Thursday, 17 March 2011

Len kali tolong ambil tahu ye puan2.....

So I was in the pasar malam on Khamis petang.
Gilak ah surirumah. Chewaahhhh...

Aku x suka p pasar pagi. Memang benar tapi pelik. Sb aku bkn jenis bgn awal pagi semata nak p beli lauk nak masak. Aku gila tido. Mak mentua dtg umah pon aku bgn lmbt..Apakejadah lupa untuk bangun awal?.Apakejadah eh menantu hantu ni.... Sebab kat pasarmlm banyak choice siap ada jual tudung la kain la towel la spender la...and lantai x licin + basah mcm pasar borong + x brapa busuk dan harga boleh runding walaupun aku malas nak runding. Sebenarnya aku memang tak reti nak bargain. Alasan semua tu.

Sb pasar borng kena p awai2 pagi baru fresh2 and brg pon bnyak...mcm2 pesen n jenis tersedia..pilih je...klu p lmbt nnt abis...aku kan x suka bgn pgi...brapa bnyak kali nak gtawu aku suka tido..haishh....
Klu bgn lmbt pastu ada ati nak p pasar borong thgri buta bek x payah...apa pun xdak dah.Batang saderi pun dah habis. So macamana nak raikan dengan makan daun saderi? (pengaruh wonder pet) kan aku da start merapu kerapu...

Sambung....
Lepas beli sayur, aku beli ayam. Lepas beli ayam, aku beli daging. Sebab Mr. S aku suka makan ayam@daging masak merah. Aku pun ke gerai daging. Dah tak banyak yang tinggal.

Aku terkebil-kebil kat gerai tu tak tahu nak beli macamana. Sebab dulu aku beli kat supermarket, dah siap potong seketul besar.
Pakcik butcher tu pulak memandangkan aku begitu blur dan bimbo, menerangkan pada aku satu persatu tentang daging. Baru aku tahu, ada banyak jenis daging ikut bahagian mana dan harga pun lain-lain. Ada yang kena rebus dulu, ada yang tak perlu. Ada yang banyak lemak, ada yang daging je.

Apa? Korang dah lama tahu? Awat tak habaq?

Kami pun interview pakcik tu. Datang tadi bawak berapa ekor? sold out ke? tadi ramai orang?
Pakcik tu layan je lah. Sebab memang takde customer lain.

So aku beli daging yang sederhana mahal. Atau sederhana murah. Depends lah half full or half empty glass.

'Pakcik boleh buang lemak tak?'

'Yang ada lemak lah sedap, dik. Lemak ni bla bla bla...'

'Oqeh.' Malas nak argue.

Dah bayar, aku perhatikan ada satu bakul atas meja tu. Ada organ-organ dalaman lembu yang aku pun tak tahu sebab aku bukan veterinar. Pakcik tu bukan veterinar gak, tapi dia tahu sebab dia butcher.
Aku nampak ada dua ketul benda putih. Pelik. Macam bentuk apam. Tapi tekstur dia pelik. Macam puding susu pun ada. Aku terbayangkan raksasa puding susu dalam antologi Romlah.

'Pakcik, ni apa ni warna putih ni?'

'Owh. Itu telur lembu, dik.
Kalau lembu jantan, dia ada telur dia. Telur dia ni.....bla bla bla....telur...'


Aku tak dengar dah pakcik tu cakap apa sebab aku dah jauh dari gerai dia.
Nasib baik takde customer lain.

blush*blush*
Malu saya dibuatnya. Lembu..suma part kat lembu manusia mkn..smpikan TUT*  lembu pon org mkn...adeh........

No comments: