Monday, 15 August 2011

You jaga tak solat?

First time aku jumpa kaunselor masa dekat UM, masa tu memang tengah stress dengan studies. Otak rasa block, tak boleh nak buat assignment, walaupun benda tu senang je. Benda pertama kaunselor tu tanya, "You jaga tak solat?".

Tergamam. Sememangnya jawapan aku, tidak. Tapi mulut aku kata, "Uh kekadang Subuh tu ada jugaklah termiss" walhal, lebih dari tu 'ter'miss. Terlah sangatkan.

Aku sampai ke sekarang, solat masih belum sempurna. Dan aku rasa itulah punca, apa sahaja aku buat, benda yang lain tak sempurna, separuh jalan tak menjadi. Aku cuba muhasabah diri, okay, pikir esok kalau mati macam mana? Kalau buat baik macam mana pon, kalau solat tak jaga, tak guna juga, sia-sia semuanya.

Banyak sangat benda yang melekakan kat dunia ni. Internet ni sendiri, berapa ramai yang melewatkan solat sibuk sibuk online? Bila pi shopping mall, gathering dengan kawan, pergi event itu ni, berapa ramai je yang singgah surau untuk tunaikan solat? Itu belum masuk lagi bab khusyuk dalam solat, mata liar tengok corak di sejadah, kalau solat berjemaah tu, tengok telekung orang yang kat depan cantik je kerawang dia, mulut terkumat-kamit membaca, anggota badan bergerak mengikut rukun, tapi, otak kemana tah, duk pikir segala macam benda.

Terlalu ramai anak muda kita, termasuk aku ni yang tak berapa nak muda meringankan solat. (temasuk aku yang tak brapa nakm uda dah ni)Sedihkan. Walhal, solat tu ambil beberapa minit je. Itupun kalau boleh nak cepat-cepat, nak skip berdoa, nak skip berzikir. Haish.

Sampai bila nak jadi macamni? Selagi nyawa masih ada, selagi itulah peluang Allah berikan. Esok, lusa, sekejap lagi ke, kita tak taulah kalau masih ada kesempatan. Beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari. Hidup ni sementara je, akhirat tu forever and ever and ever. Tak dan akhirat, tapi dalam kubur tu pon dah tersedia balasan yang setimpal dengan amalan kita. Nowhere to run, nowhere to hide dude.

.... scary kan? Bagi yang lalai macam aku ni marilah kita sama-sama rajin beribadah, jaga solat segala. Bagi yang dah rajin tu, bagus Alhamdulillah, dan semoga melakukannya dengan Istiqamah. Biar konsisten, kita ni sekejap rajin, sekejap malas. Pon tidak bagus itu.





Boo: aku selalu leka..... :(

No comments: