Tuesday, 10 May 2011

comeback yawww!

kah kah kah. tajuk tamo kalah. dah mcm zaiton sameon yg lama menyepi tetbe nak kuarkan album baru ja bunyinya. hee. mungkin tak bpe nak comeback sgt kot. tak tahu la. bergantung pada tahap kerajenan. hoh. lama gila tak apdate. mau sebulan ke dua bulan ke tiga bulan ehh...lebih dak? dulu zaman-zaman lom kawen, seminggu tak apdate pn dah menggelupur. risau blog tak apdate. nnt viewer lari. haha. sekarang sebulan lebih tak apdate pn rilek ja. buat apa nak kejor viewer. baik kejorlaki sendiri. lg best. mreowww. kah kah kah.


maka sebab aku baru lepas makan nasik lemak td, meh la aku apdate blog sket. dulu zaman sekola menengah, aku benci gila subjek fizik. sumpah menyampah oh. bila baca ja soalan dia "AHMAD SHAHBUDIN MEMPUNYAI BERAT BADAN 120 KG (obesiti taw ahmad shahbudin ni. mesti time skola dulu asek mkn nasi lemak ja hari-hari). BELIAU INGIN MENOLAK KOTAK SEBERAT 2.3 KG SEJAUH 1.2 KM. BERAPAKAH DAYA TUJAH YG DIPERLUKAN OLEH AHMAD SHAHBUDIN UTK MENOLAK KOTAK TERSEBUT?" pehhhh. apekejadah eh ni? kau nak tolak kotak tu kau tolak ja la. jadah mende nak kira daya tujah bagai oi? jumud habes kan aku ni. marah org-org yg minat fizik. hee. tp sumpah la aku tak faham utk apa kena kira daya tujah bagai tu ha?

oleh kerana aku tak suka subjek fizik, maka time cekgu sebuk ngajar kt depan, aku duk ngelamun kt belakang. bila cekgu tulis nota, semua budak-budak menggelabah salin selaju mungkin. takut tak sempat salin. yg aku rilek ja duk delay 5-10 minit. amek mood katanya sblm nak salin nota. takut tgn cramp. keh keh keh.  

ada satu malam tu, cekgu aku buat kelas tambahan. zaman tu guna ohp nak tulis nota. lepas dia siap tulis nota kt plastik ohp, dia pn suruh kitaorg salin "oke semua salin cepat ye nota ni" kata beliau. maka menggelabah bewak la budak-budak ni tertunduk-tunduk khusyuk salin nota. sebab aku malas nak salin cepat-cepat, maka aku pn usha ja cekgu aku tu. angin kipas kuat sgt time tu. utk kasi plastik ohp tak terbang, cekgu aku pn keluarkan sesuatu daripada poket seluar dia. aku pandang mende tu sambil gosok mata dua tiga kali. pehhhh!! betul ke apa yg aku nampak ni???? dia ni biar betul??? 
ya, mari kita main peraduan teka dan menang. soalan terkumpul untuk minggu ini: "MENDE APAKAH YG DIKELUARKAN DRPD POKET CEKGU AKU ITU?" sila hantarkan jawapan anda pada kotak komen di bawah. next week aku kasi jawapan oke? hehe.
 
oke tak payah nak next week sangat la kowt.. kau tu dah la tgh malas gila nak apdate blog. entah-entah next month pn belum tentu kau apdate blog. haha. meh la aku sambung balik cite td. bila dia keluarkan ja mende tu, aku dah sedikit terlopong. dah bersedia nak gelak gila dah ni. mujur dia cepat tersedar. dia pn "eh oh. mcm mana plak boleh keluar mende ni" sambil laju dia sorok balik dalam poket dia. muka dia merah habes time tu. aku nak gelak pn tak smpai hati. tp nak gelak sorang-sorang pn mana best. budak-budak lain tak sempat tgk pn. semua tekun salin nota. rugi oh depa. nak taw mende apa tu?? 

peh baru nak apload gambar. kasi unsur saspen sket. tp line cap siput sedut membataskan segala-galanya. tak berjaya apload gambar. sebenarnya mende yg dia keluarkan tu ialah TWEEZER. ya. mende utk cabut bulu ketiak tu. normal la tuh. on the way nak pergi kelas tambahan cabut bulu ketiak sedas dua dulu. baru la barakah sket ngajar student-student. ye dak? hii hii. neway, fizik sy time spm dulu B3. terima kasih cekgu. berkat tweezer barangkali. keh keh keh. oke dah habes. bye bye bye. nak g sambung kejar laki balik :p

No comments: