gara bengang, adik aku jalan laju ke dpn tak toleh-toleh belakang dah. sambil senyum bajet manja, aku jerit; "adik mimy! tunggu la!" kah kah kah. sekali-sekala jd anak bongsu stylo juga perasaan nya.


Boo: aku terkenang..indahnya zaman bekepit dengan mak, adik bradik...yang paling penting suma mama tanggung...ahahhaha....tak macam skang suma tanggung hutang sndri...tp aku bersyukur.....oke sekian.

No comments: