Credit:Google
Kata orang cinta pertama memang indah dan sukar untuk dilupakan kerana ia adalah satu detik permulaan hati anda mula menyintai dan menyayangi seseorang. Kalau boleh anda sepenuh hati ingin menjaga hubungan tersebut dan ingin cinta pertama itu diakhiri di jinjing pelamin.
Memang beruntunglah pasangan yang bercinta kali pertama hubungan mereka diakhiri di jinjing pelamin. Menjadi suami isteri dan hidup bahagia ke akhir hayat. Saya juga mengimpikannya dan pasti anda juga..kan? Tapi bila halangan mula menodai hubungan cinta pertama anda. Apakah anda buat?
Bah kata orang, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Berkeras-keras anda mahu yang anda impikan. Kalau tak ada jodoh, tak dapat juga. So, terpaksalah berserah pada takdir. Itulah hidup. Apa yang kita inginkan, tak semestinya kita akan dapat. Mungkin ada haikmah sebaliknya. Mana tahu jumpa orang kedua yang lebih baik dari yang pertama.
Persoalannya, mampukah anda menerima cinta kedua, bila hati anda masih pada yang pertama? Kenangan indah saat cinta pertama memang sukar nak lupakan. Lebih-lebih lagi punca perpisahan bukan atas sebab kecurangan atau perselisihan faham. Perpisahan berlaku hanya sebab family tidak menyukai pilihan anda, perbezaan agama atau bangsa dan perbezaan darjat. Itu lagi sukar nak melupainya.
Tapi sampai bila nak mengingati saat indah itu? Sampai usia lanjut atau ke akhir hayat? Memang sukar nak katalah. Ia bergantung pada diri orang itu sendiri. Kalau anda mempunyai kekuatan untuk menerima cinta kedua. Terimalah. Mana tahu ia memberi bahagia sepanjang hidup anda. Kalau tak, masih ada cinta lain menunggu anda.
Jangan biarkan cinta pertama membuat anda sukar untuk menerima cinta seterusnya. Kalau kita tak mencuba membuka hati untuk kali kedua pada orang lain. Kita pasti tak tahu apakah ending hubungan tersebut. Lebih baik mencuba dari tak. Bahagia atau derita sesebuah perhubungan cinta, itu adalah lumrah kehidupan. Kita harus menerimanya seadanya. Walaupun kadang-kadang terpaksa kerana keadaan.
Moga cinta sejati menemani hidup kita semua. Moga bahagia menyinari hari-hari yang kita lalui. Agar ia lebih bererti dalam meniti hidup yang makin hari makin mencabar. Senyum ceria selalu….ok.
No comments:
Post a Comment