Tuesday, 10 May 2011

Petua Untuk Menghilangkan Rasa Sunyi di Hati

Assalamualaikum ....





Apabila bersendirian, hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati. Khusus untuk kekasih, isteri atau suami yang baru ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan. Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan seribu satu gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara.

Jika anda masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:

Maha Pencipta

Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadap-Nya.

Perbaiki Diri
Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil. Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Bercuti
Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi. Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

Jumpa Kawan

Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka. Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tidak percaya? Cubalah.

Bersenam

Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang anda alami ketika ini. Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan. Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.

Kembali Nakal

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka. Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita. Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.

Bermesra bersama Keluarga

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih. Keluarga pula mula jatuh pada ranking kedua manakala pasangan diberi lebih tumpuan.




booboo : Walaupun dia ada, tetapi hati tetap merasa sunyi. Kerana dia bukan lagi yang dulu. Hingga diri menganggap itu bukan lagi dia...woouhuu....sob sob

Eskuis me? Kau ke aku yang salah?

Kau tau tak sebenanya kan dalam hidup ni, tak ada satu benda pun yang patut di persalahkan. Macam kalau kau tengok anjing dengan kucing bergaduh. Ending dia macam mana sekalipun, kau takkan dapat simpulkan mana satu betul mana satu salah. Sebab aku percaya apa yang dah jadi dalam hidup kau ni sebenarnya adalah satu skrip drama, yang ada plot dia sendiri. Yang ada kesimpulan sendiri. Drama yang mesti akan ada pengakhiran dia. Tak kira la berapa banyak episode drama tu sekalipun. Walaupun kadang-kadang drama kau annoying gila macam cerita Indonesia yang kemaen 600 episode sekali cerita. Penat gila woi nak tunggu habis. Maka tak kesah lambat ke cepat, kau kena tunggu jugak sebab nak tengok ending dia adalah ending happy atau sedih.




Tapi sebenarnya tak kesah pun cerita kau tu adalah berada di ending sedih atau happy. Sebab yang penting dalam satu ‘drama’ hidup adalah apa pengajaran yang kau dapat. Apa yang kau dapat belajar selama kau hidup, apa yang kau dapat kaitkan dengan kau. Supaya akan sampai satu tahap, kepala hotak kau dapat fikir, OKAY, INI ADALAH MASA AKU UNTUK BERUBAH DAN TAK ULANGI KESILAPAN. Tapi kalau kepala hotak kau jenis lembab satu macam, mungkin kau akan repeat benda yang sama, dan ‘drama’ sadis dalam hidup kau akan kembali terjadi, dan akan ada ending sedih. Eh, padan muka kau. Siapa suruh tak belajar dari kesilapan ‘drama’ sebelumnya.




Dan, macam aku cakap tadi, apa-apa yang jadi dalam hidup kau, memang tak ada siapa pun patut di persalahkan. Kau hanya perlu cari isu-isu yang salah dan perbetulkan balik. Bukan cari orang-orang yang salah dan kau pandai-pandai nak betulkan orang. Sebab kan aku dah cakap tadi apa pun yang jadi dalam hidup kau, tak akan ada sesiapa pun yang salah paham tak! Cuma situasi tu yang membuatkan isu tu salah kemaen berapa kali aku nak repeat woi!




Errrr dan sebenarnya aku sedang cuba guna konsep ni dalam masalah aku sekarang. You know, tengah cuba tak salahkan orang. Atau salahkan diri sendiri. Tapi salahkan keadaan. Atau mungkin skrip drama hidup yang saja-saja nak bagi cerita aku drama. Cuma cerita aku ni tak ada background music neves atau zoom in zoom out lubang hidung aku sambil mata aku terbeliak buat-buat saspen.


**

Tengok.
Kan dah terbanyak imaginasi. Salahkan senitron kat TV.

Kita, tidak pernah bertemu orang yang salah.

Stumbled upon this post in IluvIslam. And couldn't agree more with this entry. Awesome entry that motivates you, to never hate people and be grateful for things that have happened in your life. He knows best. =)



Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Faith

Have faith.


Bila kau ada faith dalam diri kau, maka secara auto hati kau percaya yang satu hari nanti apa yang kau hendak akan jadi kenyataan. Have faith ini adalah dalam konteks percaya pada Tuhan. Percaya yang setiap sebelum 2 kejayaan yang kau bakal dapat, akan Tuhan dugakan dengan 1 kesusahan.


Maka bila kau mengalami 5 kesusahan, kelak Tuhan akan gantikan dengan 10 kesenangan. Kadang-kadang Maha Pemurah bakal bagi kau 20 kesenangan, He knows better.



Percaya yang rezeki ada di mana mana, cuma mungkin masa yang akan tentukan samaada kau akan dapat nikmat rezeki itu cepat atau lambat. Tak ada konsep hasad dengki di sini, gembira atas kejayaan sesiapa di keliling kau, bersyukur dengan nikmat Maha Pemurah dah bagi, ingat kesusahan orang lain di bawah kau, berusaha dan beribadat seperti esok kau akan mati.



Have faith, Allah loves you. Allah loves us. Biar pun bila kau senang kau tak cari Dia, tapi Dia tak pernah lari bila masa susah kau sujud kepada dia. Cari Dia, Dia ada di mana mana. Kau tengok tu, Tuhan mana ada pernah berkira dengan kita. Kita ni nak solat 5 minit pun, humang ai. Kemain seksa.