Thursday, 17 March 2011

Siri Bercakap Dengan Lelaki Episod 8: Turn Offs for Ladies

Walaupun aku bukan seorang yang rajin membuat kerja rumah, namun aku seorang yang cuba sentiasa menepati janji dan bercakap benar. (kekadang tu tipu gak)Ye lah, kalau tak buat kerja rumah tak jadi munafiq. Aku tak nak jadi munafiq. Munafiq tu bukan nama orang ye, adik-adik. Pergi tanya mak masing-masing apa itu munafiq lepas tu sila komen di sini.

Ada lelaki menghuraikan beberapa perkara yang menjadi 'turn off' kepada lelaki. Ada tak suka make up tebal, perempuan kuat membebel dan tidak menjaga badan. Terima kasih kerana memberitahu, tetapi adalah tidak adil jika lelaki sekadar komplen tentang tabiat buruk orang perempuan tanpa mengetahui perkara-perkara yang orang perempuan (dalam kes ini; Anoneemus) 'kurang' suka tentang anda.
So guys, do you want to know the things that can turn a lady like Anoneemus off?
Haha..perenggan atas ni memang plagiarisme.

1. Kuat merajuk


Orang perempuan* paling lemah (menyampah) kalau lelaki kuat merajuk. Kalau sekali skala 1:25 tak apalah. Tapi kalau lelaki merajuk sama kerap atau lebih kerap daripada teman wanita, itu petanda buruk.
See, dalam perhubungan normal, kita hanya perlukan seorang perempuan. Bukan dua. Itu lesbian. Kau lesbian kah? Tak. Lelaki tak boleh jadi lesbian walaupun mereka cuba sedaya upaya.
Perempuan emosional sebab Estrogen. Tostesteron tak macam tu. Perempuan sudah ada terlalu banyak kompleksiti dalam hidup kami dan kami tak perlukan seorang lagi 'perempuan' dalam perhubungan.

 2. Nafas berbau a.k.a. halitosis

Perempuan mulut busuk juga pasti menjadi turn off kepada lelaki tetapi jarang ditemui. Kenapa? Mungkin kerana lebih ramai lelaki yang merokok berbanding wanita. Mungkin juga lelaki lebih gemar makan bawang? Nanti aku survey sama abang jual burger yang muka macam Yusry KRU tu, ramai tak lelaki yang order burger untuk diri sendiri taknak bawang?
Mulut busuk ni bukan masalah alaf baru. Nabi pun cakap orang yang makan bawang tak digalakkan ke masjid sebab nanti bau tu boleh mengganggu orang lain.
Masalah halitosis ni bukannya macam kanser tak ada ubatnya. Sebab itulah ia menjadi turn off kut. Zaman sekarang ni dah ada ubat gigi, Listerine, Tic Tac, Clorets etc. Bukannya susah nak rawat sampai kena dialisis atau kemoterapi nya kan pun adoi. Duhh...




3. Possessive

Aku tak tau apa itu possessive dalam Bahasa. Kedekut kot. Tapi ni kedekut girlfriend. Memang lah girlfriend bukan untuk dikongsi dengan lelaki lain, tapi ia bukan hak milik mutlak boyfriend. Even isteri pun ada hak untuk jumpa ahli keluarganya dan ada life. Kan? Eh betul ke?
Contoh sikap possessive adalah call setiap jam nak tahu teman wanita di mana dan dengan siapa. Ada juga yang tak puas dengan call saja, kena buat video call untuk lihat keadaan sekeliling. Ini tak sama dengan call setiap jam 'just to hear your voice'. Yang itu sweet.
Yang possessive ni akan mengamuk kalau tahu kau keluar dengan kawan tak beritahu dia. Lagi mengamuk kalau dia tau classmate lelaki kau yang terserempak dengan korang join tengok wayang sekali. Padahal classmate tu kau dah kenal 7 tahun.
Itu membawa kita ke turn off yang berikutnya.


4. Panas baran

Ini panas baran tahap tak rasional, ataupun tahap panas baran yang tak sesuai dengan puncanya. Biasanya lelaki possessive juga adalah panas baran. Kalau pergi makan di Pizza Hut dan order sampai lambat, memang retak meja sendi tangan akibat menumbuk meja. Lelaki jenis ini juga akan meninggikan suara pada pelayan restoran kerana mereka sangka itu akan membuatkan pizza mereka lebih cepat masak. Kita akan mendapati teman wanita atau isteri mereka akan tunduk dan pura-pura minum air Sprite untuk cover malu.
Bukan dengan orang dewasa sahaja, lelaki panas baran ini boleh sahaja melenting dengan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak main kejar-kejar di ruang legar di One Utama dan terlanggar beliau. Pasti kena tengking tanpa belas kasihan. Siap parents budak tu kena sekali. Sekali lagi, teman wanita atau isteri mereka ini akan pura-pura cari handphone dalam tas tangan. Hell no!


5. Penakut (dan penggeli)

Orang perempuan biasanya memang terkenal dengan sikap penakut dan penggeli. Takut nak pergi tandas asrama waktu malam sorang-sorang, takut berjalan di Lorong Haji Taib, takut pada buah tomato mahupun supervisor thesis. Geli pada lipas, tikus, semut, pacat, katak, cicak, ikan keli, Jehan Miskin dan sebagainya. Oleh itu perempuan* memerlukan pendamping yang berani dan tidak geli pada haiwan-haiwan perosak.
Kau bayangkan suami kau nampak cicak di dinding rumah, menjerit. Nampak lipas, melompat atas katil dan baling buku-buku tulisan Liz Gilbert ke arah lipas. Mesti kau pun rasa nak baling sofabed IKEA Beddinge pada suami kau, bukan? Gila turn off lah.
Aku rasa haiwan perosak tu diberi nama kerana mereka haiwan perosak mood. Atau haiwan perosak rumahtangga jika suami kau penggeli. Eyewh.


6. Kedekut

Lelaki kena tanggung keluarga, ini bukan sebab culture. Tapi sebab memang tanggungjawab Tuhan tetapkan. Maka kalau lelaki kedekut, agaklah menjengkelkan perempuan*. Ustaz Kazim pun mesti backup aku punya, aku yakin. Kau bayangkan macamana nak buat suami kalau kedekut. Nanti kau nak beranak dia suruh bayar bil hospital sendiri pula.
Sebelum kahwin pun kalau asyik play dutch je memang something wrong lah. Oqeh, ini bukan cerita budak sekolah couple, ini cerita orang dewasa.
Kalau tak tunjuk kedekut pun, jenis yang mengungkit turn off juga. Awal bulan, belanja makan, suruh kita order je apa yang mau. Hujung bulan, marah kita sebab habiskan duit dia. Oh puhleeese! Kalau dengan perempuan duitlistik seperti aku bertuah lah aku bertahan dengan lelaki itew. And it rhymes.


7. Tidak menjaga badan dan penampilan

Ah apa kau ingat perempuan je kena jaga badan? Kalau Datin Norjuma dah berusaha, Datuk Nadzim pun kena work out juga. Tengok macam PM kita, maintain je dia sama dengan isteri dia. Sama-sama maintain.
Perempuan pun pandai turn off jugalah kalau suami boroi dan serabai. Tapi biasanya perempuan tak cakap sebab nak jaga hati. Atau suami dia panas baran.


8. Selalu berkata tidak suka perempuan bermekap tebal walhal selalu puji perempuan bermekap tebal

Ini lelaki-lelaki sekeliling aku biasa buat. Kalau cakap bab mekap berkobar-kobar tak suka. Suka natural beauty lah, apa lah. Tapi bila nampak perempuan cantik (sebab mekap) cair juga. Ini kerana sebenarnya wanita yang pandai bersolek akan membuatkan lelaki tertipu kerana lelaki memang tak tahu beza antara natural beauty dan mekap tebal. Bukan yang gemalai je menipu, paras rupa juga boleh menipu.
Apa? Wondergirls? 2 daripada 5 perempuan Korea telah buat double-eyelid surgery oqey. At least our Javanese girls are natural.
Ataupun bila ke special date dan teman wanita mengenakan mekap tebal, terpegun dan bangga serta-merta dapat awek cun. Berbakul-bakul pujian diberinya.


Mesti korang cakap minah ni cun, kan? Terutama kaki manga dan anime. Dan hentai. Ehem.
x ke..?? ok pasni korang tngok dia punya turn over kayy.......

Muka amoi jual topup
  
TADAAAAAA.........

 Dah jadi muka supermodel Jepun
Masa wedding aku pun ramai puji aku cantik. Hari-hari lain mana ada orang cakap camtu. Semua tu sebab mekap tebal. Tebal tahap aku rasa kulit aku tak bernafas dan beberapa hari diperlukan untuk mekap tu betul-betul tanggal.
Do not underestimate the power of cosmetics. However temporary they may be, they can fool you.


Perempuan* = Anoneemus

No comments: