Apakah cukup wahai Ibu Bapa?
October 12, 2010 — jazimin “Apakah kamu mendidik anak kamu berkenaan Islam dan peranannya sebagai mukmin?”
“Sudah. Aku telah menghantarnya ke sekolah Islam yang terbaik di Malaysia.”
“Bagaimanakah kamu mendidik anak kamu berkenaan Islam dan hubungannya terhadap Allah?”
“Oh, mudah. Aku telah menghantarnya ke sekolah Islam yang terbaik di Malaysia.”
Apakah cukup wahai Ibu Bapa?
Mendidik anak berkenaan Islam, hubungannya dengan Allah, peranannya sebagai mukmin, hanya dengan menghantar mereka ke sekolah agama yang terbaik? Adakah itu telah melangsaikan tugasan kalian wahai Ibu Bapa?
“Saya pun tak tahulah kenapa dia jadi teruk macam ini. Sedangkan didikan agama telah saya berikan.”
“Macam mana didikan agama yang telah awak berikan?”
“Saya sudah menghantarnya ke sekolah Islam yang terbaik di Malaysia.”
Di sini dapat kita lihat bahawa, mendidik anak itu sebermula mencari pasangan hakikatnya. Hatta memberikan nama yang baik juga satu didikan. Disempurnakan dengan tarbiyah Islam semasa hidupnya si anak.
Ini adalah tanggungjawab Ibu dan Bapa.
Tetapi rata-rata kita kadangkala tidak memikirkan akan hal ini. Kita gembira dengan kehadiran anak, tetapi kita tidak menghargainya selayaknya.
Oh, jangan cerita pada saya duit, rumah, jaga anak tidur, cuci najis dia dan sebagainya adalah tanda kasih sayang. Ya, saya akui itu tanda kasih sayang. Tetapi apakah makna sayang yang sebenar-benar sayang?
Yakni kita hendak masuk syurga bersamanya. Sekarang ini, apakah yang telah kita lakukan untuk masuk syurga bersama anak-anak kita?
Kalau sekadar ‘bela’, kita juga bela ayam, lembu, kambing untuk disembelih. Kita jaga semua binatang itu, dengan baik, untuk kita sembelih dan makan. Kita bukan membela binatang-binatang itu untuk hidup selama-lamanya dengan mereka.
Jadi sekarang bagaimana?
Sayangkah kita kepada anak-anak dengan sayang yang sebenar-benarnya?
Di sinilah kesilapan kita.
Hakikatnya, didikan asuhan Islam dan pembentukan minda seorang mukmin itu, perlu dijalankan juga oleh Ibu Bapa di rumah. Bahkan sebelum lahirnya anak, kita sudah memberikannya satu suasana yang baik. Kita pilihkan untuknya ‘ibu@bapa’ yang baik agar hawa tarbiyah itu tetap berjalan seiring tumbesarannya, kita berikan nama yang baik agar dia membesar dengan panggilan yang mendoakan kebaikan kepadanya.
Bukan tidak perlu langsung hantar ke sekolah, tetapi di sini persoalan yang saya timbulkan adalah apakah peranan kita di rumah?
Apakah kita mengasuhnya dengan didikan Islam? Atau di rumah kita sekadar menggunakan anak sebagai sumber keseronokan kosong semata-mata? Kita hantar dia ke sekolah Islam, tetapi kehidupan kita di rumah tidak menyediakan dia suasana yang baik untuk memahami Islam?
Pertama sekali adalah membina diri. Sebagai ibu bapa, kita perlu sedar bahawa kita adalah qudwah pertama kepada anak-anak. Mereka membesar dengan kita, mereka hidup dengan kita, maka hendak menjadikan mereka seorang hamba Allah yang baik, kitalah yang pertama perlu menggerakkan perkara itu di dalam diri kita.
Akhlak memainkan peranan. Ucapan kita, amalan kita, pergaulan kita, apa yang kita lihat, apa yang kita tonton, pakaian yang kita pakai, cara kita berurusan, semuanya memberikan kesan dan mempunyai saham.
Kemudian hidupkan bi’ah Islam di dalam rumah. Solat berjemaah, wujudkan beberapa program seperti membaca Al-Quran bersama-sama kemudian ada tazkirah ringkas, tetapkan waktu qiamullail sebulan sekali dan sebagainya. Hidupkan dengan tidak membiasakan anak-anak menonton rancangan yang melalaikan dan mengajar anasir jahiliyyah, hidupkan dengan membiasakan anak-anak mendengar bacaan Al-Quran dan sebagainya.
Jalankan semua ini dengan halus bukan dengan paksaan. Mulakan dari diri kita dahulu, kemudian kita ajak anak-anak.
Pokok pentingnya, Ibu Bapa perlu sentiasa mencari peluang untuk menyuntik perkara ini ke dalam diri anak-anak secara halus. Dari kecil bermain kad dengan mereka, kita reka kad-kad yang islamik. Ada waktu kita bersembang dengan mereka, sentiasa berusaha hubungkan mereka dengan Allah SWT. Bermacam cara, semuanya berada di dalam satu medan bernama kreatif.
Pada saya, orang yang benar-benar menyayangi anak mereka, hendak ke syurga bersama anak mereka, dia akan melihat perkara ini.
Sekolah hanyalah tempat persinggahan si anak. Dan di sekolah terdapat ramai lagi anak-anak lain. Maka jika dillihat kembali, keburukan yang dibawa oleh anak-anak di sekolah mereka bukanlah diprodus oleh sekolah, tetapi mereka bawa dari rumah. Maka siapakah yang bertanggungjawab?
Maka di sinilah kita perlu melihat kepentingan menjadikan rumah sebagai institusi tarbiyah.
Siapakah yang benar-benar menjadikan rumahnya sebagai institusi tarbiyah?
Apakah ciri-ciri institusi tarbiyah?
Ada tiga.
1. Digerakkan menggunakan sistem Allah SWT (manhaj Rabbani)
2. Penggeraknya adalah Murabbi Yang Mithali (pendidik yang boleh dicontohi)
3. Suasananya adalah suasana yang baik (bi’ah solehah.)
Maka perhatikan, apakah rumah kita bergerak dengan sistem Allah SWT? Apakah keluarga kita menjalankan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang?
Maka perhatikan, apakah kita sebagai ibu bapa telah berusaha menjadi murabbi(pendidik) yang mithali?
Maka perhatikan, apakah kita telah mencipta suasana di rumah kita dengan suasana tarbawi? Yang solehah?
Jangan cerita bahawa kita sudah mendidik anak kita hanya dengan menghantar mereka ke sekolah.
Itu belum cukup wahai Ibu Bapa.
Itu belum cukup.
*takotnya...berat sungguh tanggungjawab sy dan suami......Insyaallah akn buat yg terbaik..caiiyok!!
“Sudah. Aku telah menghantarnya ke sekolah Islam yang terbaik di Malaysia.”
“Bagaimanakah kamu mendidik anak kamu berkenaan Islam dan hubungannya terhadap Allah?”
“Oh, mudah. Aku telah menghantarnya ke sekolah Islam yang terbaik di Malaysia.”
Apakah cukup wahai Ibu Bapa?
Mendidik anak berkenaan Islam, hubungannya dengan Allah, peranannya sebagai mukmin, hanya dengan menghantar mereka ke sekolah agama yang terbaik? Adakah itu telah melangsaikan tugasan kalian wahai Ibu Bapa?
“Saya pun tak tahulah kenapa dia jadi teruk macam ini. Sedangkan didikan agama telah saya berikan.”
“Macam mana didikan agama yang telah awak berikan?”
“Saya sudah menghantarnya ke sekolah Islam yang terbaik di Malaysia.”
Tanggungjawab
Saidina Umar Al-Khattab RA apabila ditanya berkenaan tanggungjawab seorang bapa, beliau menjawab: “Tanggungjawab bapa kepada anak ada tiga: Mencari ibu yang baik untuk si anak, memberikan nama yang baik kepada anak, dan mendidiknya dengan Al-Quran dan Islam.”Di sini dapat kita lihat bahawa, mendidik anak itu sebermula mencari pasangan hakikatnya. Hatta memberikan nama yang baik juga satu didikan. Disempurnakan dengan tarbiyah Islam semasa hidupnya si anak.
Ini adalah tanggungjawab Ibu dan Bapa.
Tetapi rata-rata kita kadangkala tidak memikirkan akan hal ini. Kita gembira dengan kehadiran anak, tetapi kita tidak menghargainya selayaknya.
Oh, jangan cerita pada saya duit, rumah, jaga anak tidur, cuci najis dia dan sebagainya adalah tanda kasih sayang. Ya, saya akui itu tanda kasih sayang. Tetapi apakah makna sayang yang sebenar-benar sayang?
Yakni kita hendak masuk syurga bersamanya. Sekarang ini, apakah yang telah kita lakukan untuk masuk syurga bersama anak-anak kita?
Kalau sekadar ‘bela’, kita juga bela ayam, lembu, kambing untuk disembelih. Kita jaga semua binatang itu, dengan baik, untuk kita sembelih dan makan. Kita bukan membela binatang-binatang itu untuk hidup selama-lamanya dengan mereka.
Jadi sekarang bagaimana?
Sayangkah kita kepada anak-anak dengan sayang yang sebenar-benarnya?
Kesilapan paling asas
Silap paling asas dalam mendidik anak-anak adalah menyerahkan segala-galanya kepada institusi pendidikan seperti nurseri, sekolah dan universiti. Kita fikir, bila hantar ke nurseri terbaik, anak kita akan membesar menjadi yang terbaik. Bila hantar ke sekolah Islam yang bagus, automatik anak kita menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT. Bila hantar ke universti yang bagus, kita rasa pasti anak kita menjadi seorang manusia yang brilliant.Di sinilah kesilapan kita.
Hakikatnya, didikan asuhan Islam dan pembentukan minda seorang mukmin itu, perlu dijalankan juga oleh Ibu Bapa di rumah. Bahkan sebelum lahirnya anak, kita sudah memberikannya satu suasana yang baik. Kita pilihkan untuknya ‘ibu@bapa’ yang baik agar hawa tarbiyah itu tetap berjalan seiring tumbesarannya, kita berikan nama yang baik agar dia membesar dengan panggilan yang mendoakan kebaikan kepadanya.
Bukan tidak perlu langsung hantar ke sekolah, tetapi di sini persoalan yang saya timbulkan adalah apakah peranan kita di rumah?
Apakah kita mengasuhnya dengan didikan Islam? Atau di rumah kita sekadar menggunakan anak sebagai sumber keseronokan kosong semata-mata? Kita hantar dia ke sekolah Islam, tetapi kehidupan kita di rumah tidak menyediakan dia suasana yang baik untuk memahami Islam?
Bagaimana mengasuh itu?
Bagaimana ya?Pertama sekali adalah membina diri. Sebagai ibu bapa, kita perlu sedar bahawa kita adalah qudwah pertama kepada anak-anak. Mereka membesar dengan kita, mereka hidup dengan kita, maka hendak menjadikan mereka seorang hamba Allah yang baik, kitalah yang pertama perlu menggerakkan perkara itu di dalam diri kita.
Akhlak memainkan peranan. Ucapan kita, amalan kita, pergaulan kita, apa yang kita lihat, apa yang kita tonton, pakaian yang kita pakai, cara kita berurusan, semuanya memberikan kesan dan mempunyai saham.
Kemudian hidupkan bi’ah Islam di dalam rumah. Solat berjemaah, wujudkan beberapa program seperti membaca Al-Quran bersama-sama kemudian ada tazkirah ringkas, tetapkan waktu qiamullail sebulan sekali dan sebagainya. Hidupkan dengan tidak membiasakan anak-anak menonton rancangan yang melalaikan dan mengajar anasir jahiliyyah, hidupkan dengan membiasakan anak-anak mendengar bacaan Al-Quran dan sebagainya.
Jalankan semua ini dengan halus bukan dengan paksaan. Mulakan dari diri kita dahulu, kemudian kita ajak anak-anak.
Pokok pentingnya, Ibu Bapa perlu sentiasa mencari peluang untuk menyuntik perkara ini ke dalam diri anak-anak secara halus. Dari kecil bermain kad dengan mereka, kita reka kad-kad yang islamik. Ada waktu kita bersembang dengan mereka, sentiasa berusaha hubungkan mereka dengan Allah SWT. Bermacam cara, semuanya berada di dalam satu medan bernama kreatif.
Pada saya, orang yang benar-benar menyayangi anak mereka, hendak ke syurga bersama anak mereka, dia akan melihat perkara ini.
Penutup: Sekolah sahaja tidak cukup. Islam itu seluruh kehidupan.
Percayalah. Sekiranya kita kata bahawa kita telah mendidik anak(dengan erti kata kita menghantar anak ke sekolah islam) maka hakikatnya kita telah silap dengan kesilapan yang besar.Sekolah hanyalah tempat persinggahan si anak. Dan di sekolah terdapat ramai lagi anak-anak lain. Maka jika dillihat kembali, keburukan yang dibawa oleh anak-anak di sekolah mereka bukanlah diprodus oleh sekolah, tetapi mereka bawa dari rumah. Maka siapakah yang bertanggungjawab?
Maka di sinilah kita perlu melihat kepentingan menjadikan rumah sebagai institusi tarbiyah.
Siapakah yang benar-benar menjadikan rumahnya sebagai institusi tarbiyah?
Apakah ciri-ciri institusi tarbiyah?
Ada tiga.
1. Digerakkan menggunakan sistem Allah SWT (manhaj Rabbani)
2. Penggeraknya adalah Murabbi Yang Mithali (pendidik yang boleh dicontohi)
3. Suasananya adalah suasana yang baik (bi’ah solehah.)
Maka perhatikan, apakah rumah kita bergerak dengan sistem Allah SWT? Apakah keluarga kita menjalankan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang?
Maka perhatikan, apakah kita sebagai ibu bapa telah berusaha menjadi murabbi(pendidik) yang mithali?
Maka perhatikan, apakah kita telah mencipta suasana di rumah kita dengan suasana tarbawi? Yang solehah?
Jangan cerita bahawa kita sudah mendidik anak kita hanya dengan menghantar mereka ke sekolah.
Itu belum cukup wahai Ibu Bapa.
Itu belum cukup.
*takotnya...berat sungguh tanggungjawab sy dan suami......Insyaallah akn buat yg terbaik..caiiyok!!
No comments:
Post a Comment