Apabila Allah menahan sementara kita daripada memiliki zuriat, seringkali kita berdoa kepadaNya, "Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami zuriat, kerana kami teringin sekali untuk mempunyai anak seperti orang lain, terasa begitu sunyi hidup ini, tanpa anak-anak di sisi". Tetapi, bagi yang telah dikurniakan anak oleh Allah, bukan seorang malah penuh satu rumah, kerimasan mula melanda diri. Hidup dirasakan sesak dan memyusahkan sebab setiap anak ada keinginan dan kehendaknya yang tersendiri.
Wahai semua ibu dan ayah, hayatilah kehidupan ketika anak-anak masih di sisi. Kehidupan bersama mereka tidak lama, apabila mereka mula bersekolah, sedarlah bahawa mereka akan mula meninggalkan kita sedikit demi sedikit. Buat permulaan, mungkin hanya 6 atau 7 jam sehari kita tidak berjumpa mereka, lama kelamaan masa bersama mereka akan semakin singkat. Suatu masa nanti, kita akan merindui saat-saat bersama mereka. Buat yang terlalu mengejar kebendaan, satu kerugian buat anda sekiranya suatu hari nanti anda akan menyesal dengan apa yang telah dilalui. Sesungguhnya masa tidak dapat diputar kembali. Terimalah amanah Allah ini dengan hati yang redha dan terbuka serta bersyukurlah dengan kurnian-Nya. Inilah harta yang paling bernilai sekiranya kita pandai menilainya. Coraklah mereka sebaik mungkin kerana kitalah yang memegang berus tersebut, kalau kita mewarna mereka dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh maka akan cantiklah hasilnya. Anak adalah gambaran didikan ibu dan ayahnya.
aqeelah balqish mohd shukri |
muhammad aqeel zharif |
No comments:
Post a Comment