Wednesday, 16 March 2011

Doraemon


Hari ni aku ingat nak cerita pasal doraemon la. Memang hari ni aku taktau kenapa mood aku sangat terjurus kepada benda benda comel masa kecik yang boleh membawa kepada teringat dan rindu kenangan lalu yang astagaaa, nakal macam hantu.


Aku perasan, dari dulu sampai sekarang, waktu siaran doraemon memang tak ubah ubah. NTV7, pukul 7.30 mahgrib. Asal tepat pukul 7.30, kau dah boleh dengar doraemon nyanyi ANG ANG ANG TOTEMOIDAI tegerdik gedik. Bukan doraemon je tergedik, dengan aku pun sekali tergedik menggelupur nak tengok kat depan tv. Eksaited la kata kan nak tengok nobita hari hari pakai spek melekat kat mata, baju kuning seluar pendek yang sama. Habes smart la tu kan.


Tapi aku ada satu masalah besar bila nak tengok doraemon. Dari dulu sampai skang masalah tu memang takkan dapat setle. Sebab MAMA aku memang anti gila bila siapa siapa bukak tv time maghrib tambah tambah nak tengok kartun kapir, buang masa. Dia suruh aku maghrib, hafal doa qunut sampai dapat baru dapat tengok doraemon. Hapal punya hapal, di tambah pulak dengan otak aku yang kalau hapal ni memang di tempat teratas paling lembab, doraemon pong habes. Last last dah pukul 8, memang tak dapat ah nak tengok nobita pakai spek melekat kat mata ceh. Cerdik betul mama aku.



Eh jangan risau. Sebab mama aku cerdik, jadi mesti gen cerdik turun jugak kat aku. Maka sejak dari tu aku dapat idea yang aku kira memang akan berjaya. Cerdas dan bernas. Aku bercadang nak buat baik je kat rumah bila hari sabtu. Time solat dari subuh, aku bangun awal siap siap. Zohor dengan Asar solat on time! Selalu nak hafal doa qunut, mama aku yang suruh. Tapi kali ni tak. Habis Zohor dengan Asar, sendiri pergi volunteer datang kat mama,


‘Mama, dengar ni tati doa qunut’.

p/s: aku pon tataw naper org pgil aku tati kat umah...cem pelik je...burok sunggoh..Tati..?? erk!!


Back to the story..da start nak merapu rapu la ni...
Bukan setakat time Zohor je, time habis Asar pun aku suruh mama aku dengar aku hafal qunut. Itu jam aku memang dah expert habes dah. Bersungguh sungguh aku buat sebab hajat nak tengok doraemon pukul 7.30 petang. Aku tunjuk kan dedikasi yang padu. Aku bodek baik punya mama aku. Aku dah memang dah nak dekat yakin dah yang rancangan doraemon 7.30 adalah milik aku.



Sampai time mahgrib, waktu masuk pukul 7.25. Aku cepat menggelabah pergi ambik air semayang. Dengan hajat ambik semayang 1 minit, jalan dan pakai telekung 1 minit, lagi 3 minit semayang. Gila bibik Charlie chaplin ke apa tah. Semua aku buat semata mata sebab doraemon. Tengah dok yakin aku habis semayang dan bungkus telekung, tiba tiba dengar mama panggil ,


‘HAAA TATI..... QUNUT DAH PANDAI. HAFAL AYAT KURSI PULAK. MAMA NAK DENGAR.’



Erkk!! rancangan gagal lg........trus nitik air mata sunti aku kat pp...


p/s : REDHA............

No comments: